Vous êtes sur la page 1sur 24

ANEKA PETUA UMUM

Assalamualaikum, di sini saya akan cuba mengumpulkan koleksi petuapetua umum dan saya akan update dari masa ke semasa sekiranya
mendapat petua baru dari mana-mana sumber .... Sekadar berkongsi
maklumat, keberkesanan tidak dapat saya jamin ya...
-------------------------------------------------------------------------

Daun semalu penawar bisul


Cara tradisional untuk mengubati bisul ialah dengan menumbuk beberapa
tangkai pucuk daun semalu hingga lumat. Tampalkan pada keliling bisul.
Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.
Kunyit ubati kaki terseliuh
Jika kaki terseliuh, jangan cepat panik. Tumbuk kunyit dan panaskan
bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan
dengan daun tembaga suasa. InsyaAllah anda akan berasa lega.
Jika bayi sukar buang air besar
Ada kalanya bayi sukar untuk membuang air besar. Kaedah tradisional
ialah menggunakan beberapa helai daun keledek. Ramas dan ambil
lendirnya. Kemudian sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering.
Lakukan dua atau tiga kali sehari.
Buang ketuat tanpa sakit
Untuk membuang ketuat yang tumbuh dikulit anda boleh cuba cara ini.
Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat
kemudian biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal
dengan sendirinya. Anda tidak akan rasa sakit, pedih, juga tidak
meninggalkan parut yang hodoh.
Buah mata kucing buang angin
Bagi mereka yang sering kali mengalami angin di tubuh, rebut buah mata
kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam.
Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.
Hilangkan rasa pijar
Rasa pijar lazimnya berlaku apabila memegang cili. Untuk itu, ambil
seuncang teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam ais buat
seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendam

berulang kali agar uncang teh itu terasa sejuk.


sumber : Mingguan wanita
Edit Terakhir: Disember 01, 2012, 01:43:42 am oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #1 pada: Oktober 14, 2012, 01:12:38 am

HILANGKAN GATAL DAN TANDA GIGITAN NYAMUK


Untuk menghilangkan rasa gatal dan mengelakkan gigitan daripada
bertanda, ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit
perahan asam jawa. Sapu dibahagian gigitan nyamuk. InsyaAllah tiada
bekas gigitan nyamuk dan rasa gatal juga berkurangan.

BARANG KEMAS KEMBALI BERSINAR


Bagi memastikan barang kemas sentiasa bersinar, rendamkan barang
kemas anda ke dalam bekas bersama air sabun selama satu minit. Berus
barang kemas tersebut menggunakan berus gigi yang telah digunakan.
Kemudian bilas dengan air. Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.
INAI ATASI KEROSAKAN KUKU
Jika anda menghadapi kerosakan kuku, tumbuk daun inai. Pakaikan di
jari atau pada bahagian kuku yang rosak. InsyaAllah berkesan.

MENGATASI GIGITAN PENYENGAT


Bagi mengatasi gigitan penyengat, tuangkan sedikit cuka ke atas gigitan
penyengat tersebut dengan segera. Ia dapat mengindari kulit daripda
bengkak. Petua ini sesuai diamalkan untuk semua peringkat umur.

KACANG PEA ELAK PENYAKIT KUNING


Petua untuk menghilangkan penyakit kuning pada bayi yang baru lahir
bergantung kepada ibunya. Kepada ibu yang baru melahirkan bayi,
makan dua sudu kacang pea 15 minit sebelum menyusukan bayi.

InsyaAllah penyakit kuning dapat diatasi.


KEMBALIKAn KEREMAJAAN RAMBUT
Untuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat, amalam petua ini.
Ramaskan daun bunga raya dan daun lidah buasa sehingga mengeluarkan
lendir. Kemudian campurkan kedua-duanya sebleum ditapis. Ratakan
ramuan itu ke aas kepala dan biarkan ia kering. Bilas dengan air bersih.
Amalkan petua ini tiga kali seminggu. Pasti anda akan mendapat
hasilnya.

sumber :Mingguan Wanita


Edit Terakhir: Oktober 14, 2012, 01:13:56 am oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #2 pada: Oktober 24, 2012, 01:19:05 pm

ATASI MULUT BERBAU


Petua untuk menghilangkan bau mulut selepas memakan petai, jering dan
kerdas ialah dengan memakan tujuh hingga lapan ulas bawang putih yang
telah dibakar. Cara ini juga membantu membuang angin dalam badan.
HILANGKAN GETAH DI TANGAN
Untuk menghilangkan getah yang melekat pada tangan, gosokkan tangan
dengan limau purut yang telah dibelah dua. Ia juga dapat melembutkan
tangan.
ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus
hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudahmudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidaktidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #3 pada: November 03, 2012, 07:14:45 pm

HILANGKAN MINYAK HITAM PADA PAKAIAN


Memang sukar untuk menghilangkan minyak hitam yang melekat pada
pakaian tetapi ada cara mudah untuk membersihkan kotoran itu. Sapukan
sedikit marjerin di tempat yang kotor. Gosok dan bilas. Anda akan dapati
kesan minyak hitam hilang dengan mudah. Selamat mencuba.

PETUA HILANGKAN BAU PADA BEKAS PLASTIK


Rendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut.
Lepas tu, kena biarkan selama beberapa jam. InsyaAllah, bau tersebut
akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas itu tak lagi berbau.

PETUA HILANGKAN BISUL


. Sapukan bedak sejuk ditempat yang terkena bisul . lkukan berulang kali.
InsyaAllah berkesan
2. Ambil kapur sirih, sapukan ditempatkan terkena bisul. Biarkan kering
dan lakukan berulang kali.
3. 2-3 ulas bawang putih, ditumbuk halus, sapukan di tempat bisul dan
tutupkan dengan kain.
Edit Terakhir: November 03, 2012, 07:23:29 pm oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator
Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #4 pada: November 27, 2012, 12:52:18 am

KOPI LEMBUTKAN TANGAN

Ambil serbuk kopi yang telah digunakan. Lumur pada tapak tangan dan
gosok selama beberapa minit. Kemudian, bilas tangan dengan air bersih.
Ulang proses ini dan tangan anda akan berasa lembut.
BISUL CEPAT PECAH
Amat menyakitkan apabila timbul bisul pada tubuh. Untuk
mempercepatkan bisul pecah, ambik sedikit kapur dan campurkan dengan
lendir lidah buaya. Sapu pada bisul. Ia juga dapat membantu untuk
mengurangkan rasa sakit.
TELUR SEMBUHKAN KULIT MELECUR
Kulit yang melecur terkena minyak panas boleh disembuhkan dengan
menggunakan sebiji hingga dua biji telur. Sapukan telur di atas kulit yang
melecur dan biarkan sehingga kering. kemudian, bilas dengan air bersih.
Cara ini juga membantu untuk tidak meninggalkan parut.
ATASI MASALAH JENTIK-JENTIK
Jentik-jentik jika dibiarkan akan mengundang penyakit. Jika anda tidak
mempunyai masa untuk menukar air dalam pasu tumbuhan anda setiap
minggu, masukkan minyak masak atau minyak bayi. Cara ini mampu
menghalau jentik-jentik.
Edit Terakhir: November 27, 2012, 12:53:33 am oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator
Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #5 pada: Disember 01, 2012, 01:41:44 am

HILANGKAN SELESEMA BAYI


Selesema menimbulkan ketidakselesaan kepada badan. Apatah lagi jika

bayi yang terpaksa menghidapinya. Untuk mengatasi bayi yang


menghidap selesema, tumbuk dua ulas bawang merash serta sedikit
lengkuas. Letakkan sedikit minyak masak dan sapukan pada ubun-ubun
bayi secara membulat.
MERAWAT BIBIR KERING
Kadangkala bibir yang kering boleh meyebabkan sakit dan berdarah.
Untuk mengelakkan bibir kering, anda boleh menyapu mentega untuk
memberi kelembapan pada bibir.
HILANGKAN JERAGAT
Kehadiran jeragat di muka boleh menjejaskan imej seseorang. Untuk
mengatasinya, ambil secawan kacang hijau dan kisar sehingga halus.
Kemudian cuci muka menggunakan kacang yang dikisar tersebut sambil
gosokkannya dengan perlahan. Amalkan tiga kali sehari.
MENCERAHKAN SIKU
Ramai yang tidak sukakan rupa siku yang hitam dan kering. Untuk
mengatasinya, ambil sebiji lemon dan potongnya kepada dua bahagian.
Ambil lemon tersebut dan tekankan pada siku. Selepas itu, bersihkan siku
dan sapukan pelembab kulit.
MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang
anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu
perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke
dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali
selepas anda makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti
dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat
badan anda akan beransur turun.
TOMATA GEBUKAN KULIT
Bagi anda yang inginkan kulit yang lembab, putih dan gebu, ambilkan isi
tomata dan campurkan dengan kuning telur. Gaul sebati bahan-bahan ini.
Kemudain, jadikan masker dan sapukan wajah. Biarkan sehingga kering
dan setelah itu, bersihkan wajah dengan air.
TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah
dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-

bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher,


punggung dan dada di lumur.
UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya.
Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja.
Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap
pagi sebelum sarapan.
HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat
timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua
untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih
tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda
selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi
hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan
dengan menggunakan minyak urut.
MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua.
Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang
mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah
caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di
muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka
asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut
hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning
telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di
tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh
dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan
berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh
dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah,
cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan
the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air
bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama
sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu
sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah


malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa
menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit
gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena
sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila
hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja
dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga
akan menjadi lebih putih dan berseri.
MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap
dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh
helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air
suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.
Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.
TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil
sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar
mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit
yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat
hasil yang memuaskan.
HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira
seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya,
bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum
makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh,
jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan
sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali,
bersabar dan bertawakal.
KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk
angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih
muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya
ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan
ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan
sendirinya.
UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan
menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan
melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala
dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat
kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas
daripadanya.
ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan
mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari
kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan
minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah.
Lakukan sekerap yang boleh.
PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan
sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta
sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun
yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak
bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh
menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai
pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam.
Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal
berkenaaan.
PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu
hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak
tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara
terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga halus lalu diperah. Air
perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia
juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan
membersihkan sisa-sisa darah kotor.
MINYAK ZAITON KILATKAN PERABOT KAYU

Setelah menggunakan beberapa tahun, pasti perabot kayu kelihatan


sedikit kusam. Untuk menghilangkan kusam dan menyerikannya,
bersihkan terlebih dahulu perabot tersebut daripada habuk. Kemudian,
sediakan ari suam dan juga minyak zaitun ataupun minyak kelapa. Lap
pada keseluruhan perabot dan biarkan ia kering.
HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda
akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual,
pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian
tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya.
Insya-Allah semuanya beres.
CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada
petua untuk menghilangkannya. Cuba titiskan secamca minyak tanah dan
kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika
dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya
hilang.
PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda.
Hasilnya, anda akan lihat pokok lihat pokok bunga subur menghijau.
Tercatat

yusida

Global Moderator
Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #6 pada: Disember 05, 2012, 12:20:53 am

DAUN PERIA REDAKAN BATUK


Jika anda menderita batuk, ambillah beberapa helai daun peria. Tumbuk
daun ini dan campurkan dengan air dan diperah. Minum air peria ini tiga
kali sehari. Ia akan membantu menyembuhkan batu.

KEMPISKAN PERUT DENGAN AIR ASAM JAWA

Bagi mereka yang sukar buang air besar, bancur air asam jawa sederhana
pekat segelas setiap pagi dan minum sebelum bersarapan atau
mengambil apa-apa makanan lain. Ia bukan sahaja memudahkan
melawaskan makanan tetapi boleh turunkan berta badan dan kempiskan
perut.

ASAM JAWA UNTUK KULIT LICIN TANPA JERAWAT


Asam jawa dapat membantu menjaga kulit wajah anda. Ambil asam jawa
secukupnya dan bancuh dengan air masak. Oleskan pada wajah sehingga
kering iaitu kira-kira 30 minit. Setelah kering, bolehlah dicuci. Sekiranya
ada jerawat, letakkan asam jawa tebal sedikit. Jika diamalkan, kulit akan
licin dan tidak berjerawat. (Petua ini tidak sesuai untuk yang berkulit
kering)

PAKU PAKIS ATASI MASALAH ANEMIA


Bagi ibu hamil, khususnya yang sering mengalami masalah anemia atau
kurang darah, cuba amalkan memakan sayur paku pakis merah tiga
hingga empat kali seminggu. Insya-Allah ia akan membantu menguranig
masalah yang dialami.

AIR TEH SERIKAN WAJAH


Impikan wajah yang berseri? Rendamkan air the semalaman kemudian
sapukan pada muka anda keesokan harinya sebelum mandi pagi. Lamakelamaan kulit muka yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus
dan berseri-seri.
Edit Terakhir: Disember 05, 2012, 12:24:15 am oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #7 pada: Disember 05, 2012, 01:27:39 pm

KUKU LEBIH BERSIH DAN BERSINAR

Penampilan kuku juga penting bagi melambangkan tahap kebersihan diri.


Bagi mendapatkan kuku yang bersih, ambil berus gigi yang tidak
digunakan bersama ubat gigi dan gosok pada bahagian kuku. Amalkan
setiap hari.
ASAM JAWA KURANGKAN SAKIT KEPALA
Bagi mereka yang sering mengalami sakit kepala, kurangkan kesakitannya
dengan mengambil sedikit asam jawa yang telah dbancuh bersama
semangkuk santan. Sapukan bahan tadi ke rambut dan perapkan
seketika dengan menggunakan tuala. Biarkan kering dan kemudian cuci
dengan air yang bersih.
KHASIAT DAUN GELENGGANG
Rasa daun gelenggang agak panas apabila dilumatkan dan ditampal pada
kulit. Walaupun begitu, ia amat mujarab untuk menghilangkan kegatalan
pada kulit luar terutamanya bagi mereka yang menghidap masalah panau
dan kurap. Cuma ambil segenggam daun gelenggang yang segar dan
campurkan bersama sedikit kapur sirih. Lumatkan sebelum digosokkan
pada kulit.
ASAM GELURGUR ATASI TUMIT PECAH
Tumit kaki yang pecah memburukkan penampilan terutamanya jika
memakai kasut yang tidak bertutup. Atasinya dengan memasukkan

beberapa keeping asam gelugur ke dalam besen berisi air suam.


Rendamkan kaki anda selama setengah jam. Amalkan selalu untuk hasil
yang lebih baik.
TEMBIKAI SERIKAN WAJAH
Kulit yang sentiasa terdedah kepada kotoran mengakibatkan wajah
menjadi kusam. Untuk mendapatkan kulit lebih lembap dan berseri, ambil
sepotong tembikai yang sejuk. Perahkan untuk mendapatkan
hampasnya. Sapukan hampas tembikai pada seluruh muka dan lehier.
Apabila telah kering, percikkan sedikit ari sejuk. Petua ini juga membantu
melambatkan proses penuaan.
Edit Terakhir: Disember 05, 2012, 01:29:43 pm oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #8 pada: Disember 05, 2012, 11:29:48 pm

BIJI BETIK LEBATKAN RAMBUT


Ambil biji betik yang masak, jemur dan keringkan sehingga betul-betul
kering. Kemudian goreng dalam beberapa minit dan tumbuk halus.
Campurkan biji betik ke dalam sebotol minyak keapa. Sapu di kutli
kepala. Amalkan selalu.

KAPUR SIRIH HILANGKAN KESAN GIGITAN SEMUT


Nyamuk atau semut yang menggigit memang terasa gatal dan
meninggalkan kesan pada kulit. Ambil sedikit kapur sirih dan campurkan
dengan sedikit air dan sapukan ditempat gigitan. InsyaAllah, kesan
kemerahan akan hilang dalam beberapa minit.

TEBU MERAH SEMBUHKAN SELESEMA

Ambil sebatang tebu merah dan buang kulitnya. Kunyah untuk


mendapatkan anirnya walalupun rasanya tawar. InsyaAllah, selesema
anda akan sembuh.

DAUN JAMBU PULIHKAN LUKA JAHITAN BERSALIN


Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, sediakan air suam secukuptnya
dan tuangkan air suam pada bahagian sulit serentak dengan keluarnya air
kecil. Untuk memulihkan segera luka jahitan, rebus lima keeping daun
sirih dan 15 keping pucuk daun jambu batu. Gunakan air untuk
membasuh luka sekerap yang mungkin.

REMPAH HILANGKAN KEGATALAN VAGINA


Ambil sedikit kulit kayu manis, daun kaduk, bunga lawing dan bunga
cengkih. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masukkan
segayung air. Rebus bahan-bahan sehingga mendidih. Apabila sejuk,
gunakan untuk membasuh bahagian intim untuk mgengelakkan kegatalan
dan keputihan.
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #9 pada: Disember 06, 2012, 01:24:11 pm

CARA CUCI BARANGAN PERAK


Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan
cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang
mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan
campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah
dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari
sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN


Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik
merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang
menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan
demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan
bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api,
kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak
itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau
seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk
membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getakgerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

HILANGKAN DEBU DARI BUNGA


Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu.
Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda
gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah
bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.
Edit Terakhir: Disember 06, 2012, 01:25:36 pm oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #10 pada: Disember 07, 2012, 12:34:09 am

ATASI LINGKARAN GELAP


Lingkaran gelap pada bahagian mata mencacatkan penampilan. Untuk
mengatasi masalah ini, sapukan bahagian mata dengan air perahan limau
nipis. lakukan beberapa kali. Hasilnya tentu tidak mengecewakan anda.
ELAK SENGGUGUT
Bagi wanita yang sering kali mengalami senggugut, anda boleh mencuba
petua ini untuk mengelakkan kesakitan. Campurkan halia yang telah
ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Pastikan kuantiti kedua-dua bahan
sama banyak. Makan selama seminggu sebelum haid.
TIDUR LEBIH LENA
Tentunya ramai individu yang sukar mendapat tidur yang lena. Bagi
membantun anda tidur lebih lena, parutkan buah pala secukupnya. Lalu
campurkannya dengan sedikit air. kemudian tekapkan parutan buah pala
itu pada bahagian ubun-ubun di kepala.
BAWANG MERAH RAWATI RESDUNG
Tentu tidak selesa jika anda seringkali bersin. Ia mungkin petanda
resdung. Untuk mengurangkan gejala resdung, hiris tiga biji bawang
merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke
dalam bekas bersama air mendidih. kemudian wapkan ke muka anda.
Amalkan selalu.
MENGHILANGKAN KESAN CAT
Cara yang mudah untuk membantu anda menghilangkan cat ialah dengan
merendamkan pakaian dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan
selama beberapa jam. Kemudian barulah dicuci seperti biasa
menggunakan air sabung.
PEGAGA HILANGKAN PARUT

Gusar dengan parut hitam akibat jerawat? Atasinya dengan mengisarkan


daun pegaga bersama bedak sejuk dan air secukupnya. Kemudian
pupukkan aduan tersebut pada parut hitam jerawat sebelum tidur pada
setiap malam. Biarkan semalaman. Baki kisaran pegaga dan bedak sejuk
tersebut jangan di buang, sebaliknya boleh disimpan di dalma peti sejuk
dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Edit Terakhir: Disember 07, 2012, 12:36:48 am oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator
Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #11 pada: Disember 10, 2012, 01:21:34 pm

GULA UBAT LUKA


Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda
keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang
berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga
ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya.
Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang
putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih
yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan
mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

TERKENA BISA IKAN KELI

Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai
sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila
terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati.
Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku
kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk
kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati.
Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya
hilang dan sakitnya segera sembuh.

BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil
seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kiri
dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala
hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara
ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

LIMAU WANGIKAN RAMBUT


Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke
seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih.
Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh
menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

KHASIAT AIR BERAS


Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk
mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari
minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air
beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga
ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.

RAWATAN LEPAS BERSALIN


Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin

ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua
sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara
begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas
ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan
menegangkan semula perut selepas anda bersalin.

UBAT SAKIT MATA


Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan
kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah
sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan
beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5
minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah
mata anda akan pulih sediakala.

RAMBUT HITAM BERKILAT


Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan
berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala.
Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam
seminggu. Selamat mencuba.
Edit Terakhir: Disember 10, 2012, 01:23:27 pm oleh yusida
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #12 pada: Januari 07, 2013, 08:07:49 am

SUBURKAN POKOK BUNGA


Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil
seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata.
Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.

BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia


mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic,
kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak
manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh
menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan
darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.

KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH


Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K,
lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang
tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput
lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat
dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur
(insomnia).

PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH


Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja
terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke
rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah
ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan
pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja,
rasa sakit akan hilang.

MEREDAKAN BENJOL
Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu
dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam
secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut
dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke

bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan
mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.
Tercatat

yusida

Global Moderator
Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM


Jawab #13 pada: Januari 31, 2013, 08:18:17 am

ATASI MASALAH BULU KETIAK


Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu
ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan
bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu
ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan
gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula
dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda
itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan
lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya
daripada tumbuh.

DAUN PERIA UBAT KURAP


Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah
menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga
bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan
atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang
kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

KAIN BATIK TIDAK LUNTUR


Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa
helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air
mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik
dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.

CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan
juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga
rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi
mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum
menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan
terbaik.
Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, keratkeratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di
dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas
tiga hari.

ELAK BISA PAKU BERKARAT


Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari
bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam
minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar.
Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka
tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang
bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak
pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.
Tercatat

yusida

Global Moderator

Hero Member

Pos: 889

Per:ANEKA PETUA UMUM

Jawab #14 pada: Februari 18, 2013, 08:25:58 am

Mengembalikan seri muka selepas bersalin


Istimewa buat ibu selepas bersalin, kembalikan seri wajah anda dengan
petua ini. Rebuskan beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga
kali seminggu. Amalkannya pada waktu pagi dan malam.

Buah Pelaga legakan muntah

Bagi wanita hamil atau mereka yang mabuk kenderaan disarankan untuk
mengikuti petua ini bagi melegakan rasa sakit kepala atau badan akibat
muntah. Tumbuk halus buah pelaga dan campurkan dengan air panas.
Minum dan insyaAllah, ia akan memberikan kelegaan.

Timun muda hilangkan bau badan


Untuk anda yang tercari-cari petua untuk menghilangkan bau badan,
kupas kulit timun muda dan basuh bersih. Gosok timun pada bahagian
badan yang mudah berpeluh setiap kali selepas mandi. Amalkan setiap
hari.

Terkena minyak panas


Jika terkena minyak panas, atasi rasa perit dengan menggunakan lemak
ayam. Caranya masak lemak ayam dengan api yang sederhana.
Sejukkan dan simpan di dalam botol. Sapukan lemak tersebut pada
bahagian tersebut. Bakinya boleh disimpan di dalam botol untuk
kegunaan masa hadapan.

Minyak sapi rahsia payu dara anjal


Bagi mendapakan payu dara yang anjal dan menarik, panaskan dua sudu
minyak sapi. Biarkan sejuk. Kemudian sapu dan urutkan di sekeliling

payu dara selama 15 minit. Ambil sehelasi tuala bersih dan basahkan
dengan air suam. Lapkan minyak sapi sehingga bersih.

Rawat selesema dengan kapur sirih


Selesema membuatkan anda berasa tidak selesa. Aasinya dengan
mencalit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris
limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah
airnya. Minum air perahan sekali sehari.

Vous aimerez peut-être aussi