Vous êtes sur la page 1sur 3
1527 ‘MINANGKABAU MINANGKABAU, suku kaum yang tinggal di wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Di Malaysia, Khususnya di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka, me- reka yang berasal dari Minangkabau dikenal dengan nama orang Minang, Dari segi fizikal, alam Minangkabau terbahagi kepada dua bahagian terbesar. Pertama, ‘Luhak yang Tiga’ (luhak an tigo) terdiri daripada tiga daerah atau luhak iaity luhak Tanah Datar, luhak Agam dan luhak Lima Paluh, Kedua, ‘Rantau’ iaitu wilayah Minangkabau yang terletak di uar luhak yang tiga. Rantau merupakan wilayah untuk mencari kekayaan, lantaran itu, tradisi merantau secara khusus dihubungkan dengan orang Minangkabau. ‘Nama Minangkabau dipercayai berasal daripada per- kataan ‘minang kerbau’, apabila seekor anak kerbau tem- patan yang diikat taji atau ‘minang’ yang tajam pada tanduknya dapat mengalahkan kerbau yang lebih besar dari Kerajaan Majapahit. Ada juga pendapat, nama Mi- nangkabau itu berasal daripada perkataan ‘minang kamwar’ yang bermaksud pertemuan dua sungai kembar, iaitu Sungai Kampar Kiri dan Sungai Kampar Kanan di Sumatera Barat, Daripada “tambo”, iaitu cerita-cerita zaman lampau yang diwarisi turun-temurun, pada masa dahulu wilayah Minangkabau di Sumatera diperintah oleh raja Minang- kabau yang dipercayai berketurunan daripada raja Hindu bernama Adityavarman. Kerajaan Minangkabau ini di- kaitkan dengan istana Pagarruyung yang berkuasa dati pertengahan abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Masyarakat Minangkabau tradisi berpegang kuat ke- pada adat, malah undang-undang adat mendasari sistern sosial serta mengatur seluruh kehidupan mereka, Ter- dapat dua jenis undang-undang adat di tanah Minang- Kabau iaitu Sistem Koto Piliang dan Sistem Bodi Caniago. ‘Adat Koto Piliang (adat temenggung) yang bersifat auto- ritatif dipeloport oleh Sutan Maharajo Baru atau Datuk Keturanggunan, sementara adat Bodi Caniago (adat per- patih) yang bersifat demokratik pula dipelopori oleh Sutan Balun atau Datuk Perpatih Nan Sebatang. Undang- undang adat yang dipelopori oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang lebih meluas diamalkan di Minangkabau. Ta terbahagi kepada empat jenis, iaitu Adat yang Sebenarnya Adat, Adat yang Teradat, Adat yang Diadatkan dan Adat Istiadat ‘Adat yang Sebenamya Adat adalah aturan alam semula jadi yang tidak boleh diubah, seperti dalam kata-kata perbilangan, ‘adat tajam melukai, adat air membasahi, dan adat api menghanguskan”. Adat yang Teradat pula bermaksud peraturan kehidupan yang diterima ramai secara muafakat dan’ menjadi Warisan turun-temurun. Prinsip utama adat ini juga kebanyakannya berlandaskan peraturan alam semula jadi, dan dengan demikian ia juge dianggap kekal dan tidak berubah. Sementara Adat yang. Diadatkan membawa pengertian bahawa sesuatu per aturan atau undang-undang itu tidak tetap dan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan, Adat ini ditbaratkan sebagai kata perbilangan, “kalau dicabut mati, kalau dipindahkan layu”. Adat Istiadat pula ialah adat resam yang digunakan dalam satu-satu upacara seperti dalam perkahwinan atau perayaan-perayaan tertentu, Adat istiadat ini berbeza dari satu tempat dengan satu tempat yang lain. Sebagai sebuah masyarakat nasab ibu, orang Minang- kabau_mengira keturunan mereka hingga ke moyang yang sama dari sebelah pihak ibu. Seseorang itu akan menjadi anggota kelompok keturunan ibunya dan me- makai nama keturunan ibunya, Kelompok keturunan yang terbesar disebut suku. 'ada mulanya, hanya terdapat empat suk di Minangkabau, iaitu suku Bodi, Caniago, Koto dan Piliang. Kini, terdapat hampir 100 suku se- muanya di seluruh Minangkabau. Antara suku yang ter- besar ialah Bodi, Caniago, Cuci, Jambak, Delimo dan (Si) ‘MINANGKABAU Pisang; daripada nama tempat seperti Padang Datar, Lubuk Batang, dan Padang Laweh; dan datipada nama orang seperti Dani, Domo dan Magek Anggota bagi satu-satu suku tidak dibenarkan berkah- win sesama sendiri, kerana perbuatan sedemikian diang- gap sumbang yang akan merosakkan sistem adat dan ke- rukunan sosial. Perkahwinan digalakkan antara pasangan setempat, lebih-lebih lagi antara keluarga dekat, tetapi berbeza suku, misalnya antara anak dan kemanakan (iaitu anak kepada saudara perempuan). Mengikut prinsip nasab ibu, seseorang lelaki itu bertanggungjawab terha- dap kebajikan kemanakannya, lebih-lebih lagi terhadap kemanakan lelakinya. Dengan mengahwinkan anak pe- rempuannya dengan kemanakan lelaki tersebut, hubung- an antara mamak dan kemanakan akan menjadi ber- tambah erat. Perkahwinan seperti ini dikatakan sebagai ‘pulang ke mamak’ atau ‘pulang ke bako’. Masyarakat Minangkabau yang mementingkan ke- utuhan adat tidak begitu: menggalakkan perkahwinan dengan orang luar, terutamanya dengan orang yang bu- kan berketurunan Minangkabau. Mereka percaya sistem kehidupan komunal dan bercorak kolektif yang diamal- kan akan menjadi lebih utuh jika perkahwinan antara ‘awak sama awak’ dilakukan. Lelaki dalam masyarakat Minangkabau mempunyai dua kedudukan yang berbeza. Pertama, sebagat ‘mamak/ orang tempat semenda’ yang berkuasa terhadap kema- nakannya, dan kedua, sebagai orang semenda atau suami/bapa dalam zuriat isterinya. Hal-hal berkaitan ru- ‘mah tangga jarang diceritakan kepadanya kerana semua- nya menjadi tanggungiawab orang tempat semenda. Struktur kepimpinan dalam masyarakat Minangkabau terutamanya berkaitan dengan pentadbiran undang- undang adat, pada asasnya berlandaskan prinsip keke- luargaan nasab ibu yang diamalkan itu. Unit sosial yang paling kecil selepas keluarga asas ialah ‘paruik’ iaitu se- buah keluarga Iuas Keibuan. Paruik biasanya dikaitkan dengan satu kelompok yang tinggal dalam sebuah rumah adat atau rumah gadang. Paruik diketuai oleh mamak atau bapa saudara keibuan yang dikenal dengan nama ‘mamak rumah’ atau ‘tungganai’. Tungganai bertang- gungjawab memberi kepimpinan, nasihat dan perlin- dungan kepada semua anggota paruiknya mengikut peraturan adat. Jawatan ini diwariskan daripada mamak kepada kemanakan lelaki Beberapa paruik membentuk sebuah zuriat keibuan yang dikenal dengan nama ‘payung’. Rumah-rumah adat yang didiami oleh anggota sepayung terletak berdekatan _ antara satu sama lain di atas tanah kepunyaan bersama. Payung diketuai oleh penghulu, Jawatan int disandang oleh Ielaki tertua dalam paruik yang asal, atau secara bergilir-gilir oleh lelaki tertusa daripada paruik-paruik yang terdapat dalam payung tersebut. Tugasnya serupa dengan tugas tungganai, tetapi pada peringkat yang lebih tinggi. Himpunan beberapa payung pula membentuk suku, Suku diketuai oleh penghulu suku yang dipilih daripada kalangan penghulu-penghulu payung. Beberapa suku keibuan (yang jumlahnya dari 4-10 suku) dengan peng- hulu masing-masing tinggal dalam sebuah kampung yang disebut nagari. Nagari ditadbir oleh majlis adat_ yang dikenal sebagai Kerapatan Adat Nagari. Keanggotaan majlis ini terditi daripada penghulu-penghulu suku dan petugas-petugas adat termasuk setiausaha (manti), pe- tugas agama (mualim) dan penjaga keselamatan (duba- lang). Pada masa dahulu, pentadbiran adat pada pe- ringkat nagari dipertanggungjawabkan kepada seorang yang disebut penghulu pucuk atau penghulu tua, iaitu pemimpin kolektif dalam nagari tersebut. Sebagai sebuah masyarakat pertanian, masyarakat Minangkabau sangat mementingkan tanah. Sesiapa yang tidak mempunyai tanah dianggap sebagai orang kurang. Bagi orang Minangkabau, tanah merupakan tempat lahir, tempat hidup dan tempat mati. Setiap keluarga harus memiliki rumah tempat anak cucu dilahirkan, harus me- miliki sawah atau ladang sumber mencari makan, dan harus mempunyai pusara tempat dikebumikan apabila mati. Ketiga-tiganya merupakan harta pusaka yang me- Jambangkan kesahihan orang Minangkabau. Harta dalam masyarakat Minangkabau tradisi, teruta- manya tanah sawah atau ladang dimiliki secara bersama oleh kaum keluarga atas nama kemanakan perempuan dan diwariskan daripada ibu kepada anak perempuan. Kemanakan lelaki hanya diberi hak untuk mengusahakan dan. mentadbirkannya. Sebagai warisan, harta pusaka tidak boleh dibahagi-bahagikan oleh yang berhak demi untuk menjaga keutuhan kaum keluarga. Rumah gadang dianggap sebagai pusaka sakti dan ke- kal menjadi milik bersama kaum keluarga. Rumah gadang berfungsi sebagai tempat tinggal bersama, tempat ber- musyawarah dan berbincang di kalangan kaum keluarga, sebagai tempat mengadakan perayaan dan upacara, dan sebagai tempat merawat anggota keluarga yang sakit Rumah gadang menjadi pusat bagi organisasi sosial satu- satu park. Masyarakat Minangkabau juga kaya dengan warisan kesusasteraan dan kesenian. Salah satunya ialah tambo yang mulanya diperturunkan secara lisan dan kemu- diannya dibukukan. Antara perkara penting yang tercatat dalam tambo ialah sejarah asal tisul alam Minangkabau, had sempadan dan hubungan antara kawasan pedalaman dengan rantau, dan juga penghuraian tentang pemben- tukan hukum adat serta cara-cara hukum tersebut dilak- sanakan, Masyarakat Minangkabau terkenal juga dengan kaba, iaitu koleksi cerita rakyat. Warisan kesenian Mi- nangkabau pula antara lain termasuklah tarian kaba, randai dan tabut. Pola-pola kehidupan tradisi masyarakat Minangkabau telah banyak mengalami perubahan. Kini, undang- undang adat tidak lagi dapat digunakan bagi mengawal dan mengatur kehidupan sosial kecuali dalam adat adat tertentu sahaja. Dalam organisasi keluarga pula, kuasa mamak terhadap kemanakannya telah diambil alth oleh bapa. Perkahwinan sesuku yang dianggap sumbang serta perkahwinan dengan orang luar yang jarang berlaku pada masa dahulu, sudah menjadi kelaziman. Akibat daripada pemitikan harta bercorak peribadi, didapati ibu bapa pada masa ini mewariskan harta benda secara lang- sung kepada anak-anak. Ini menunjukkan bahawa ke- hidupan berbentuk komunal dan kolektif yang menjadi kebanggaan masyarakat Minangkabau sukar hendak 1529 MINGGU BAHASA dipertahankan pada masa ini. [lih. j. ADITVAVARMAN, BODI CANIAGO, KOTO PILIANG, KABA, TAME} 1B) A.A. Navis, 1984 Alam Terkoong Jadi Gres Adat dan Kebu- cayaan Minangkabau. Jakarta: Penerbit PT Grafiti Pers. Dt. 8 Nardin Yakub, 1987. Minangkabau Tonait Pusala: Tambo Minang- bau (Buku Satu), Bukitingg: Penerbit Pustaka Indonesia. Nor- hal Haji rahima, 1983. dat Pepa: Perbezaan dan Persamassiva dengan Adal Terenggung. Kuala Lumpur: Penerbit Fajr Bakti Sdn Bhd. Teuyoshi Kato (tee), 1989. Nasob Ibu dam Mevantaus Treads, Minanghabae yang Berterazn di Indonesia. Kuala Lumpur: Devon Bahasa dan Pustaka. YAACOB HARUN

Vous aimerez peut-être aussi