Vous êtes sur la page 1sur 19

ASAL PADI

DISEDIAKAN & DISUNTING


OLEH:
PUAN SUSILAWATI RAYA
SUGIANTO

SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan dua orang anak
yatim piatu yang masih kecil dan telah
ditinggalkan oleh kedua orang tuanya.
Mereka hidup melarat kerana segala harta
peninggalan orang tuanya dicuri orang.
Hanya yang tinggal sebuah kolam ikan
dan dijaga oleh mereka siang dan malam.
Anak sulung sudah besar, namun cacat,
kakinya kerekut, jejari kakinya bercantum
umpama kaki itik dan tumitnya pula
berlubang.

TEMA
Tema prosa tradisional ini adalah
kebijaksanaan dalam menyelesaikan
masalah. Kebijaksanaan Si Bongsu
menyelesaikan masalah dalam
usahanya mendapatkan padi dari
kayangan untuk dibawa pulang ke
bumi.

PERSOALAN
Keberanian melakukan sesuatu tindakan.
o Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi
itu di dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat
ditangkap oleh penjaga dusun sehingga luka di tumitnya
Kebijaksanaan mencari akal.
o Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat
menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah
tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya
padi.

PERSOALAN
Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.
o Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala
harta yang ditinggalkan oleh suami isteri itu kepada
anak-anak mereka yang masih kecil.
Bersungguh-sungguh menjaga hak.
o Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan
padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Si Bongsu

Seorang lelaki.
Seorang anak yatim piatu.
Anak bongsu daripada dua beradik.
Seorang yang berani.

Contohnya: Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam


mulutnya untuk di bawa pulang ke bumi.

Seorang yang bijak mencari akal.



Contohnya :- Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan
beberapa butir padi di dalam luka di tumitnya agar padi tersebut tidak
dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih

Contohnya:- Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan


peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.
Seorang yang rajin.

Contohnynya :- Si Bongsu rajin bekerja menjadi penjaga


dan mengawasi jemuran padi di kayangan.
Seorang yang berpandangan jauh.

Contohnya : Si Bongsu mahu membawa padi di
kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati
kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan
Si Sulung
Abang kepada Si Bongsu
Anak yatim piatu.
Seorang yang setia.
o Contohnya:- Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya
yang kini berada di kayangan.
Anak yang cacat.
o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat
satu sama lain, seperti kaki itik dan kedua tumitnya berlubang.

Seorang yang gigih.

o Contohnya :- Si Sulung gigih menjaga kolam ikan


peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan
walaupun dia masih kecil.

Empunya padi ( orang kayangan )

Seorang yang sangat berhati-hati


o Contohnya: Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan
memeiksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat
membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang bertimbangrasa.


o Contoh: Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang
menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke
bumi.

Seorang yang baik hati


o Contoh: Empunyai padi telah memberi Si Bongsu
makan padi yang ditanamnya.

Seorang yang cerdik

o Contohnya:- Empunya padi tidak percaya kata-kata


burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih
sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit
telah makan padi.

Burung Pipit

o Contoh:- Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan


bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi
di bumi sehingga kenyang.

o Contohnya:- Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya


kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh
burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

Seekor burung yang tidak jujur

Seekor burung yang licik

LATAR
Latar Masa
Waktu siang.
o Contoh: Didapatinya dekat kolam itu ada
tujuh orang wanita yang baharu sahaja selesai
mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat
pulang.

Latar Tempat

Di kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung
dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung
keperluan mereka.

Di Kayangan
o Contoh: Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang
dipanggil padi di kayangan.
Di kolam
o Contoh: Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di
kolam ikan Si Bongsu.

Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
o Contoh: Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan
menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua
mereka.
Masyarakat kayangan.
o Contoh: Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di
kayangan.
Masyarakat yang patuh kepada arahan.
o Contoh: Burung Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan
empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan
kewujudan tanaman padi di bumi.

GAYA BAHASA

GAYA BAHASA

Peribahasa
o Contoh: Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda
o Contoh: lubang-lubang, harta benda, sekali-kali

sinkope
o Contoh: tak, ku

imej alam
o Contoh: padi, burung pipit, burung tekuri

Hiperbola.
o Contoh: benda itu kuning warnanya, berkilau-kilau ditimpa sinar matahari.

o Contoh: Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain, seperti
kaki itik.

Simile.

NILAI

NILAI

Nilai keberanian.
o Contoh: Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke bumi.

Nilai kesetiaan
o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Nilai kepatuhan.
o Contoh: Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi
di bumi.

Nilai kebijaksanaan.
o Contohnya: Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah
tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

PENGAJARAN

Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.


o Contoh: Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi.

Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.


o Contoh: Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia menyembunyikan beberapa butir padi
di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi.

Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga.


o Contoh: Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

o Contohnya:- Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan
bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan.

SEKIAN

Vous aimerez peut-être aussi