Vous êtes sur la page 1sur 1

LAMPIRAN C

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SESI 2014/2015


No. Pendaftaran
: ..................................................................................
No. Kad Pengenalan/Pasport bagi warga asing : ..............................................
1. Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1.1 pengesahan oleh Senat Universiti
1.2 mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera. Sekiranya Universiti tidak menerima pengesahan dari
saudara/i dalam tempoh yang ditetapkan, saudara/i dianggap menolak tawaran dan seterusnya tawaran ini luput
dengan sendirinya dan tempat saudara/i akan ditawarkan kepada calon lain.
1.3 menjelaskan bayaran-bayaran seperti yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan dan bayaran yang ditetapkan
oleh PIHAK BERKUASA UNIVERSITI.
1.4 Lulus pemeriksaan doktor, termasuk X-ray dada dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta. Universiti berhak
mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk
belajar.
1.5 Tawaran ini terbatal sekiranya saudara/i adalah pelajar yang sedang mengikuti kursus di Maktab-Maktab
Perguruan atau Institusi Pendidikan Tinggi dalam atau luar negara atau sedang mengikuti Program Pengajian
Jarak Jauh atau seumpamanya di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Tempatan. Pegawai Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan.
2. Mematuhi Ikrar Mahasiswa seperti berikut:
Bahawasanya saya mengaku sebagai mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia akan patuh kepada tatatertib
Universiti.
Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya saya mencari dan memperdalamkan ilmu pengetahuan dan
menjunjung tinggi kebebasan berbuat demikian.
Bahawasanya saya akan sentiasa memelihara dan meninggikan nama baik Universiti dan akan memberi khidmat
kepada masyarakat.
3. Mematuhi aku janji seperti yang dinyatakan di dalam Surat Aku Janji Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Universiti berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa jika pada satu-satu masa sepanjang tempoh pengajian
didapati kenyataan dan maklumat yang saudara/i berikan dalam permohonan saudara/i tidak benar. Pihak Universiti
juga berhak mengambil tindakan yang sesuai terhadap saudara/i jika saudara/i didapati melanggar peraturan yang
ditetapkan di atas.
(Satu salinan lengkap lampiran ini yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Pusat Kembangan
Pendidikan semasa hari pendaftaran).
Saya ............ bersetuju dengan syarat-syarat
kemasukan yang dinyatakan di atas.

Tandatangan

Tarikh

.............

Vous aimerez peut-être aussi