Vous êtes sur la page 1sur 3

http://shegroup44.blogspot.com/2012/10/sejarah-latar-belakang-baba-dannyonya.

html

KEUNIKAN RUMAH BABA


NYONYA DI GEORGETOWN
SERTA BUDAYANYA
Sunday, 28 October 2012

Sejarah & Latar Belakang Baba Dan Nyonya


Sejarah & Latar belakang Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Malaysia, khususnya di negeri Melaka dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi
sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan
kedudukan ini. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana
kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur
pengaruh kebudayaan Melayu.
Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina
yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima
puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat
meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak
berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih
terus diamalkan.

1.1 Rumah Baba dan Nyonya

Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan
budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber
memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini
mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara
ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang
fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik
Peranakan Cina.

Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan
banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut
budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan
Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya.Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan
Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan
gologan tersebut mudah menerima budaya baru. Disebabkan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris
dan berpendidik, kebanyakan jawatan perkhidmatan dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British
dengan mereka menyebabkan mereka memeluk agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat
Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings
Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda
pelbagai budaya dan bahasa, kabanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan

Cina, Melayu dan British. Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan antara Cina,
Melayu dan Barat; terutamanya, British.

Disediakan oleh:
Tee Kah Wai
*Gambar dari kamera Nurul Hasyani Ederis
Posted by SHE 101 - KUMPULAN 44 at 08:44

Vous aimerez peut-être aussi