Vous êtes sur la page 1sur 6

Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Seni Dalam Pendidikan penting kerana dapat membantu meningkatkan
kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang, meningkatkan perkembangan insan dan minda
secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran saya lebih seronok,
saya telah mengintegrasikan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan ke dalam tajuk
mata pelajaran yang akan saya ajarkan.
Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini
jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang ada. Oleh itu,
guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan yang ada
pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai
dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang
berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan teknik yang baru seiring dengan
persekitaran yang memberikan inspirasi.
Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu
membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia
menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran
dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara
seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya
seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman bahawa pembelajaran merupakan
proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui.
Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, strategi yang saya
laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.
Peranan murid dan peranan bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses pengajaran
saya. Saya telah menggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan memberi bimbingan
kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan dan objektif pembelajaran
murid dapat diutamakan. Dari segi bahan bantu mengajar pula, saya telah bergantung
kepada Powerpoint, bahan konkrit dan bunyi binatang untuk mengajar murid-murid untuk
mencapai objektif pembelajaran. Hal ini disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran yang
menarik dan berkesan. Selain itu, murid juga dapat dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan
berdikari.
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid
di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri.
1

Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah,


memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu
perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

1.0

Kepentingan Pendidikan Seni kepada Guru


i. Melahirkan guru yang kreatif,peka,berketrampilan dan profesional

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kepentingan mata pelajaran Seni dalam Pendidikan
dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu kepentingannya kepada pendidik itu sendiri dan juga
kepentingannya

kepada

tersebutkepada

seorang

pelajar

dan

pendidik

negara

.Antara

kepentingan

matapelajaran

ialah

dapat

melahirkan

guru

yang

kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti yang berketrampilan dan professional. Menurut Lernardo


da Vinci iaitu seorang seniman,jurutera,anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan
penghayatan seni yang betul,ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru
yang kreatif,inovatif,peka,berpersonaliti yang seimbang,berketrampilan dan profesional.Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajar untuk belajar
dengan lebih yakin dan berkesan.Contohnya melalui aktiviti seni visual,muzik dan
pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,ekspresi,inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.
ii. Membantu guru memahami diri dan persekitaran
Selain itu, juga dapat membantu guru melaksanakan dengan mudah proses
pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan
persekitaran.Aktiviti

seni

visual,muzik

dan

pergerakan

memudahkan

proses

menghubungkaitkan semua benda dalam alam ini.Dengan demikian,seni dapat membantu


untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
iii. Lebih mudah mencapai objektif
Seterusnya,melalui Seni dalam Pendidikan juga seseorang guru itu lebih senang
mencapai objektif atau matlamat.Integrasi seni visual,muzik dan pergerakan dengan
pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak
2

kanan.Quadrant Concept(1999) oleh Herrmann menunjukkan perkembangan otak kiri dan


otak kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif
seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.Justeru,dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni,guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mempelbagaikan teknik dan strategi
Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui Seni dalam Pendidikan.Dalam Teori Pelbagai
Kecerdasan ,Howard Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis
kecerdasan tetapi kebanyakan sekolah memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik
dan matematik sahaja.Kecerdasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni
perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana manusia memperoleh
pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan
diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Seni dalam Pendidikan menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu.Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan
pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.Cara bekerja yang
teratur,cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

2.1 Kepentingan Seni Dalam Pendidikan Kepada Murid


i. Memupuk kreativiti Kanak-kanak
Seni

dalam

pendidikan

memainkan

peranan

yang

sangat

penting

dalam

pembangunan manusia.Antara kepentingannya ialah ia dapat memupuk kreativiti kanakkanak.Sifat

semulajadi

kanak-kanak

memerlukan

perhatian,belaian,sentuhan

dan

sebagainya.Tanpa kita sedari,perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku dengan


begitu pesat sekali.Sebelum remaja,kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni
tampak iaitu peringkat manipulatif(2-5 tahun),peringkat melakar simbol-simbol(5-9 tahun)
dan peringkat pra-remaja (10-13 tahun).Berdasarkan kajian ,perkembangan seni ini berlaku
pada

setiap

kanak-kanak.Perbezaan

persekitaran,bimbingan
pendidikan.Melalui

berterusan

proses

proses

mungkin

daripada
lakaran
3

timbul

keluarga
ini,tahap

berdasarkan
atau

mental

latar

faktor
belakang

kanak-kanak

akan

berkembang.Oleh itu,proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina
dengan baik.(Laura Chapman,1978)
ii. Memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar
Apabila seseorang pelajar telah meningkat remaja sekitar 10-15 tahun,pengetahuan
tentang seni semakin bertambah.Seseorang pelajar mulai cenderung untuk mencipta
sesuatu bentuk dengan lebih baik. Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang
seni,maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan
Lambert(1965) peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan genting..kerana
berlakunya persaingan. Pelajar yang lemah akan mengalami tekanan untuk memilih bidang
seni sebagai bidang utama dalam proses membesar mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan
diberi

penerangan

yang

betul,kemungkinan

minatnya

terhadap

seni

akan

terkubur.Berbanding dengan pelajar yang diberi bimbingan atau nasihat yang positif ,mereka
akan menjadi lebih berdisiplin,cekal dan berminat dengan subjek seni ini.Begitulah
pentingnya mata pelajaran Seni dalam pendidikan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
iii. Pengalaman optima pembelajaran Seni dalam Pendidikan meningkatkan
keyakinan diri
Pengalaman yang diperoleh melalui pembelajaran seni boleh membawa kepada
keyakinan diri dan kemahiran belajar.Selaras dengan sains dan teknologi,PSV dapat
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari
ini.Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita.Contohnya,dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai.Warna yang
lembut,terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan.Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut,ianya
dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
iv. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
Mata pelajaran ini juga dapat menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran dan pengajaran.Ini
menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak
dikaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.Oleh itu,seni mampu
mempengaruhi kita dalam membina sikap,keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut
4

kesesuaian

masyarakat

mengukuhkanesteemkendiri

masa

kini.Seni

dapat

dan

menggalakkan

memupuk

kemahiran

berfikir

disiplin
dalam

diri.
proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh

v. Mengaplikasikan informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar


Penggabungjalinan bidang

seni

dengan

pelajaran

lain

melengkapkan

lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar
secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain
berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru ,seni dapat mempengaruhi kita untuk
membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita
belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubung kait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.

3.0 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Satu strategi yang telah disarankan untuk
mencapai

taraf

pencapaian

murid

yang

maksimum

ialah

penggabungjalinan.

Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi


mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi
beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu
proses P & P.
3.1 Tujuan Penggabungjalinan
Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai
kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan
proses P & P. Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses
P & P dan menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses
penggabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan
perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di
dalam kelas yang melibatkan murid secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih
berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh
antara satu sama lain.

3.2

Bentuk Penggabungjalinan

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu:


i)

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

a.

Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira,

melukis, mewarna dan lain-lain.


b.

Memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam

sesuatu proses P & P.


c.

Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran

sampingan.
Contoh:
Menggunakan kemahiran mewarna serta melukis dalam mata pelajaran Language
Arts Bahasa Inggeris.
ii)

Penggabungjalinan Aktiviti

a.

Menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut

keperluan dan kesesuaian serta aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang


menarik.
Contoh:
Berceramah

mencatat isi

Bercerita

berbincang

menulis karangan

iii)

Penggabungjalinan Bahan

a.

Memberi tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran.

Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan
harus dibuat bagi menetukan bahan yang dipih sesuai dengan keperluan,
pengalaman dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh boleh
digabungjalinkan itu adalah seperti berikut:
Contoh:
Berita

ulasan

Iklan

surat permohonan

temuduga

surat jawapan

Kesimpulan
Kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama.
Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar
tentang tajuk-tajuk yang diajar

Vous aimerez peut-être aussi