Vous êtes sur la page 1sur 23

1.

0 PENGENALAN
Tugasan ini adalah meninjau kepada masalah kefahaman pada murid pemulihan. Dalam
tugasan ini, saya perlu menjelaskan konsep kemahiran kefahaman dalam kalangan
murid murid pemulihan dan menghubungkaitkan dengan sebab dan akibat berkaitan
dengan tahap kefahaman murid dalam bahan bacaan.
Di dalam kelas pemulihan, masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak
kanak pemulihan ialah membaca, mengeja, menulis, mengarang dan lisan. Kelemahan
kemahiran asas dalam Bahasa Melayu memberi kesan secara langsung kepada kanak
kanak pemulihan dalam proses pemahaman teks bacaan. Contohnya kanak kanak
pemulihan tidak memahami isi kandungan dalam teks bacaan kerana mereka tidak tahu
makna perkataan perkataan di dalam bahan bacaan itu.
Masalah ini berlaku kerana faktor faktor tertentu. Antaranya termasuk
kematangan fizikal, pengalaman, persekitran, kecerdasan, kognitif, kesihatan dan
sebagainya. Kesemua sifat ini sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan
faktor faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya. Faktor ini telah
menyumbangkan kepada sebab dan akibat dalam tahap kefahaman murid murid
dalam bahan bacaan. .
Kemahiran kefahaman merupakan peringkat yang tertinggi dalam membaca.
Kanak kanak tidak mencapai tahap kefahaman memerlukan pengajaran dan
pembelajaran yang khusus dari guru pemulihan agar mereka tidak ketinggalan
akademik dalam pendidikan selama lamanya. Menurut Ishak dan Koh Boh Boon
(1983), pendidikan pemulihan ialah satu perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluankeperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolahsekolah biasa atau aliran perdana yang gagal menguasai kemahiran asas.
Demi mengatasi masalah ini, guru pemulihan haruslah merancang satu
rancangan pengajaran harian (RPH) yang mengambi kira masalah yang dihadapi oleh
kanak pemulihan. Pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dengan bijaksana
dan sesuai sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
pemulihan membolehkan mereka tidak ketinggalan pembelajaran selama lamanya
dalam bidang pendidikan.

2.0 PENULISAN ESEI AKADEMIK


Durkin (1980) berpendapat bahawa bacaan adalah kefahaman. Bacaan merupakan satu
lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan
yang diterima. Menurut Atan Long (1976), membaca merupakan proses memindahkan
lambang lambang bertulis kepada suara, memahami makna makna yang terkandung
di dalamnya serta mengaitkan makna makna tersebut dengan pengalaman sedia ada
pada murid.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak
kanak. Antaranya termasuk kematangan fizikal, kognitif, pengalaman, persekitaran,
kecerdasan, kesihatan dan lain lain lagi. Ketidaksempurnaan sifat sifat ini
merupakan punca yang mempengaruhi proses pembelajarannya.
Selain itu, kanak kanak lemah dalam kemahiran asas yang sedia ada seperti
mengeja, menulis dan mengira (3M) pada peringkat awal turut membawa kesan
kebolehan membuat penghuraian atau menginterpretasi idea dan makna kepada bahan
yang dibaca. Akhirnya, kanak kanak tidak dapat mencapai matlamat terakhir dalam
membaca iaitu kemahiran kefahaman.
Sebenarnya,

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

(PdP)

seharusnya

dilaksanakan langkah demi langkah seperti mengenali huruf terlebih dahulu sebelum
langkah mengajar mengeja suku kata, membaca dan menulis. Susunan pengajaran dan
pengajaran mengikut urutan yang betul tidak akan mengelirukan kanak - kanak.
Pengajaran bermula dari senang ke susah memudahkan kanak kanak menguasai
sesuatu kemahiran dengan lebih baik serta mencapai tahap kemahiran yang diingini.
Membaca merupakan proses penguasaan bahasa. Bahasa pula memainkan
peranan sebagai alat komunikasi. Apabila kanak kanak membaca tanpa memahami
mesej dari teks, maka bacaan itu tidak akan lengkap. Hal ini kerana kefahaman adalah
matlamat terakhir dalam membaca.
Menurut Lamberg & Lamb (1980), maksud kefahaman didefinisikan sebagai
kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain,
menginterpretasi idea, kesan dan akibat. Apabila seseorang boleh membuat
penghuraian atau menginterpretasi idea dan makna kepada bahan yang dibaca, maka

isi isi bacaan tersebut boleh mendatangkan faedah kepada diri sendiri ataupun orang
lain sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau hiburan.
Kefahaman tentang isi isi bacaan menjadi lebih bermakna sekiranya dapat
dikaitkan dengan pengalaman pengalaman yang sedia ada. Kefahaman melibatkan
bahasa, pengalaman dan proses kognitif.

Dalam konteks kemahiran kefahaman,

kefahaman membaca bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja


bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Jika seseorang kanak
kanak dapat menterjemahkan lambang lambang kepada bunyi bunyi bahasa dengan
intonasi yang betul tetapi gagal untuk memahami idea, mengaitkan sesuatu fakta dan
membuat kesimpulan, maka kanak kanak itu jelas mempunyai masalah dalam
pemikiran khususnya kefahaman dalam bacaan.
Menurut Smith, proses kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan
kefahaman. Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan keupayaan membuat
perkaitan, perhubungan antara satu sama lain, pemindahan pembelajaran, membuat
inferens serta menilai dan menghayati.
Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap. Tahap
pertama ialah memahami maksud perkataan dan ayat iaitu kanak kanak dapat
mengingat kembali kemahiran yang dikuasai melalui latihan. Tahap kedua ialah
membuat urutan idea iaitu kanak kanak mampu membuat penaakulan dari bahan yang
dibaca. Tahap ketiga ialah hubungan sebab dan akibat iaitu tahap kefahaman kritis dan
meramal kemungkinan berasaskan hubungan sebab dan akibat. Tahap terakhir ialah
membuat tafsiran atau andaian, tahap ini merupakan tahap kefahaman tertinggi.
Seseorang mampu menghayati dan membuat hubungkait antara sebab dan akibat
daripada bahan bahan yang dibacanya.
Kemahiran kefahaman merupakan tahap yang tertinggi dan bukan semua orang
dapat menguasai kemahiran ini dengan baik terutamanya bagi kanak kanak
pemulihan. Terdapat pelbagai sebab kanak kanak pemulihan tidak dapat menguasai
kemahiran kefahaman dengan baik. Pertama sekali ialah kecerdasan. Menurut Musa
Daia (1967), faktor yang mempengaruhi kebolehan seseorang untuk memahami sesuatu
perkara, ialah kecerdasan mental. Setiap kanak kanak mempunyai kecerdasan mental
yang berbeza, ada sesetengah kanak mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan
3

sebaliknya. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatlkan
gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai bagai perasaan lagi
yang pastinya menjejaskan tumpuan terhadap pembelajaran (Zulkifley 2006). Jadi,
penjelasan akhiri ialah kanak kanak mempunyai tahap kecerdasan mental yang tinggi
dapat membaca dan memahami mesej yang disampaikan dalam teks bacaan dengan
baik berbanding dengan tahap kecerdasan yang rendah. Perbezaan antara kecerdasan
ini kemungkinan berpunca dari sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
Sebab kedua ialah masalah membaca. Masalah ini berkait rapat dengan
pengamatan penglihatan. Diskriminasi penglihatan dikaitkan dengan kebolehan
mengasingkan secara visual akan persamaan dan perbezaan yang ada pada objekobjek, bentuk-bentuk, gambar-gambar, huruf-huruf dan perkataan. Contohnya kanak
kanak pemulihan sering keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf seperti b, d,
nama huruf yang sama bentuk seperti y , g atau orientasi kedudukan huruf besar
yang hampir sama seperti w , m menimbulkan isu pentafsiran yang salah pada
perkataan atau ayat tersebut. Contoh ayat tunggal Ini bola saya dan Ini dola saya.
Sebab ketiga ialah faktor persekitaran seperti keluarga, sekolah dan rakan
sebaya. Persekitaran yang intelektual memberi pengalaman bermakna akan dapat
merangsang otak dan menimbulkan minat membaca atau sebaliknya. Contohnya
persepsi ibu bapa terhadap budaya membaca adalah negatif. Kanak kanak kurang
didedahkan untuk membaca buku merupakan salah satu punca ketidakfahaman teks
bacaan yang dibacanya. Ini kerana skop kosa kata yang rendah mengakibatkan mereka
tidak dapat mencapai tahap kefahaman dengan baik.
Di sekolah, guru tidak menitikberatkan kesediaan pelajar untuk membaca dan
pemahaman teks bacaan. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) hanya
berkonsepkan komunikasi sehala menghadkan interaksi antara satu sama lain. Tahap
penguasaan bahasa rendah pada seseorang individu akibat berkomunikasi yang tidak
banyak. Perkembangan bahasa yang tidak matang turut memberi kesan pada tahap
kefahaman pada kanak kanak kerana skop perleluasaan bahasa adalah sikit sahaja.
Sebab keempat ialah bahan bacaan yang tidak sesuai dengan tahap kanak
kanak. Ibu bapa memilih bahan bacaan untuk anak mereka tanpa mengambil kira dari
aspek kesesuaian tahap umur menyebabkan kanak kanak hilang minat untuk
membaca serta menaakul mesej yang ingin disampai oleh penulis. Bahan bacaan yang
4

bersifat kompleks akan menimbulkan rasa bosan kerana sukar difahami. Selain itu, ayat
yang panjang menyebabkan kanak kanak keliru dan tidak dapat memahami makna
yang ingin disampaikan. Seterusnya, bahan bacaan kurang grafik atau gambar turut
membosankan pembaca untuk membaca.
Menurut teori Jean Piaget (1966), kesediaan belajar dengan peringkat
pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak kanak. Oleh itu, ibu bapa
haruslah membantu kanak kanak memilih bahan bacaan yang mengikut kesesuaian
tahap mereka agar memupuk minat membaca. Minat membaca mendorong pembaca
cuba memahami mesej yang hendak disampaikan di dalam sesebuah teks bacaan atau
buku.
Antara sebab sebab di atas adalah berkaitan dengan pembaca tidak dapat
menguasai tahap kemahiran kefahaman dalam bahan bacaan. Oleh demikian, terdapat
akibat akibatnya. Kebanyakan kanak yang bermasalah tiada rakan yang suka
berkawan dengan mereka. Keputusan tidak baik sering diabaikan oleh rakan dan guru.
Guru melabelkan kanak kanak itu bodoh turut mempengaruhi rakan sekelasya tidak
suka berkawan dengan dia. Kadang kala murid yang lebih cerdik di dalam kelas itu akan
membuli kanak yang lemah itu. Perasaan yang dipinggir oleh rakan dan guru
menyebabkan mereka semakin kurang keyakinan pada diri sendiri serta perasaan
rendah diri. Sekiranya guru tidak menitikberatkan isu ini, emosi dan sahsiah akan
semakin teruk.
Kesan kedua ialah peluang mendapat perkerjaan yang baik adalah rendah. Pada
masa kini, pengiktirafan sijil sangat penting. Kebanyakan syarikat mengupah pekerja
sekurang kurangnya peringkat dari SPM atau siswazah. Seseorang yang buta huruf
atau lemah dalam kefahaman sukar menyumbang idea idea yang bernas dalam
kerjaya mengakibatkan mereka sukar mendapat perkerjaan yang baik di masyarakat.
Mereka tidak mempunyai peluang pekerjaan yang baik boleh menimbulkan masalah isu
isu masyarakat seperti merompak, merungut, mencuri dan lain lain lagi. Kebanyakan
isu ini berlaku akan menjadi masyarakat tidak tenteram dan aman.
Seterusnya, masalah berkomunikasi dengan orang lain. Komunikasi bermaksud
menyampaikan mesej dan menerima mesej antara satu sama lain melalui medium
tertentu. Komunikasi yang baik melibatkan penggunaan perkataan atau ayat yang
lengkap dan tepat. Proses ini melibatkan latihan pertuturan dan membaca. Apabila
5

seseorang kurang kosa kata atau perbendaharaan kata, mereka sukar untuk
menyampaikan sesuatu mesej dengan baik kepada orang lain. Kadang kala penerima
tidak faham mesej yang hendak disampaikan. Akhirnya masalah salah faham juga akan
ditimbulkan.
Di samping itu, kanak kanak sering mendapat keputusan yang kurang
memuaskan di dalam kelas juga menyebabkan mereka berasa rendah diri di dalam
kelas. Guru tidak memberi penerangan secara lanjutnya mengakibatkan mereka kurang
faham kehendak arahan. Kesannya mereka kurang aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas sama ada permainan, pertandingan, aktiviti luar dan
sebagainya.

Lama kelamaan, kanak itu akan mengalami masalah pembelajaran

semakin teruk sehingga pembelajarannya ditinggalkan sangat jauh berbanding dengan


rakan sekelasnya.
Untuk menangani masalah kemahiran kefahaman di kalangan kanak kanak
pemulihan, terdapat pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang wajar
dilaksanakan oleh guru. Oleh itu, sebagai guru pemulihan haruslah bijaksana untuk
memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang wajar serta kesesuaian tahap dan
gaya pembelajaran murid murid agar masalah pembelajaran murid pemulihan dapat
diatasi dengan sebaik mungkin.
Antara strategi yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengatasi masalah
kemahiran kefahaman ialah pembelajaran melalui permainan. Permainan merupakan
satu aktiviti yang sangat suka oleh kanak kanak. Kaedah bermain sambil belajar dapat
menarik perhatian kanak kanak serta penguasaan sesuatu kemahiran dengan baik.
Contohnya guru menggunakan kaedah bercerita. Guru menceritakan sebuah cerita
kepada kanak kanak sambil bermain dengan puppet. Selepas bercerita, guru
menggunakan teknik soal jawab untuk menguji kefahaman murid terhadap cerita itu.
Murid murid memberi jawapan yang betul bermakna mereka telah mencapai tahap
kefahaman yang basic pada cerita tersebut.
Seterusnya, guru boleh membantu meningkatkan kemahiran kefahaman anak
murid dengan berasaskan bahan. Guru menggunakan bahan seperti doh membantu
kanak kanak mengaitkan kefahaman isi pembelajaran. Doh merupakan bahan konkrit.
Sentuhan bahan konkirt boleh merangsang deria kanak kanak lebih minat untuk
belajar. Contohnya guru mengajar perkataan nama haiwan kv + kvk seperti katak, tikus
6

dan gajah. Guru menunjukkan gambar haiwan dan minta murid membentuk perkataan
nama haiwan kv + kvk dengan menggunakan doh. Kalau anak murid dapat membentuk
perkataan yang betul dengan gambar yang ditunjukkan bermakna murid itu sudah
berjaya mencapai objektif yang ditentukan oleh guru iaitu kenalpasti perkataan nama
haiwan kv + kvk. Anak murid bermain sambil belajar boleh menarik minat murid untuk
belajar.
Strategi lain ialah guru pemusatan diri semasa berada di dalam kelas. Proses ini
melibatkan komunikasi sehala sahaja iaitu guru memberi arahan, murid murid
mengikut arahan yang diberi guru. Ketika murid murid menghadapi masalah semasa
menjalankan aktiviti, guru berperanan sebagai fasilitator memberi bantuan kepada anak
muridnya. Aktiviti yang sering dilaksanakan oleh guru untuk menguji kefahaman anak
murid ialah guru mengedarkan sebuah teks bacaan dan lembaran kerja kepada murid
murid. Contohnya guru menggunakan kaedah lembaran kerja untuk menguji kefahaman
anak muridnya. Melalui lembaran kerja, guru menggunakan teknik soal jawab secara
dua hala supaya mendapat respon antara satu sama lain. Untuk menguji kemahiran
kefahaman, selain teknik soal jawab termasuklah aneka pilihan, mengisi tempat kosong,
betul atau salah, suai badan dan lain lain lagi. Biasanya, jawapan boleh dapat di
dalam teks bacaan.
Selain daripada itu, pendekatan tematik juga salah satu cara yang baik untuk
meningkatkan kemahiran kefahaman di kalangan murid - murid. Tematik merupakan
satu koleksi idea mengenai sesuatu tajuk dan tema akan dipecahkan kepada kumpulan
kecil. Contohnya guru memberikan satu tajuk besar ialah tradisional budaya di Malaysia.
Seterusnya, guru membahagikan anak murid dua kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai sub topik masing masing seperti kumpulan pertama ialah bertajuk
pakaian tradisional di Malaysia manakala kumpulan kedua ialah makanan tradisional di
Malaysia. Murid murid perlu melalui pelbagai saluran untuk mengumpulkan maklumat
tersebut seperti majalah, surat khabar, Internet, hasil temubual dan sebagainya. Teknik
inkuiri boleh mencungkil sifat ingin tahu murid diri sendiri terhadap pembelajarannya.
Setelah mereka mengumpulkan segala maklumat, mereka menampalkan di atas kertas
mahjong dan membuat kesimpulan yang ringkas atas maklumat yang dapati. Akhiri,
guru akan mengaplikasikan pengetahuan itu dalam objektif pembelajaran pada hari itu.

Pembelajaran masteri adalah salah satu kaedah yang amat penting bagi
kemahiran kefahaman kanak kanak. Dalam pembelajaran masteri, guru perlu
mengenalpasti semua anak muridnya telah menguasai skop pembelajaran tentukan
sebelum belajar sesuatu yang baru. Dengan cara ini, ia dapat menjamin pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkualiti. Oleh itu, kaedah ini lebih berpusat pada guru.
Biasanya, guru akan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengukuhkan kefahaman
murid murid. Contohnya guru mengajar perkataan dua suku kata v + kv seperti ubi,
ibu, isi. Guru menjalankan pelbagai aktiviti seperti paparan gambar dengan perkataan v
+kv, menyebut ceraian kad kad suku kata v + kv, memadankan kad kad suku kata
menjadi perkataan, mewarnakan gambar yang lengkap dengan perkataan v + kv,
menulis secara mekanis pada buku latihan dan sebagainya. Belajar secara berperingkat
memudahkan anak murid menguasai sesuatu perkara dengan baik.
Secara kesimpulannya, kemahiran kefahaman memainkan peranan yang
penting. Kanak kanak mempunyai masalah kemahiran kefahaman disebabkan faktor faktor tertentu seperti kecerdasan kognitif, persekitaran, bahan bacaan dan sebagainya.
Setiap faktor ini telah memberi kesan yang amat ketara terhadap kanak kanak
tersendiri. Oleh itu, guru haruslah bijaksana memilih strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik yang sesuai untuk membantu mereka mengatasi masalah ini dengan sebaik
mungkin.

3.0 PEMBINAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Kelas

: Pemulihan Tahun 2

Tarikh

: 8 Mei 2015

Hari

: Selasa

Masa

: 8: 00 pagi hingga 9 :00 pagi

Bilangan Murid

: 6 orang (2 Kumpulan)

Tajuk

: Mengenali nama benda perkataan kv + kv

Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

KUMPULAN
Nama Murid

Kemahiran

KUMPULAN ARNAB

KUMPULAN ZIRAFAH

(Kumpulan Lemah)
1. Lai Teck Soon

(Kumpulan Cerdas)
1. Tan Mei Kee

2. Afiqah Bt Abdullah

2. Hafiz Bin Hamdan

3. Gui Sin Han


3. Lee Mei Ying
1. Menyebut perkataan kv +kv dengan betul
2. Mengeja perkataan kv + kv dengan betul
3. Menulis dan mengecam perkataan kv + kv dengan

Objektif

betul.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
(Kumpulan Lemah) :
1. Murid murid boleh menyebut perkataan kv + kv
dengan betul sekurang kurangnya lima daripada
lapan perkataan kv + kv
2. Murid murid boleh mengeja perkataan kv +kv dengan
betul sekurang kurangnya lima daripada lapan
perkataan kv + kv
3. Murid murid boleh menulis perkataan
kv + kv dengan betul sekurang kurangnya lima

daripada lapan perkataan kv + kv


4. Murid murid boleh mengecam lima daripada lapan
perkataan kv + kv
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat
(Kumpulan Cerdas) :
1. Murid murid boleh menyebut perkataan kv + kv
dengan betul sekurang kurangnya enam daripada
lapan perkataan kv + kv
2. Murid murid boleh mengeja perkataan kv +kv dengan
betul sekurang kurangnya enam daripada lapan
perkataan kv + kv
3. Murid murid boleh menulis dan mengecam perkataan
kv + kv dengan betul sekurang kurangnya enam
daripada lapan perkataan kv + kv
Pengetahuan Sedia Ada

4. Murid murid boleh membina ayat mudah.


1. Murid murid pernah melihat objek objek yang
tersenarai dalam kehidupan seharian.
2. Kumpulan Zirafah dapat mengenali kebanyakan objek
yang tersenarai.
Bekerjasama, Disiplin,

Penerapan Nilai

Memberi

tumpuan,

Peka,

Penglibatan aktif, Berkeyakinan, Berterima kasih, Hormat


Bahan

Bantu

Mengajar

(BBM)
Kemahiran Berfikir

LANGKAH

KANDUNGAN

- menghormati
Kad gambar, Ceraian kad suku kata, Lembaran kerja,
Komputer riba, LCD
Mengimbas Kembali, Menjana Idea, Hubungkait

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


10

CATATAN

PEMBELAJARAN (PdP)
Set Induksi
(5 minit)

Gambar

yang

menunjukkan

1. Berdasarkan gambar ini, apakah objek


yang anda dapat dilihat?

perkataan kv + kv

2. Adakah semua benda ini pernah

yang biasa dilihat

muncul di sekeliling persekitaran atau

oleh

kehidupan harian anda?

murid

murid.

3. Adakah anda mengenali semua nama


objek ini?
4. Marilah kita mengenali nama objek ini

Bahan Bantu
Mengajar :
Gambar
Kemahiran
Berfikir :
Mengimbas
Kembali

bersama sama.
5. Guru mengaitkan isi pembelajaran pada
hari ini iaitu mengenali nama benda

Nilai :
Peka

perkataan kv + kv.
Langkah 1

Nama objek yang

(10 minit )

hendak diajar oleh


guru.

1. Guru menampalkan gambar objek pada


papan putih.
2. Guru menyatakan bahawa hari ini akan

1.

Bahan Bantu
Mengajar :
Kad

Gambar,

mengajar murid murid mengenali

Kad Perkataan

lapan objek tersebut.

kv + kvk

3. Guru menerangkan bahawa semua

jari
2.

objek ini adalah perkataan kv +kv.


3. Murid murid perlu mengetahui

Kemahiran :
Menyebut

menyebut, mengeja dan menulis


perkataan kv + kv yang pelajari pada hari
ini.

meja
3.

Kemahiran

4. Guru membimbing semua murid membaca


setiap perkataan kv +kv dengan kaedah

Berfikir :
Mengecam

pandang sebut.
5. Guru mengulangi membaca lapan

bola

Kaedah :

perkataan kv +kv sebanyak tiga kali

Pandang

supaya murid - murid mempunyai konsep

Sebut

terlebih dahulu sebelum guru bermula

11

4.

PdP.

Nilai :

6. Oleh kerana guru mengetahui tahap


pembelajaran murid murid, guru telah

roti

5.

Peka, Disiplin,
Memberi

membahagikan mereka kepada dua


kumpulan iaitu kumpulan Arnab

tumpuan

(kumpulan lemah) dan kumpulan

ketika

Zirafah (kumpulan cerdas) agar mereka

menyampaika

mendapat PdP mengikut kesesuaian pada

n pengajaran.

guru

kedua dua kumpulan ini.

kuda

6.

lori

7.

sofa

8.

topi
Langkah 2

Aktiviti

mengikut

(15 minit )

kumpulan.

Kumpulan Arnab

Kumpulan Zirafah

(Kumpulan Lemah)

(Kumpulan Cerdas)

Bahan Bantu
Mengajar :
Kad

Kumpulan Arnab
1. Kumpulan

1. Guru

1. Guru mengedarkan

menjalankan

12

kad gambar dan

Slaid

Gambar,
Power

Point, Audio,

Arnab belajar

PdP pada

ceraian kad suku

Kad Perkataan

menyebut dan

kumpulan ini.

kata kv +

kv

kv kepada

Komputer,

kumpulan ini.

LCD

mengeja

2. Guru mengajar

kv,

perkataan kv +

kumpulan ini

kv pada

menyebut dan

kelapan

mengeja

kumpulan

lapan objek

perkataan

mempunyai

Kemahiran

yang hendak

kv + kv pada

pengetahuan yang

Berfikir :

dipelajari pada

kelapan lapan

lebih baik daripada

Hubungkait,

hari ini.

objek yang

kumpulan Arnab,

Mengecam

hendak

guru mengedarkan

Kumpulan Zirafah

dipelajari oleh

ceraian kad suku

1. Kumpulan

murid murid.

kata dan

Kemahiran :

kad gambar

Menyebut,
Mengeja

Zirafah bermain

3. Guru

2. Oleh kerana

sambil belajar

menjalankan

kepada mereka untuk

perkataan

PdP ini dengan

menjalankan aktiviti

kv + kv

memaparkan

suai padan.

slaid power point.

Kaedah :

3. Setiap ahli kumpulan

Bermain,

perlu menyatukan

Pandang

power point,

dua suku kata

Sebut

guru telah

menjadi perkataan

merekod suara

dan memadankan

mengeja

gambar yang sesuai.

4. Dalam slaid

perkataan
kv + kv tersebut.
Contohnya :

4. Setelah mereka

Mendengar

berjaya

arahan,

melaksanakan

bekerjasama,

aktiviti ini, ketiga

disiplin,

tiga murid tersebut

penglibatan

perlu saling bertanya

aktif, Saling

antara satu sama

hormat -

lain supaya

menghormati

mengenalpasti
setiap orang dapat

13

Nilai :

4. Murid dibimbing

menyebut dan

untuk menyebut

mengeja

dan mengeja

perkataan kv + kv

perkataan kv +

dengan betul diikuti

kv dengan betul.

dengan gambar

Teknik :

yang sesuai.

Penyoalan

5. Di samping itu,
guru memberi

5. Guru akan

penerangan bagi

menjalankan

setiap nama

sesi pengujian pada

objek itu seperti

kumpulan ini untuk

objek bola

mengenalpasti

adalah

setiap murid dapat

digunakan untuk

menyebut dan

bermain.

mengeja

6. Guru menguji

perkataan

kefahaman

kv + kv dengan

murid dengan

betul.

memilih gambar
secara rawak.
Contohnya, guru
menunjukkan
gambar meja,
murid perlu
menyebut atau
mengeja
perkataan meja.

Langkah 3
(10 minit)

Aktiviti

1.Guru

1. Guru menyediakan

Bahan Bantu

Mengedarkan

lembaran kerja 3

Mengajar :

lembaran kerja 1

kepada kumpulan

Lembaran

kepada kumpulan

ini.

kerja

ini.

14

2. Murid

Lembaran kerja 3 :

Kemahiran

murid

Berfikir :

memadankan

Mengecam,

perkataan kv +kv

Mengimbas

dengan gambar

Kembali

yang sesuai.
Nilai :
Lembaran kerja

Berkeyakinan

1:

Teknik :
Teknik
2. Lembaran kerja 2
yang perlu
dilaksanakan oleh
kumpulan ini adalah
mereka perlu
Murid murid perlu
menyusun perkataan
kv + kv dengan
susunan yang betul.
Lembaran Kerja
2:

2. Menyemak jawapan
bersama sama.

15

Kloz,

Suai Padan

4. Murid murid
perlu mengisi
jawapan yang
sesuai pada
ruang yang
disediakan.
5. Menyemak
jawapan
bersama
sama.

Langkah 4

Pengukuhan

(15 minit)

Latihan

1. Setelah guru mengenalpasti semua murid

Bahan Bantu

dapat menyebut, mengeja dan mengenali

Mengajar :

kelapan lapan objek tersebut, guru

Lembaran

mengedarkan sehelaian lembaran kerja 3

Kerja,

kepada semua murid.

Latihan

2. Lembaran kerja adalah kertas latihan

Kertas

Mekanis

menulis tulisan mekanis. Kertas latihan ini


mempunyai empat garisan yang berwarna
biru dan merah.
3. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti

Kemahiran
Berfikir :

murid murid dapat menulis perkataan

Mengimbas

dengan jelas, baik dan cantik.

Kembali,

(Latihan Tulisan Mekanis)

Menjana Idea,

4. Guru sebagai role model menunjukkan


cara menggunakan kertas mekanis untuk
menulis perkataan dengan cantik, kemas
16

Hubungkait

Kemahiran :
dan baik.

Menulis

5. Murid murid mengikuti cara yang


ditunjukkan oleh guru menulis di atas
kertas mekanis.
6. Perkataan yang hendak murid ditulis pada

Nilai :
Mendengar

kertas mekanis adalah perkataan kv + kv

arahan,

yang telah pelajari. Contohnya guru

Memberi

memberi perkataan bola, murid dengar

tumpuan, Peka

dan menulis di atas kertas latihan mekanis


tersebut.
7. Setiap perkataan hanya bertulis tiga kali
pada satu barisan yang sama.
Lembaran kerja 3
Kertas Menulis Mekanis

8. Guru menyuruh setiap murid bersedia


membina ayat mudah dengan
menggunakan perkataan kv +kv yang
pelajari pada hari ini.
9. Demi menguji kefahaman murid, guru akan
menunjukkan gambar secara rawak.
Contohnya, guru menunjukkan gambar
lori, murid berdasarkan gambar membina
ayat mudah seperti Lori ini sangat besar
17

Teknik :
Latih tubi

Penutup
(5 minit)

1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari


ini.

Bahan Bantu
Mengajar :

2. Dua orang murid mewakili kumpulan Arnab

Kad gambar

untuk menyebut empat perkataan


kv + kv .

Kemahiran :

3. Dua murid mewakili kumpulan Zirafah

Menyebut

untuk menyebut lima perkataan kv + kv.


4. Guru berterima kasih kepada murid

Kemahiran

murid kerana memberi kerjasama yang

Berfikir :

sepenuhnya semasa guru menjalankan

Mengimbas

proses PdP di dalam kelas.

Kembali
Nilai :
Berterima
kasih,
Kerjasama

4.0 PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)


18

Set Induksi

Langkah 1

jari

lori

meja

bola

kuda

sofa

Langkah 2

Slaid Power Point

Ceraian Kad Suku Kata

Langkah 3

19

roti

topi

Lembaran Kerja 1

Lembaran Kerja 2

Lembaran Kerja 3

Langkah 4

5.0 KESIMPULAN

20

Secara keseluruhannya, kita dapat memahami bahawa kemahiran kefahaman adalah


saling berkait dengan kemahiran membaca. Kemahiran membaca merupakan peringkat
kemahiran asas, sekiranya anak murid tidak menguasai kemahiran membaca maka
mereka tidak mampu mencapai tahap yang lebih tinggi iaitu kemahiran kefahaman.
Di sekolah, kemahiran kefahaman memainkan peranan yang sangat penting.
Apabila seseorang kanak tidak dapat memahami sesuatu perkara dengan baik, dia tidak
dapat mengikuti arahan dan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh guru. Lama
kelamaan, pembelajarannya akan ditinggalkan sehingga tidak setanding dengan rakan
sekelasnya lagi. Secara tidak langsung ia juga memberi kesan kepada seseorang yang
berhidup di masyarakat pada masa akan datang.
Terdapat pelbagai sebab mengakibatkan seseorang tidak dapat mencapai tahap
kemahiran kefahaman dengan baik seperti kecerdasan kognitif, persekitaran, masalah
membaca, kecacatan fizikal dan sebagainya. Semua sebab ini memberi kesan yang
amat ketara pada seseorang sekiranya dia tidak mampu mencapai tahap kefahaman.
Contohnya mendapat peluang pekerjaan yang baik adalah rendah, pandang rendah dari
orang sekeliling, kurang keyakinan pada diri sendiri dan lain lain lagi.
Akan tetapi, masalah ini bulanlah penghalang kepada guru dan sekolah dijadikan
alasan untuk tidak membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Untuk
mengatasi masalah ini, guru haruslah peka terhadap masalah yang dihadapi oleh anak
murid. Contohnya kemahiran membaca, membaca merupakan proses memindahkan
lambang lambang bertulis kepada suara, memahami makna
terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna

- makna yang

- makna tersebut dengan

pengalaman sedia ada murid. Membaca dengan baik barulah boleh mencapai tahap
kefahaman pada sesuatu bahan yang dibaca. Guru perlu mengetahui bahawa asas
kefahaman ialah membaca. Oleh itu, guru haruslah menekankan pada aspek ini.
Guru bijaksana memilih strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai
dapat membantu mereka mengatasi masalah ini dengan sebaik mungkin. Selain
daripada itu, pembinaan rancangan pengajaran harian (RPH) juga perlu dititikberatkan.
RPH yang baik memudahkan guru melaksanakan PdP di dalam kelas serta mencapai
objektif pembelajaran dengan berjaya.
BIBLIOGRAFI
21

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas
kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan
Idris. 2 4 Jun 2008.
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norainah Binti Mohd Saleh.(2004). Tahap kebolehbacaan dan kefahaman membaca.
Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah
Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Jacqueline Teo. Gaya Bahasa. http://www.academia.edu/3660657/s
Diakses pada 19 April 2015

22

LAMPIRAN

23

Vous aimerez peut-être aussi