Vous êtes sur la page 1sur 10

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA

09700 KARANGAN, KULIM, KEDAH DARUL AMAN

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH


Nama sekolah

: Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara

Alamat sekolah

: Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara, 09700


Karangan, Kulim, Kedah Darul Aman.

Jenis sekolah

: Sekolah Kebangsaan Luar Bandar

Kod Sekolah

: KBA 5032

Gred sekolah

:B

Bilangan pelajar

: 796 orang

Bilangan guru

: 44 orang

Bilangan staff sokongan

: 2 orang

Data bilangan guru Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara 2013


Guru
Lelaki
Perempuan
Jumlah

Melayu
14
27
41

Cina
-

India
3
3

Jumlah
14
30
44

Keseluruhan

Data bilangan murid Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara 2013


Tahun
PRA
SEKOLAH
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
JUMLAH

Bilangan
Kelas
2

Melayu
L
P

India
P

Lain-lain
L
P

Jumlah
L
P

23

27

Besar
50

6
6
7
2
23

103
114
101
32
373

113
106
139
43
428

1
1
1
3

1
1

3
3

217
222
244
75
808

SEJARAH / LATAR BELAKANG SEKOLAH

Jumlah

Sek. Keb. Taman Mutiara mula di bina pada 20 Januari 2011 dan siap
sepenuhnya pada 19 Julai 2012 di atas sebidang tanah seluas 5 ekar. Kos
perbelanjaan untuk membina sekolah ini ialah sebanyak RM 16 856 530.00
Nama Taman Mutiara diambil sempena lokasi sekolah yang terletak di kawasan
taman perumahan yang diberi nama Taman Mutiara. Sesi persekolahan pertama
bermula pada 13 Januari 2013. Keseluruhan murid-muridnya terdiri daripada
penduduk sekitar Taman Mutiara.
Sek. Keb. Taman Mutiara menempatkan 4 blok bangunan untuk
pembelajaran dan pentadbiran, 1 blok Pra Sekolah dan 1 blok untuk kantin. Sek.
Keb. Taman Mutiara juga terdapat sebuah padang permainan, dataran kejat dan
sebuah dewan terbuka.
Kedudukannya yang berdekatan jalan utama perumahan Taman Mutiara
merupakan kedudukan yang strategik bagi memudahkan murid-murid datang ke
sekolah. Pada dasarnya, pembukaan Sek. Keb. Taman Mutiara adalah bagi
menampung masalah murid-murid yang terpaksa berulang alik jauh untuk ke
Sek. Keb. Sungai Kob, Sek. Keb. Taman Hi Tech dan Sek. Keb. Pagar Museh.
Jadi, dengan pembukaan Sek. Keb. Taman Mutiara, murid-murid yang menetap
di Taman Mutiara adalah murid-murid yang pertama menjadi warga Sek. Keb.
Taman Mutiara.
Pada awal persekolahan, bilangan murid yang mendaftar adalah seramai
760 orang yang terdiri daripada 353 orang murid lelaki dan 407 orang murid
perempuan. Bagi pecahan murid mengikut kaum pula, murid Melayu adalah
majoriti iaitu seramai 753 orang murid, manakala murid India pula seramai 4
orang dan murid yang terdiri daripada lain-lain bangsa pula seramai 3 orang.
Pada permulaannya, kelas yang dibuka bagi sesi 2013 ialah hanya darjah 1
sehingga darjah 4 sahaja. Darjah 1 hanya dibuka 6 kelas, darjah 2 juga 6 kelas,
manakala darjah 3, 6 kelas dan darjah 4 pula hanya 2 kelas sahaja. Pendidikan
Pra Sekolah dibuka kepada 2 kelas, dengan bilangan murid seramai 50 orang.

Bilangan guru di Sek. Keb. Taman Mutiara ialah seramai 44 orang guru
terlatih yang terdiri daripada 14 orang guru lelaki dan 30 orang guru
perempuan.serta 2 orang staf sokongan. Barisan pertama pentadbiran Sek. Keb.
Taman Mutiara ialah:

Guru Besar
Pen. Kanan 1/pentadbiran
Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Pen. Kanan Kokurikulum

: En. Jaafar Bin Ahmad


: En. Yamin Bin Nawi
: En. Adnan Bin Jaafar
: En. Shukeri Bin Ibrahim

Lokasi
Terletak dikawasan perumahan Taman Mutiara. Berdekatan dengan Surau
Taman Mutiara.

LOGO, MOTO, SLOGAN SEKOLAH

Logo

Cengkerang

- Melambangkan guru dan murid sanggup mengharungi


gelombang pendidikan. Guru-guru sentiasa bersedia
melindungi anak didiknya dengan menerapkan ilmu dan
sahsiah yang baik.

Biru

- melambangkan air laut yang bermaksud ilmu seluas


lautan dan juga perpaduan.

Kuning

- Melambangkan disiplin

Tiga gelung

- Memanjukan sukan/ kokurikulum seiring dengan


kurikulum.

Mata pena

- Bersama menuju ke arah kecemerlangan dan


kemajuan ilmu terutamanya akademik.

Kitab/Buku

- Kitab merupakan pegangan agama serta panduan


hidup. Buku pula tempat meneroka segala ilmu.

Moto
SEKOLAH KITA TERUS MAJU

BENDERA SEKOLAH

Huraian bendera
Lencana

: Kedudukan lencana sekolah di tengah adalah symbol


keagungan sekolah yang menjadi mercu tanda kejayaan
setiap warga sekolah.

Kuning

Melambangkan

iklim

persekitaran

yang

harmonis

berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Merah
Saiz

: Melambangkan semangat berani, ceria serta kerjasama


dari semua pihak untuk memajukan sekolah ini.
: 70cm x 140cm

VISI SEKOLAH

MENJADI SALAH SEBUAH


SEKOLAH YANG CEMERLANG DI
DAERAH KULIM BANDAR BAHARU
MENJELANG 2018.

MISI SEKOLAH

Warga pendidik Sek. Keb. Taman Mutiara berusaha dengan penuh iltizam
dan ikhlas untuk:
Melahirkan modal insan berkualiti dan seimbang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Memperkasakan sistem pengurusan dengan lebih efisien.
Melahirkan insan minda kelas pertama melalui budaya penyayang,
berdaya saing dan berakhlak mulia.
Membentuk pewaris negara yang mantap jati diri dan saling
menghormati.
Mewujudkan budaya keilmuan dan iklim sekolah yang kondusif.
Memantapkan hubungan erat dengan komuniti setempat.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SKTM penuh tekad dan semangat berikrar dan berjanji akan
menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Mewujudkan dan melaksanakan system pendidikan yang terbaik
seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Memastikan anak didik sekolah ini menjadi insan yang berilmu,
beramal dan berakhlak mulia.
3. Menyediakan staf yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi,
berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi
meninggikan martabat guru sehingga ke taraf dunia.
4. Berkongsi idea dan kerjasama dengan ibubapa/penjaga melalui
saluran PIBG bagi meningkatkan kemajuan, menjalin perpaduan dan
hubungan baik sejajar dengan slogan Masyarakat Penyayang.
5. Memastikan sekolah sebagai sebuah institusi ilmu yang peka dan
prihatin terhadap kehendak pelanggannya (murid, guru, ibubapa,
masyarakat).
6. Berusaha menyediakan segala kemudahan yang boleh membantu
menyelesaikan sebarang kesulitan samada dalam P&P, Hal Ehwal
Murid dan Kokurikulum.

7. Menjalin hubungan yang akrab bagi ikram antara sekolah dengan


masyarakat setempat dan agensi-agensi yang berkenaan.

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUTIARA

TAJUK: TERUS MAJU

SK Taman Mutiara
Mengorak langkah Berjaya
Membina insan mulia
Menjadi impian Negara
Usaha terus maju
Kepada Tuhan kita berseru
Bersedia menuntut ilmu
Belajar tanpa jemu
Disiplin, asas kita
Membentuk akhlak mulia
Cergas kuat sihat dan minda
Matlamat wawasan Negara

Disiplin asas kita


Membentuk akhlak mulia
Cergas kuat sihat dan minda
Matlamat wawasan negara

Vous aimerez peut-être aussi