Vous êtes sur la page 1sur 10

LANJUTAN KULIAH 7 -TEORI PEREBAKAN DASAR LAUTAN & PLAT TEKTONIK

(ii)

TEORI PELUASAN / PEREBAKAN DASAR LAUTAN

- Teori yang dikemukakan oleh ahli geoglogi berdasarkan penemuan permatang dan
lurah di
dasar laut.
- Magma yang panas daripada bahagian mantel sentiasa tertolak naik ke bahagian
kerak
bumi didasar lautan.
- Dasar lautan kemudiannya akan mengalami retakan dan retakan ini dikenali sebagai
sempadan pencapahan.
- Arus perolakan dari lapisan mantel terus menolak magma secara berterusan
menyebabkan

Rajah : Perluasan / Perebakan Dasar Lautan

magma tersebut memenuhi retakan atau


rekahan tersebut lalu membeku dan
membentuk permatang dasar laut.
- Pergerakan magma yang berlaku secara
berterusan menyebabkan retakan menjadi
semakin membesar.
- Dasar laut lama akan tertolak kearah
kedua-dua belah bagi membolehkan dasar
laut baru yang lebih besar terbentuk.
- Ianya di buktikan dengan mengkaji batuan di
dasar lautan di mana batuan berdekatan
dengan permatang lautan adalah lebih muda
berbanding batuan yang jauh daripada
permatang lautan.
- Ini menunjukkan magma baru telah mengalir
keluar dan membeku di zon permatang dasar

lautan.
- Batuan yang lebih jauh telah lama terbentuk.

(iii)

TEORI TEKTONIK PLAT

- Mengikut teori ini kerak bumi terdiri daripada kepingan-kepingan atau plat-plat.
- Terdapat dua jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan.
- Plat-plat ini terapung di atas lapisan Astenosfera dalam mantel dan arus perolakan
daripada bahagian
mantel ini akan menggerakkan plat-plat tersebut.

Rajah: Sel-sel Arus Perolakan Magma di Bawah Kerak Bumi

- Pergerakan plat-plat dalam


pelbagai arah sama ada
mewujudkan pertembungan
plat, pencapahan plat atau
perselisihan plat.
- Daya mampatan (
pertembungan plat ) akan
menyebabkan kerak bumi
terlipat lalu menghasilkan
gunung lipat dan daya
tegangan ( pencapahan plat )
akan menghasilkan lurah.

Peta : Sempadan Plat-plat Tektonik Sekarang

JENIS SEMPADAN PLAT TEKTONIK

Pergerakan plat-plat ke arah yang sama menghasilkan pertembungan. Kejadian ini


mewujudkan sempadan pertembungan.
Manakala pergerakan plat-plat ke arah yang bertentangan menyebabkan
terjadinyasempadan pencapahan / pemisahan.

Pergerakan Plat Secara Pertembungan

Pertembungan Plat Benua


Dengan Plat Lautan

Perhatikan Rajah di atas Plat Benua bertembung dengan Plat Lautandiatas


menunjukkan pertembungan antara plat benua dengan plat lautan. Kejadian ini
menyebabkan plat lautan menjunam ke bawah plat benua. lni berlaku kerana plat
lautan lebih tumpat. Di kawasan junaman, terbentuk jurang lautan yang dalam.
Misalnya pertembungan Plat Pasiflk dengan Plat Filipina menghasilkan Jurang Mariana
yang merupakan jurang terdalam di dunia.

Pertembungan Plat Benua


Dengan Plat Benua

Apabila Plat Benua bertembung dengan Plat Benuaseperti rajah di bawah,


mampatan benua akan berlaku. Batuan yang termampat menghasilkan banjaran
gunung lipat muda. Kebanyakan banjaran gunung utama di dunia terbentuk dengan
cara ini. Dalam pertembungan ini, pinggir plat benua akan terlipat. Kejadian ini
menghasilkan banjaran gunung di sepanjang sempadan pertembungan

Pertembungan Plat Lautan Dengan Plat Lautan


Apabila plat lautan bertembung dengan plat lautanseperti di rajah di atas, salah
satu daripadanya akan menjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan yang
dalam. Plat yang menjunam itu akan tertolak ke dalam mantel yang lebih panas. Pinggir
plat berkenaan menjadi cair akibat suhu yang tinggi. Batuan yang lebur itu naik dan
membentuk gunung berapi di dalam laut.

Peta : Plat Tektonik Asia Tenggara

Peta: Plat-plat Tektonik Yang Utama Di Dunia

KEJADIAN GEMPA BUMI


Gempa Bumi ialah pergerakan atau gegaran kerak bumi secara tiba-tiba di kawasan
sempadan plat tektonik. Ia berlaku di pinggir plat apabila dua plat bertembungan,
berselisih atau berpisah dan tergelincir. Tenaga yang dihasilkan terkumpul di dalam kerak
bumi kerana tidak dapat keluar ke permukaan bumi.
Akibatnya gelinciran berlaku dan tenaga yang terpendam itu akan terlepas secara tibatiba.
Ini menyebabkan bahagian bumi berkenaan bergegar dan berlakunya kejadian gempa
bumi.
Mengikut pengkaji, gempa bumi berlaku setiap hari tetapi kerana gegarannya kecil dan
berlaku di kawasan yang tiada penduduk, maka tiada belaku banyak kerosakan dan
tiada mangsa.
Titik dimana sempadan plat yang pecah dipanggil focus gempa bumi, manakala titik
yang terletak di atas permukaan bumi iaitu yang secara menegak di atas focus

dipanggil epicenter. Apabila sesuatu plat pecah dan putus ia akan mengeluarkan
gegaran seismik yang boleh membawa kerosakan beribu-ribu km dari epicenter.
Kekuatan gempa bumi bergantung kepada jenis-jenis pergerakan seperti;1. gempa bumi di sempadan perpisahan plat lebih lemah biasanya bawah daripada
magnitud lapan dan focusnya sedalam 25 km.
2.

gempa bumi disempadan perselisihan bermagnitud kurang daripada 8.3

3. gempa bumi disempadan pertembungan boleh sampai sedalam 700 km dan


bermagnitud melebihi 9. Tenaga yang dibebaskan boleh bertukar bentuk pergerakan
gelombang.
Bagaimanapun gempa bumi yang besar berlaku sekali sekala yang boleh membawa
kemusnahan dan mengorbankan ramai penduduk.
Ukuran kekuatan gempa bumi diukur dengan alat Seismograf dalam bacaan skala ritcher
diperkenalkan oleh Charles Ritcher 1935. ( Bacaan kurang daripada 2 tidak dirasai oleh
manusia, manakala bacaan lebih daripada 6 dianggap sebagai gempa bumi yang
serius.)
Laporan Gempa Bumi besar dalam sejarah yang dicatatkan adalah di China 1976
( kematian 255 000 orang ), Jepun 1923 ( kematian 143 000 orang ), Peru 1970
( kematian 66 000 orang ) dan Iran 1990 ( kematian 50 000 orang ).
Lokasi kawasan aktif gempa bumi adalah
1.

Sekitar Lautan Pasifik ( Lingkaran Api Pasifik )

2.

Permatang Tengah Atlantik.

3.

Kawasan Hotspots ( Hawaii, Valles, Yellowstone dan Lembah Long Island.

4.

Jaluran Kawasan Mediterranean.

Rajah. : Keratan rentas kerak bumi Asia Tenggara yang menggambarkan


proses-proses Plat Tektonik( Gempa Bumi ) dalam zon pertembungan plat.

Peta Dunia : Taburan gunung berapi, penara basalt dan kawasan gempa bumi
yang utama

Vous aimerez peut-être aussi