Vous êtes sur la page 1sur 12

PENGGUNAAN COLOURING SAND DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MEWARNA BENTUK ASAS


MURID PENDIDIKAN KHAS
Oleh:
Nur Syafiqah Binti Mohd Sani , Abdullah Kamal Bin A. Bakar
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
nursyafiqahmohdsani90@gmail.com, abkamal@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kemahiran mewarna bentuk asas merupakan kemahiran yang paling asas dalam
mewarna. Bagi mendapatkan hasil warnaan yang baik, seseorang individu
perlulah menguasai aspek-aspek seperti memegang pensel warna dengan baik,
mengikut garis bantuk asas, mewarna dengan sekata dan mewarna dengan
kemas (mewarna tidak keluar daripada garisan tepi). Tujuan kajian ini adalah
untuk mengetahui bagaimanakah penggunaan colouring sand dapat
meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas. Kajian
ini meibatkan seorang responden daripada kategori slow learner yang
menghadapi masalah kemahiran mewarna dalam subjek Pendidikan Seni
Visual. Sehubungan dengan itu, colouring sand dipilih untuk meningkatkan
kemahiran mewarna bentuk asas. Pengkaji telah menggunakan instrument
pemerhatian, temubual dan analisis dokumen untuk merekodkan dapatan kajian.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan memberansangkan terhadap
kemahiran tersebut iaitu sebanyak 67% daripada 33% kepada 100% bagi semua
item tersebut. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan colouring sand
berupaya meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas dalam kalangan murid
Pendidikan Khas.
Kata kunci: kemahiran mewarna bentuk asas, colouring sand, slow learner,
murid pendidikan khas.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pada semester lepas, pengkaji telah menjalani Praktikum Fasa III selama 12 minggu di
Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan mulai 26 Januari sehingga 24 April 2014 di kelas
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Dalam praktikum tersebut, pengkaji telah
ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pengurusan Diri dan Pendidikan Seni Visual
kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah tersebut. Bagi subjek Pengurusan Diri,
pengkaji telah mengajar kelas Cempaka. Manakala, Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah
mengajar kelas Bakawali.
Setelah mengajar subjek Pendidikan Seni Visual di Kelas Bakawali selama 7 hari,
pengkaji telah dapat mengesan terdapat seorang murid yang sangat lemah dari segi
kemahiran mewarna. Menurut Overby (2013), murid yang menguasai kemahiran mewarna
dapat mewarna dengan baik tanpa terkeluar daripada garisan objek serta mewarna dengan
kemas. Berdasarkan takrifan tersebut, pengkaji telah mengenalpasti murid tersebut iaitu

responden A sangat lemah dari segi kemahiran mewarna. Hal ini kerana, apabila pengkaji
melihat hasil karya yang diwarnakan olehnya warnanya terkeluar daripada garisan objek.
Hasil warnaannya juga tidak kemas.

Gambar 1: Hasil kerja mewarna Responden A


Selain itu juga pengkaji sering mendengar rungutan daripada guru-guru subjek lain
kerana aktiviti mewarna merupakan aktiviti yang sering digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid-murid pendidikan khas.
Oleh kerana subjek yang diajar melibatkan banyak melibatkan kemahiran mewarna,
pengkaji yakin bahawa penguasaan kemahiran ini sangat penting dalam kalangan murid.
Sekiranya masalah mewarna ini tidak dipulihkan, kesannya murid tersebut akan mengalami
keciciran berbanding rakan-rakannya yang lain kerana sering lewat menyiapkan kerjakerjanya.
Menurut Jensen (2001), Seni membantu dalam proses pembelajaran. Ia memberi
pengayaan yang melibatkan kesepaduan deria, perhatian, kognitif, emosi dan kapasiti motor
malahan menjana daya pembelajaran. Weinrib (2004), pula menyatakan bahawa bermain
pasir membolehkan ekspresi tiga dimensi belum lengkap, kandungan di luar sedar yang
ketara. Gambaran yang dilukiskan pada pasir mewakili figura dan landskap di dunia dalaman
dan luaran pesakit.
Justeru, pengkaji mencadangkan gabungan terapi seni dan terapi pasir untuk
membantu meningkatkan perkembangan koordinasi masa dan tangan subjek kajian menerusi
alat yang dinamakan colouring sand yang menggabungkan terapi seni menerusi
penggunaan warna dan terapi pasir menerusi penggunaan pasir dalam meningkatkan
kemahiran mewarna subjek kajian. Fokus kemahiran pula ialah mewarna bentuk asas kerana
ia merupakan aktiviti yang paling asas dalam menguasai kemahiran mewarna dalam
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Seni Visual.
Pengkaji berharap agar kaedah ini dapat membantu meningkatkan kemahiran
mewarna murid ini supaya murid tersebut dapat menguasai kemahiran seni dalam usaha
meningkatkan kreativiti dan minat belajar.

SOROTAN LITERATUR
Penggunaan Pasir
Pasir merupakan salah satu alat terapi yang boleh digunakan dalam merawat masalah murid
pendidikan khas. Menurut Peridah (2009), sejarah awal terapi pasir bermula yang dikenali
sebagai sand play adalah berdasarkan psikologi C.G. Jung dan diperkenalkan pada tahun
1930-an oleh Frau Dora Kalff (1980).
Adam (1999) dalam Peridah (2009) pula menyatakan bahawa terapi pasir kini giat
berkembang sebagai satu teknik dan boleh diguna untuk klien kanak-kanak sehingga orang
tua. Ia juga boleh menimbulkan satu pengalaman transformasi yang amat mendalam bagi
kedua-dua pihak klien dan ahli terapi.
Homeyer & Sweeney (2005) dalam buku yang bertajuk Sandtray Therapy: A
Practical Manual pula menyatakan bahawa ahli terapi mazhab Jungian telah menerapkan
sand play untuk menghasilkan seni kreatif.
Penggunaan Warna
Menurut Wyler, dalam buku yang bertajuk Colour and Language: Colour Terms in English
penggunaan warna mampu meningkatkan perkembangan bahasa yang merangkumi
kemahiran membaca dan menulis. Verbalisasi warna menerusi pemerolehan perbendaharaan
kata mengenai warna terhadap kanak-kanak dapat meningkatkan persepsi visual dan verbal
semasa membaca dan menulis.
Devine (2014). Dalam buku yang bertajuk Colour Coding for Learner with Autism:
A Resource Book for Creating Meaning through Colour at Home and School menyatakan
bahawa penggunaan kod warna boleh memberikan pemahaman kepada murid autisme
supaya mereka boleh menyebut nama objek, memahami kegunaannya serta memahami
makna objek dalam konteks penggunaannya.
Menurut Bleicher (2005) dalam buku yang bertajuk Contemporary Color Theory
and Use menyatakan penggunan warna memberikan makna yang berbeza-beza. Penggunaan
warna yang terang memberikan impak terhadap tenaga sebailknya pula berlaku apabila
warna pudar digunakan.
Kemahiran Mewarna
Menurut Kurikulum Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas, kemahiran mewarna ialah
kemahiran menggunakan warna sama ada menerusi media kering seperti pensel warna,
krayon dan warna pastel atau menggunakan media basaha seperti warna air dan warna
poster.
Kajian Dalam & Luar Negara
Dalam kajian Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd Kosnin, Yeo Kee Jiar (2012) yang
berjudul Keperluan Aktiviti Bermain dan Kepentingannya Terhadap Motivasi Kanak-Kanak
menyatakan Rohani, Nani dan Mohd Sharani (2007), pendekatan bermain yang berasaskan
teori Jean Piaget menitikberatkan beberapa perkara, iaitu persekitaran kanak-kanak perlu
dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan
persekitaran mereka. Contohnya aktiviti melukis, membina, berlakon, bermain olok-olok
atau bermain dengan pasir dan air.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Adi Mario Stevanus (2014) yang bertajuk
Upaya Meningkatkan Kreativitas Anak Melalui Bermain Pasir Pada Kelompok A TK Bukit

Aksara Kota Semarang yang bertujuan menganalisis dan mengetahui manfaat bermain pasir
kepada kreativiti murid di TK Bukit Aksara Kota Semarang. Hasil kajian mendapati terdapat
peningkatan terhadap kreativiti kanak-kanak sebanyak 52.3% apabila pasir digunakan
sebagai medium pembelajaran.
Kajian Hamid & Newport (1989) yang bertajuk Effect of Colour on Physical
Strength and Mood in Children pula penggunaan warna mempunyai kesan terhadap kekuatan
fizikal dan perasaan kanak-kanak. Kajian ini telah dijalankan terhadap 15 orang murid
prasekolah di mana dapatan kajian mendapati penggunaan warna yang terang memberikan
kesan terhadap kanak-kanak menjadi lebih energetik berbanding penggunaan warna-warna
yang pudar semasa guru sedang mengajar.

TUJUAN KAJIAN
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh pengkaji melalui kajian
berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti.Manakala persoalan kajian pula merupakan
persoalan yang timbul dan relevan dengan objektif kajian.

Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dilaksanakan, responden diharapkan agar mencapai objektif
berikut:
Objektif umum :
i.

Penggunaan kaedah Colouring Sand Therapy dapat meningkatkan kemahiran


mewarna bentuk asas khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran subjek
Pendidikan Seni Visual.

Objektif khusus:
Penggunaan pasir dan warna menerusi alat intervensi ini dapat:
i.

Meningkatkan kekemasan hasil kerja mewarna responden A dalam subjek


Pendidikan Seni Visual. Pengkaji berharap dengan menggunakan kaedah Colouring
Sand Therapy ini, selepas intervensi dilaksanakan responden A dapat mewarna
dengan baik dan lebih kemas berbanding sebelum intervensi dijalankan.

ii.

Meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas responden A. Pengkaji berharap


menerusi penggunaan Colouring Sand responden A dapat mewarnakan bentuk asas
dengan kemas tanpa warna yang terkeluar daripada garisan.

Soalan Kajian
Berdasarkan kepada masalah dan kelemahan yang dialami oleh responden yang dikaji,
terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam memastikan segala perancangan yang telah
dirancang ini dilaksanakan dengan jayanya. Antara perkara yang menjadi persoalan dalam
kajian ini ialah:

i.

Bagaimanakah penggunaan kaedah Colouring Sand Therapy dapat meningkatkan


kemahiran mewarna bentuk asas kepada murid-murid Pendidikan Khas di dalam
bilik darjah?

ii.

Sejauhmanakah penggunaan kaedah Colouring Sand Therapy dapat mengubah


kelemahan kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas ke arah yang
lebih positif?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan seorang murid pendidikan khas daripada kategori slow
learner yang menghadapi masalah dalam kemahiran mewarna. Pengumpulan data
menggunakan instrumen pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Data kualitatif
dianalisis secara deskriptif.
Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu cara untuk mengumpul
data. Kaedah pemerhatian dipilih oleh pengkaji kerana pemerhatian merupakan kaedah yang
sesuai bagi mengukur perubahan tingkah laku (gerak kerja dalam konteks kajian) yang
eksplisit. Dalam kajian ini, pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap responden A
di mana pengkaji akan memerhatikan gerak kerja yang menjurus kepada kemahiran mewarna
bentuk asas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran responden A di dalam dan di luar
kelas. Data diambil berdasarkan 3 fasa iaitu sebelum intervensi, semasa intervensi dan
selepas intervensi dilaksanakan.
Pengkaji akan membuat pemerhatian seminggu sekali mengikut jadual waktu PdP
subjek Pendidikan Seni Visual. Data pemerhatian diperoleh melalui pemerhatian berstruktur
di mana pengkaji akan menggunakan senarai semak bagi merekodkan data penyelididikan.
Bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan ke atas instrumen yang
digunakan, pengkaji telah menggunakan kamera bagi merakamkan sebarang perubahan yang
berlaku terhadap kemahiran mewarna responden A dan menggunakan borang senarai semak
bagi membuat semakan terhadap pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji.
Temubual
Instrumen kedua yang akan digunakan oleh pengkaji ialah temubual. Kaedah ini digunakan
bagi mendapatkan maklumat secara mendalam daripada individu yang terlibat. Kaedah ini
sesuai untuk dilaksanakan dalam kajian ini kerana data diambil daripada individu yang
terlibat secara langsung menerusi interaksi bersemuka. Pengkaji akan menemubual guru
kelas responden A untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh
responden A tersebut. Pengkaji juga akan menemu bual responden A sendiri bagi
mendapatkan maklum balas mengenai intervensi yang dilakukan sebelum dan selepas
intervensi dilaksanakan.

Analisis Dokumen
Instrumen ketiga yang digunakan adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini dijalankan
terhadap hasil kerja responden A sebelum intervensi colouring sand digunakan dan selepas
penggunaan.colouring sand. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut aspek yang
ditetapkan iaitu dari segi cara memegang pensel warna dengan betul, mengikut garisan

bentuk asas menggunakan pensel warna, mewarna dengan sekata dan mewarna dengan
kemas (warna tidak terkeluar daripada garisan tepi)

SPESIFIKASI INTERVENSI
Berikut merupakan jadual pelaksanaan aktiviti intervensi mingguan senarai aktiviti yang
dilaksanakan terhadap responden A:
Minggu

Aktiviti Intervensi

Minggu 1

Mewarna menggunakan stensil

Minggu 2

Menaburkan colouring sands ke


dalam stensil bentuk asas

Minggu 3

Menaburkan colouring sands


pada lembaran kerja bentuk asas
tanpa menggunakan stensil.

Peralatan

Kertas A4
Stensil bentuk asas
Pensel Warna
Kertas A4
Stensil bentuk asas
Colouring Sand

Lembaran
kerja
bentuk asas
Colouring Sands

Minggu 4

Ujian Kemahiran Mewarna


Bentuk Asas

Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Intervensi Mingguan

Gambar 2: Alat Intervensi Colouring Sand

Lembaran
kerja
bentuk asas
Pensel Warna

Gambar 3: Peralatan sampingan yang digunakan semasa sesi intervensi

DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah memberi penekanan terhadap dua soalan kajian untuk diselesaikan menerusi
data yang diperolehi daripada instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Data-data ini telah
dianalisis menerusi instrumen pemerhatian, analisis dokumen dan temubual. Proses analisis
data bagi kajian ini telah dijalankan secara kualitatif seperti berikut:

Pemerhatian Kemahiran Mewarna Bentuk Asas


Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji bagi mengesan perkembangan pembelajaran
kemahiran kemahiran mewarna dalam setiap sesi rawatan setiap minggu. Fokus utama
pemerhatian ini dilaksanakan adalah untuk melihat perubahan kemahiran mewarna. Bentuk
pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur, di mana pengkaji merekod
pemerhatian di dalam satu borang khas dan ia direkodkan berdasarkan item tertentu.
Pengkaji telah menggunakan senarai semak sebagai instrumen bagi merekodkan
pemerhatian yang dijalankan. Terdapat 4 aspek yang dinilai oleh pengkaji dalam kemahiran
mewarna iaitu memegang pensel warna dengan betul, mengikut garisan bentuk asas
menggunakan pensel warna, mewarna dengan sekata, mewarna dengan kemas (warna tidak
terkeluar daripada garisan tepi). Tahap 1 merujuk kepada tahap lemah, tahap 2 (sederhana)
dan tahap 3 (tinggi).
Pemerhatian terhadap kemahiran mewarna bentuk asas telah dilakukan sebanyak 2
kali sebelum intervensi, 3 sesi semasa intervensi (sekali bagi setiap sesi) dan 2 kali selepas
intervensi. Pemerhatian telah dilakukan sebanyak 2 kali sebelum dan selepas intervensi
untuk melihat ketepatan keputusan sebelum dan selepas intervensi tanpa penggunaan alat
intervensi colouring sand.
Data telah dianalisis dalam bentuk frekuensi mudah iaitu purata kekerapan dan
peratus purata kekerapan. Dapatan kajian adalah seperti berikut:

Pemerhatian Perkembangan Kemahiran Mewarna Sebelum Intervensi Colouring Sand


Dilaksanakan

Rumusan Perkembangan Kemahiran


Mewarna Bentuk Asas Sebelum Intervensi
Colouring Sand Dilaksanakan

Peratus

35%
30%
25%
20%
15%
10%
5%
0%

33%

33%

33%

33%

MP
MGB
MS
MK

Item
Graf 1: Rumusan Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk Asas Responden A
Sebelum Intervensi Colouring Sand Dilaksanakan

Pengkaji telah melakukan pemerhatian sebelum intervensi dijalankan terhadap responden A.


Pemerhatian ini telah dilakukan sebanyak 2 kali bagi memastikan responden tersebut benarbenar bermasalah dalam kemahiran mewarna.
Hasil dapatan telah dianalisis dalam bentuk purata kekerapan dan peratus purata
kekerapan. Pengkaji mendapati setelah dua kali pemerhatian dilakukan sebelum intervensi,
responden berada pada tahap 1 iaitu tahap lemah dalam semua aspek yang membawa kepada
purata sebanyak 0.33 dan peratus purata kekerapan 33% bagi semua item iaitu memegang
pensel warna dengan betul (MP), mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna
(MGB), mewarna dengan sekata (MS) serta mewarna dengan kemas (MK)
Pemerhatian Perkembangan Kemahiran Mewarna Semasa Intervensi Colouring Sand
Dilaksanakan

Rumusan Perkembangan Kemahiran


Mewarna Bentuk Asas Semasa Intervensi
Colouring Sand Dilaksanakan
100%
80%
60%
Peratus
40%
20%
0%

67%

78%

67%

78%
MP
MGB
MS

Item

MK

Graf 2: Rumusan Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk Asas Responden A


Sebelum Intervensi Colouring Sand Dilaksanakan

Proses melaksanakan intervensi dilaksanakan pada minggu pertama, kedua dan ketiga
semasa program internship.
Berdasarkan Jadual 7 dan Graf 2 yang merupakan rumusan purata dan peratus
keseluruhan perkembangan kemahiran mewarna bentuk asas bagi ketiga-tiga minggu semasa
proses intervensi. Bagi item memegang pensel warna dengan betul dan mewarna dengan
sekata, purata pencapaian ialah 0.67 yang membawa kepada wajaran 67%. Bagi item
mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna dan mewarna dengan kemas
(warna tidak terkeluar daripada garisan tepi), purata pencapaian responden adalah sebanyak
0.78 yang membawa kepada wajaran sebanyak 78%.
Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk
Asas Selepas Intervensi Colouring Sand
Dilaksanakan
100% 100% 100% 100%
100%
80%
60%
Peratus
40%
20%
0%

MP
MGB
MS
MK
Item

Graf 3: Rumusan Perkembangan Kemahiran Mewarna Bentuk Asas Responden A


Semasa Intervensi Colouring Sand Dilaksanakan
Pengkaji telah membuat dua kali pemerhatian selepas intervensi colouring sand
dilaksanakan. Kali ini, tiada lagi peralatan intervensi digunakan. Peralatan yang digunakan
ialah lembaran kerja dan pensel warna.
Hasil dapatan telah dianalisis dalam bentuk purata kekerapan dan peratus purata
kekerapan. Pengkaji mendapati setelah dua kali pemerhatian dilakukan selepas intervensi,
responden berada pada tahap 3 iaitu tahap baik dalam semua aspek yang membawa kepada
purata sebanyak 1.00 dan peratus purata kekerapan 100% bagi semua item iaitu memegang
pensel warna dengan betul (MP), mengikut garisan bentuk asas menggunakan pensel warna
(MGB), mewarna dengan sekata (MS) serta mewarna dengan kemas (MK). Berdasarkan
dapatan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa responden telah menguasai kemahiran
mewarna bentu asas dengan baik.

Temubual
Penilaian kemajuan murid dalam kemahiran mewarna bentuk asas ditunjukkan menerusi
temubual bersama responden A. Pengkaji telah merekodkan temubualtersebut dalam bentuk
catatan.
Soalan

Jawapan

Soalan 1:

Kite rase best egu!

Seronok ke tak bila belajar


mewarna menggunakan
colouring sand?

Terjemahan:

Soalan 2:

Dulu kita rasa susah nak


kaler egu. Le ni senang je.

Senang ke susah belajar


mewarna guna alat ni?

Saya rasa seronok cikgu!

Terjemahan:
Dulu saya rasa susah nak
mewarna, cikgu. Sekarang ni
senang sahaja.

Soalan 3:
Kenapa awak rasa seronok
belajar mewarna guna
colouring sand ni?

Seronok main pasir ni egu.


Ada warna-warna lak tu.
Dulu kita kaler uduh. Le ni
lawo sikek
Terjemahan:
Seronok main pasir ni cikgu.
Ada warna-warna pula tu.
Dulu saya mewarna buruk.
Sekarang ni cantik sikit.

Refleksi Pengkaji
Responden melahirkan
perasaan seronok dan suka
terhadap alat intervensi ini
dalam pembelajaran
kemahiran mewarna.
Responden dapat belajar
meningkatkan kemahiran
mewarna bentuk asas dengan
mudah menggunakan
colouring sands berbanding
sebelum intervensi
dijalankan.

Responden menyukai
penggunaan colouring sand
ini kerana dapat bermain
sambil belajar menggunakan
pasir yang berwarna dan
menyatakan perubahan
kemahiran mewarnanya yang
dulunya tidak cantik kepada
lebih cantik dan kemas.

Jadual 1: Temubual bersama Responden A

Analisis Dokumen
Dalam tempoh kajian tindakan ini, pengkaji telah mengumpulkan dan merekodkan setiap
lembaran kerja yang dilaksanakan ke atas responden. Analisis dokumen ini sangat bermakna
kerana ia membuktikan sama ada intervensi menggunakan colouring sand berjaya atau tidak
dalam meningkatkan kemahiran mewarna bentuk asas oleh responden. Jadual 12 berikut
menunjukkan hasil analisis dokumen yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum dan selepas
proses intervensi.
Sebelum Intervensi

Selepas Intervensi

Jadual 2: Analisis Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi

Berdasarkan jadual analisis dokumen tersebut, jelas membuktikan bahawa responden


berjaya mewarna bentuk asas dengan baik dalam setiap lembaran kerja yang dilaksanakan.
Hal ini bermakna, penggunaan colouring sand memberikan pengaruh yang sangat besar
kepada kemahiran mewarna bentuk asas responden A. Pengkaji mendapati selepas intervensi
dilaksanakan, responden A sudah boleh memegang pensel warna dengan betul, mengikut
garisan bentuk asas menggunakan pensel warna dengan baik, mewarna dengan sekata dan
mewarna dengan kemas (warna tidak terkeluar daripada garisan tepi).

KESIMPULAN
Kemahiran mewarna bentuk asas merupakan kemahiran yang paling asas yang perlu dikuasai
dalam kemahiran mewarna. Berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh responden A
dalam kajian ini, menerusi bukti-bukti dalam instrumen pemerhatian, temubual dan analisis
dokumen dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan colouring sand dapat meningkatkan
kemahiran mewarna bentuk asas murid pendidikan khas. Berdasarkan segala dapatan
daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji berhasrat agar dapat memberikan beberapa
cadangan khusus kepada mana-mana pihak yang ingin meneruskan kajian ini pada masa
akan datang. Kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji ini berkemungkinan terbatas dan
tidak menyeluruh. Oleh itu, antara cadangan bagi pelaksanaan kajian seterusnya ialah
memperluaskan lagi bilangan responden kajian agar kajian ini dapat dimanfaatkan kepada
lebih ramai murid yang mempunyai kelemahan yang sama. Selain itu, tempoh kajian juga
bolehlah dilanjutkan agar tindakan susulan dapat dilaksanakan bagi menjamin ketekalan
hasil kajian. Bentuk lain selain bentuk asas juga boleh ditambah dalam lembaran kerja
mewarna supaya dapat memberikan pengayaan serta pengukuhan terhadap kemahiran
mewarna.
RUJUKAN
Buku & Jurnal
Craig, W. (2004). Stencils & Stenciling. South Africa: Struik Publishers.
Deiner, P. (2012). Inclusive Early Childhood Education: Development, Resources, and
Practice. Stamfort: Cengage Learning.
Englebaugh, D. (2003). Integrating Art and Language Arts Through Children's Literature.
United States: Libraries Unlimited Inc.
Fox, J. E., & Schirrmacher, R. (2011). Art and Creative Development for Young Children.
Stamfort: Cengage Learning.
Mayesky, M. (2009). Creative Activities for Young Children, 10th Edition. Stamfort:
Cengage Learning.
Mayesky, M. (2011). Creative Art & Activities: Crayons, Chalk, and Markers. Stamfort:
Cengage Learning.
Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan: Panduan Penulisan Laporan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Peridah Binti Mahal. (2009). Pendekatan Sand Play dalam Menangani Masalah Pergaulan
Sosial: Satu Kajian Kes. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Weinrib, E. L. (2004). Images of the Self: The Sandplay Therapy Process. United States:
Temenos Press.
Zakiah Mohamad Ashari, A. M. Keperluan Aktiviti Bermain dan Kepentingannya Terhadap
Motivasi Kanak-Kanak. 2012: Universiti Teknologi Malaysia.

Vous aimerez peut-être aussi