Vous êtes sur la page 1sur 25

BAB 2

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu Faktor-faktor British


Melaksanakan Dasar Campur Tangan

Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung
dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas tahun 1874.
Walaupun sebelum ini British menyatakan tidak mengamalkan dasar campur
tangan, tetapi mereka telah mengambil Pulau Pinang, Singapura serta Melaka dan
membentuk Negeri-Negeri Selat.
Negeri-Negeri Selat telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negerinegeri Melayu.

Peta 1.1 Hubungan perdagangan negeri-negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat

Faktor-faktor campur tangan British di negeri-negeri Melayu ialah:-

1. Kekayaan Hasil Bumi


Negeri-Negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi, dan arang batu.
2. Revolusi Perindustrian
Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk
perusahaan mengetin makanan.
Negeri-Negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mesti dikuasai untuk
mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan dan menjadi tempat
memasarkan hasil keluaran kilang.
3. Penciptaan Kapal Wap dan Pembukaan Terusan Suez
Penciptaan kapal wap dapat mempercepat perjalanan dan membawa muatan
yang lebih banyak.
Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan jarak perjalanan dari England ke
Tanah Melayu.

4.Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain

British tidak akan membiarkan kuasa-kuasa lain campur tangan di Asia Tenggara.
Belanda telah meluaskan kuasanya ke Indonesia, manakala Perancis menduduki
IndoChina dan Sepanyol menduduki Filipina.

5. Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British

Pada tahun 1873, Parti Konservatif mengambil alih pucuk kepimpinan British
daripada Parti Liberal. Kerajaan baru British telah menukar dasar tidak campur
tangan kepada dasar campur tangan.

6. Desakan Pedagang Mempercepat Campur Tangan

Keadaan huru-hara timbul akibat pertelingkahan di kalangan pembesar dan


pergaduhan kongsi gelap. Pedagang Negeri-Negeri Selat mendesak British campur
tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.
Pada tahun 1873, seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat
kepada Setiausaha Tanah Jaiahan British, Lord Kimberley bagi mendesak British
campur tangan.

2.2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang Memberi Peluang
Campur Tangan British

1. Ketidakstabilan di Perak

Pada tahun 1848, Long Jaafar membawa masuk orang Cina untuk memajukan
perlombongan bijih timah di Larut.
Tercetusnya pergaduhan sesama orang Cina kerana kebanyakan mereka
memasuki kongsi gelap yang bertentangan, sama ada Ghee Hin atau Hai San.
Pergaduhan ini membawa kepada Perang Larut dan menjejaskan perusahaan bijih
timah.
Keadaan bertambah buruk apabila berlaku perebutan takhta di kalangan kerabat
diraja kerana sistem pewarisan takhta tidak diamalkan sepenuhnya.
Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara)
telah dilantik sebagai sultan.

Pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf. Mengikut sistem
pewarisan takhta, Raja Abdullah ialah Raja Muda yang sepatutnya ditabal menjadi
sultan. Raja Yusuf pula pernah menjawat jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan
kerana tidak disukai pembesar Perak.
Raja Abdullah meminta bantuan British.
Andrew Clarke berunding dengan pembesar-pembesar Melayu dan kongsi gelap
Cina untuk menamatkan kekacauan.
Hasil rundingan telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada
20 Januari 1874. Perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan secara
langsung British dalam pentadbiran Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor 1874

Syarat-syarat Perjanjian ialah :a) Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
b) Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.
c) Sultan menerima seorang Residen British yang akan menjadi penasihat baginda.
d) Residen berkuasa ke atas pungutan cukai di Perak.
e) Residen, Penolong Residen, Sultan, dan pembesar dibayar gaji daripada hasil
negeri Perak.
f) Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima Penolong Residen.
g) Menteri Larut akan membiayai kos mengembalikan keamanan negeri.

2. Selangor (Konflik Perang Saudara)

Perang Klang yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad memberi
peluang kepada British mencampur tangan di Selangor.
Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah menjadi rebutan antara Raja Mahadi
dan Raja Abdullah.
Pada mulanya daerah Klang berada di bawah kuasa Raja Sulaiman.
Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang tidak diserahkan kepada Raja
Mahadi, iaitu putera Raja Sulaiman.
Sebaliknya, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.

Perang Saudara yang dikenali sebagai Perang Klang berlaku apabila Raja Mahadi
menyerang Raja Abdullah.
Perang Saudara ini menjejaskan kegiatan perdagangan di Selangor.
Sultan Abdul Samad telah melantik menantu baginda Tengku Kudin untuk
mendamaikan kedua-dua pihak.
Tengku Kudin ialah putera diraja Kedah.
Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar Selangor kerana beliau dianggap
bukan anak watan Selangor.
British berpeluang campur tangan di Selangor apabila Tengku Kudin meminta
bantuan British untuk menamatkan perang saudara di Selangor.
Tengku Kudin berjaya menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang
dengan bantuan British.
British cuba mendesak Sultan Abdul Samad supaya menerima Residen British
tetapi tidak berjaya.
Namun begitu, British terus menunggu peluang dan mencari alasan untuk
menempatkan residennya di Selangor.
Dua peristiwa yang berlaku di perairan Selangor telah memberi peluang kepada
British untuk mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
1873 - kapal dagang British dirompak oleh lanun berdekatan Langat
1874- rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang.
Pada tahun 1874, Selangor terpaksa menerima J.G. Davidson sebagai Residen dan
Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.
Dengan itu, British mula berkuasa di Selangor

3. Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

British berpeluang mencampur tangan di Negeri Sembilan apabila pembesar


tempatan di Sungai Ujong, iaitu Dato' Kelana Syed Abdul Rahman meminta bantuan
British untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan kuasa di daerah Sungai
Ujong.

Dato' Kelana Syed Abdul Rahman yang telah dilantik menjadi pemerintah di
daerah Sungai Ujong pada tahun 1872 telah dicabar oleh Dato' Bandar Kulop
Tunggal.
Perebutan kuasa antara mereka berlaku kerana masing-masing hendak
menguasai pungutan cukai terhadap pedagang yang menggunakan Sungai Linggi,
iaitu sebatang sungai dalam daerah Sungai Ujong.
Sungai Linggi ialah jalan pengangkutan utama ke pelabuhan Melaka.
Jadi pembesar yang menguasai Sungai Linggi akan memperoleh kekayaan.
Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah bersetuju menerima perlindungan British
pada tahun 1874.
Perjanjian Dato Kelana dengan British:
a. Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong oleh British.
b. British mempunyai kuasa penuh dalam hal pengutipan cukai di Sungai Linggi.
c. P. J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.
Dato' Bandar membantah pengutipan cukai di Sungai Linggi oleh British.
Dato' Bandar telah ditewaskan oleh Dato' Kelana dengan bantuan tentera British.
Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura.
British meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan dengan melantik Pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Rembau, Jelebu dan Seri Menanti.
Tugas Majistret dan Pemungut Hasil adalah untuk menguatkuasakan undangundang British dan memungut cukai.

4. British bimbang pertapakan kuasa Eropah lain di Pahang

Sultan Pahang, Sultan Ahmad. memajukan Pahang untuk menyekat perluasan


pengaruh British.
British cuba meluaskan pengaruhnya di Pahang kerana bimbang kemajuan Pahang
akan menjejaskan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu yang lain.
Pada tahun 1886, British menggunakan kaedah memujuk untuk memujuk Sultan
Ahmad menerima Residen British tetapi gagal berbuat demikian.
Pada tahun 1887, British dengan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor berjaya
memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British.

Pada tahun 1888 British berpeluang untuk campur tangan secara langsung di
Pahang apabila seorang warganegara British berbangsa Cina yang bernama Goh Hui
ditemui mati di kawasan berdekatan istana Sultan Ahmad.

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar


Campur tangan British telah menyebabkan pengenalan Sistem Residen di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
British melantik seorang Residen bagi setiap negeri. Negeri-negeri ini diletakkan
sebagai negeri naungan British.
Keadaan ini telah menggugat kuasa sultan dan pembesar.

2.4 Pengukuhan Kuasa British melalui Pembentukan Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu
Sistem Residen di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
mempunyai banyak kelemahan kerana tiada panduan yang jelas.
Corak pentadbiran di ketiga-tiga negeri tersebut tidak seragam dan Residen
menjadi terlalu berkuasa sehingga Gabenor Negeri-negeri Selat tidak berupaya
mengawal kuasa Residen.
Untuk mengatasi masalah ini, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut di
bawah suatu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu
atau Persekutuan 1896.
Sebab-sebab pembentukan persekutuan ialah:
i. Menyamakan pentadbiran antara NNMB supaya sistem percukaian, sistem
keadilan dan undang-undang diselaraskan dan diseraganikan.
ii. Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.
iii. Mengatasi masalah kewangan negeri Pahang.
iv. Memajukan sistem perhubungan antara negeri.
v. Mengawal kuasa Residen yang semakin bertambah.
vi. Memperkukuh pertahanan negeri daripada ancaman luar.

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan


Kesan Pembentukan Persekutuan
a) Wujud kerjasama antara keempat-empat buah negeri.

b) Pelaburan asing bertambah terutama dalam sektor perlombongan dan


penanaman getah.
c) Undang-undang kehakiman dapat diselaraskan.
d) Perkhidmatan pakar dapat dikongsi bersama.
e) Ketua-ketua jabatan di Kuala Lumpur lebih berkuasa dan pegawai tertinggi terdiri
daripada orang British.
f) Residen Jeneral berkuasa penuh dalam menentukan dasar pentadbiran.
g) Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mendapati kuasa mereka
semakin berkurangan. Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak
British.
British bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu bagi
mengatasi masalah tersebut pada tahun 1897.
Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar Pertama berlangsung pada tahun 1897
di Kuala Kangsar. Ini adalah perintis ke arah Persidangan Raja-raja Melayu yang
diadakan setiap tahun sekarang.
Pada tahun 1903, Durbar Kedua diadakan di Kuala Lumpur.
Dalam Durbar Kedua, Sultan Idris (Sultan Perak) telah mendesak agar:a) kuasa raja-raja Melayu dikembalikan.
b) bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditingkatkan.
c) pegawai Melayu dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
d) Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.
Kesan desakan Sultan Idris dalam Durbar Kedua:
a) Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.
b) Jawatan Residen Jeneral dimansuhkan dan digantikkan dengan jawatan Ketua
Setiausaha.
c) British mengembalikan kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.

http://cikgurazak.blogspot.com/2010/02/nota-sej-ting-2-bab-2_04.html

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1895

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport

Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai


British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan
dan Perkhidmatan Awam

Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal


(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)

Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral

Kesan-Kesan Kuasa Sultan Dikurangkan

Sultan-sultan NNMB tidak puas hati

Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu Persidangan RajaRaja Melayu bagi mengatasi masalah

Ahli-ahli Durbar ialah;

i. Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii.Residen Jeneral
iv. 4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak

Durbar kedua didakan pada tahun 1903 diKuala Lumpur

http://www.bintangsukan.com/2015/06/kesan-persetiaan-persekutuan-1895terhadap-negeri-melayu.html

Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 12


Julai 1895. Perjanjian ini berkaitan dengan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Antara syarat-syarat perjanjian adalah:
1. Raja-raja Melayu bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah
persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
2. Raja-raja Melayu bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai
Residen Jeneral
3. Raja-raja Melayu bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua
perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu

4. Raja-raja Melayu bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan


bantuan mengikut nasihat kerajaan British
5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang
juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Faktor-faktor pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895[sunting | sunting sumber]


Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen[sunting | sunting sumber]

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas.

Residen menjadi terlalu berkuasa.

Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang


sendiri.

Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.

Krisis Kewangan Pahang[sunting | sunting sumber]


1. Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak
hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British.
2. Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan
Selangor masalah dapat diringankan.
Perkongsian Perkhidmatan Pakar[sunting | sunting sumber]
1. Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan
doktor
2. Sistem Perhubungan - Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan
keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
Faktor Keselamatan[sunting | sunting sumber]
1. Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan
Analisis kesan-kesan pembentukan Persekutuan 1895[sunting | sunting sumber]
1. Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport. 2.
Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai British
seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan
Perkhidmatan Awam. 3. Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad. 4. Sultan
dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal
berkaitan agama Islam dan adat Melayu). 5. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat
Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral. 6. Sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) tidak puas hati. 7. Sultan mendesak agar bilangan pegawai
Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih
tinggi. Selain agar bahasa Melayu diiktiraf dan dijadikan bahasa rasmi.

Akibat desakan tersebut, Majlis Mesyuarat Persekutuan telah menggantikan


DURBAR pada tahun 1909 yang membawa kepada persetujuan: 1. Jawatan Residen
Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha. 2. Kerajaan British juga bersetuju
untuk menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Persetiaan_Persekutuan_12_Jun_1895

PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DAN KEDAULATAN MALAYSIA


1. Konsep federalisme (persekutuan) di Malaysia diguna pakai sejak 1896
2. Konsep federalisme yang dilaksanakan British itu telah berjaya mengubah
landskap pembangunan di kesemua negeri terlibat. Banyak masalah dapat
diatasi melalui pemerintahan berpusat berkenaan
3. Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di
Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima
kewujudan negara yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dengan
kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur
4. Peruntukan asal Perlembagaan Perkara 1 (1), PerlembagaanPersekutuan 1957
dengan jelas menyatakan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali dengan
nama Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya)
5. Konsep federalisme (persekutuan) menonjolkan ciri-ciri pembahagian kuasa
antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti masa kini
6. Dari segi praktiknya, kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah
melalui Dewan Rakyat, manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan
Undangan Negeri. Di antara kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat
adalah kewarganegaraan Persekutuan, hubungan luar, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri
7. Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua
negara adalah Yang di-Pertuan Agong
8. Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai
kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan
9. Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua
Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi
10.Konsep federalisme yang diperkenalkan sejak merdeka masih lagi berjalan
dengan berkesan di Malaysia. Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan
utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman
masih lagi berjalan dengan baik. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih
lagi kukuh dan dapat berfungsi dengan baik

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/perkaitan-pembentukan-persekutuandan-kedaulatan-malaysia.html#ixzz3exj6FVSB

http://www.mysumber.com/perkaitan-pembentukan-persekutuan-dan-kedaulatanmalaysia.html

http://mypt3.com/perkaitan-pembentukan-persekutuan-kedaulatanmalaysia/perkaitan-pembentukan-persekutuan-1895-dengan-kedaulatan-malaysia

1. Pengenalan Persetiaan Persekutuan 1895

Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada


12 Julai 1895. Perjanjian ini hanya berkaitan dengan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.

Pada tahun 1874, British telah campur tangan dalam pentadbiran negerinegeri Melayu di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka melalui penubuhan
Negeri-negeri Selat dan selepas termeterainya Perjanjian Inggeris Belanda
1824.

Punca utama campur tangan tersebut susulan kebimbangan Inggeris


terhadap kuasa Eropah lain yang sedang berada di Asia Tenggara seperti
Perancis di IndoChina, Sepanyol di Filipina, Belanda di Indonesia.

British berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan


terakhir ialah negeri Pahang. Di keempat-empat negeri ini British
melaksanakan sistem Residen sebagai cara pentadbiran atau pemerintahan.

Bagaimanapun sisten Residen terlalu banyak kelemahan berbanding


kebaikan.

Idea menyatukan pentadbiran negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan


Selangor dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith
menghantar laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan agar
penubuhan persekutuan untuk menggantikan sistem Residen.

Cecil Smith menegaskan penubuhan persekutuan menguntungkan British dari


segi politik, ekonomi, sosial serta menjimatkan masa dan wang.

Frank Swettenham (Residen Jeneral) mengambil inisiatif dengan


mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan. Pada 12
Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan.

2. Faktor-faktor pembentukan Persetiaan Persekutuan 1895


2.1 Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas.

Residen menjadi terlalu berkuasa.

Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang


sendiri.

Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.

2.2 Krisis Kewangan Pahang

Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak


hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British.

Jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan


Selangor masalah dapat diringankan.

2.3 Perkongsian Perkhidmatan Pakar

Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan


doktor

Sistem Perhubungan Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan


keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

2.4 Faktor Keselamatan

Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

3. Kesan Persetiaan Perjanjian Persekutuan 1895

Residen Jeneral berkuasa dalam pentadbiran, kewangan dan cukai eksport

Kerajaan pusat menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai pegawai-pegawai


British seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan
dan Perkhidmatan Awam

Penglibatan orang-orang Melayu adalah terhad

Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal


(kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat Melayu)

Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral. 6.
Sultan-sultan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) tidak puas hati

Sultan mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan


kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi. Selain agar
bahasa Melayu diiktiraf dan dijadikan bahasa rasmi.

4. Perkaitan Pembentukan Persekutuan Terhadap Kedaulatan Malaysia

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, kesemua negeri-negeri di


Tanah Melayu menandatangani perjanjian persekutuan dan menerima
kewujudan negara yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu dengan
kerajaan pusatnya berada di Kuala Lumpur

Kerajaan pusat mempunyai bidang kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat,


manakala kerajaan negeri pula melalui Dewan Undangan Negeri. Di antara
kuasa-kuasa yang ada pada kerajaan pusat adalah kewarganegaraan
Persekutuan, hubungan luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri,
kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri

Antara lain unsur penting dalam sistem federalisme di Malaysia ialah ketua
negara adalah Yang di-Pertuan Agong

Institusi Yang di-Pertuan Agong dibentuk setelah negara mencapai


kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan diperkenalkan

Di peringkat negeri , Sultan-sultan Melayu, Raja Melayu dan Yang di-Pertua


Negeri adalah ketua kerajaan bagi negeri yang baginda warisi

Prinsip pengasingan kuasa bagi tiga badan utama iaitu badan eksekutif,
badan perundangan dan badan kehakiman masih lagi berjalan dengan baik.
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong masih lagi kukuh dan dapat berfungsi
dengan baik

Rumusan

Persetiaan Persekutuan 1895 telah memantapkan pentadbiran Malaysia pada


masa ini.

Kesemua negeri di Malaysia ditadbir dibawah kerajaan Persekutuan.

Sumber: Contoh Tugasan Sejarah PT3 2015 Perjanjian Persekutuan 1895 |


melvister.com

Vous aimerez peut-être aussi