Vous êtes sur la page 1sur 49

PENGENALAN

Ajaran-ajaran Islam yang diyakini oleh umat Islam mengandung nilai-nilai Islam
yang memiliki peran yang sangat penting di dalam mengembangkan kebudayaan Islam.
Di samping itu, ajaran-ajaran islam juga membumikan ajaran utama (yang sebagai
syariah) sesuai dengan kondisi dan kebutuhan hidup umat manusia. Manusia sering
dikatakan sebagai mahluk yang paling tinggi dibandingkan dengan lainnya. Tingginya
harkat dan martabat manusia kerana manusia mempunyai akal budi. Dengan adanya akal
budilah, manusia mampu menghasilkan kebudayaan yang cenderung membuat manusia
menjadi lebih baik dan lebih maju. Dengan kebudayaan tersebut manusia memperoleh
banyak kemudahan dan kesenangan hidup. Akal budi pun mampu menciptakan dan
melahirkan ilmu pengetahuan , teknologi , seni dan keseluruhan yang dihasilkan akal
budi tersebut dapat dikelolakan untuk menghasilkan produk-produk yang dapat
dimanfaatkan oleh manusia guna menuju peradaban yang modern. Seiring dengan
berkembangnya IPTEK manusia akan lebih dapat memilah-milah bagian-bagian yang
positif dan negatif untuk diri peribadi dan orang lain. Dengan peradaban manusia yang
semakin modern maka pola pikir manusia akan lebih berkembang. Apabila dikiatkan
dengan sejarah peradaban Islam maka manusia merupakan suatu fungsi yang digunakan
untuk meneruskan peradaban di masa lalu untuk menjalankan peradaban modern. Sejarah
peradaban Islam digunakan sebagai pedoman agar manusia tidak terjerumus dalam halhal yang negatif dan manusia dapat memahami betapa pentingnya Al-Quran bagi
perkembangan jaman , makalah ini akan kami beri judul Pentingnya Al-Quran dalam
Sejarah Peradaban Islam Menuju Peadaban Modern.

PERAYAAN ORANG MELAYU /ISLAM


Hari Raya Aidilfitri / Idulfitri
Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan
menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai
Hari Raya Puasa. Hari raya ini merupakan hadiah kemenangan setelah berjaya melawan
nafsu selama sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal
(rukyah) dapat dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan
Takwim Tahun Islam. Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada
malamnya, umat Islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.
Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita,
sambutan Hari Raya Aidilfitri ini disambut secara meriah pada setiap tahun.
Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu
untuk menyambut kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini,
menjelang kedatangan 1 Syawal ini, adalah dengan menyediakan pakaian baru dan bersih
untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-bagai jenis kuih tradisi untuk
dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Jika tiada pakaian
baru, maka pakaian yang terelok.
Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota
keluarga. Kadar nilai zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi
rakyat di negara kita. Kebiasaannya mereka akan menziarahi kubur sama ada sebelum
atau selepas hari raya.
Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini
untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa
2

masing-masing. Pada pagi hari raya pertama, umat Islam disunatkan bersembayang Sunat
Aidilfitri / Idulfitri dan mendengar khutbah. Umat Islam akan mengambil kesempatan
untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu bapa, suami atau isteri dan dari yang muda
kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara
dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan,
di samping mengeratkan silaturrahim.
Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis
juadah tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, rendang dan lain-lain lagi
untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi kanak-kanak
pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian yang baru serta
mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini
adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya,
iaitu untuk bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.
Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk
berkunjung ke pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya
Aidilfitri di Malaysia lebih bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang
dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Ucapan yang sering dilafazkan apabila bertemu
semasa mereka ialah Selamat Hari Raya atau Selamat Aidilfitri / Idulfitri ketika
berjabat tangan. Manakala lafaz yang disunatkan dalam islam ialah Taqabbalallahu
Minna Waminkum dan dijawab Minna Waminkum Taqabbal Ya Karim.
Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan
hari raya Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh
masyarakat yang hadir. Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan
ini dengan penuh rasa gembira dalam suasana harmoni.

Hari Raya Aidiladha / Iduladha / Hari Raya Qurban


Hari Raya Aidiladha atau juga disebut Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji
merupakan perayaan agama yang disambut oleh seluruh umat Islam di dunia pada 10
hingga 13 Zulhijjah. Hari raya ini menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat
haji di Mekah, iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah.
Orang-orang Islam menyambut Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun.
Malah,

bulan

ini

merupakan

bulan

terakhir

dalam

kalendar

Hijrah

Islam.

Perkataan 'Aidiladha' berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud 'hari
penyembelihan korban'. Ini sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T agar menyembelih anaknya, iaitu Nabi Ismail A.S.
Pada bulan itu juga, umat Islam yang berkemampuan pergi ke Makkah untuk menunaikan
ibadat haji yang menjadi salah satu Rukun Islam yang wajib dilaksanakan.
Walaupun dengan hati yang amat berat, Nabi Ibrahim terus taat dengan suruhan Allah
untuk menyembelih anaknya. Walau bagaimanapun, Allah telah menggantikan Nabi
Ismail dengan seekor kibas.
Sehubungan dengan itu, sebagai mengingati perintah Allah kepada Nabi Ismail ini,
masyarakat Islam yang berkemampuan digalakkan menyembelih binatang seperti
kambing, unta, lembu dan seumpamanya sebagai korban pada hari raya dilakukan
daripada 10 Zulhijjah sehingga selepas Asar pada 13 Zulhijjah. Daging qurban tersebut
akan disedekahkan kepada fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya dimulakan dengan bacaan takbir
dan tahmid secara berjemaah di masjid. Selepas itu, disusuli pula dengan sembahyang
sunat Aidiladha pada waktu pagi. Kemudian bacaan khutbah akan diperdengarkan yang
berkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan Nabi Ibrahim.
Selepas habis mendengar khutbah, umat Islam akan mengambil kesempatan
berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai untuk mengeratkan silaturahim
4

sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Acara penyembelihan korban pula akan
diadakan selepas itu dan tiga hari berikutnya, iaitu pada 11, 12, dan 13 hari Tasyrik.
Seluruh masyarakat akan bersama-sama membuat kerja-kerja penyembelihan tersebut.
Sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia, biasanya disambut meriah oleh masyarakat
di pantai timur, berbanding dengan masyarakat Islam di sebelah pantai barat yang
menyambutnya dengan cara yang agak sederhana.

Maulidur Rasul
Perkataan 'maulid' berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud hari lahir seseorang.
Apabila disebut 'Maulidur Rasul', umum memahami ungkapan ini bermaksud hari
keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W.
dilahirkan di Tanah Suci Makkah pada 20 April tahun Masihi 571 bersamaan 12
Rabiulawal Tahun Gajah. Perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan, negeri, daerah
dan kampung.
Oleh yang demikian, hari maulid ini dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Negara kita turut memuliakan dan merayakan hari maulid. Hari maulid ini menjadi hari
cuti umum di negara kita kerana agama Islam merupakan agama rasmi di negara ini.
Maulidur Rasul disambut dan dirayakan dengan berbagai-bagai cara di negara kita.
Setiap kerajaan negeri akan mengadakan sambutannya secara besar-besaran.
Lazimnya, mengadakan syarahan memperingati Junjungan Besar Nabi Muhammad
S.A.W, orang ramai berselawat, perarakan, dan lain-lain. Di kalangan masyarakat pula,
mereka mengadakan majlis berselawat dan jamuan. Sambutan ini diadakan di rumah dan
masjid. Di sesetengah tempat pula, mereka mengadakan majlis membaca riwayat maulid,
iaitu sebuah kitab yang ditulis khas tentang riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W

KESENIAN ORANG MELAYU


Tarian Kaum Melayu

Tarian Asli

Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu.
Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi
dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan
seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti
lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani,
Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli popular di seluruh Malaysia terutama
Semenanjung Malaysia.

Tarian Inang

Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak
Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju
tempo rebana, biola dan gendang. Para penari terdiri daripada pasangan lelaki dan
perempuan yang berpakaian lengkap mengikut pakaian tradisional Melayu. Semasa
menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.

Tarian Ayam Didik

Tarian Ayam Didik merupakan sejenis tarian Melayu dikatakan berasal daripada gerakan
berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau.
Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat
terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.
Tarian Ayam Didik ini berasal daripada gerakan perlawanan melaga ayam iaitu satu
permainan tradisional orang-orang Melayu dahulu. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Untuk mempersembahkan tarian ini, lagu Ayam Didik
akan dimainkan bagi mengiringi tarian. Antara alatan muzik yang digunakan termasuklah
biola, gendang dan celempong.

Tarian Joget

Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian Joget sangat digemari
oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana ia mudah dipraktikkan dan
dipelajari. Tarian ini biasa dipersempahkan ketika upacara Mandi Safar. Suatu ketika
dahulu di Negeri Melaka, tarian Joget Lambak begitu terkenal. Malah Joget Lambak juga
menjadi acara bagi memeriahkan majlis-majlis perkahwinan dan keramaian terutamanya
di Negeri Melaka.
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu
Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu
dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget Rentak 106, Joget Johore Sport Club,
Joget Pucuk Pisang dan lain-lain lagi. Joget juga dikenali sebagai ronggeng yang
mengambil nama daripada perkataan wrong gang kerana ditarikan secara berpasangan
lelaki dan wanita.

Tarian Asyik

Tarian Asyik merupakan tarian istana Diraja Kelantan. Tarian ini bermula di Pattani pada
1644 berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat
lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang
penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya.
Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari
.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan
malam berinai besar di Istana.Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja
Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari
istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan
raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan
mahkota kecil.Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan
membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan
berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian
pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
7

Tarian Gamelan

Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klassik. Tarian klasik ini mula di
direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia
mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun
1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman
yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali
dari Pahang.Ia mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang
puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal
Abidin dari Terengganu.
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya repositori tarian ini terdiri daripada 77 jenis
Gamelan. Tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis sahaja lagi kesan daripada ketiadaan
tenaga pengajar jenis tarian itu lagi. Antara 33 jenis tarian yang masih tinggal itu adalah
seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai
Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatin,
Lolo dan Monab.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di
pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari
segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan
merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat
tarian Melayu.

Tarian Cinta Sayang

Tarian Cinta Sayang merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari
yang menggambarkan keluarga nelayan yang tinggal di kawasan pantai.Tarian ini
dipersembahkan oleh golongan lelaki dan perempuan. Persembahan ini melambangkan
pergerakan untuk mengucapkan selamat pagi dan selamat pulang ketika para nelayan pagi
menangkap ikan di laut.Para penari lelaki biasanya akan memakai baju Melayu yang
lengkap bersamping dan songkok manakala penari perempuan pula akan memakai Baju
Kurung Kedah dan selendang.

Alat-alat Muzik
Alat Muzik Panduan

Gendang

Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit ninatang seperti kerbau,
kambing atau lembu. Semua kaum di Malaysia menggunakan gendang dalam
persembahan seni mereka. Gendang dapat digunakan dalam pelbagai persembahan
seperti Wayang Kulit, silat, tarian nyanyian dan sebagainya untuk menyambut perayaan
atau pertabalan Diraja. Gendang juga terdapat dalam saiz dan bentuk. Ada berbagai
gendang, iaitu gendang kecil, sedang dan besar. Gendang kecil biasa sisebut rebana.
Gendang yang berukuran sedang dan besar ada juga yang menyebutnya redap.
Gendang mempunyai banyak fungsi, di antaranya sebagai pengiring tarian atau
pencak silat, pembawa tempo atau penegasan dinamk sebuah orkes, atau sering juga
hanya sebagai pelengkap untuk lebih meramaikan suasana.

Kompang

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Kompang dimainkan
dalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu dan dalam upacara-upacara
kebesaran. Kompang dimainkan secara beregu dalam keadaan duduk, berdiri atau
berjalan. Jikan kompang dimainkan dalam acara berzanji, permain akan duduk bersili
atau duduk di atas kerusi.
Kompang dimainkan dengan menggunakan kedua belah tangan. Sebelah tangan
memegang kompang, sebelah tangan lagi memukul kompang. Terdapat tiga rentak dalam
permainan kompang, iaitu rentak biasa, rentak kencet, dan rentak sepulih.Rentak yang
biasa dimainkan ialah rentak biasa. Rentak kencet ialah rentak di tengah-tengah pukulan,
kemudian seolah-olah terhenti seketika.Sedangkan rentak sepulih dimainkan untuk
kembali pada rentak lagu pertama. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai
dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh
pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.
9

Rebana

Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagulagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana
adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelandukpelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang
dikenali sebagai Rebana ubi.
Alat Muzik Tiupan

Seruling

Serulling merupakan sejenis alat muzik yang ditiup. Alat ini diperbuat daripada buluh
satu ketika dahulu.Kini seruling moden ada yang diperbuat daripada logam aluminium
dan plastik. Alat ini dimainkan oleh semua kaum di Malaysia bagi persembahanpersembahan tertentu. Cara memainkannya adalah dengan meniup. Akan tetapi cara
meniup seruling hendaklah betul bagi mengeluarkan bunyi yang baik.

Serunai

Alat ini berbentuk kon dan diperbuat daripada kayu nangka. Pada bahagian atasnya
terdapat beberapa lubang penjarian yang selari. Dibahagian bawah batangnya terdapat
satu lubang ibu jari. Serunai juga disebut
muzik aerofonik (tiup)

yang

terkenal

puput serunai, adalah nama alat

sebagai alat

muzik tradisional

bagi

masyarakat Minang. Bahagian yang unik bagi serunai ialah bahagian hujungnya yang
mengembang, berfungsi untuk memperbesar volume suara.
Puput serunai biasanya dimainkan dalam acara-acara adat yang ramai, seperti
upacara perkahwinan dan sebagainya. Alat muzik ini juga biasa dimainkan secara bebas,
baik perseorangan, pada saat menanam padi atau saat bekerja di ladang. Muzik serunai
juga popular untuk mengiringi pertunjukan pencak silat masyarakat Minang. Dalam
sesebuah penampilan, serunai dapat dimainkan secara solo (sendirian), dan dapat

10

digabungkan dengan alat muzik tradisional yang lainnya, seperti gendang dan
sebagainya.
Serunai mempunyai 3 bahagian iaitu kecopong atau patak, batang dan nali. Pada nali
inilah dipasang pipit yang diperbuat dari daun tar (lontar atau kelapa laut) dilipat menjadi
4 keping diikat serta dipotong mengikut kesesuaian pada nali tersebut. Untuk
mendapatkan pipit yang berkualiti maka perlulah melalui proses tertentu daripada mula
menanam pokok tar, lokasi tempat, pemilihan daun, rebusan, pengeringan dan beberapa
perkara lagi.
Alat Muzik Bertali

Gambus

Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya
ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini
digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian
serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

11

Seni Mempertahankan Diri


Silat
Silat merupakan seni mempertahankan diri masyarakat Melayu yang diwarisi sejak turun
temurun lagi. Ada yang menganggarkan seni silat ini sudah berusia beratus-ratus tahun
dahulu dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Juga ada silat yang perlu
menggunakan senjata dan ada yang tanpa menggunakan senjata. Senjata yang biasa
digunakan ialah keris, badik, kerambit, pedang, tongkat dan sebagainya.
Silat terbahagi kepada silat seni dan silat tempur. Silat seni hanya dipersembahkan
pada majlis-majlis tertentu seperti majlis rasmi dan keramaian. Manakala silat tempur
hanya untuk kecemasan dan pertempuran.Bagi jenis silat yang tidak menggunakan
senjata, pengajarannya hanya dengan tangan kosong tanpa senjata.Terdapat hamper 500
perguruan silat yang dikesan di Malaysia.
Antara jenis-jenis silat ialah Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Pulut, Silat Pagar
Ruyung dan lain-lain lagi. Kini silat sudah berkembang ke peringkat antarabangsa dan
drpertandingkan dalam acara-acara sukan.

12

Permainan Tradisional
Permainan luar
Sepak Bulu Ayam
Sepak bulu ayam ialah bulu ekor ayam yang diikat di bahagian bawahnya menjadi seperti
serumpun bunga yang kecil. Peserta-pesertanya sekurang-kurangnya terdiri daripada dua
orang. Dalam permainan ini peserta yang dapat menimbang bulu ayam paling banyak
dikira menang.
Permainan Guli
Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah liat atau akik. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah
permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk
nostalgia atau warna estetiknya. Peserta terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang.
Permainan ini dimainkan di tempat lapang seperti di halaman rumah, di belakang rumah
dan sebagainya. Permainan ini memerlukan kemahiran meleretkan guli ke arah guli pihak
lawan dan dapat memupuk sikap bertolak ansur and sikap bertanggungjawab.
Konda Kundi
Konda kondi atau juga dikenali sebagai Perik mata ialah sejenis permainan tradisional
kanak-kanak di Malaysia. Dalam masyarakat India, ia dipanggil 'kaunda kaundi'.
Permainan ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 orang. Peserta-peserta terdiri
daripada dua kumpulan. Dua batang kayu untuk ibu dan anak digunakan untuk permainan
ini. Panjang ibu ialah 40sm manakala anak ialah 15 sm. Permainan ini mendidik sikap
bekerjasama dan saling mempercayai.

13

Galah Panjang
Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang
yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan
beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat
mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Peserta terdiri daripada dua
pasukan (pasukan A dan pasukan B) yang jumalhnya sekurang-kurangnya 4 orang bagi
setiap pasukan. Permainan ini melatih kemahiran cepat bertindak untuk menyentuh
peserta pihak lawan ketika melintasi garisan. Permainan ini juga melatih kepantasan
berlari pihak lawan untuk membolosi garisan sempadan.
Permainan Gasing
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak dahulu lagi.Permainan ini boleh dimainkan oelh seorang bagi mengisi masa
lapang dan juga boleh dimainkan oleh beberapa orang. Jika dimainkan oleh beberapa
orang, setiap peserta akan cuba memangkah gasing pihak lawan. Permainan ini dapat
memupuk rasa bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam kalangan peserta.

14

Permainan Dalam
Batu Seremban
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar
dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan dua orang
atau lebih. Permainan ini boleh dimainkan sama ada di atas lantai tanah atau di atas meja
dan dapat memantapkan lagi kemahiran mengira pemainnya. Sesiapa yang dapat
menimbang batu seremban yang paling banyak dikira menang.

Congkak
Alat yang digunakan untuk bermain ialah papan congkak yang mempunyai 5 atau 7
lubang sebagai rumah anak dan satu rumah ibu bagi setiap peserta. Jika tidak ada papan
congkak, lubang untuk rumah anak dan rumah ibu boleh juga dibuat di atas tanah. Peserta
congkak terdiri daripada dua orang yang cuba mengumpulkan cakak (guli atau biji getah)
seberapa banyak yang boleh. Permainan ini meningkatkan kemahiran mengira dalam
kalangan peserta.

Permainan Dam
Rencana ini adalah berkaitan permainan papan dam. Permainan dam memerlukan dua
orang peserta. Satu papan dam dan setiap peserta memerlukan buah dam sejumlah 12
atau 18 biji. Peserta cuba bermain untuk menggerakkan buah dam supaya mendapat haji.
Sesiapa yang berjaya mendapat haji lebih banyak dikira menang. Permainan ini dapat
menggalakkan kemahiran berfikir dalam kalangan peserta kerana setiap peserta berfikir
bagaimana untuk cepat pergi mendapatkan haji.

15

PERKAHWINAN KAUM MELAYU


Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai
mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan
begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan
dengan meriah dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam
yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu.
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti
merisik,meminang,bersanding dan sebagainya. selain itu, perkahwinan masyarakat
melayu juga akan diselitkan beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.
Merisik (Menengok)
Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin
jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim
dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan
disini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan
sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama
yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan
saudara mara yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut
tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini
sebaliknya pula berlaku.Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini
agar tidak di telan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak.
Sesuatu perkara haruslah bermula dengan baik barulah ianya berakhir dengan
baik.InsyaALLAH. Setelah selesainya adat ini, barulah beralih ke adat bertunang.Berikut
merupakan sebuah pantun lama yang memiliki perkaitan maknanya dengan pertunangan
individu yang berjauhan.

16

Meminang (Hantar Tanda) dan Bertunang


Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas
kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara
perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang
diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlin serts diiringi dengan
barang-barang smpingan seperti buah-buahan,kasut,baju dan sebagainya. Barang-barang
yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui
syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya adalah jika pihak lelaki gagal untuk
berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak berhak untuk
menuntut semula dan jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka
harus dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi
bilangan ataupun nilainya.
Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti
pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan
seterusnya petunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu
bapa.
Akad Nikah
Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu
yang rata-ratanyaberagama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama
dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan
selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti
wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua
belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah
pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad
nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau
bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.
Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan
sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan
17

mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis
pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki,
majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang
belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang
saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang
tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok

kadi akan menemui pengantin

perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan
pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara
umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari
sudut agama.
Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan
dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja
tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan dikau.....
(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak...... (mengikut negeri)
tunai"dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..
(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz
tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan
mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus
selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat
diijabkabul. Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan
air sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada
isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman.
Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah
diijabkabulkan.
Selepas itu adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar.
Peralatan yang digunakan untuk upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras
kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung
tawar. Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara
mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan
bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur
18

akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar
lazimnya dalam bilangan ganjil.

Majlis Walimah (Kenduri)


Majlis Walimah juga dikenali sebagai Hari Langsung. Pengantin adalah orang yang
diraikan dan menjadi Raja Sehari.Banyak persiapan yang perlu dibuat seperti membina
khemah, membuat bunga telur, memasak, mendirikan bangsal penanggah dan lainlain.Sebelum majlis bermula, pengatin perempuan akan dihias. Apabila tiba masanya,
pengantin lelaki dan rombongnya diiringi paluan kompang bergerak dari rumah
penanggak ke rumah pengantin perempuan.Rombongan lelaki disambut oleh keluarga
perempuan. Pengantin perempuan menunggu ketibaan pengatin lelaki. Persembahan
pencak silat diadakan di hadapan pengantin. Pengantin diiringi ke rumah untuk diraikan.
Mereka diraikan dengan merenjis air wangi oleh tetamu khas. Mereka yang merenjis
akan diberi bunga telur. Hadiri lain juga diberi bunga telur atau cenderahati dari keluarga
pengantin. Selepas merenjis, majlis makan beradab atau dipanggil majlis makan berdamai
diadakan.

19

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


Busana Kaum Melayu
Pakaian Tradisional Kaum Wanita
Baju kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai dan perempuan. Pengertian kurung secara
tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini
menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah
kurung diertikan sebagai baju yang sopan, selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa
walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri
tersendiri. Baju kurung dipakai setiap hati termasuk pada hari perayaan. Dipakai juga
semasa majlis keagamaan, semasa menziarahi kematian. Baju kurung dipakai bersama
kain selendang atau kain tudung bagi wanita Islam. Oleh itu, baju kurung merupakan baju
kebangsaan yang boleh dipakai oleh semua wanita di Negara Malaysia.
Baju Kedah
Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut
menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju
Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan diperbuat daripada kain cita
(kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta
potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. Kain
sarung diikat ambak mengalur dan di masuk sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh
disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan. Bahagian lehernya dijahit
dengan tikaman tulang belut supaya nampak lebih menarik. Kebanyakan dipakai oleh
golongan yang lebih dewasa.

20

Baju Kebaya Labuh


Baju kebaya labuh berasal dari Timur Tengah. Baju kebaya labuh mempunyai potongan
yang labuh hingga ke lutut, berbelah di depan dan mempunyai pesak. Boleh juga dipakai
dengan kain batik atau dengan kainnya sendiri. Salah satu pakaian tertua dan masih lagi
dipakai sehingga hari ini. Pakaian ini merupakan baju labuh yang berbelah sepanjang
bahagian depannya dan disemat dengan tiga biji kerongsang. Baju kebaya dipadankan
dengan kain sarung yang dilengkapkan dipinggang dengan meletakkan kepala kain di
depan.

Pakaian Tradisional Lelaki Melayu


Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang berbentuk seakan-akan baju kurung wanita tetapi bahagian
lehernya tegak. Baju ini mempunyai tiga poket dan mempunyai butang bahagian hadapan
dada. Pada masa Hari Raya, semasa menghadiri majlis-majlis keagamaan, majlis
perkahwinan, kenduri-kendara dan majlis-majlis rasmi akam memakai baju Melayu
cekak musang. Pemakai baju Melayu kelihatan segak apabila bersamping dan
bersongkok
Songkok
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai
sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis
tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia
dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman
Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim
dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di
Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Songkok boleh didapati dalam
pelbagai bentuk dan warna dan dipakai untuk melengkapkan baju melayu.
21

Destar/ Kain setangan


Kain destar atau setangan dipakai di kepala kebiasaannya oleh lelaki Melayu biasanya
yang tinggal di kampung. Setangan lazimnya dipakai oleh orang lelaki di Pantai Timur
dengan melilitkannya di kepala untuk melindungi kepanasan. Setangan dibuat daripada
kain kasa yang berbunga halus dan berbentuk segi empat seperti sapu tangan besar.
Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki
Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai
acara adat istiadat bangsa Melayu.Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan
bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak
belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman
itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya
kelihatan kemas.
Kopiah
Dalam Islam, kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis
penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah
adalah salah satu cara yang mudah.Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah
Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu
dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa
yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau
kopiah. Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang
meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah
adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan
penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

22

KEPERCAYAAN DAN ADAT RESAM KAUM MELAYU


Agama Islam
Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab adalah agama yang diwahyukan
oleh Allah s.w.t kepada Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Sebagai Nabi
terakhir ketika berusia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu pertama
(Surah al-Alaq ayat 1-5). Ayat ini menerangkan kepentingan ilmu sebagai persediaan
kepada Baginda untuk mengajak umat manusia ke jalan Allah.
Dalam wahyu berikutnya, Allah s.w.t telah mengangkat Baginda menjadi Rasul dan
memerintahkannya supaya menyeru manusia agama Islam. Usaha untuk membina aqidah
masyarakat Makkah memakan masa selama 13 tahun. Dakwah Islam dijalankan menerusi
dua peringkat. Peringkat pertama secara sulit yang dijalankan dalam tempoh tiga tahun.
Pada tahap pertama ini, dakwah hanya dijalankan kepada kaum keluarga dan sahabat
terdekat sahaja. Tahap kedua dijalankan secara terang-terangan. Pada tahap ini, Nabi
Muhammad s.a.w terpaksa menghadapi tentangan yang hebat daripada kaum Quraisy.
Untuk melindungi orang Islam daripada terus ditekan, Allah s.w.t memerintahkan
Nabi Muhammad s.a.w untuk berhijrah ke Madinah dan menubuhkan kerajaan Islam di
sana.Selepas itu, Islam bukan sahaja berkembang di Tanah Arab tetapi juga di seluruh
pelosok dunia.

23

Islam Berteraskan Rukun Iman Dan Rukun Islam


Terdapat tiga cabang dalam agama Islam iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Akidah
merupakan kepercayaan seluruh jiwa raga berdasarkan Rukun Iman. Manakala syariah
pula merupakan undang-undang dan hukum Islam yang terkandung dalam kitab suci alQuran dan Sunnah Rasul s.a.w.
Orang Islam wajib berpegang teguh dan menghayati Rukun Iman iaitu percaya kepada
Allah s.w.t, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab-kitab, percaya kepada nabi
dan rasul, percaya kepada hari kiamat dan percaya kepada qada dan qadar.
Orang Islam juga wajib melaksanakan perintah Allah berdasarkan kepada lima Rukun
Islam iaitu pengakuan dan penyaksian bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah, menunaikan sembahyang lima
waktu sehari semalam, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan
menunaikan fardu haji keMakkah.

Adat Resam: Kelahiran


Amalan menyambut kelahiran kaum Melayu atau Islam dari segi agama Islam, terdapat
hukum bagi perkara-perkara adalah sunat azan dan iqamat.Sunat diazan di telinga kanan
bayi lelaki dan iqamat di telinga kiri bayi perempuan yang baru dilahirkan. Salah satu
hikmah (kelebihan) melakukannya adalah supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah
menjadi seruan pertama yang bayi dengar.
Selain itu, memberi ucapan tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat
anak.Tujuan memberi ucapan tahniah dan menggembirakan mereka yang mendapat anak
adalah untuk mengeratkan perhubungan, kemesraan dan ikatan kasih sayang sesama
mereka.
Di samping itu, sunat mencukur kepala anak baru dilahirkan. Apabila mencukur
kepala anak baik lelaki mahupun perempuan pada hari ke-7 adalah sunat. Semua rambut
24

itu ditimbang dengan timbangan emas. Seberat rambut itu disedekahkan emas ataupun
nilainya.
Sementara itu, sunat tahnik selepas anak dilahirkan. Taknik ialah mengunyah buah
kurma (selalunya dilakukan oleh orang salih san takwa) dan disapu di lelangit anak yang
baru dilahirkan. Selain daripada kurma, makanan manis seperti madu juga boleh
digunakan. Hikmahnya ialah manis akhlak dan budi pekertinya.
Tambahan pula, sunat menamakan anak baru dilahir dengan nama yang baik. Namanama yang buruk atau yang menjatuhkan maruah hendaklah dielak. Sunat
mengisytiharkan nama anak pada hari yang ketujuh. Elak daripada memberikan nama
yang mendatangkan makna yang tidak baik.
Seterusnya, sunat Aqiqah anak yang baru lahir. Aqiqah memaksud penyembelihan
binatang ternakan seperti lembu dan kambing yang sunat dilakukan selepas kelahiran
bayi sehingga sebelum baligh. Bagaimanapun lebih afdhal pada hari yang ke-7 sebagai
tanda kesyukuran. Korban ini dapat mendekatkan ibu bapa dan anak kepada Allah dan
banyak faedah lain. Aqiqah meninggalkan kesan psikologi pada anak yang merasa dirinya
dihargai, diterima, disayangi oleh kaum keluarga, sanak-saudara dan ahli masyarakatnya.
Ahli masyarakat yang saling bertemu dan bersama-sama mengerjakan ibadat ini dapat
mengeratkan hubungan serta dapat membantu golongan yang susah melalui sedekah
makanan. Daging Aqiqah sunat dimasak manis dan diberikan kepada fakir miskin.
Akhirnya, sunat Berkhitan (khatan/ bersunat). Bagi Mazhab Imam Shafie, berkhatan
adalah wajib bagi lelaki dan perempuan dan disunatkan dikhatan pada hari yang ke-7.
Kanak-kanak lelaki pada masa dahulu disunatkan oleh Tok Mudim . Sekarang amalan
berkhatan dijalankan secara moden di klinik atau hospital.

25

Adat Resam: Kematian


Upacara Pengurusan Jenazah Orang Melayu / Islam
Mengikut ajaran Islam, adalah menjadi kewajipan orang Islam untuk menguruskan mayat
saudara semasa Islam secepat mungkin Jenazah seseorang perlu dihormati daripada jasad
yang hidup.

Selepas Kematian

Tangan kanan diletakkan ke atas tangan kiri di bahagian atas ke dada, ditutup dengan
sehelai kain dan dibaringkan di ruang tengah dengan kakinya dihadapkan ke kiblat,
kepalanya diangkat sedikit. Selalunya mereka yang menziarahi jenazah akan membaca
ayat-ayat suci Al-Quran (biasanya Surah Yaasin) dengan niat hadiah pahala kepada si
mati. Jamuan tidak diadakan semasa jenazah masih berada di dalam rumah. Orang Islam
meninggal dipanggil Allahyarham.
Jenazah dimandikan oleh ahli keluarga atau juru mandi dengan hormat, tertib dan
cermat. Setelah dimandikan jenazah akan dikafankan. Sebelum ditutup bahagian muka,
ahli keluarga dan mahram boleh mengucup mayat buat kali terakhir. Seorang wakil atau
waris si mati akan bercakap bagi pihak keluarga Allahyarham kepada hadirin. Antara
perkara yang disentuh adalah mengucapkan terima kasih di atas pertolongan, meminta
maaf bagi pihak si mati dan menyebut tentang penyelesaian hutang sekiranya ada.

Semasa Pengebumian

Jenazah dimasukkan dengan ke dalam liang lahat dengan mengadap kiblat. Talkin akan
dibacakan sebagai peringatan kepada orang yang masih hidup. Setelah talkin dibacakan,
ahli keluarga, sanak-saudara, sahabat-handai boleh menyiram air di atas kubur dari
bahagian kepala hingga ke kaki dan menabur bunga. Batu nisan akan dicacak di atas
kubur sebagai tanda.

Selepas Pengebumian

Pada adatnya, bacaan doa selamat dan kenduri arwah diadakan selepas kematian dengan
tujuan mendapatkan keampunan daripada Allah S.W.T.
26

PENUTUP
Kebudayaan akan berkembang bilamana adanya pengerahan kemampuan yang
dimiliki manusia yang diberikan Allah kepada makhluk ciptaan-Nya . Di sini perah
agama Islam iaitu untuk membimbing manusia dalam mengembangkan akal budinya
sehingga menghasilkan kebudayaan yang beradab atau berperadaban Islam. Cara apapun
dilakukan supaya bisa terwujudkan tujuan yang nantinya akan membawa kemajuan bagi
umat manusia membedakan antara ajaran Islam dan mana budaya Arab.

27

LAMPIRAN
Perayaan kaum melayu

Hari Raya Aidilfitri / Idulfitri

Berpakaian baru dan bersih di pagi Hari Raya.

Mendengar khutbah di pagi Hari Raya.

28

Berkunjung ke rumah saudara-mara.

Kanak-kanak mendapat angpao hijau daripada orang dewasa dan bersalam.

Juadah Hari Raya.

Menziarahi kubur di tanah perkuburan.


29

Hari Raya Aidiladla / Iduladha / Hari Raya Qurban

Menunaikan ibadat haji.

Daging korban ini disebabkan kepada golongan miskin.

30

Kesenian kaum melayu

Tarian Kaum Melayu

Tarian Asli

Tarian Inang

31

Tarian Ayam Didik

32

Tarian Joget

Tarian Gamelan

Tarian Asyik

Tarian Cinta Sayang

33

Alat-Alat Muzik

Alat Muzik Panduan

Gendang

Kompang

Rebana

34

Alat Muzik Tiupan

Seruling

Serunai
Alat Muzik Bertali

Gambus

35

Silat Mempertahankan Diri

Silat

36

Permainan Tradisional

Permainan Luar

Sepak Bulu Ayam

Permainan Guli

Konda kundi
37

Galah Panjang

Permainan Gasing

38

Permainan Dalam

Batu Seremban

Congkak

Permainan Dam

39

Perkahwinan kaum melayu

-Majlis Merisik

-Majlis Bertunang

40

-Majlis Akad Nikah

41

Suami menyarungkan cincin.

-Majlis Walimah (Kenduri)

Rombongan pengantin

42

Majlis makan beradab

Bunga telur

Pakaian kaum melayu

Pakaian tradisional kaum wanita

Baju Kurung

Baju Kedah

43

Baju Kebaya Labuh

Pakaian Tradisional Lelaki Melayu

Baju Melayu Cekak Musang

Songkok

Destar

44

Kopiah

45

Kepercayaan Dan Adat Resam Kaum Melayu

Agama Islam

Makkah

Kitab Suci Al-Quran

Masjid

Menunaikan Sembayang

Surau

46

Adat resam : Kelahiran

Mentahnikkan bayi

Mencukur kepala bayi yang baru dilahirkan.

Berkhatan atau bersunat

Adat resam : Kematian


47

Membaca Yassin

Tanah perkuburan Islam

Membaca talkin

48

RUJUKAN

Internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Permainan_tradisional_di_Malaysia
Buku: Buku Kerja Program Integrasi kebudayaan dan keagamaan

49

Vous aimerez peut-être aussi