Vous êtes sur la page 1sur 8

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada
suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang
dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya,
betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada
petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu
kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab.
Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat
sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata
tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa
lagi.

Marilah

kita

pergi

cari

makanan.

Saya

sungguh

lapar!

Tupai

menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan


turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh.
Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang
pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok
sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya
merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit
yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain.
Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim, kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan
dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki
kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa
yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau
liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR


Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama
Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor
keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan
terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan
makanan. Ronnie hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada
suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba
mereka terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea
untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan
kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa
itu,kata Joe. Joe berjalan ke arah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan
makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah
lembut. Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!
jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak
mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan
menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua,
singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua
sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony

tidak

disenangi

rakan-rakanya

kerana

ia

suka

menipu

dan

mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony


akan

menjerit,

Jerung!

Jerung!

Bersembunyi

cepat!

Ikan-ikan

itu

ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan


mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung.
Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung!
Jerung!

Namun

Tony

mempermain-mainkan

sungguh

nakal.

rakan-rakanya.

Ia

berasa

Ikan-ikan

kecil

seronok
itu

dapat

mempercayai

Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari,
Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka
seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun
Tony

tidak

Bersembunyi

menyedari
cepat!

kehadiran

Jerit

jerung

ikan-ikan

itu.

itu.

Jerung!

Ikan-ikan

itu

Jerung!
lari

lalu

bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakanrakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu
semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua
mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri
Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja
melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi.
Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana.
Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka
mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya.
Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu
amat

terharu

tetapi

apalah

dayanya

Anak

ecilnya

itu

terpaksa

ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi


pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi
bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam


perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular
menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.
Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu
bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu
melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula
menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang
melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu?
Putera dari manakah gerangannya?
Bujang

Terboyoi

memohon

menghadap

Sultan.

Sultan

memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang


Terboyoi.
Patik

ingin

menjaga

kedua-dua

orang

tua

ini,

tuanku.

Patik

kasihan melihat mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah
sepasang suami isteri,pekerja istana.
Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi
membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka
pakaian yang indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazatlazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tibatiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat
terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah
saya ibu dan ayah, kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu
bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.
Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila
sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Sang Singa dan Tikus Kecil


Selamat petang, kawan-kawan. Tajuk cerita yang saya sampaikan pada hari ini ialah Sang Singa dan
Tikus Kecil.
Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang.
Lubang itu berada di dalam hutan. Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua
binatang takut dengan Singa itu.
Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan.
Tikus berjalan di dalam gelap.
Tikus tak berapa nampak kerana gelap sangat.
Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu.
Rupa-rupanya tikus terlanggar Singa.
Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.
Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau. Kata sang Singa.
Tikus sangat takut.
Tolong jangan makan saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan
saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong. Rayu sang
tikus.
Hahaha Hahaha apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha Saya adalah raja
rimba kenapa saya perlu bantuan awak? Tak apa lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan
awak. Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia
terdengar suara Singa yang sedang meminta tolong.
Aum, tolong!, tolong! jerit singa.
Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.
Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu.
Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus.
Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak boleh tolong saya. Kata
singa.
Sama-sama.
Sebab itulah kita tidak boleh pandang rendah pada orang lain. Setiap orang ada kekuatan dan ada
kelemahan masing-masing. Singa yang kuat pun tak boleh buka jaring, tapi tikus yang lemah, boleh.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Sang Arnab dan Sang Kura-kura


Selamat petang, kawan-kawan. Tajuk cerita yang saya sampaikan pada hari ini ialah Sang
Arnab dan Sang Kura-kura.
Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain
tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan
perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih
awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke
belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah
pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan berjaya memotong Sang Arnab dengan mendapat juara
perlumbaan tersebut. Sang Arnab akhirnya terjaga dan baru tahu ia telah kalah dalam
perlumbaan ini.
Sebab itulah, kita tidak boleh bersikap sombong.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kurakura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak
berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang
Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura
bersetuju.

Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia
memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang.
Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah
mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format
perlumbaan.

Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga.
Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari
laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan
terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer
diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.

Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan
sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di
sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan
penamat. Sang Kura-kura menang.
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib.
Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan
kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu
pasukan.

Vous aimerez peut-être aussi