Vous êtes sur la page 1sur 9

AMALAN SISTEM POLITIK DEMOKRATIK YANG MATANG DI

MALAYSIA: REALITI YANG SUKAR


The Practice of Mature Democratic Political System in
Malaysia: A Tough Reality
Shirley Goh

ABSTRAK
Sejak daripada kejayaan pertama Barisan Nasional menguasai
kerajaan, pelbagai rintangan yang telah diharungi, namun setiap
rintangan yang kerajaan harungi telah diatasi dan keadaan kerajaan
sama seperti sedia kala. Dengan sistem pemerintahan yang
diamalkan di Malaysia, secara umumnya dari segi perspektif
pemimpin, merupakan sistem politik demokrasi berparlimen. Walau
bagaimanapun, hanya kerajaan awal Zaman Yunani sahaja yang
menggunakan sistem demokrasi ini secara langsung. Bahkan
Amerika Syarikat juga tidak mengamalkan sistem demokrasi secara
langsung. Penulisan ini akan membincangkan realiti pengamalan
sistem demokrasi di negara Malaysia.
Kata kunci: demokrasi berparlimen, demokrasi terpimpin, purposive depoliticization, sistem
demokrasi, quasi-demokrasi
PENGENALAN
Dalam sejarah politik di Malaysia, kejayaan pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka menjadi
titik permulaan dalam pemahaman sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Pemerintahan
tersebut diketuai oleh Sultan Melaka, kemudian dibantu oleh pembesar berempat, iaitu
Bendara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Kerajaan Melayu Melaka juga
ditadbir berdasarkan Undang-undang Kanun Melaka untuk mengekalkan keamanan
pelabuhan Melaka sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan termasyur pada abad ke-15.
Berikut tahun 70-an, pihak kolonial British telah mula campur tangan dalam pemerintahan
negeri-negeri Melayu. Akan tetapi penguasaan kolonial British telah sampai kemuncaknya
apabila Malayan Union diperkenalkan pada 1 April 1946 yang akhirnya menjadikan Tanah
Melayu sebagai sebuah negeri jajahan. Menurut Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi (2013),
penglibatan rakyat secara meluas dalam bidang politik jelas apabila British memperkenalkan
Malayan Union dan penyerahan Sabah dan Sarawak kepada British untuk ditadbir sebagai
tanah jajahan. Penubuhan Malayan Union telah membawa kepada penentangan orang

Melayu kerana kuasa Sultan dilenyapkan oleh British. Sehubungan dengan itu, UMNO, yang
diterajui oleh Dato Onn Jaafar, telah ditubuhkan dalam Kongres Melayu Se-Tanah Melayu di
Kelab Sultan Selangor, Kuala Lumpur, secara rasminya pada 11 Mei 1946. Justeru, dengan
tentangan daripada masyarakat Melayu, akhirnya Malayan Union dihapuskan dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Pada tahun 1950-an, UMNO dan MCA telah bergabung dengan mewujudkan parti
yang mengamalkan konsep perkongsian kuasa walaupun berjuang mengikut kepentingan
etnik. MCA dipimpin oleh Tun Tan Cheng Lock sebagai presiden, bertujuan melindungi
kepentingan sosial, ekonomi, politik dan budaya masyarakat Cina. Seterusnya, Malaysia
berkembang dengan kepelbagaian parti politik yang mewaikili kepentingan etnik-etnik
tertentu. Oleh itu, demokrasi permuafakatan dianggap sebagai pendekatan terbaik kerana
berteraskan prinsip-prinsip seperti bertolak-ansur, tawar-menawar dan akomodasi dalam
kalangan pelbagai parti politik. Namun, pada hakikatnya, parti-parti politik di Malaysia hanya
bergerak atas landasan perkauman walaupun asas kepada kerjasama antara pemimpin
politik adalah menjurus kepada permuafakatan antara politik. Keadaan ini telah disusuli
dengan peristiwa hitam negara iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku atas faktor isu
perkauman. Lantaran itu, demi penyatuan kaum melalui politik, kerajaan berpendapat
bahawa kerjasama dengan parti-parti pembangkang perlu diadakan agar kerjasama politik
antara pelbagai etnik dan parti dapat diwujudkan. Antara kerajaan campuran yang dibentuk
ialah Parti Progresif Rakyat (PPR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Sarawak National Party
(SNAP), Parti Demokratik Sabah (PDS) dan sebagainya. Gabungan Perikatan dengan partiparti pembakang tersebut telah meluaskan perkongsian politik seluruh negara dan dikenali
sebagai Barisan Nasional (BN). Kerajaan Barisan Nasional telah mengambil bahagian dalam
pilihan raya tahun 1974 dan telah memenangi 104 daripada 114 kerusi yang dipertanding,
serta telah menerajui pemerintahan negara Malaysia sehingga hari ini.
Pemerintahan kerajaan Barisan Nasional telah membawa pelbagai perubahan
kepada negara Malaysia. Antara perubahan yang dapat dilihat ialah Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) di bawah kepemimpinan Tun Dato Dr. Mahathir yang mengarah kepada
kehidupan rakyat lebih maju ke arah wawasan 2020. Tujuan dasar tersebut adalah untuk
mengurangkan perubahan ekonomi dengan perbezaan taraf ekonomi tidak lagi merujuk atau
didominasi oleh sesuatu kaum atau bangsa sahaja. Dengan langkah ini, adalah dipercayai
bahawa kepelbagaian kaum berupaya memungkinkan interaksi sosial sesama mereka
terutamanya dari segi ekonomi. Di samping itu, interaksi antara kepelbagaian kaum juga
dapat mengurangkan konflik etnik yang mungkin akan menyebabkan sifat-sifat negatif
seperti prejudis dan stereotaip. Walaupun kejayaan dalam dasar-dasar seperti ini masih
belum ketara, namun, parti-parti pembakang tidak setuju dengan corak pemerintahan yang

diamalkan oleh kerajaan. Hal ini adalah kerana terdapat sesetengah parti pembankang yang
beranggapan bahawa pemerintahan yang diamalkan bukanlah bersifat sistem demokrasi
yang telus, yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan itu sendiri.

AMALAN DEMOKRASI DALAM POLITIK MALAYSIA


Demokrasi merupakan satu perkataan yang terkenal di seluruh dunia. Malahan ramai yang
menganggap

demokrasi

merupakan

pilihan

terbaik

dalam

pemerintahan.

Walau

bagaimanapun, cara mempraktikkan pemerintahan bersifat demokrasi ini berbeza-beza.


Faktor utama sistem demokrasi menjadi pilihan ialah suara rakyat menjadi dasar
pemerintahan. Sebuah negara demokratik mengurus dan mentadbir pemerintahan negara
berdasarkan undang-undang atau sistem yang tidak mengabaikan hak serta kepentingan
rakyat.
Negara Malaysia pula mengadaptasikan pemerintahan sistem demokrasi ini mengikut
keadaan negara yang berbilang kaum. Malaysia, digelar sebagai negara Dunia Ketiga,
secara keseluruhannya terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina, serta
suku kaum lain-lainnya dikatakan sebuah negara majmuk tanpa mengira kaum, budaya dan
agama. Oleh itu, model demokrasi permuafakatan antara kaum dilihat sebagai satu kaedah
perkongsian kuasa yang baik. Sejak dari dulu lagi Malaysia telah mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen, yang juga merupakan satu bentuk sistem politik yang sering
diamalkan oleh negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Pada asasnya
demokrasi adalah suatu sistem politik sementara Parlimen adalah institusi pemerintahan dan
gabungan kedua-duanya mewujudkan sistem demokrasi berparlimen (parliamentary
democracy), yang terasnya ialah tentang aktiviti pemilihan perwakilan. (Malike Ibrahim, 2013)
Sistem

demokrasi

berparlimen

Malaysia

adalah

di

bawah

pentadbiran

Raja

Berperlembangaan iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.

Demokrasi

Berparlimen

bermaksud

rakyat

dapat

melibatkan

diri

dalam

pemerintahan negara. Melalui sistem ini, rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan
sebagaimana yang mereka ingini demi kepentingan negara. Selain itu, salah satu syarat
sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.Formal
institutions include elections, constitutions, and the three branches of government: executive,
legislative and judicial. (Tansey, 2004)
Justeru, sekiranya dilihat kepada negara Malaysia, terlalu banyak kepincangan yang
menampakkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang mengamalkan sistem demorasi

tulen. Walaupun para pemimpin berpendapat bahawa sistem demokrasi tetapi berdasarkan
konteks sebenar demokrasi, sistem pemerintahan di Malaysia bukanlah demokrasi sebenar.
Menurut Malike Brahim (2012), pada asasnya negara ini mengamalkan sistem politik
demokrasi berparlimen semenjak mencapai kemerdekaan daripada penjajah British lagi,
namun terdapat beberapa sarjana yang mengkaji sistem politik Malaysia menyifatkan negara
ini bukanlah demokratik sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan negara
Malaysia disifatkan sebagai negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi sepenuhnya,
antaranya adalah tindakan, dasar, peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh
kerajaan bersifat kekerasan, menyekat kebebasan, berlaku diskriminasi dan sebagainya.
Dalam ilmu sains politik, demokrasi boleh dipecahkan kepada 2 jenis iaitu demokrasi
langsung dan demokrasi tidak langsung. Demokrasi langsung merupakan demokrasi yang
aslinya dan dikatakan hanya diamalkan semasa Zaman Yunani dahulu, iaitu asal-usul
kelahiran sistem demokrasi ini. Demokrasi tidak langsung pula merupakan sistem yang
dikenali sebagai demokrasi berpewakilan dan kini hampir semua negara di seluruh dunia
menggunakan demokrasi tidak langsung ini. Menurut Sivamurugan Pandian (2009) dalam
Utusan Malaysia, sejarah kelahiran demokrasi di Tanah Melayu menunjukkan ia adalah
demokrasi terpimpin walaupun ada sarjana menamakannya sebagai quasi-democracy
ataupun semi-democracy. Demokrasi terpimpin atau guided democracy merupakan ciri
pemerintahan yang bersifat authoritarian kerana media dikawal, kebebasan bersuara disekat
dan hak asasi manusia dinafikan. Pembakang dalam sistem demokrasi terpimpin ini seolaholah tidak wujud dan peranan mereka juga adalah terbatas atau disekat sama sekali.
Pemerintahan ini telah digunakan di Indonesia semasa zaman pemerintahan Presiden
Suharto selama 31 tahun. Manakala quasi-demokrasi pula merupakan sistem demokrasi
yang masih mengamalkan elemen-elemen demokrasi, namun kesemuanya itu dikawal oleh
kerajaan. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak layak digelar sebagai sistem demokrasi
langsung kerana bersifat semi-authoritarian, iaitu masih dikawal dan terkawal oleh pemimpin
itu sendiri. Pembakang juga wujud tetapi disekat dan pemimpin menggunakan media
sebagai alat untuk menyebarkan berita dan dakyah mereka berkaitan kerajaan. Pembakang
terpaksa mencari alternatif lain bagi memberitakan kelemahan kerajaan memerintah.

REALITI DEMOKRASI
Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya merupakan satu takrif berserta wawasan
menjelang tahun 2020 yang menjadi impian rakyat seluruh negara. Harapan dan tanggapan
seluruh warga Malaysia adalah dapat hidup dalam suasana yang demokratik, liberal,
progresif dan makmur serta berdaya saing dan adil dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.

Walau bagaimanapun, dengan isu-isu politik yang semakin hangat belakangan ini,
tampaknya impian tersebut hanyalah sekadar impian yang sukar untuk dicapai, terutamanya
dari segi kemajuan politik.
Malaysia ialah sebuah negara yang demokrasinya belum matang lagi, tetapi ia
masih mempunyai ruang dan peluang untuk mencapainya. Ini pendapat aktivis
pelajar, Fahmi Zainol, semasa mengulas mengenai salah satu cabaran wawasan
2020 iaitu untuk mewujudkan dan membangunakan masyarakat demokratik yang
matang.
Dipetik daripada Lemchumy Tamboo (2015) dalam #5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang
demokrasi.

Petikan tersebut merupakan luahan isi hati seorang aktivis pelajar mengenai negara
Malaysia daripada sebuah laman berita online. Menurut Fahmi, Malaysia ialah sebuah
negara demokrasi yang belum matang lagi. Hal ini adalah kerana kebebasan hak bersuara
rakyat disekat dengan Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Hasutan. Kewujudan
akta-akta tersebut melenyapkan suara-suara rakyat yang mengkritik dan menegur kerajaan.
Operasi Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Diraja Malaysia bagi
menangkap individu-individu yang mengeruhkan suasana politik pada ketika itu. The 1987
Operation Lalang, which was designed to contain and marginalize the opposition, can be
mentioned in illustration. (Knirsh dan Kratzenstein, 2010) Kontroversi hangat ini bermula
apabila Kementerian Pendidikan menghantar beberapa penolong kanan guru besar yang
tidak mempunyai kelayakan berbahasa Cina ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina.
Pada ketika itu, ramai dalam kalangan masyarakat cina tidak setuju dengan pertukaran
mendadak yang memerlukan sekolah jenis kebangsaan cina ditadbir oleh individu yang tidak
mempunyai kemahiran berbahasa cina. Aduan telah dilakukan secara bertepatan, iaitu
kepada Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu, walau bagaimanapun keadaan menjadi
keruh apabila pihak Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa keputusan pihak
kementerian tidak akan terjejas kepada mana-mana tekanan politik. Kontroversi ini telah
bercampur baur dengan isu sentimen perkauman, namun jelas bahawa pihak kerajaan pada
ketika itu telah menerapkan ciri autokrasi semasa memerintah. Menurut Kua Kia Siong
(2012), Operation Lalang was Mahathirs worst abuse of power during his 23-year rule.
Semasa Operasi Lalang ini dilancarkan, ramai ahli politik ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Berdasarkan Rang Undang-undang Pencegahan
Keganasan, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act merupakan satu akta
untuk mengadakan peruntukan mengenai pencegahan perlakuan atau sokongan bagi
perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara
asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing bagi kawalan terhadap orang yang
terlibat

dengan perbuatan sedemikian dan bagi perkara yang berkaitan. Walau

bagaimanapun, pemimpin telah menyalahgunakan kuasan yang sedia ada berserta dengan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan sesiapa sahaja terlibat dalam
kontroversi tersebut.
In his haste to pull the wool over the eyes of those who may not remember
Operation Lalang by blaming it onto the police, Mahathir has overlooked
something that is so elementary to the ISA, namely, it is the Home Minister (ie.
Mahathir at the time) who signs the two-year detention order after the first sixty
days of solitary confinement. When he signed those 2-year orders near the end of
1988, he would have noticed a stark fact all the detainees were Opposition
leaders and other dissidents while all the BN detainees had been conveniently
released during the sixty days. The IGP didnt signed those detention orders
Mahathir did. He conveniently omitted such stark historical facts from his memoirs.
Dipetik daripada Kua Kia Soong (2012) dalam The End of Barisan Nasional? Malaysian Political Issues.

Tun Dato Dr. Mahathir telah menandatangani perintah tahanan selama dua tahun
selepas 60 hari pertama ditahan. Namun, beliau telah membebaskan ahli-ahli BN dan
mengenakan perintah tahanan kepada ahli-ahli Pembangkang. Keputusan Tun Dato Dr.
Matahir pada ketika itu amatlah bersifat autokrasi dan berkuku besi kerana tidak
menitikberatkan perkara asas hak-hak asasi manusia, apatah lagi dengan mempergunakan
kuasanya untuk penahanan terus tanpa perbicaraan. Elemen-elemen autokrasi bercanggah
dengan amalan demokrasi, justeru tindakan pemerintah pada tahun 1987 ini telah
mempamerkan ketidakmatangan dalam sistem demokrasi yang seharusnya diamalkan.
Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2013), Rang Undang-undang Akta
Perhimpunan Aman (APA 2012) dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada 23
November 2011. Akta Perhimpunan Aman merupakan satu yang berhubung dengan hak
untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan untuk menyediakan satu sekatan yang
dirasakan perlu dan apa-apa usaha yang berhubung dengan hak tersebut di dalam
kepentingan keselamatan Persekutuan Malaysia atau apa-apa bahagian atau peraturan
awam termasuklah melindungi hak kepentingan dan kebebasan insan lain, dan untuk
memberikan apa-apa sahaja yang berkaitan. Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012)
diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011. (Jabatan Penerangan Malaysia, 2013) Akta
tersebut merupakan transformasi terhadap undang-undang yang sedia ada berkaitan hak
warganegara untuk berhimpun. Tujuan Akta Perhimpunan Aman 2012 dilaksanakan adalah
bagi memastikan kebebasan individu untuk berhimpun secara aman selaras dengan hak
yang termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. (Jabatan Penerangan
Malaysia, 2013) Walaupun akta berkenaan mempunyai tujuan tersebut, namun ia
sebenarnya menyekat pergerakan masyarakat dalam mengadakan perhimpunan aman. Hal
ini adalah kerana adalah tercatat dibawah Fasal 9(1) bahawa penganjur yang gagal memberi
notis dalam masa 10 hari dianggap sebagai satu kesalahan. Menurut Nik Nazmi Nik Ahmad

(2014), Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kai, dalam penghakiman setebal 29
muka surat, berkata hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara
munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b)
Perlembagaan Persekutuan. Kegagalan seseorang penganjur terhadap memberikan notis
dalam masa 10 hari tidak bermakna perhimpunan tersebut perhimpunan haram dan tidak
seharusnya dikenakan tindakan hukuman jenayah. Justeru, situasi-situasi ini akan menyekat
dan menghalang rakyat dalam kebebasan bersuara terutamanya dari segi penganiayaan.
As described by Mohamed Noor Mohammad Nadri & Suhaimee Saahar @ Saabar
(2008) that identifies that method purposive depoliticization that has long practiced by the
ruling party to minimize politicking has inhibited some of the basic pillars of democracy,
Malaysia in particular the mass media. (Badrul Azmier Mohamed, Mujibu Abd Muis, Azmi
Syafena Andin Salamat, Nur Zafifa Kamarunzaman, Syaliyati Ibrahim et al, 2011) Purposive
depoliticization ini membawa makna menyahpolitikkan perkara-perkara tertentu atas
kepentingan-kepentingan tertentu. Keadah ini lazimnya digunakan bagi sesebuah kuasa
untuk mempertahankan kuasa yang sedia ada pada diri mereka. Walaupun hal ini tidak
mempunyai contoh yang jelas, namun jika dilihat dari perspektif keadaan semasa pilihan
raya, isu utama merupakan tempoh masa berkempen. Pilihan raya sebenarnya bukan
sahaja merupakan cara pemilihan pemerintah, tetapi juga bertindak sebagai satu langkah
untuk memastikan semua warganegara dalam membuat pilihan yang tepat. Oleh itu,
keadilan dan kebebasan dalam berkempen dan akses media adalah penting. Pada mulanya,
semasa pemerintahan pihak kolonial British, tempoh berkempen adalah 42 hari, kemudian
bertukar kepada 35 hari untuk tiga pilihan raya pertama selepas kemerdekaan, kemudian
kepada kira-kira dua minggu untuk tiga pilihan raya pertama dari tahun 1974 hingga 1982,
hingga kepada 10 hari untuk tiga pilihan raya seterusnya di bawah pemerintahan Tun Dato
Dr. Mahathir bin Mohamad, sebelum jatuh menjunam kepada lapan hari sahaja pada tahun
2004 tetapi kemudian melonjak semula kepada 13 hari pada tahun 2008.

No.

1
2
3
4
5

Constituency

Permatang
Pauh
Kuala
Terengganu
Bukit
Selambau
Bukit
Gantang
Batang Ai

Vacancy
Date

Nomination
date

Polling Date

31/07/2008

16/08/2008

26/08/2008

Between
Vacancy
and
Nomation
(days)
15

28/11/2008

06/01/2009

17/01/2009

38

11

02/02/2009

29/03/2009

07/04/2009

54

09/02/2009

29/03/2009

07/04/2009

47

24/02/2009

29/03/2009

07/04/2009

32

Campaign
Period
(days)
10

Penanti

17/04/2009

23/05/2009

31/05/2009

35

Manek Urai

24/05/2009

06/07/2009

14/07/2009

42

10/07/2009

17/08/2009

26/08/2009

37

04/09/2009

03/10/2009

11/10/2009

28

25/05/2010

17/04/2010

25/04/2010

22

11

Permatang
Pasir
Bagan
Pinang
Hulu
Selangor
Sibu

08/04/2010

08/05/2010

16/05/2010

29

12

Galas

27/09/2010

26/10/2010

04/11/2010

28

13

Batu Sapi

09/10/2010

26/10/2010

04/11/2010

16

14

Tenang

16/12/2010

22/01/2011

30/01/2011

36

15

Merlimau

20/01/2011

26/02/2011

06/03/2011

26

16

Kerdau

12/02/2011

26/02/2011

06/03/2011

13

9
10

Sumber: Democracy at Stake? (Wong Chin Huat & Soon Li Tsin (2012)
Keadaan ini sememangnya menyekat kebebasan parti pembangkang dalam berkempen.
Terutamanya dari penyebaran maklumat melalui media massa. Hampir kesemuanya media
arus perdana dikawal oleh kerajaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Barisan Nasional merupakan pemegang saham majoriti bagi syarikat-syarikat seperti Media
Prima, oleh itu, kerajaan mempunyai hak untuk mengawal dan menyekat berita-berita yang
akan disiarkan. Keadaan ini juga telah berlaku pada tahun 1987, apabila permit The Star,
The Sunday Star, Sin Chew Jit Po dan Watan telah dibatalkan ketika Operasi Lalang
dilancarkan. Selain itu, walaupun dewasa ini, parti-parti politik dibenarkan mempunyai
akhbar sendiri, namun dalam realiti sebenar, parti-parti tersebut masih lagi tidak bebas
dalam mengeluarkan kritikan dan pandangan mereka.

KESIMPULAN
Sistem demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang sering kali digunakan, namun,
negara Malaysia masih gagal mengamalkannya secara telus. Malaysia telah menggunakan
sistem demokrasi tidak langsung, yang dibahagikan kepada beberapa pecahan, dan salah
satunya merupakan sistem yang diamalkan oleh Malaysia, iaitu quasi-democracy iaitu
sebuah pemerintah yang masih mengamalkan elemen-elemen demokrasi, tetapi pemimpin
bersifat

semi-authoritian.

Manakala,

konsep-konsep

seperti

kesamarataan

dalam

pemerintahan, tanpa mengira taraf serta luahan suara golongan minoriti. Oleh itu, walaupun
Malaysia dianggap sebagai negara dunia ketiga, namun, sistem pemerintahan Malaysia

masih perlu diasahkan dan dipertingkapkan lagi agar setaraf dengan negara-negara maju
yang lain.

RUJUKAN
Ahmad, R., & Kadir, M. N. A. (2014). AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 DARI
PERSPEKTIF MAQASID AL-SYARI? AH. Jurnal Syariah, 21(3).
Ahmad Ali Seman & Warti Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn Bhd.
Awang Chik, H. (2015, Mei 23). Polis mahu peguam negara kaji semula Akta Perhimpunan
Aman. Malaysian Insider, p.1. Dilayari daripada:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-mahu-peguam-negara-kajisemula-akta-perhimpunan-aman-biar-relevan

Kua Kia Soong. (2012). The end of Barisan Nasional? Malaysian Political Issues. Selangor:
Suaram Komunikasi.
Malike Brahim. (2012). Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd.
Mohamed, B.A., Abd Muis, M. Andin Salamat, A. S., Kamarunzaman, N.Z., Ibrahim, S.,
Harun, R., Z. H. (2011). Control and Usage of the Virtual Space in Facing the
Upcoming 13th General Election A Critical Evaluation of Space and Opportunities
for Barisan Nasional. Asian Social Science, 7(12).
Nik Ahmad, N. A. (2014, April 28). Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman tak munasabah.
Sinar Harian Online, p. 1. Dilayari daripada:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/seksyen-9-5-akta-perhimpunan-aman-takmunasabah-1.275096
Wong Chin Huat & Soon Li Tsin. (2012). Democracy at stake?. Selangor: Strategic
Information and Research Development Centre.
Tansey, S. D. (2004). Politics, the basics. Psychology Press.
. (2013). AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 (APA 2012). Bahagian
: Penerbitan Dasar Negara.

Vous aimerez peut-être aussi