Vous êtes sur la page 1sur 2

ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA

Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan
adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka
iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-
ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan
majlis perkahwinan.

Merisik

 Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak
dan tingkah laku si gadis.
 Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki
akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di
restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.
 Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat
mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.

Meminang

 Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-
masing adat meminang akan dijalankan.
 Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan
perkara-perkara berkaitan perkahwinan
 Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala
permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling
mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Bertunang

 Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah


bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut.
 Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan
kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu
yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan
menghalami kegagalan.
 Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping
kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya
yang didapati daripada tukang tilik.

Majlis Perkahwinan

 Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut


tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
 Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli
keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari.
 Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut
melambangkan kematian dan kesedihan.
 Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan
pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali
pertama.
 Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih
diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang
tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si
isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang
disediakan kepada saudara mara pihak
 Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan pasangan pengantin akan menandatangani
dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang
saksi.

Vous aimerez peut-être aussi