Vous êtes sur la page 1sur 6

EL NINO

3 (a). Terangkan konsep fenomena El- Nino.


[ 3m ]
El Nino merujuk kepada fenomena peningkatan suhu air di permukaan
lautan pasifik akibat peningkatan suhu global yang menyebabkan
berlakunya perubahan pola tiupan angin timuran. Semasa El- Nino
kawasan di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan utara Australia
kurang menerima angin lembap yang menurunkan hujan dan
menyebabkan berlakunya kemarau yang berpanjangan.

b) Apakah maksud perkataan El- Nino?


[ 3m ]
Perkataan El- Nino member maksud anak Christ dalam bahasa Sepanyol.
Nama ini diberikan oleh nelayan-nelayan di Peru. El -Nino adalah merujuk
peningkatan suhu di lautan pasifik yang menyebabkan arus lautan
menjadi panas yang akhirnya mengubah pola tiupan angin timuran.
Peningkatan suhu permukaan lautan pasifik berlaku antara kawasan
Ecuador dan Peru diBarat pasifik hingga ke Asia tenggara di sebelah
Timur.

c) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian El Nino.


[ 6m]
i. Perubahan intensiti bahang matahari yang tiba ke permukaan bumi.
Khususnya di Lautan Pasifik tropika. Peningkatan bahangan matahari bermula
pada bulan Disember menyebabkan permukaan laut kawasan tersebut
mengalami pemanasan yang luar biasa.
ii. Pembentukan tekanan udara yang ekstrem di kawasan lautan
pasifik tropika. Pembentukan tekanan rendah ini telah mengubah dan
melemahkan pola tiupan angin timuran dan arus lautan. Dalam keaadan
normal angin timuran dan arus lautan bergerak ke timur merentasi Lautan
Pasifik menuju ke pantai di sekitar kepulauan Asia Tenggara tetapi telah
berubah arah lalu bergerak dengan membawa lembapan yang tinggi menuju
ke barat, iaitu ke sepanjang pantai Ecuador hingga ke Peru di Amerika Selatan.
iii. Arus lautan yang bergerak ke kepulauan Asia Tenggara menjadi
sejuk akibat dari kenaikan arus lautan yang sejuk daripada bahagian
bawah lautan. Keadaan tersebut menyebabkan suhu air permukaan lautan

menjadi turut menjadi sejuk. Udara sejuk tidak akan naik sebaliknya kekal di
kawasan berhampiran dengan laut. Kesannya hujan tidak terhasil di kawasan
Asia tenggara dan sebaliknya berlaku kemarau yang teruk.

d). Huraikan kesan fenomena El-nino terhadap alam sekitar fizikal dan
manusia. [ 10 m]
kesan terhadap alam sekitar fizikal.
i. Kejadian kemarau
El- Nino menyebabkan kejadian kemarau yang berpanjangan di Asia Tenggara.
Keadaan ini menyebabkan bekalan air di permukaan bumi seperti tasik, sungai
dan kolam berkurangan dan udara menjadi kering. Kejadian kemarau ini
disebabkan kenaikan suhu di lautan pasifik telah mengubah pola angin timuran
yang membawa hujan lebat ke kawasan Asia Tenggara. Contoh kejadian
kemarau yang berpanjangan di Asia Tenggara pada tahun 1997
ii. kemusnahan Ekosistem hutan.
El-Nino menyebabakan kejadian cuaca panas dan berlakunya kemarau .
keadaan udara yang kering dan panas memudahkan berlakunya kebakaran
hutan terutamanya di Asia Tenggara. Ini memusnahkan hutan dan
menyebabkan banyak spesis flora dan fauna musnah.Contohnya berlaku
kebakaran hutan secara besar-besaran di Kalimantan, Sumatera Indonesia pada
tahun 1997 .
iii.kejadian jerebu.
El-Nino menyebabkan berlakunya kejadian jerebu.Kejadian jerebu dikaitkan
dengan kejadian kemarau dan udara kering. Jerebu terbentuk akibat daripada
tanah menjadi kering dan mudah diterbangkan oleh angin. Kebakaran akibat
cuaca panas di Indonesia telah membebaskan partikel-partikel terampai seperti
debu, asap dan gas karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera. Contoh kejadian
jerebu di Asia Tenggara pada tahun 1997 akibat kebakaran hutan di
Kalimantan.
Iv. Kemusnahan ekosistem akuatik.
El-Nino telah meningkatkan suhu air laut di pinggir pantai Amerika Selatan
sebanyak 5 darjah Celcius daripada suhu biasa. Keadaan ini mempengaruhi
hidupan laut seperti plankton dan terumbu karang. Kemusnahan terumbu

karang dan plankton akan menyebabkan rantaian makanan terjejas, khususnya


ikan, anjing laut dan burung.
Kesan ke atas alam sekitar manusia.
i. Kekurangan sumber makanan.
El-nino menyebabkan kejadian kemarau yang panjang. Keadaan ini
menyebabkan hasil pertanian semakin berkurangan. Kejadian el-nino
menyebabkan pokok menjadi tidak subur akibat kekurangan air dan ini
menyebabkan hasil pengeluaran merosot. Contoh kejadian El-Nino 1997 telah
menyebabkan kemerosotan hasil pengeluaran padi di Kelantan , kedah dan
perlis. El Nino pada tahun 1982 -1983 separuh daripada tanaman makanan di
Zimbawe musnah.
ii. kesan ke atas kesihatan manusia.
El-nino menyebabkan udara kering yang dipenuhi dengan bahan pencemar
terampai seperti habuk, debu dan asap. Keadaan ini memudahkan manusia
terdedah kepada penyakit seperti radang paru-paru, asma, katarak mata dan
penyakit kulit. Selain daripada itu manusia turut mengalami masalah
kekurangan air dalam badan akibat cuacaq panas dan kering.
iii. Kesan sumber pendapatan
El- Nino menyebabkan kedatangan pelancongan dari negara Eropah dan Asia
Timur seperti berkurangan biasanya pelancong datang untuk aktiviti berjemur
di pantai. Kekurangan pelancong datang ke Asia tenggara menyebabkan
sumber pendapatan sesebuah negara berkurangan. Sumber pendapatan
nelayan juga berkurangan akibat kemusnahan terumbu karang dan plankton
yang menjadi tempat pembiakan ikan .
iv. Kesan ke atas pengangkutan
El-Nino menyebabkan udara kering dan berjerebu dan ini boleh mengganggu
penglihatan manusia. Jarak penglihatan manusia menjadi terhad dan
menyukarkan pergerakan system pengangkutan seperti mengganggu jadual
penerbangan, menganggu pelayaran dan sistem pengangkutan darat
v. krisis bekalan air.
El-Nino menyebabkan kelembapan udara menjadi rendah dan mengurangkan
kadar kerpasan. Simpanan air bawah tanah berkurangan dan kekurangan hujan
menyebabkan empangan mengalami penurunan. Ini menyebabkan berlakunya
krisis air. Contoh kejadian el-Nino pada tahun 1997 dan 1998 menyebabkan
kebanyakkan empangan di Malaysia mengalami kemerosotan. Krisis air
menyebabkan masalah kepada aktiviti perindustrian dan kegunaan domestik.

e) Huraikan bagaimanakah El-Nino mempengaruhi aktiviti pertanian dan


perikanan di Kawasan yang dilanda.
[8m ]
Aktiviti pertanian.
El- Nino menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan kegiatan pertanian tidak
dapat dijalankan disebabkan kekurangan air. Ini menyebabkan tanaman musnah dan
pendapatan petani berkurangan. Produktif tanaman makanan seperti beras terjejas
menyebabkan kekurangan sumber makanan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya
krisis makanan dan kebuluran. Negara terpaksa meningkat import makanan dari luar.
Aktiviti perikanan.
El- Nino menyebabkan berlakunya peningkatan suhu di lautan sebanyak 5 darjah
celcius dari biasa. Peningkatan suhu menyebabkan kemusnahan kepada pertumbuhan
plankton yang menjadi sumber makanan ikan. Terumbu karang yang menjadi tempat
pembiakan ikan juga musnah akibat peningkatan air laut. Kemusnahan plankton dan
terumbu karang akan menjejaskan sumber perikanan kerana rantaian makanan
terganggu. Keadaan ini menyebabkan pendapatan nelayan akan terjejas kerana
sumber perikanan berkurangan

LA-NINA
a). Apakah maksud La- Nina ?
[5 m]
La-nina merujuk kepada penurunan suhu arus lautan pasifik. Merupakan
fenomena yang berlaku di lautan pasifik khatulistiwa yang
menambahkan kekencangan pergerakkan angin timuran ke arah
timur manakala arus sejuk bergerak ke arah barat sehingga
mewujudkan pembuakan di dasar laut dan menjadikan kawasan
tersebut lebih sejuk. Angin baratan membawa hujan lebat. Keadaan lembab,
hujan lebat, rebut taufan dan banjir berlaku di kawasan barat lautan pasifik.
Hujan lebat berlaku di kawasan dan negara berhampiran kepulauan
Asia Tenggara dan Asia Selatan , hujan berkurangan disebelah barat
lautan pasifik.
b) Apakah maksud perkataan La Nina
[ 3m ]
La- Nina berasal dari perkataan sepanyol yang bermaksud Anak
perempuan kecil atau anak gadis. Merupakan fenomena penurunan arus
lautan pasifik suhu di antara 3 darjah celcius hingga 5 darjah celcius.
Fenomena ini membawa hujan lebat dan banjir di kawasan Asia Tenggara.
c) Huraikan kesan La Nina terhadap unsur cuaca dan iklim.
i. kesan kepada kejadian hujan.

La- Nina membawa hujan lebat di kawasan dan negara berhampiran kepulauan
Asia Tenggara dan Asia Selatan.
La nina menyebabkan hujan berkurangan di kawasan atau negara sebelah
barat lautan pasifik seperti peru dan Ecuador.
ii. kesan kepada suhu
Suhu persekitaran di negara-negara kepulauan Asia Tenggara berkurangan
beberapa darjah celcius akibat hujan lebat.
Suhu persekitaran atau negara di sebelah barat lautan pasifik seperti Peru dan
Equador meningkat beberapa darjah celcius disebabkan fenomena kemarau.
iii. kesan kepada kelembapan udara
Kelembapan udara tinggi di negara Asia tenggara seperti Malaysia dan
Indonesia di sebabkan hujan lebat.
Kelembapan udara rendah di sebelah barat lautan pasifik seperti Peru dan
Equador di sebabkan berlakunya kemarau yang teruk.
vi. Kesan kepada kelajuan angin.
Kelajuan angin meningkat (rebut) di kawasan berhampiran Asia Tenggara
kerana terbentuknya sel tekanan udara rendah di permukaan laut di kawasan
tersebut.
v. Kesan kepada tekanan udara
Kawasan permukaan laut berhampiran Asia Tenggara terbentuknya sel tekanan
udara rendah. Kawasan permukaan laut berhampiran Peru dan Equador
terbentuk tekanan udara tinggi.
d) Jelaskan kesan-kesan La-Nina kepada manusia. [ 6 m ]
i.

Kematian dan kecederaan


La nina menyebabkan berlakunya hujan lebat di negara- negara Asia
Tenggara (Vietnam, Kemboja dan Indonesia) dan Asia Selatan ( India
dan Bangladesh) telah menyebabkan kematian penduduk. Hujan lebat
menyebabkan berlakunya banjir dan kejadian tanah runtuh yang boleh
menyebabkan kematian penduduk. La- Nina juga boleh menyebabkan
kejadian ribut yang boleh menyebabkan kecederaan penduduk. Contoh
La- Nina yang berlaku di Hong kong pada tahun 1998 menyebabkan
439 orang cedera.

ii.

Kemusnahan harta benda


La Nina menyebabkan banjir besar yang menenggelamkan sesuatu
kawasan dan memusnahkan harta benda manusia. Contohnya ribut
dan hujan batu akibat La-Nina pada tahun 1998 di Sydney Australia
telah menyebabkan kerosakan harta benda berpuluh juta ringgit.

iii.

Wabak penyakit.

La-Nina biasanya membawa banjir yang besar. Banjirbiasanya


membawa wabak penyakit bersamanya . Contohnya penyakit taun
mudah merebak terutamanya selepas kejadian banjir.
e) Huraikan kesan-kesan La- Nina terhadap aktiviti manusia.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Aktiviti pertanian
Perikanan dan akuakultur
Pengangkutan dan perhubungan
Perlombongan
Pembalakan
perindustrian

Vous aimerez peut-être aussi