Vous êtes sur la page 1sur 6

BUKU SUMBER

SAINS SUKAN

TUNJANG 2 :
ANATOMI DAN FISIOLOGI

Unit 1 – Pengenalan Anatomi dan Fisiologi

1.1 Sains Anatomi dan Fisiologi

a. Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur tubuh badan dan
perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal
daripada perkataan Yunani ‘ana’ bermaksud asingkan dan
‘tome’ bermaksud memotong.

b. Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh.

1.2 Organisasi Struktur Manusia

Tubuh manusia mempunyai banyak aras struktural yang berbeza


kompleksitinya. Aras struktur yang paling rendah ialah aras kimia.
Pada aras ini, atom-atom bergabung untuk membentuk molekul-
molekul. Molekul-molekul ini seterusnya bercantum secara khusus
untuk membentuk pelbagai jenis sel yang menjalankan tugas yang
berbeza. Sel-sel ini merupakan unit paling ringkas bagi semua
kehidupan.

Berbeza dengan organisma ringkas yang terdiri daripada satu sel


sahaja, manusia ialah organisma multisel. Sel-sel yang serupa
mengelompok membentuk tisu yang melaksanakan fungsi umum.

Organ yang terdiri daripada gabungan dua atau lebih tisu yang
berbeza untuk menjalankan tugas khusus untuk tubuh. Organ-organ
tertentu dikelompokkan untuk membentuk suatu sistem organ tubuh
yang berkerjasama untuk mencapai tujuan yang sama. Semua sistem
organ ini membentuk organisma yang mewakili aras tertinggi
organisasi struktural iaitu, aras organisme (Rajah 2.1).

41
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Rajah 2.1 Aras Organisasi Struktural Manusia

ARAS SISTEM

Sistem Kardiovaskular

ARAS ORGAN

Organ Jantung

ARAS TISU

Tisu Otot Jantung

ARAS MOLEKUL

ARAS SEL
Filamen Protein

Sel Otot Jantung

Sumber: Martini , F.H. (2001), Fundamentals of Anatomy and Physiolog y, 5th.ed., Prentice Hall

1.2.1 Sistem-sistem Tubuh

Jadual 2.1 Sistem tubuh badan

Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem

1. Integumentari (kulit) Kulit 1. Melindungi tisu-tisu dalaman


tubuh daripada kecederaan.
2. Bersifat kalis air, membantu
mencegah kehila ngan air
dalam badan.
3. Peka kepada rangsangan
sakit, sejuk, kepanasan,
tekanan dan sentuhan.
4. Menyingkirkan bahan kimia
semasa perpelu han seperti
air, asid urik dan garam
mineral berle bih an.

42
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem

2. Rangka Tulang 1. Menyokong berat badan.


2. Melindungi organ-organ
x Kartilej lembut di dala m tubuh
x Ligamen seperti otak, saraf tunjang
(spina korda), jantung dan
x Sendi paru-paru.
3. Memberi bentuk dan
mengekalkan bentuk badan.
4. Menyediakan tempat untuk
pelekatan otot-otot rangka.
5. Tuas untuk pergerakan
badan.
6. Menghasilkan sel-sel darah
merah dan sel darah putih
dan pla tele t di dala m sum-
sum merah tulang.

3. Otot Otot 1. Mengekalkan postur tubuh.


2. Menghasilkan pergerakan
x Tendon 3. Menghasilkan haba melalui
aktiviti sel di dalam otot.
4. Menstabilkan sendi.
5. Mengartikulasi antara otot
dengan tulang.

4. Saraf
Saraf Otak 1. Mengesan, menerima dan
Saraf tunjang bergerak bala s terhadap
Saraf periferi rangsangan yang diterima.
2. Menyimpan maklumat yang
x Organ reseptor diterima.
3. Mengawal dan menyela ras
aktiviti tubuh.

43
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem

5. Endokrin a Kelenja r seperti pituitari, tirio d Mengawal dan menyelaraskan


dan adrenal fungsi tubuh melalu i hormon
yang dirembeskan ke dalam
aliran darah.

6. Kardiovaskular Jantung 1. Jantung mengepam darah


Salur darah ke seluruh badan.
2. Mengangkut gas-gas
respiratori, nutrien, hormon
dan bahan buangan .

7. Limfatik Nodus limfa 1. Sebagai sistem imunisasi


Salur limfatik tubuh kerana mempunyai
Timus sel darah putih (le ukosit).
Organ limfoid 2. Menghasilkan limfosit
Tonsil 3. Mengangkut bahan kumuh
dari tisu ke sistem darah
untuk diu raikan oleh hati.
4. Mengangkut hasil
pencernaan untuk diserap
ke dala m lakteal.

44
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem

8. Respiratori Hidung 1. Membekalkan oksigen ke


Farinks dalam darah dan
Trakea menyingkirkan karbon
Bronkus dioksida.
Paru-paru 2. Pertukaran gas oksigen dan
karbon dioksid a antara
paru-paru.
3. Mengekalkan keadaan dan
persekitaran dalaman tubuh
yang stabil (homeostasis).

9. Pencernaan Mulut 1. Memecahkan makanan


Esofagus kepada unit-unit yang
Perut ringkas untuk diserap ke
Pankreas dalam darah untuk
Hepar kegunaan aktiviti sel.
Ileum 2. Mengkumuhkan sisa
Usus besar pencernaan sebagai bahan
Rektum najis.

10. Urinari Ginjal 1. Menyingkirkan bahan kumuh


Ureter darip ada darah.
Pundi kencing 2. Mengawal isipadu dan
Uretra komposisi bahan kimia.
3. Mengimbangkan paras asid
dan alkali dala m darah.

45
BUKU SUMBER
SAINS SUKAN

Sistem Bahagian dalam sistem Fungsi Sistem

11. Reproduktif (a) Lela ki 1. Menghasilkan zuriat.


2. Menghasilkan hormon seks.
x Penis
x Testes
x Vesikel semen
x Kelenja r prostat
x Uretra

(b) Perempuan
x Ovari
x Tiub falio pio
x Uterus
x Vagina

Sumber : Marieb, N.M. (1997), Ess enti als of H uman Anatomy and Physiology,
5th ed.,C ummings Publishing Company Inc., California.

1.2.2 Hubungkait Sistem Tubuh

Setiap sistem mestilah berfungsi dengan berkesan dan bertindak


secara harmoni dengan sistem lain untuk kemandirian organisma.
Hubungkait sistem-sistem tubuh dapat dilihat pada contoh yang
berikut :

46