Vous êtes sur la page 1sur 26

SISTEM KEHADIRAN DAN PEMANTAUAN PELAJAR

SITI AISHAH BINTI MOHD AZAN

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat


Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2009

ii

iii

iv

Ingatan tulus ikhlas buat Emak, Masna Binti Abu, Ayah, Mohd Azan Bin Mohd Noh,
Kakak-kakak, Adik-adik tersayang serta insan teristimewa yang sentiasa memberi
dorongan dan galakan agar Projek Sarjana Muda ini dapat dilaksanakan dengan
cemerlang! Terima Kasih Semua

vi

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana limpah dan kurniaNya Projek Sarjana Muda ini
berjaya disiapkan di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga buat Prof. DR. Mohd Aizaini bin Maarof selaku penyelia yang telah
banyak membantu serta membimbing selama projek ini dilaksanakan. Segala tunjuk ajar
yang diberikan oleh beliau amat dihargai.

Ribuan terima kasih juga diucapkan buat ibu bapa serta ahli keluarga tersayang
yang tidak jemu-jemu memberi dorongan serta galakan kepada saya agar projek ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa kepada pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang telah


membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang projek ini dilaksanakan. Segala
bantuan, dorongan serta galakan yang diberikan amat dihargai. Tanpa kalian projek ini
tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih semua.

vii

ABSTRAK

Sistem kehadiran dan pemantauan pelajar yang digunakan pada masa kini adalah
secara manual dan ianya memakan masa yang lama. Projek ini bertujuan untuk
membangunkan Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar bagi menguruskan proses
mengambil kehadiran pelajar sekolah dan memantau para pelajar dengan lebih cekap
dan sistematik. Sistem ini dapat menjimatkan masa kerana segala proses itu nanti bukan
lagi dilakukan oleh para guru tetapi dilakukan oleh sistem. Ianya tidak mustahil dengan
penggunaan teknologi RFID (Radio Frequency Identification). Selain itu penggunaan
teknologi telekomunikasi tanpa wayar semakin meningkat begitu juga dengan
penggunaan perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS (Short
Message Service). Sistem ini juga akan menggunakan SMS sebagai satu medan
telekomunikasi di antara sistem dan ibu bapa pelajar serta guru. Segala maklumat
berkenaan dengan kehadiran pelajar akan segera dihantar oleh sistem kepada ibu bapa.
Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005
yang mempunyai ASP.Net didalamnya. Perisian Microsoft SQL Server digunakan untuk
membina pangkalan data bagi penyimpanan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh
sistem. Hasil projek ini adalah Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar yang
menggunakan teknologi RFID dan SMS sebagai medan untuk menghantar maklumat
kehadiran pelajar kepada ibu bapa.

viii

ABSTRACT

The student attendance and monitoring system that being used nowadays is
manually and it is consume a lot of time. The purpose of this project is to develop a
system called Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar that will handle the process
of recording students attendances and monitor the students more efficiently and more
systematically. This system will save a lot of time because all of the processes will not
be done by the teachers but been done by this system. This is possible with the use of
RFID (Radio Frequency Identification) technology. The use of wireless
telecommunication technology is on the increase as well as the use of Short Message
Service or more well known as SMS. This system will also use SMS as a means of
telecommunication between the system and parents. All of the information about the
students attendances will be forwarded in an instant to parents by the system. This
system is developed using Microsoft Visual Studio 2005 that is integrated with ASP.Net
as a software tool for this project. The database that stores all of the information needed
by this system is developed using Microsoft SQL Server 2000. As an outcome of this
project, Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar using RFID is developed and it is
also use the SMS as a means to send students attendances information to parents.

ix

KANDUNGAN

BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN

iii

DEDIKASI

PENGHARGAAN

vi

ABSTRAK

vii

ABSTRACT

viii

KANDUNGAN

ix

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI JADUAL

xvi

SENARAI ISTILAH

xvii

SENARAI SINGKATAN

xviii

SENARAI LAMPIRAN

xix

PENGENALAN
1.1

Pengenalan

1.2

Penyataan Masalah

1.3

Matlamat Projek

1.4

Objektif Projek

1.5

Skop Projek

1.6

Organisasi Bab

x
BAB 2

KAJIAN LITERATUR
2.1

Pengenalan

2.2

Kajian Terhadap Sistem Kehadiran

2.3

Pelajar Sekolah Semasa

Analisis Masalah

2.3.1 Analisis masalah sistem kehadiran


pelajar semasa

2.3.2 Analisis masalah sistem pemantauan


pelajar semasa

2.4

Sistem Sedia Ada

10

2.5

Teknologi RFiD

11

2.5.1 Operasi RFID dalam Sistem


Kehadiran dan Pemantauan Pelajar
2.6

Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

12
13

2.6.1 Operasi SMS dalam Sistem Kehadiran


dan Pemantauan Pelajar

BAB 3

13

2.7

Microsoft SQL Server 2000

14

2.8

Microsoft Visual Studio 2005, ASP.NET

14

2.9

Kesimpulan

14

METODOLOGI
3.1

Pengenalan

15

3.2

Model Air Terjun yang Telah Diubahsuai

15

3.2.1 Fasa Perancangan

16

3.2.2 Fasa Analisa Keperluan

17

3.2.3 Fasa Rekabentuk

17

3.2.4 Fasa Implementasi

18

3.2.5 Fasa Pengujian

18

3.2.6 Fasa Penyelenggaraan

19

Justifikasi Pemilihan Metodologi

19

3.3

xi

3.4

3.5
BAB 4

3.3.1 Pengulangan Fasa

19

3.3.2 Aktiviti Bermodul

19

3.3.3 Teknik Berorientasikan Objek

20

Keperluan Perkakasan dan Perisisan

20

3.4.1 Justifikasi Perkakasan

20

3.4.2 Justifikasi Perisian

21

Kesimpulan

22

REKABENTUK SISTEM
4.1

Pengenalan

23

4.2

Rekabentuk Konseptual

24

4.2.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem

25

4.2.2 Takrifan Bagi Gambarajah Kes Guna

26

Rekabentuk Logikal

28

4.3.1

Senario Urus Data Pelajar

28

4.3.2 Senario Semak Rekod Kehadiran

30

4.3.3 Senario Terima Alert

31

4.3.4 Senario Semak Status Pelajar

31

4.3.5 Senario Jana laporan

31

4.3.6 Senario Daftar Masuk

32

4.3.7 Senario Mengesah Pengguna

32

Rekabentuk Kandungan

33

4.4.1 Pentadbir Sistem

33

4.4.2 Guru

34

4.4.3 Ibu Bapa

34

Rekabentuk Navigasi

35

4.5.1 Pentadbir

35

4.5.2 Guru

36

4.5.3 Ibu Bapa

36

Rekabentuk Pangkalan Data

37

4.6.1 Penerangan Jadual Pelajar

37

4.3

4.4

4.5

4.6

xii

BAB 5

4.6.2 Penerangan Jadual Guru

38

4.6.3 Penerangan Jadual Kelas

39

4.6.4 Penerangan Jadual Parent

40

4.6.5 Penerangan Jadual RekodKehadiran

40

4.6.6 Penerangan Jadual Login

41

4.6.7 Penerangan Jadual TetapanUtama

42

4.6.8 Penerangan Jadual TetapanTambahan

42

4.6.9 Penerangan Jadual Ponteng

43

4.6.10 Penerangan Hubungan di Antara Jadual

43

4.7

Spesifikasi Input Dan Output

44

4.8

Rekabentuk Antaramuka

46

4.9

Kesimpulan

47

IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM


5.1

Pengenalan

48

5.2

Persekitaran Pembangunan Sistem

49

5.2.1 Perisian Microsoft Visual Studio,


ASP.NET

49

5.2.2 Pangkalan Data Microsoft SQL


Server 2000
5.3

Implementasi Modul-Modul Sistem

49
50

5.3.1 Implementasi Modul Kehadiran


dan Pemantauan
5.3.2 Implementasi Modul Laman Web

50
52

5.3.2.1 Implementasi Modul


Mengesah Pengguna

52

5.3.2.2 Implementasi Modul


Daftar Pengguna

53

5.3.2.3 Implementasi Modul


Kemaskini

55

xiii
5.3.2.4 Implementasi Modul Lihat
Rekod kehadiran Anak

57

5.3.2.5 Implementasi Modul Semak Rekod


Kehadiran
5.3.2.6 Implementasi Modul Jana Laporan
5.4

BAB 6

58
60

Pengujian Sistem

61

5.4.1 Kaedah Pengujian

61

5.4.2 Proses pengujian

62

5.5

Pengujian Peralatan

63

5.5

Kesimpulan

64

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


6.1

Pencapaian Keseluruhan Sistem

65

6.2

Kelemahan Sistem

66

6.3

Cadangan Pembaikan Sistem

66

6.4

Kesimpulan

67

RUJUKAN

68

LAMPIRAN A

70

LAMPIRAN B

73

LAMPIRAN C

83

LAMPIRAN D

88

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

2.1

Carta Alir Pengurusan Kehadiran Pelajar Sekolah

2.2

Antaramuka Sistem Pengurusan Kedatangan Pelajar Sekolah

HALAMAN

Berasaskan RFID

11

4.1

Rajah Keseluruhan Kes Guna Bagi Sistem

25

4.2

Senario Urus Data (Tambah Pengguna)

29

4.3

Senario Semak Rekod Kehadiran

30

4.4

Rajah Rekabentuk Kandungan bagi Pentadbir Sistem

33

4.5

Rajah Rekabentuk Kandungan bagi Guru

34

4.6

Rajah Rekabentuk Kandungan bagi Ibu Bapa

34

4.7

Rajah Rekabentuk Navigasi bagi Pentadbir Sistem

35

4.8

Rajah Rekabentuk Navigasi bagi Guru

36

4.9

Rajah Rekabentuk Navigasi bagi Ibu Bapa

36

4.10

Hubungan Di antara Jadual-Jadual

44

4.11

Borang Login

46

5.1

Keratan Aturcara RFID

51

5.2

Keratan Aturcara Hantar SMS

51

5.3

Antaramuka Modul Pengesahan

52

5.4

Keratan Aturcara Modul Pengesahan

53

5.5

Antaramuka Modul Daftar pengguna; Daftar Guru

54

5.6

Keratan Aturcara Modul Daftar Pengguna; Daftar Guru

54

5.7

Antaramuka Modul Kemaskini

55

5.8

Keratan Aturcara Modul Kemaskini

56

xv
5.9

Antaramuka Modul Kemaskini; Proses Padam

56

5.10

Keratan Aturcara Modul Kemaskini; Proses Padam

57

5.11

Antaramuka Modul Lihat Rekod kehadiran Anak

57

5.12

Keratan Aturcara Modul Lihat Rekod kehadiran Anak

58

5.13

Antaramuka Modul Lihat Rekod Pelajar

59

5.14

Keratan Aturcara Modul Lihat Rekod Pelajar

59

5.15

Antaramuka Modul Jana Laporan untuk Guru

60

5.16

Antaramuka Modul Jana Laporan untuk Ibu Bapa

61

xvi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

HALAMAN

2.1

Ringkasan dan Perbandingan Sistem

10

2.2

Klasifikasi Tag RFID Berdasarkan Bekalan Kuasa

12

2.3

Klasifikasi RFID Berdasarkan Frekuensi

12

4.1

Penerangan Atribut Jadual Student

38

4.2

Penerangan Atribut Jadual Guru

39

4.3

Penerangan Atribut Jadual Kelas

39

4.4

Penerangan Atribut Jadual Parent

40

4.5

Penerangan Atribut Jadual RekodKehadiran

41

4.6

Penerangan Atribut Jadual Login

41

4.7

Penerangan Atribut Jadual TetapanUtama

42

4.8

Penerangan Atribut Jadual TetapanTambahan

42

4.9

Penerangan Atribut Jadual Ponteng

43

4.10

Spesifikasi Input Sistem

45

4.11

Spesifikasi Output Sistem

45

5.1

Hasil Pengujian Mengikut Modul

62

5.2

Hasil Pengujian Mengikut Halaman

63

5.3

Hasil Pengujian Peralatan

64

xvii

SENARAI ISTILAH

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

Alert

Pengumuman

Modified Waterfall

Air Terjun Yang Telah Diubahsuai

White Box Testing

Pengujian Kotak Putih

Black Box Testing

Pengujian Kotak Hitam

Sequence Diagram

Rajah Jujukan

Use Case Diagram

Rajah Kes Guna

User Interface

Antaramuka Pengguna

Message Box

Kotak Mesej

xviii

SENARAI SINGKATAN

RFID

Radio Frequency Identification

SMS

Short Message Service

UML

Unified Modeling Language

SQL

Standard Query Language

VB

Visual Basic

PSM

Projek Sarjana Muda

xix

SENARAI LAMPIRAN

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

A1

Carta Gantt PSM 1

71

A2

Carta Gantt PSM 2

72

B1

Senario Urus Data (Padam Pengguna)

74

B2

Senario Urus Data (Kemaskini Pengguna)

75

B3

Senario Terima Alert (Ibu Bapa)

76

B4

Senario Terima Alert (Guru)

77

B5

Senario Semak Status Kehadiran

78

B6

Senario Menjana Laporan (Guru)

79

B7

Senario Daftar Masuk

80

B8

Senario Mengesah Pengguna (Pengguna Sah)

81

B9

Senario Mengesah Pengguna (Pengguna Tidak Sah)

82

C1

Laman Menu Pentadbir

84

C2

Borang Pendaftaran Pelajar

85

C3

Laman Menu Guru

86

C4

Laman Lihat Kelas

87

D1

Halaman Mengesah Pengguna

89

D2

Halaman Utama Pentadbir Sistem

90

D3

Halaman Tukar Kata Laluan

91

D4

Kata Laluan Salah

91

D5

Kata Laluan Berjaya Dikemaskini

92

D6

Halaman Daftar Pelajar

93

xx
D7

Halaman Daftar Guru

94

D8

Halaman Urus Kelas

95

D9

Halaman Kemaskini Kelas

96

D10

Pengendalian Ralat No K/P Guru

97

D11

Papar Kad Pengenalan

97

D12

Kemaskini Berjaya

98

D13

Proses Padam Rekod

99

D14

Halaman Kemaskini Maklumat Guru

99

D15

Halaman Kemaskini Pelajar

100

D16

Paparan Guru Mengikut kategori Keseluruhan

101

D17

Paparan Pelajar Mengikut kategori Keseluruhan

101

D18

Halaman Tetapan

102

D19

Mengisi Tetapan

103

D20

Mengisi Tetapan Tambahan

104

D21

Halaman Utama Guru

105

D22

Halaman Lihat Rekod Kehadiran Pelajar

106

D23

Halaman Jana Laporan Bagi Guru

106

D24

Contoh Laporan Bagi Guru

107

D25

Halaman Utama Ibu Bapa

108

D26

Halaman Lihat Profil Pelajar

109

D27

Halaman Lihat Rekod Kehadiran Anak

110

D28

Halaman Lihat Rekod Kehadiran Anak Mengikut Bulan

111

D29

Halaman Jana Laporan Bagi Ibu Bapa

112

D30

Membuka Perisian Pembaca RFID

113

D31

Antaramuka Perisian Mifare Reader Utility(V1.1R9)

114

D32

Antaramuka Aplikasi Pelayan RFID

115

D33

Tetapan RFID

115

D34

Antaramuka Pembaca RFID; Keadaan Open

116

D35

Antaramuka NowSMS

117

D36

Tambah Modem

118

D37

Tetapkan Properties Modem

119

xxi
D38

Membuka Antaramuka Web NowSMS

120

D39

Antaramuka NowSMS

121

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan

Sistem Kedatangan dan Pemantauan Pelajar sekolah merupakan satu sistem yang
sangat penting dalam menguruskan maklumat-maklumat tentang kehadiran pelajar ke
sekolah dan memastikan tiada pelajar yang ponteng sekolah. Sistem kedatangan dan
pemantauan yang digunakan pada masa sekarang adalah secara manual di mana untuk
sistem kedatangan, guru kelas akan mencatat kehadiran pelajar-pelajarnya kedalam buku
rekod kehadiran manakala bagi sistem pemantauan para pengawal mengawal di setiap
pintu pagar sekolah bagi memastikan tiada pelajar yang melarikan diri dari sekolah.
Oleh kerana sistem manual ini memakan masa yang lama dan membebankan, maka
tugas-tugas pengurusan kehadiran dan pemantauan pelajar perlulah digantikan dengan
sistem berkomputer menggunakan teknologi RFID dan SMS.

Penggunaan teknologi RFID kini semakin popular di seluruh pelusuk dunia.


Teknologi ini membenarkan sesuatu objek itu dikenalpasti dan boleh dimanipulasi oleh
sistem[1].

2
Sistem pengurusan kedatangan dan pemantauan pelajar sekolah ini dibangunkan
bertujuan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem manual dan
membekalkan satu sistem yang boleh diharap, efisyen, sistematik dan mudah digunakan
oleh pihak sekolah. Akhir sekali sistem ini dijangka mempunyai masa depan yang cerah.

1.2

Penyataan Masalah

Sistem kehadiran pelajar yang digunakan pada masa kini masih lagi dilaksanakan
secara manual di mana pada setiap hari persekolahan, guru kelas akan memanggil dan
mencatat kehadiran pelajar ke dalam buku rekod kehadiran pelajar. Proses ini secara
langsung membazir masa pembelajaran pelajar yang amat berharga, ini seterusnya akan
memberi beban kepada guru-guru tersebut dan terdapat kemungkinan berlaku kecuaian
di mana guru-guru itu tersalah menghitung jumlah hari kedatangan pelajar.

Selain daripada itu, gejala ponteng sekolah semakin meningkat. Walaupun ramai
ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah, mereka masih lagi tidak dapat
memastikan dengan tepat bahawa anak-anak mereka betul-betul telah memasuki
kawasan sekolah. Terdapat juga pelajar yang melarikan diri dari sekolah pada waktu
pembelajaran. Sistem pemantauan yang digunakan pada masa kini ialah dengan
menggunakan pengawal keselamatan yang mengawal pergerakan keluar masuk kawasan
sekolah. Namun masih terdapat kecuaian yang berlaku di mana pelajar tetap dapat
melarikan diri dari sekolah.

Selain daripada itu, jika guru kelas tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah,
maka akan timbul masalah dalam mengambil kehadiran pelajar kerana buku rekod
kehadiran pelajar biasanya akan dibawa pulang bersama-sama guru kelas. Guru ganti
perlu mengambil kedatangan pelajar pada hari tersebut dan memberinya kepada guru
kelas untuk dimasukkan ke dalam buku rekod kedatangan pelajar. Proses ini
membazirkan masa dan tenaga.

3
Berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem manual, pengurusan
kehadiran dan pemantauan pelajar tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Sistem
Kehadiran dan Pemantauan Pelajar menggunakan teknologi RFID perlu dibangunkan
bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan sistem yang terdapat di dalam sistem semasa
seterusnya memberikan satu sistem yang mesra pengguna, sistematik, efisyen dan boleh
diharap.

1.3

Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan Sistem Kehadiran dan


Pemantauan Pelajar sekolah menggunakan teknologi RFID dan SMS bagi memudahkan
pengurusan kehadiran pelajar dan mengelakkan pelajar dari gejala ponteng sekolah.

1.4

Objektif Projek

Antara objektif yang perlu dicapai oleh Sistem Kehadiran dan Pemantauan
Pelajar adalah:

i.

Menganalisis sistem manual dan sistem sedia ada supaya keperluan pengguna
dapat dikenalpasti.

ii.

Membangunkan sistem yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang telah


dikenalpasti.

iii.

Menguji sistem yang telah dibangunkan supaya keperluan pengguna dapat


dipenuhi.

4
1.5

Skop Projek

Skop bagi projek ini adalah:

i.

Sistem ini akan digunakan oleh pihak sekolah.

ii.

Peranti RFID hanya digunakan di pintu pagar sekolah.

iii.

Hanya ibu bapa yang berdaftar sahaja yang akan menerima khidmat pesanan
ringkas.

iv.

Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan web.

v.

Pengujian sistem dijalankan di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat


sahaja.

1.6

Organisasi Bab

Organisasi bab ini akan menerangkan serba sedikit apa yang akan dibincangkan
di dalam bab-bab yang seterusnya.

Bab 2 merupakan bab Kajian Literarur. Bab ini akan membincangkan berkenaan
kajian yang dilakukan oleh pembangun dalam memahami sistem yang akan dilakukan.
Ini termasuklah kajian terhadap sistem manual, sistem sedia ada, kajian terhadap
perisian dan juga kajian terhadap perkakasan.

Bab 3 ialah bab Metodologi. Bab ini akan membincangkan metodologi atau
kaedah yang digunakan dalam membangunkan sistem ini. Sistem ini menggunakan

5
metodologi Air Terjun Yang Telah Diubahsuai. Kesemua fasa kecuali fasa terakhir iaitu
fasa penyelenggaraan akan dilaksanakan dalam pembangunan sistem ini.

Bab keempat merupakan bab Rekabentuk Sistem. Bab ini akan membincangkan
rekabentuk sistem. Rekabentuk itu termasuklah rekabentuk antaramuka, pangkalan data
dan rekabentuk perjalanan sistem yang ditunjukkan dengan menggunakan notasi UML
(Unified Modelling Language) melalui rajah kes guna dan rajah jujukan. Justifikasi
perkakasan dan perisian yang digunakan juga turut dibincangkan. Sistem ini akan
menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005 sebagai platfom utama dalam
merangka antaramuka dan pengaturcaraan manakala Microsoft SQL Server sebagai
pangkalan data. Tag RFID dan pembaca RFID adalah antara perkakasan yang
dibincangkan di dalam bab ini.

Bab yang ke lima merupakan bab Implementasi dan Pengujian Sistem. Bab ini
membincangkan tentang implementasi serta pengujian sistem. Kaedah pengujian yang
digunakan didalam pembangunan sistem ini adalah kaedah pengujian kotak hitam.

Bab ke enam merupakan bab Perbincangan dan Kesimpulan. Bab ini merupakan
bab terakhir di dalam laporan ini dan membincangkan tentang ringkasan sistem,
kelemahan sistem dan harapan bagi sistem ini.

Vous aimerez peut-être aussi