Vous êtes sur la page 1sur 10

Akhlak dan Adab Berjemaah

9 Januari 2009 at 12:28 am (Kertas Kerja, Tarbiyyah)


Tags: Kertas Kerja, Tarbiyyah, Usrah

Akhlak dan Adab Berjemaah


MUQADDIMAH
Adapun parti kita (Parti Islam Se-Malaysia) berada di atas prinsip yang benar iaitu
menegakkan Islam secara menyeluruh.
Ia bermula daripada ikrar syahadah dan menunaikan tuntutannya dalam diri setiap
individu, rumahtangga, bermasyarakat sehinggalah perkara yang tidak dilakukan
oleh jamaah-jamaah lain secara tegas, iaitu menegakkan negara Islam.
Maka dengan itu, ia telah membezakan kita dengan parti-parti, jamaah-jamaah dan
kumpulan-kumpulan lain termasuklah yang bernama Islam.
Prinsip ini menyebabkan kita menghadapi cabaran lebih banyak dan hebat, namun
kita terus maju dan berkembang. Walaupun demikian, kita perlu memenuhi
tuntutan-tuntutan yang berkait dengan setiap ahli di semua peringkat demi
mencapai kemenangan yang dijanji kurnia oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:
Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan
kamu, bahawa dia akan menjadikan mereka itu khalifah (orang yang memerintah
dengan Islam) di atas bumi sebagaimana dia pernah mengurniakan khilafah kepada
orang -orang yang terdahulu daripada mereka. Dia akan menjadikan agama mereka
(Islam) yang Dia redha memerintah untuk mereka dan Dia akan menukarkan
kepada mereka suatu keadaan selepas berada dalam ketakutan kepada keamanan.
Mereka itu menyembahKu, tidak menyekutuiKu dengan sesuatu yang lain dan
sesiapa yang menjadi kufur selepas itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
(Al-Nur: 55)
Perlu difahami juga bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar yng

benar tanpa membina peribadi dengan akhlak-akhlak berparti atau berjamaah.


Oleh itu, maka saya kemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang
mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk menjadi perbincangan dan
muhasabah kepada diri kita sendiri.
Akhlak Berparti
Dalam meniti liku-liku perjuangan Islam, ianya penuh dengan ujian, mehnah dan
tribulasi yang begitu mendesak. Justeru, pada diri seseorang pejuang Islam itu perlu
dihiasi dengan keindahan Islam dan diwarnai dengan akhlak berjamaah agar
sepanjang merentasi ujian ini sentiasa dinaungi oleh rahmat Allah s.w.t.
Ini amat penting agar pertolongan Allah sentiasa bersama para pejuang.
Bagi meletakkan perjuangan kita diterima dan direstui oleh Allah s.w.t. serta
mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan
sifat-sifat berikut:
1.Ikhlas
Mestilah

ikhlas

yakni

mampunyai

niat

yang

benar

kerana

Allah,

menuntut

keredhaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan di dalam


negara yang melaksanakan hukum syariat.
Maksudnya:

Abu

Musa

al-Asyari

r.a.

telah

menceritakan

kepada

kami, katanya : seorang arab Badwi datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu dia
bertanya : Orang yang berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan),
orang yang berperang supaya disebut (menjadi masyhur), berperang kerana riak
(menunjuk-nunjuk kepada orang), maka siapakah yang dikira berperang pada jalan
Allah? Jawab Rasulullah s.a.w.: Sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah
(agama Islam) itu menjadi paling tinggi maka dialah yang berperang pada jalan
Allah. (MuttafaqAlaih)
Yang dimaksudkan dengannya perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi
dan keadaan sama ada melalui cara pilihannya sehinggalah berperang di negeri yang

tidak ada cara yang lain daripadanya mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman Allah s.w.t., maksudnya:
Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri
kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus. (AlBaiyinah: 5)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith. Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a. katanya :Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung keapda niat. Sesungguhnya
setiap orang itu akanmendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah
kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya.Sesiapa
yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana
seseorang perempuan yang ingin dikahwininya maka hijrahnya itu mengikut apa
yang diniatkannya.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan
hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti ujub dan sumah.
Allah s.w.t. telah mengajar generasi awal di kalangan umat Islam dalam beberapa
peristiwa di zaman Rasulullah. Di antara peristiwa-peristiwa itu ialah peristiwa uhud
dan Hunain yang mejadi iktibar sepanjang zaman.
Dalam kes ini di Uhud, Allah s.w.t. telah berfirman, maksudnya:
Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janjiNya kepada kamu ketika kamu
membunuh mereka dengan izinNya sampai kepada saat kamu lemah dan berselisih
dalam urusanitu dan menderhakai perintah rasul sesudah Allah memperlihatkan
kepada kamu apa yang kamu sukai, di antara kamu ada orang yang menghendaki
dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah
memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu dan sesungguhnya Allah telah
memaafkan kamu dan Allah mempunyai kurnia atas orang-orang yang beriman. (Ali
Imran: 152)

Allah s.w.t. juga telah berfirman berkenaan dengan peristiwa Hunain, maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu di medan peperangan yang banyak dan
pada hari berlaku peperangan Hunain ketika kamu megah dengan diri sendiri kerana
ramainya jumlah kamu, mak jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepada
kamu sedikitpun dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian
kamu lari ke belakang bercerai-berai, kemudian Allah menurunkan kemenangan
kepada rasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera
yang

kamu

tidak

melihatnya

dn

Allah

mengazabkan

orang-orang

kafir

dandemikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir, kemudian Allah menerima


taubat dari orang-orang yang dikehendakiNya. Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Al -Taubah: 25 27)
2.Percaya dengan

baik

kepada

Allah

(husnu

al-thiqah

billah),

memohon

pertolonganNya dan percaya kepada janjiNya.


Seseorang yang menceburkan dirinya dalam perjuangan Islam mestilah percaya
kepada jaminan Allah dan janjiNya di dunia dan akhirat.
Perkara ini hendaklah dinyatakan dengan mengadakan hubungan yang baik dengan
Allah dengan sifat taqwa, mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya,
sehingga ia tidak boleh dijelaskan oleh amaran, sogokan dan bagaimana sekalipun
keadaan dan sifat-sifat musuh-musuh Islam itu dan sehingga tidak ada di dalam diri
perasaan tidak ada harapan untuk mencapai kemenangan bagi menegakkan cita-cita
Islam dan juga perasaan tidak yakin dengan janji Allah s.w.t. di akhirat.
Orang-orang yang berjuang bersama Rasulullah s.a.w. yang melakukan hijrah dan
orang Ansar yang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka
yakin kepada janji Allah di dunia dan akhirat, walaupun tidak ada suatu wawasan
yang dapat dilihat dengan mata kasar dan situasi yang terang-terang menandakan
kemenangan Islam,mereka percaya kepada firman Allah,maksudnya:
Dan sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agamaNya, dan
Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami bolehkan kepada
mereka memerintah di bumi mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran da bagi Allah akibat

segala urusan.(Al-Hajj: 41)


Rasulullah tidak menerima Bani Amir kerana mereka meminta jawatan sebelum
mencapai kemenangan dan tidak menerima Bani Syaiban kerana mereka takut
menghadapi Parsi yang menjadi kuasa besar dunia dn tidak yakin bahawa Islam
dapat menumbangkan Parsi dan Rom.
Tetapi sebaliknya berbaiah dengan aus dan Khazraj yang percaya kepada Allah dan
janjiNya di dunia bahawa Islam akan menang dan jnji kebahagiaan di akhirat. Lalu
mereka menunaikan perintah Allah dengan patuh dan menhadapi penghalangnya
yang datang dari segenap penjuru dan sentiasa menunggu wahyu dan sabda untuk
dilaksanakan dan diperjuangkan.
3.Istiqamah
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala
tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain dan hanyut
bersama

arus

jauh

sekali

daripada

melompat

dan

menyeleweng

daripada

perjuangan.
Allah berfirman kepada Musa a.s. dan Harun a.s. yang menghadapi Firaun dalam
menegakkan Islam di zamannya maksudnya:
Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua; oleh itu
hendaklah kamu tetap (menjalankan perintahKu seterusnya), dan janganlah kamu
menurut jalan orang-orangyang tidak mengetahui (peraturan janjiKu). (Yunus: 89)
Firman Allah s.w.t. kepada nabi kita Muhammad s.a.w., maksudnya:
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan
yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang
yang

rujuk

kembali

kepada

kebenaran

mengikutmu

berbuat

demikian;

dan

janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha


Melihat akan apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu cenderung kepada
orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka
akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain

dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan
mendapat pertolongan. (Hud: 112 113)
Dalam peristiwa yang lain pula dinyatakan, apabila sufyan bin Abdullah berkata
kepada Rasulullah s.a.w., maksudnya:
Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah,
katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan kata-kata yang jelas sehingga aku
tidak perlu lagi beranyakan mengenainya kepada seseorang yang lain daripadamu.
Sabda

Rasulullah

s.a.w.:

Katakanlah,

Aku beriman

kepada

Allah, kemudian

hendaklah beristiqamah. (Riwayat Ahmad)


Para rasul dan para sahabat adalah orang-orang yang paling istiqamah, tetapi
mereka

diperintah juga supaya beristiqamah. Ini

menunjukkan

bahawa sifat

istiqamah itu sangat penting dan mestilah berterusan kerana ia menjadi tunggak
dan cara untuk mendapatkan pertolongan Allah s.w.t., bahkan orang yang tidak
istiqamah amalannya menjadi sia-sia.
4.Taat
Ketaatan itu lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan
pengikut. Apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan
yang sebenar dan perhatian kepada perjuangan dan pengikut-pengikutnya.
Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dansusah, di masa
kelapangan dan kesempitan dalam perkara yang tidak maksiat.
Firman Allah s.w.t., maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri ( orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. (Al-Nisa: 59)
Rasulullah s.a.w. telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan
melakukan baiah di antaranya ialah Bai ah al-Aqabah yang terkenal sebelum
melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting yang membawa

kepada tertegaknya sebuah negara Islam. Di dalam baiah itu Rasulullah s.a.w.
bersabda maksudnya:
Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di masa cergas
dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah
dan senang,menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun
untuk menegakkan agama Allah s.w.t. tanpa mengendahkan celaan orang yang
mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu
dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri
kamu sendiri, ister-isteri kamu dan anak-anak kamu dan untuk syurga. (Riwayat
Ahmad)
Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan
tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam
kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai
perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa
perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.
Ketaatan membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap
parti dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan
individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti
menjadi celaru dan tidak selaras di antara satu sama lain.
Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbaga-bagai di dalam
parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang terlalu lambat dan ada
yang sederhana.
5.Ukhuwwah (persaudaraan Islam)
Ahli-ahli parti dan penyokongnya di semua peringkat laksana batu-bata yang
berselerak dan perlu diikat dengan teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di
antara satu sama lain.
Bagi menunjukkan betapa perlunya persaudaraan ini, maka Rasulullah s.a.w.
menjadikan di antara perkara pertama ketika hijrah ialah mempersaudarakan di
kalangan Muhajirin dan Ansar. Melalui hubungan persaudaraan ini, maka keteguhan

saf di dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.


Firman Allah s.w.t., maksudnya:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan
yang tersusun kukuh. (Al-Saff: 4)
Sebarang kekosongan yang memutuskan saf nescaya dicelah oleh syaitan yang
dapat menjejaskan jentera parti dan perjalanannya.
Kegiatan usrah adalah sebahagian daripada langkah mengeratkan persaudaraan,
kerana perkataan usrah yang bermakna keluarga itu adalah lebih bertujuan untuk
menjalinkan hubungan dan menyelesaikan masalah secara kekeluarga, adapun
penekanan ilmu lebih ditumpukan dalam majlisnya sendiri iaitu majlis-majlis ilmu
yang dianjurkan oleh parti, begitu juga dengan kerja-kerja kebajikan di kalangan
ahli-ahli parti yang mewujudkan berlakunya tolong menolong di antara satu sama
lain.
Demikian juga sebarang perhimpunan dianjurkan oleh parti dengan meyusun
petugas-petugasnya

dapat

menjalinkan

tolong-

menolong

yang

mengeratkan

persaudaraan.
6.Kerahsiaan
Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segenap penjuru,
mereka sentiasa mengintip segala kegiatan parti untuk menentangnya, oleh itu kita
tidak boleh boros dengan kenyataan yang mendedahkan kerahsiaan, membongkar
perkara-perkara

dalaman

yang

tidak

patut

dibuka

kepada

umum

sehingga

mendedahkan kelemahan kepada musuh dan memberi kemudahan kepada mereka


untuk memukul dan melumpuhkan parti serta menggagalkan perjalanannya.
Sirah Rasulullah s.a.w. banyak mengajar kita di dalam perkara ini secara praktikal, di
mana kemenangan banyak dicapai dengan cara-cara yang mengejutkan musuh dan
mereka tidak ada ruang untuk mengambil kesempatan dari beberapa kelemahan

yang ada.
Parti bukan sahaja perlu menyusun strategi yang baik dan rapi tetapi juga perkaraperkara yang menjadi suatu kerahsiaan yang tidak bolehdiumumkan , adalah tidak
wajar semua ahli mengetahui segala yang dirangka oleh kepimpinan termasuklah
perkara

yang

perlu

dirahsiakan.Adalah

tidak

bijaksana

sekiranya

untuk

mengumumkan semua perkara dan ahli-ahli menekan dalam perkara ini sehingga
menjejaskan ketaatan dalam melaksanakan tugas parti.
Sebaliknya sebarang rahsia musuh yang dapat dikesan sama ada kecil ataupun
besar hendaklah dilaporkan kepada parti.
7.Tidak leka dengan pencapaian yang ada
Seringkali

berlaku

menyebabkan

apabila

berlakunya

terdapat

kelekaan

sedikit

dalam

kemajuan

menjalankan

atau
tugas

kemenangan
dan

memberi

sumbangan kepada parti. Allah s.w.t. telah menegur para sahabat r.a. apabila
mereka memandang ringan kepada kewajipan jihad setelah mencapai beberapa
kemenangan.
Firman Allah s.w.t., maksudnya:
Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri
kamu ke dalam kebinasaan. (Al-Baqarah: 195)
Seringkali berlaku di negeri atau kawasan yang mencapai kejayaan berlakunya
kecuaian walaupun untuk mempertahankan kemenangan itu, sehingga tugas-tugas
parti menjadi perkara-perkara sampingan.
8.Menunaikan janji dan beriltizam dengannya
Allah s.w.t. telah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya yang
bermaksud:
Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu
berjanji; dan janganlah kamu merombak ( mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu
menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai

penjamin kebaikan kamu; sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang
kamu lakukan. (Al-Nahl: 91)
Samada perjanjian dengan jamaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah
juga perjanjian dengan musuh-musuh hendaklah ditunaikan dan disempurnakan
dengan baik. Sebarang kemungkinan boleh menghilangkan kepercayaan di antara
satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan.
9.Tidak melampau
Allah s.w.t. melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh
di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika
muwajahah salasiyah.
Firman Allah s.w.t., maksudnya:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan
orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan
memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orangorang yang menceroboh. (Al-Baqarah: 190)
Penutup
Demikianlah

sebahagian

daripada

perkara

yang

perlu

diberi

perhatian

dan

dibincangkan di samping bermuhasabah kepada diri sendiri dan parti supaya


perjuangan kita diterima, diredhai Allah dan dikurniakan kemenangan dunia dan
akhirat.

Vous aimerez peut-être aussi