Vous êtes sur la page 1sur 2

NAMA : LIM LEI SUAN

OPSYEN

: 4 PISMP BK/BC/BT/PM

MINGGU

: 9

_________________________________________________________________________
Aktiviti 3
Bincangkan bagaimana teknologi dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan bagaimana pula untuk melakukan integrasi office dalam sesuatu
P&P subjek anda.
INTEGRASI TMK DALAM P&P
Teknologi Maklumat dan Komunikasi amat penting dalam kehidupan rutin harian
sebagai seorang pendidik. Perkembangan TMKbegitu pantas, sehinggakan kita rasa tidak
mampu mengejarnya, untuk itu kita tidak perlu lari darinya tetapi yang penting, kita perlu
tahu bagaimana dan yang mana perlu untuk keperluan kita sebagai seorang pengguna dan
sebagai seorang pendidik

Integrasi teknologi atau TMKdalam P&P tidak semestinya berkehendakkankita


menguasi kemahiran TMKtahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah
bagaimanakita dapat menghasilkan bahan atau media yang memenuhi kesesuaian dan
keperluan pembelajaran pelajar. Untuk itu yang penting kita harus menguasi kemahiran
pedagogi disamping konten dan teknologi.ia kini merupakan kemahiran asas bagi seorang
guru) dan yang berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan
integrasi teknologi dalam P&P, perancangan dan pelaksanaannya.

Bagi menghasilkan media P&P (e-pembelajaran) yang menepati kesesuaian dan


keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya perlu memahami dan berkemahiran
dalam

aspek-aspek

pengajaran(instructional

rancangan
design)

pengajaran(instructional
dan

yang

planning),

pentingdan

rekabentuk

utamaialah

teori

pembelajaran(learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu


diingatkan semasa kita melakukan proses integrasi teknologi atau TMK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kita sama sekali tidak mengajar bagaimana menggunakan
teknologi tersebut apa yang kita lakukan menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu

yang dapat membantu memudahkan proses kita sebagai guru dan memudahkan pelajar
untuk belajar memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan.

Integrasi Aplikasi Office


Terdapat tiga situasi bagaimana aplikasi office boleh digunakan dalam persekitaran
pendidikan di sekolah iaitu pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh guru
boleh menggunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, guru dan
pihak pengurusan sekolah boleh mengunakannya dalam aspek pengurusan data, kewangan
, penilaian, capaian dan penghantaran maklumat yang lebih efisyen.
Prasarana

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

juga

menjadikan

proses

pembelajaran pelajar lebih menarik dan berkesan serta tiada sempadan.Sebelum ini, dalam
persekitaran pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi lebih memberi tumpuan dan
penekanan pendedahan guru terhadap bagaimana menggunakan sesuatu aplikasi (teaching
the tools) bukan bagaimana menggunakan aplikasi tersebut untuk pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Integrasi TMK tidak bermaksud guru perlu menguasai kemahiran TMK yang tinggi,
tetapi bagaimanakita dapat menghasilkan bahan atau media yang berkesan bagi memenuhi
keperluan dan kesesuaian pembelajaran pelajar. Oleh itu sebagai seorang guru, kemahiran
pedagogi, konten dan psikologi serta TMK perlu seiring bagi mempastikan terhasilnya
pengajaran dan pembelajaran berkesan.Sudah sampai masanya guru memanipulasikan
dengan maksima aplikasi office bagi membantu menjadikan proses pengajaran lebih
berkesan, disamping memudahkan proses pembelajaran murid memahami dan membina
ilmu pengetahuannya.
Untuk tujuan itu, guru perlu tahu apa yang ingin dicapai dalam kurikulum. Guru perlu
bijak memilih aplikasi yang mudah, tepat dan berkesan supaya sesuai dengan hasil
pembelajaran yang hendak dicapai. Bagi menyahut perkembangan TMK yang begitu
pantas,seorang guru perlu tahu akan keperluannya terhadap TMK

Vous aimerez peut-être aussi