Vous êtes sur la page 1sur 4

Assalamualaikum Yang Berbahagia Datuk,

Nama saya Muhammad Fauzi Bin Mohammad Noh dari MF Tehnics Green Sendirian
Berhad. Izinkan Saya memberikan Satu penjelasan berkenaan dengan Satu Inovasi
produk yang syarikat saya uruskan yang mana saya rasa ianya mampu
menyelesaikan masalah pengurusan sampah di Malaysia. Ianya menjimatkan kos
dan amat efektif.
Sebelum saya menerangkan mengenai produk saya , saya ingin mengimbas semula
beberapa fakta mengenai pelupusan sampah di Malaysia supaya ianya lebih jelas
dan dapat memberi gambaran sebenar kepada persoalan, mengapa produk saya
mampu menyelesaikan masalah tersebut.
Yang berbahagia Datuk,
Di Malaysia, sampah yang dihasilkan dihantar ke tapak pelupusan ataupun ke pusat
pembakaran (incinerator). Dua sistem ini amat popular di Malaysia. Terdapat 161
tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia (jumlah ini tidak termasuk sepuluh pihak
berkuasa tempatan di Sabah dan Sarawak ). Di antara 161 tapak ini, 77 daripadanya
terdiri dari tapak pembuangan sampah terbuka (open dumping). 49 tapak terdiri dari
pelupusan terkawal (controlled tipping), 19 tapak mempunyai 'bund' dan sisa
pepejalnya dikambus setiap hari, sepuluh tapak mempunyai kemudahan paip
pengumpulan 'leachate' dan paip pengudaraan serta selebihnya mempunyai sistem
rawatan 'leachate'.
Walaupun Malaysia mempunyai jumlah tapak pelupusan sisa pepejal yang banyak
namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang
dihasilkan. Dianggarkan, sebahagian besar tapak ini akan penuh atau tidak boleh
digunakan dalam masa dua tahun lagi. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah
jenis ini berisiko tinggi terhadap alam sekitar dan manusia di sekitar kawasan tapak
pelupusan itu. Sebagai contoh, tapak pelupusan terbuka boleh memberi kesan
kepada sistem tanah dan air di kawasan tersebut. Selain bau busuk, penyakit mata
dan kulit juga boleh mengganggu hidup manusia di persekitaran kawasan tapak.

Akibat masalah ruang yang semakin terhad, Malaysia kini beralih kepada teknik
pembakaran untuk mengatasi masalah pelupusan sampah. Terdapat 7 pusat
pembakaran mini di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau
Labuan. Pusat pembakaran mini ini mempunyai kapasiti pengurusan sisa pepejal
sebanyak 3-10 tan/hari/unit. Di samping itu, sebuah pusat pembakaran berteknologi
tinggi (Thermal Treatment Plant) akan dibina di Kampung Brogo, Semenyih,
Selangor. Pusat pembakaran ini mampu menguruskan 1,500 tan sisa pepejal dalam
sehari. Sementara itu, di Pulau Labuan juga terdapat sebuah pusat pembakaran
yang menggunakan kaedah 'Thermal Oxidation'. Pusat pembakaran ini mampu
mengendalikan 40 tan sisa pepejal sehari.
Pembinaan pusat pembakaran dikatakan mampu mengatasi masalah pelupusan sisa
pepejal di Malaysia .Ini kerana sistem itu berkeupayaan membakar sampah dengan
lebih cepat berbanding pelupusan sampah terbuka. Sistem pembakaran boleh
membakar 99 peratus sisa pepejal menggunakan suhu yang tinggi sekitar 500-600
darjah celsius. Melalui kaedah ini separuh dari sisa pepejal yang dihasilkan boleh
dibakar setiap hari. Abu hasil dari pembakaran itu pula dikatakan 99 peratus selamat
untuk ditanam di mana-mana tapak pelupusan sampah yang sedia ada. Selain dari
itu, kaedah pembakaran juga dikatakan mampu membakar kuman-kuman yang
terdapat dalam sisa bagi mengelakkan masalah penyebaran penyakit. Dalam masa
yang sama, sistem ini telah dibina dengan mengambil kira semua aspek bagi
mengatasi masalah jerebu, masalah bau busuk dan pelepasan gas dioksin.
Walaupun kaedah pembakaran menjadi pilihan untuk mengatasi masalah pelupusan
sampah yang meningkat, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira.
Pembinaan pusat pembakaran sebenarnya memerlukan sumber kewangan yang
sangat tinggi. Misalnya, pembinaan pusat pembakaran mini di Langkawi sahaja
melibatkan kos sebanyak RM5.7 juta. Manakala pembinaan pusat pembakaran di ibu
kota pula menelan belanja antara RM500 juta hingga RM1 billion. Dengan kos yang
setinggi ini, seluruh rakyat perlu menanggung kos itu secara bersama. Ini tentu
sahaja akan menimbulkan rungutan pihak tertentu.

Yang Berbahagia Datuk,


Penyelesaian kami ialah Eco wiz. Sebuah mesin yang memiliki kapisiti yang sama
seperti incinerator tetapi lebih berkesan, lebih menjimatkan kos dan lebih selamat
serta mesra alam sekitar ianya tidak memerlukan ruang yang luas seperti incinerator
Eco wiz ialah Sebuah mesin yang mampu menukar sisa makanan kepada air bersih
dan selamat untuk dilepaskan pada Alam semulajadi. Air yang dilepaskan memiliki
tahap kualti pengeluaran 0.01 micrometer (bersih setaraf air R.O).
Dibantu oleh microb yang mampu menghancurkan apa jua sisa makanan dalam
masa 24 jam. Microb Teknologi Korea ini telah digunakan oleh hampir kebanyakan
negara di dunia dengan Australia merupakan negara terbaru mempraktikan teknologi
ini.
Yang Berbahagia Datuk,
Di korea, microb ditabur di tapak pelupusan sisa makanan dan dibiarkan selama
beberapa lama sehingga microb sebati. Selepas sebati dengan microb, tapak
pelupusan menjadi subur dan ditanam dengan Sayur-sayuran. Ini menunjukan
betapa Microb ini mampu bertindak terhadap sisa makan dan menukar sisa kepada
kompos.
Di Singapura, kekurangan tanah menyebabkan mesin direka bagi mempercepatkan
proses mensebatikan microb dan sisa makan dalam masa 24 jam. Sisa kompos itu
kemudian disuling menjadi air yang bersih untuk dibuang ke dalam sistem
kumbahan.
Semua kepakaran Eco Wiz diiktiraf serta mendapat anugerah dan memiliki kelulusan
dan sijil standard antarabangsa sebagai produk teknologi hijau.

Yang Berbahagia Datuk,


Kami Di MF Technics Green ingin mencadangkan penggunaan Mesin Eco Wiz ini di
pasang di Semua pusat pelupusan sisa pepejal sebagai tambahan kepada sistem
land dumping. Kapisiti yang di cadangkan ialah 10,000 kilogram sampah sehari.
Dengan kos separuh dari incinerator mini, Eco Wiz amat berkesan menyelesaikan
pelbagai masalah termasuk kos penyelenggaran sampah yang tinggi sekarang.
Melalui sistem pengasingan sampah yang dilaksanakan kini, sistem pengurusan
tapak pelupusan lebih mudah dan berkesan. Sampah tidak perlu diasingkan dan
terus boleh dimasukan ke dalam mesin Eco Wiz.
Syarikat kami amat yakin tentang penggunaan Eco Wiz ini mampu membantu dalam
aspirasi kerajaan untuk menjayakan Matlamat Pelupusan Terbuka Sifar Menjelang
2020
Terima Kasih Yang Berbahagia Datuk kerana sudi meluangkan masa berharga datuk
bagi mendengar sedikit penjelasan dari saya.

Vous aimerez peut-être aussi