Vous êtes sur la page 1sur 3

KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI SEKOLAH 2011

KERTAS KERJA PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN


INOVASI DAN KREATIVITI GURU
1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa
anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik, Hal ini bertujuan agar produk yang
kita hasilkan ( murid ) adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru,
keberhasilan sebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauhmana
kompetensi dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak
layu dan kaku, maka guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yamg
kreatif dan membuat beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid. Demi
merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan inovasi dan kreativiti
guru perlu dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.

2.0 RASIONAL
Sekolah sebagai medium untuk menterjemahkan hasrat kepimpinan nasional
bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketrampilan. Justeru, guru yang
menjadi penggerak kelancaran segala program sekolah, perlu menjadi agen pembaharuan serta memberikan sentuhan dinamis yang akan mendorong proses pendidikan
yang berkualiti, kreatif dan berinovasi dapat dihasilkan.

3.0 TEMA
Inovasi dan Kreativiti Guru Pencetus Modal Insan Berkualiti .

4.0 MATLAMAT AM PROGRAM


Program pembangunan inovasi dan kreativiti guru ini diharap dapat
menggerakkan tenaga guru-guru teristimewanya tenaga guru-guru cemerlang yang
menjadi input kepada sekolah supaya segala idea yang diilhamkan oleh mereka
dapat diguna pakai oleh seluruh warga pendidik di SMK Tun Mutahir.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melahirkan guru-guru yang berketrampilan, berinovasi dan kreatif.
5.2 Menggalakkan peningkatan kualiti proses Pengajaran dan Pembelajaran.
5.3 Melahirkan guru-guru yang berdaya saing dan berbudaya cemerlang.
5.4 Menjadikan guru sebagai ikon positif kepada murid untuk berubah menjadi lebih baik.
5.5 Meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam segenap aspek.
6.0 CADANGAN TARIKH

Sepanjang sesi persekolahan 2011


7.0 TEMPAT
SMK Tun Mutahir
8.0 PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
Dicadangkan beberapa inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh guru disokong
melalui acara penyampaian hadiah atau anugerah sempena Hari Inovasi 2011.

9.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru SMK Tun Mutahir terutamanya Guru-guru Cemerlang (meliputi
Panitia mata pelajaran, PSS, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit ICT, Unit Pendidikan
Khas, Unit HEM, Unit Kokurikulum dan sebagainya.
10.0 KEWANGAN
Bergantung kepada aktiviti atau program yang akan dijalankan oleh guru-guru
sama ada secara individu atau berkumpulan mengikut panitia atau unit masing-masing.
11.0 TENTATIF PROGRAM
Antara aktiviti atau program inovasi yang dicadangkan adalah seperti berikut :
11.1 Kajian lapangan atau kajian tindakan oleh Guru-guru Cemerlang mengikut bidang
atau kepakaran masing-masing.
11.2 Projek Unik Panitia iaitu setiap panitia mata pelajaran menyediakan sekurangkurangnya satu projek unik untuk kemaslahatan murid-murid.
11.3 Setiap guru digalakkan memaksimakan penggunaan LCD dalam P&P. Borang
penggunaan LCD untuk P&P boleh disediakan oleh Penyelaras ICT.

11.4 Setiap panitia memasukkan bahan P&P atau memuat turun bahan ke dalam
Laman web sekolah untuk diakses oleh murid sebagai salah satu sumber
pembelajaran. Panitia mata pelajaran juga digalakkan membina blog sendiri.
11.5 Dalam bidang kokurikulum, setiap unit pakaian seragam dicadangkan menjadi
Keluarga angkat kepada satu-satu kawasan di sekolah dan guru penasihat
menjadi mentornya.
11.6 Beberapa inovasi atau perubahan baru dalam unit-unit seperti HEM,Kokurikulum, Bimbingan dan Kaunseling, PSS dan lain-lain.
11.7 Penambahbaikan dalam sistem penyampaian maklumat dalam kalangan staf.

11.8 Penstrukturan Bilik Guru demi kebajikan dan keselesaan guru.


11.9 Penstrukturan dan penambahbaikan system perhimpunan mingguan dan
harian.
11.10 Dan lain-lain cadangan yang sesuai.
12.0 PENUTUP
Sebenarnya program-program yang dicadangkan di bawah Pembangunan
Inovasi dan Kreativiti ini secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan
program-program yang boleh dirancang di bawah Pembangunan ICT dan Pembangunan Modal Insan Guru yang akan dijalankan oleh Bidang Matematik dan
Sains serta Bidang Kemanusiaan. Juga tidak ketinggalan program-program inovasi
yang boleh dirancang oleh unit HEM, Kokurikulum, PSS dan sebagainya.Justeru,
jelaslah menunjukkan bahawa kesemua bidang dan unit yang dinyatakan tadi
boleh menggembleng tenaga bersama-sama ke arah melahirkan warga guru
yang kreatif dan berinovatif. Menjadi harapan juga agar semua pihak dapat
turut menyumbangkan idea bagi menjalankan program-program inovasi dalam
kalangan guru serta staf di SMK Tun Mutahir.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh, Disah dan diluluskan oleh,

.. .
( LATIFAH BT HASSAN ) ( HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS )
GKMP BAHASA/PENYELARAS PENGETUA,
PEMBANGUNAN KREATIVITI SMK TUN MUTAHIR
DAN INOVASI
JAWATANKUASA BERTINDAK DAN MODUS OPERANDI

Vous aimerez peut-être aussi