Vous êtes sur la page 1sur 1

AKTIVITI : TIMBUL DAN TENGGELAM (MODUL KBAT)

Aktiviti ketumpatan
Tujuan:
1. Untuk mengkaji ketumpatan sesuatu bahan.
2. Untuk mengkaji bagaimana isi padu sesuatu objek mempengaruhi
ketumpatannya.
Bahan/Radas:
Takung kaca, gabus, pembaris, buah oren, pemadam, duit syiling, penutup
botol dan plastisin.
Prosedur:
1. Sediakan objek seperti gabus, pembaris, buah oren, pemadam, duit
syiling, penutup botol dan plastisin.
2. Sebelum menjalankan aktiviti, ramalkan objek yang akan timbul di
permukaan air.
3. Ramalkan pula objek yang akan tenggelam di dalam air.
4. Kemudian masukkan satu-persatu objek ke dalam bekas berisi air.
5. Catatkan hasil pemerhatian.
6. Ceritakan hasil pemerhatian kamu kepada rakan sekelas. Manakah
objek yang timbul dan tenggelam.
Pemerhatian:
Objek
Pembaris
Buah oren
Gabus
Duit syiling
Plastisin
Penutup botol
Pemadam
Paku

Ramalan

Pemerhatian

UJIAN KBAT:
1. Kepalkan seketul plastisin menjadi sebiji benjolan dan masukkan ke
dalam air. Plastisin tersebut akan tenggelam. Bentukkan plastisin supaya
ia timbul di permukaan air.
2. Dengan menggunakan bahan yang ada, tenggelamkan penutup botol
menggunakan prinsip ketumpatan.
3. Timbulkan pemadam dengan menggunakan bahan yang ada.

Vous aimerez peut-être aussi