Vous êtes sur la page 1sur 2

KENYATAAN AKHBAR

LITRAK MEMPERKENALKAN LALUAN KONTRA DI LDP KAWASAN


PUCHONG UNTUK KELANCARAN TRAFIK

LITRAK akan memperkenalkan skim trafik yang dikenali sebagai Laluan-Kontra di


Lebuhraya Damansara-Puchong, arah selatan iaitu yang menghala ke Putrajaya. Ia
diperkenalkan dengan tujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik di waktu puncak pada
sebelah petang. Lokasinya ialah di antara Tol Plaza Petaling Jaya Selatan dan Bandar
Puchong Jaya (KM 19.3 – KM 22).

Sistem trafik Laluan-Kontra yang diusahakan secara bersama dengan pihak Polis Trafik
ini bukanlah suatu yang asing kepada mereka yang tinggal di Lembah Klang tetapi ia
merupakan kali pertama diperkenalkan kepada pengguna-pengguna LDP di Puchong.

Laluan-Kontra akan bermula sebaik sahaja pengguna melepasi Plaza Tol Petaling Jaya
Selatan menghala ke Puchong dan lorong yang paling kanan adalah dikhaskan kepada
pengguna yang ingin menghala ke Puchong Perdana dan Putrajaya. Walau bagaimanapun
lorong khas untuk laluan-kontra ini adalah hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Pada masa yang sama Pasukan Peronda LDP turut akan melakukan pemantauan di lokasi-
lokasi strategik dan para pengguna adalah dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda
yang disediakan untuk kelancaran trafik.

Laluan-Kontra yang akan dilaksanakan di waktu puncak pada sebelah petang arah selatan
iaitu yang menghala ke Putrajaya ini akan melibatkan penutupan jejambat arah Sunway
di persimpangan bertingkat Puchong Jaya. Ini adalah bertujuan untuk memberikan laluan
tambahan bagi pengguna lebuh raya yang ingin menghala ke Puchong Perdana /
Putrajaya. Oleh itu, pengguna lebuhraya dari arah Puchong yang ingin menghala ke
Lebuhraya KESAS, Sunway dan Lebuhraya Persekutuan hendaklah menggunakan jalan
susur. (bersebelahan dengan IOI Mall)

Laluan-Kontra ini akan bermula pada 8 Mac 2010, setiap hari pada pukul 4.30 petang
hingga 8.30 malam (Isnin – Jumaat, kecuali hari kelepasan am)

Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK, Sazally Saidi ketika ditemubual dalam sidang media
dipetik sebagai berkata usaha ini melibatkan persediaan yang cukup rapi dan bilangan
tenaga kerja yang agak besar khasnya di lokasi laluan-kontra tersebut.

“Pihak kami telah melakukan kajian yang menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu dan
secara teorinya laluan-kontra ini mampu memberikan kesan positif yang diharapkan dan
seterusnya dapat mengurangkan kesesakan trafik yang menghala ke Puchong Perdana /
Putrajaya dan seterusnya memberi kelancaran trafik di kawasan Puchong”, beliau
berkata.

Beliau turut berkata pengguna lebuh raya berkemungkinan akan mengambil masa untuk
menyesuaikan diri memandangkan sistem trafik seumpama ini adalah perkara baru buat
mereka.

“Justeru, pihak kami juga mengharapkan kerjasama dari pihak pengguna lebuh raya agar
berjaga-jaga, mematuhi papan tanda yang disediakan dan pastikan pilihan lorong yang
betul dalam memastikan perlaksanaan ini berjalan lancar”, tambah beliau.

Sazally turut berkata sistem trafik laluan-kontra ini akan bermula pada 8 Mac, 2010, jam
4.30 petang.

Sekian.

Vous aimerez peut-être aussi