Vous êtes sur la page 1sur 15

1.

0 SEJARAH DAN POLITIK

1.1 SEJARAH AWAL


NEGARA
1.1.1 KESULTANAN
MELAYU MELAKA

a. KESULTANAN
MELAYU MELAKA

Pengasas

Melaka diasaskan oleh Parameswara


pada tahun 1400 Masihi.
Beliau ialah putera raja dari Palembang,
Sumatera.
Parameswara lari ke Temasik apabila
kerajaan Majapahit bertindak menyerang
Palembang.
Parameswara mengasaskan Melaka
sempena nama pokok Melaka.

Sistem Pemerintahan
Melaka
Sistem pentadbiran Melaka yang
diasaskan oleh Parameswara adalah
baik dan teratur.
Kestabilan dan keamanan dapat
diwujudkan.
Keselamatan pedagang dan
pengembara terjamin.
Pelbagai kemudahan pentadbiran,
pelabuhan dan perhubungan
disediakan.

Sistem Pembesar Empat


Lipatan
Sult
an
Empat pembesar
utama
8 orang
Pembesar rendah
16 orang
Pengawai kerajaan
32 orang

Undang-undang Melaka

Hukum Kanun
Melaka
Undang-undang
Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

Ia mengandungi 44 fasal.
Bidang kuasa yang diberikan merangkumi
pusat negeri Melaka, anak sungai, dusun
dan tertakluk kepada negeri.
Undang-undang keluarga.
Kesalahan jenayah dan awam.
Kebanyakan hukuman berdasarkan
undang-undang Islam Mazhab Syafie dan
adat Termenggung.
Terdapat 18 fasal yang memberikan
hukuman mengikut undang-undang Islam.

Undang-undang Laut
Melaka
Ia mengandungi 25 fasal.
Peraturan mengenai laut seperti
tanggungjawab pegawai kapal.
Aturcara pelayaran.
Perniagaan.
Bidang kuasa nakhoda kapal.
Hukuman kesalahan jenayah.
Hanya satu fasal saja yang
berlandaskan Islam.

Perluasan Wilayah

Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya


dan makmur pada kurun ke-15.
Perluasan jajahan takluk diusahakan oleh
Bendahara Tun Perak.
Barang-barang perdagangan seperti rempah,
emas dan timah boleh didapati daripada
jajahan tersebut.
Kerajaan Melaka menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Siam, Negara China,
India, Arab, Eropah dan Gugusan Kepulauan
Melayu untuk mewujudkan kemakmuran dan
kestabilan antarabangsa.

Hubungan Melaka dengan


Kerajaan China
Hubungan Melaka-China bermula
apabila Laksamana Yin Ching dari
Kerajaan/Dinasti Ming melawat Melaka
pada tahun 1403.
Pada tahun 1405,Parameswara diiktiraf
sebagai pemerintah sah Melaka oleh
kerajaan China.
Sultan Mansur Syah mengahwini
puteri Maharaja China bernama Hang
Li Po.

Persahabatan dan
Perlindungan China
menguntungkan Melaka
dari segi :

Perdagangan
Melaka menjadi pusat perdagangan
utama di Asia Tenggara.
Perdagangan Melaka-China
menguntungkan kedua-dua pihak.
Kekayaan Melaka membolehkannya
meluaskan kekuasaan.

Pentadbiran dan Politik


Politik Melaka menjadi stabil.
Pentadbiran dapat dikemaskinikan.
Melaka menjadi sebuah empayar.
Serangan Siam dan Majapahit dapat
dihindarkan.

Sosial
Terbina pertempatan orang-orang
China di Melaka seperti di Lubuk China
dan Bukit China.
Wujudnya masyarakat China
peranakan di Melaka iaitu baba dan
nyonya.
Bahasa dan kebudayaan China
meresepi kebudayaan tempatan.

Kesimpulan

Apabila diteliti secara halus tidak dinafikan


bahawa Empayar Melaka yang dimiliki
Kesultanan Melayu Melaka adalah penerus
tradisi Kerajaan Srivijaya dari pelbagai aspek
luaran mahupun dalaman. Namun tradisi itu
disempurnakan dengan kedatangan Islam ke
Melaka. Tradisi ini tidak berhenti setakat itu
sahaja apabila Melaka jatuh ditangan
Portugis tetapi diteruskan oleh kerajaankerajaan lain yang pernah ditaklukinya.

Vous aimerez peut-être aussi