Vous êtes sur la page 1sur 16

HAIWAN MELINDUNGI DIRI DARIPADA MUSUH DAN BAHAYA

Untuk terus hidup, haiwan perlu melindungi diri daripada bahaya. Haiwan mempunyai ciri-ciri dan
kelakuan khas bagi melindungi dirinya daripada dimakan oleh haiwan lain atau diancam oleh manusia.

CIRI-CIRI KHAS HAIWAN


1. BAU BUSUK
- Sesetengah haiwan mengeluarkan bau yang kuat dan busuk untuk menghalau musuhnya.
- Contoh haiwan yang mengeluarkan bau busuk ialah:Lipas,skunk,kumbang dan pepijat.

Lipas

Kumbang

Pepijat

2. SENGAT
-Ada serangga yang mempunyai sengat untuk mempertahankan dirinya daripada musuh.
-Lebah dan tebuan mempunyai sengat yang boleh melemahkan musuhnya.

Lebah

Tebuan

-Kala jengking dan lipan mempunyai sengat beracun yang boleh membunuh mangsanya.

Kala jengking

Lipan

3. TARING
-Ular mempunyai taring yang beracun untuk melindungi diri dan membunuh musuh. Ia akan
mengeluarkan bisa apabila menggigit.

Ular tedung

4. DURI TAJAM
-Terdapat juga haiwan yang mempunyai banyak duri tajam pada permukaan badannya. Selapisan
otot pada badannya dapat mengawal pergerakan duri-duri ini supaya dapat
ditegakkan sebagai
tanda amaran apabila diancam.
-Duri yang terdapat pada haiwan seperti landak boleh mencederakan musuh ya mendekati atau
menyerangnya.

Landak

-Keseluruhan badan ikan buntal diliputi dengan duri tajam. Bila ikan ini diancam, badannya akan
mengembung, menyebabkan durinya menjadi tegak. Ini akan menakutkan musuh.

Ikan buntal

5. PENYAMARAN
-Sesetengah haiwan berupaya menukar warna badannya serupa dengan persekitaran dan
sesetengah haiwan bersepadu dengan persekitarannya.
-Teknik penyamaran digunakan untuk menyembunyikan diri daripada musuh dan mangsa.
-Harimau dan kuda belang mempunyai jalur supaya dapat bersembunyi di dalam semak.

Kuda belang

-Rusa, arnab dan tupai berwarna coklat yang sepadan dengan warna batang pokok dan tanah.

Rusa

Arnab

Tupai

-Belalang ranting menyembunyikan diri daripada pemangsanya dengan bersepadu dengan


persekitarannya. Serangga ini mempunyai badan yang panjang dan kurus seperti kayu atau ranting.

Belalang ranting

-Sesetengah kupu-kupu pula mempunyai dua tompok besar pada sayapnya yang kelihatan seperti
dua biji mata.

Sejenis spesis kupu-kupu

-Sumpah-sumpah menukar warna kulitnya untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Sesumpah

6. SISIK KERAS, BULU TEBAL DAN CANGKERANG KERAS


-Terdapat haiwan yang diliputi dengan sisik keras, bulu tebal atau cangkerang keras untuk
melindungi diri daripada musuh.
-Contohnya, buaya dan tenggiling mempunyai sisik keras bagi melindungi badannya daripada
kecederaan.

Buaya

Tenggiling

-Penyu,siput babi,kerang dan ketam mempunyai cangkerang keras untuk melindungi diri
daripada musuh.

Penyu

Siput babi

Kerang

Ketam

-Beruang, beruang kutub dan panda mempunyai bulu tebal untuk melindungi diri daripada bahaya
dan kecederaan.

Beruang

Beruang kutub

Panda

7. TANDUK TAJAM DAN KUAT


-Sesetengah herbivor mempunyai tanduk yang kuat dan tajam untuk melindungi diri
daripada musuh.
-Contoh haiwan bertanduk tajam ialah rusa,badak sumbu dan kerbau.

Rusa

Badaksumbu

Kerbau

8. BERKAKI PANJANG DAN BEROTOT KUAT


-Ada haiwan yang mempunyai kaki yang panjang dan berotot kuat untuk membantunya berlari
dan melepaskan diri daripada musuh.
-Contoh haiwan ialah kuda, kuda belang dan antelop.

Kuda

Kuda belang

Antelop

9. KUKU TAJAM
-Terdapat haiwan yang melindungi diri dan memburu mangsa menggunakan kuku yang tajam.
-Contoh haiwan yang berkuku tajam ialah singa, harimau dan helang.

Singa

Harimau

Helang

10. PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN YANG BAIK


-Sesetengah haiwan mempunyai penglihatan dan pendengaran yang baik untuk membantu
mengesan musuh dengan lebih awal.
-Contohnya, helang mempunyai penglihatan yang baik manakala arnab mempunyai pendengaran
yang baik.

KELAKUAN KHAS HAIWAN


Selain daripada ciri-ciri khas, haiwan juga mempunyai kelakuan khas untuk melindungi diri daripada
bahaya atau musuhnya.
1. MENGGULUNG BADAN
-Ulat gonggok dan tenggiling menggulung badannya apabila rasa terancam bagi melindungi diri
daripada bahaya.

Ulat gonggok menggulungkan badan

Tenggiling menggulungkan badan

2. BERPURA-PURA MATI
-Sesetengah kumbang dan ulat gonggok berpura-pura mati apabila diserang atas diganggu oleh
musuh.

Kumbang berpura-pura mati

3. MENYEMBUR DAKWAT HITAM


-Sotong dan sotong kurita mengeluarkan dakwat hitam bagi melepaskan diri daripada musuh.

Sotong

Sotong kurita

4. MENANGGALKAN EKOR
-Cicak menanggalkan ekornya apabila diserang oleh musuh.

Cicak menanggalkan ekor

5. MENYOROK DI DALAM CANGKERANG


-Siput babi dan kura-kura menyorokkan kepala dan kaki di dalam cangkerang apabila diserang
oleh musuh.

Siput babi menyorokkan badan dalam cangkerang

Kura-kura menyorokkan kepala, kaki dan tangan dalam cangkerang

6. HIDUP DALAM KUMPULAN


-Sesetengah haiwan tinggal dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam kumpulan. Ini
membenarkan haiwan ini mempertahankan diri bersama-sama ketika dalam bahaya.
-Contoh haiwan yang hidup berkumpulan ialah gajah, kuda belang dan singa.

Sekumpulan gajah