Vous êtes sur la page 1sur 19

TUGASAN 1 NO 1

KAJIAN KES NEGERI-NEGERI SELAT

1.0 Pendahuluan
Pada tahun 1824 sebuah perjanjian telah di termeterai antara kuasa belanda dan juga
kuasa british, perjanjian tersebut di kenali sebagai perjanjian British Belanda
1824.Melalui perjanjian tersebut telah menyebabkan kuasa british lebih kehadapan
dalam memperluaskan pengaruhnya ke atas Tanah Melayu pada masa tersebut, ini
kerana dalam perjanjian telah dinyatakan bahawa kawasan ke utara Singapura adalah
berada di bawah pantauan dan kawalan pihak british.Melalui isi perjanjian tersebut juga
telah membuktikan bahawa british berhak melakukan apa sahaja keatas Tanah Melayu
ketika itu tanpa sebarang gangguan mana mana kuasa barat. Dengan termeterainya
perjanjian tersebut telah membawa kepada penubuhan Negeri-Negeri selat yang
menandakan berakhirnya penguasaan perdagangangan masyarakat melayu pada
waktu tersebut. Penubuhan Negeri selat pada mulanya di katakan adalah untuk menjadi
pusat perkembangan semua kegiatan ekonomi, namun perkembangan yang maju telah
menyebabkan banyak kepentingan-kepentingan pihak british yang terdapat di setiap
negeri-negeri selat telah membawa kepada campur tangan pihak british ke atas negeri
negeri

melayu yang lain termasuk sabah dan juga Sarawak dan semua campur

tangan tersebut adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di negeri-negeri


selat terutamanya

dari segi

Kepentingan-kepentingan

kegiatan

ekonomi dan perdanganggan

mereka.

negeri-negeri selat yang telah membawa kepada campur

tangan pihak british sama ada melalui kegiatan ekonomi atau melalui campur tangan
politik ke atas sesebuah negeri-negeri melayu, adalah lebih baik untuk mengetahui latar
belakang negeri selat dan bagaimana kronologinya sehingga ketiga-ketiga negeri ini di
satukan

sehingga menjadi sebuah kesatuan dan gabungan

negeri yang digelar

sebagai Negeri-Negeri Selat.


Sepertimana yang dnyatakan Negeri-Negeri Selat merupakan gabungan negeri-negeri
yang terdiri daripada negeri Pulau Pinang ,Melaka dan juga Singapura, ketiga tiga
pentadbiran dan pengurusan pada awalnya diletakkan di negeri Pulau Pinang dan

serentak dengan kedudukan Pulau Pinang yang berkedudukan di kawasan Selat


Melaka telah menyebabkan ia di namakan dengan nama Negeri-negeri selat.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa
masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar
yang merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba
menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan,
Kerajaan India cuai menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh
Kerajaan India dan mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu
jauh daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting
yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk
diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India
yang mengetahui benar-benar akan kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting,
antara India dan Negeri-negeri Selat mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari
segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh
Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat
memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.
Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang
dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat
Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti
Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka tidak sahaja
merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak
kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah
pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang
Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun.
Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya
mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina,
Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu memberi kebebasan kepada
kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negerinegeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi
pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.
Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar.

Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat
hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan
Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan
itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan
lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan
Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian
timur tidak akan tercapai.
Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran
Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah
kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi
untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri
Selat juga tidak terlatih dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda
dan tidak faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka
menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini
juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak
berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah.
Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di
Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga
ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk
menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat
juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan
kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan
awam. Hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini
menyebabkan banyak kes tertangguh.
Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih
wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan
pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis
perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil
mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok
dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri

Selat jauh berbeza daripada India dan Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa
menghiraukan pandangan pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang
tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis
perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil tempatan.
Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negerinegeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah
dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar
yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan
menjejaskan imej Negeri-negeri Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar
kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing
akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri
Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu
dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial mereka.
Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat
mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan
perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India
untuk campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu
yang semakin berleluasa. Mereka mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri
Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun,
Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar
pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagar British.
Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata
wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi
menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah
timbul disebabkan saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit
dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang
ringgit. Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan
saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik
pelaksanaan mata wang rupee.

Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi.
Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan
cukai pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan
Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut
akan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung
dan beberapa pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana
mereka merasa kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah
bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka
bimbang jika cukai pelabuhan dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan
berkurangan. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di
Negeri-negeri Selat akan terjejas.

3.0

KAJIAN LITERATUR

kemasukan dan kedatangan pihak british ke tanah melayu pada awalnya tidak mahu
mengamalkan dasar campur tangan keatas negeri-negeri melayu, kerana berdasarkan
motif atau tujuan yang telah dinyatakan, kedatangan mereka ke alam melayu ini adalah
untuk mengaut keuntungan ekonomi sahaja berikutan perkembangan kegiatan sistem
ekonomi bebas yang berlaku di kawasan

negara-negara barat,

tambahan pula

perdaganggan pihak british di timur terutamanya perdaganggan dari China amat


menguntungan dari segi perdaganggan teh dan juga sutera di samping rempah ratus
yang dimiliki oleh negara-negara di nusantara seperti tanah melayu dan juga Indonesia.
Namun, walaupun kehadiran British pada mulanya tidak mengamalkan sebarang dasar
campur tangan di negeri-negeri melayu, tetapi sebenarnya dengan kehadiran mereka di
dalam negeri-negeri melayu yang telah di gabungkan ke dalam pentadbiran negerinegeri selat telah menyebabkan pengaruh british telah banyak memberikan pengaruh
dalam perkembangan sistem politik dibeberapa negeri melayu terutamanya negeri
negeri melayu yang berdekatan di negeri-negeri selat.Antara negeri-negeri yang telah
menerima

campur

tangan

secara

awal

daripada

pihak

british

ialah

johor,kedah,perak,selangor,pahang dan juga negeri sembilan.


Kebanyakkan punca utama yang dapat menyebabkan kuasa british dapat mencampuri
urusan dan pentadbiran negeri-negeri melayu yang lain selain dari negeri-negeri selat
adalah berpunca daripada beberapa perkara seperti perang saudara yang berlaku
diperak,selangor,pahang yang timbul

daripada perebutan tahkta.Kedua atas sebab

pergaduhan kongsi gelap yang berlaku antara dua puak pendatang cina yang pada
masa tersebut dua puak yang sangat berpengaruh iaitu antara puak ghee hin dan
puak hai san,pergelutan

kuasa antara pembesar melayu

dan juga melalui

perkembangan pengaruh serta aktiviti lanun telah membolehkan british labih mudah
menjadikan alasan oleh pihak british untuk mencampuri negeri-negeri melayu .Melalui
keadaan yang sangat tidak tenteram ini lah

telah menyebabkan para perdagang

terutamanya yang berada di negeri-negeri selat telah cuba sedaya upaya mendesak
pihak penguasa british untuk mengamankan keadaan supaya perniagaan para
perdagang tidak terganggu kesan daripada keadaan kacau bilau tersebut dan melalui

desakan yang di terima dari para pedagang negeri-negeri selat telah menyebabkan
british yang berada di negeri-negeri selat terpaksa akur terhadap desakan dan juga
permintaan para pedagang negeri-negeri selat .
Pada masa yang sama juga kekuatan pihak british di negeri negeri selat semangkin
kukuh untuk menjalankan perluasan kuasa dan campur tangan ke atas negeri negeri
di pantai barat, ini dapat di buktikan dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Sir
Andrew Clarke kepada pihak british di london kepada sebelum termeterainya perjanjian
Pangkor.Dimana perjanjian Pangkor merupakan perjanjian yang menandakan campur
tangan british keatas tanah melayu secara rasmi.
...Saya meminta Tuan menyelidik dengan seberapa teliti yang dapat akan hal keadaan
yang sebenarnya di dalam tiap-tiap negeri, dan melaporkan kepada saya sama ada,
pada fikiran tuan , sesuatu langkah dapat diambil oleh kerajaan tanah kerajaan bagi
mempercepatkan

pemulihan keamanan dan ketenteraman serta mendapatkan

perlindungan kepada perniagaan dan perdagangan dengan kawasan anak negeri...

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian kes ini adalah untuk melihat apakah yang berlaku dengan penubuhan negerinegeri selat terhadap perubahan sosio politik tanah air, Secara dasarnya negeri-negeri
selat ini mempunyai kepentingan kepentingan yang tertentu dan memberikan faedah
kepada pihak british,

ini dapat di buktikan dengan merujuk kepada motif utama

pengambilan pulau pinang,singapura dan juga melaka iaitu untuk menguasai


perdaganggan di kawasan tanah melayu pada ketika itu.Antara kelebihan atau

kepentingan yang di miliki oleh negeri Pulau Pinang contohnya ialah sebagai tempat
persinggahan dan membaiki kapal kapal yang dimiliki oleh pihak British yang melalui
kawasan laluan selat melaka.Seterusnya ialah dengan adanya pulau Pinang juga british
juga telah berjaya memberhentikan penggunaan pelabuhan pihak belanda kerana
sebelum ini pihak british terlalu bergantung kepada perlabuhan pihak Belanda di
Indonesia seperti di Maluku ,Ceribon dan juga Gerisik. Dan rata-rata nya semasa
pedagang British mengunakan perlabuhan ini,

mereka telah dikenakan cukai yang

tinggi dan melalui tindakan pihak belanda ini memaksa british untuk lebih berusaha bagi
mendapatkan

perlabuhan

baru.Disamping

itu

pengambilan

pulau

ini

juga

berkepentingan kepada pihak british, iaitu sebagai tapak untuk membekalkan bekalan
bahan mentah kepada british.

5.0 ANALISA KAJIAN


Pada tahun 1946 iaitu dua tahun selepas termeterainya perjanjian Ingers Belanda,
Negeri-Negeri melayu telah mula menerima pelbagai kesan terutamanya kepada
perkembangan sejarah tanah melayu. Penyebaranan pengaruh british sepenuhnya ke
atas semua negeri di tanah melayu termasuk sabah dan sarawak tanpa sebarang
gangguan kuasa luar merupakan antara kepentingan yang diperolehi oleh british dan
tidak cukup dengan itu juga aspek aspek penting seperti aspek politik ,ekonomi dan
juga aspek sosial merupakan perkara utama mengapa mereka ingin terus menguasai
tanah melayu.
Kewujudan dan penubuhan Negeri-Negeri Selat merupakan perubahan yang di bawa
oleh penjajah british ini kerana demi menjaga kepentingan politik dan juga ekonomi
mereka di negeri-negeri melayu , pihak british telah menganggap negeri-negeri selat

sebagai pangkalan mereka dalam menjayakan misi mereka. Pada mulanya British telah
berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan di ikuti dengan Singapura kemudian
Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor manakala singapura dan melaka di kawal
oleh residen namun pada tahun 1826 ketiga-tiga negeri ini diletakan di bawah kuasa
Gabebor Janeral yang bertugas di India. Semasa pengurusan Negeri-Negeri Selat
berada di bawah pantauan Britisah di India, Pentadbiran nya di ketuai oleh Gabenor
yang di bantu oleh Residen Konsular.Pusat kerajaan Negeri-Negeri Selat pada mulanya
diletakan di Pulau Pinang namun pada tahun 1832 peralihan berlaku atas beberapa
sebab, dan antara peralihan tersebut ialah perkembangan Singapura yang maju dari
segi perdaganggan telah menyebabkan pusat Negeri-Negeri Selat di pindahkan ke
Singapura dan kedudukan Pulau Pinang yang jauh ke utara juga antara penyebab
utama perubahan tersebut.Akhirnya pada tahun 1867, pentadbiran Negeri Selat yang
dahulunya terletak di India, telah di pindahkan ke London, berikutan kerana beberapa
faktor seperti Kedudukan Negeri selat jauh daripada india,
Pengaruh lanun yang memerlukan pemantauan dan kawalan, desakan pedanggang
yang inginkan campur tangan pihak penjajah,penyelarasan perundangan dan
kehakiman ke atas negeri selat dan juga kerana timbulnya masalah sistem mata wang
di samping terdapat masalah petempatan tahanan dan banduan yang ditempatkan di
negeri selat telah memaksa British untuk memindahkan pusat pentadbiran British,
Pembukaan dan pengambilan Pulau Pinang oleh british pada 1786 dan juga singapura
di ikuti dengan melaka melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 telah memberikan
kesan yang sangat penting terutamanya kepada negeri-negeri melayu yang berada di
persekitaran negeri Selat.Penubuhan negeri-negeri selat sesungguhnya mempunyai
kepentingan-kepentingan tertentu pihak british dalam menjaga pengaruh dan perluasan
kuasanya di negeri-negeri melayu.
Dalam aspek kemajuan perdagangan negeri selat dapat dikatakan ia amat bergantung
kepada hasil daripada negeri melayu yang berdekatan, sebaliknya kemajuan negeri
melayu pula ialah dengan adanya peranan yang dimainkan oleh negeri-negeri selat
yang menyediakan pelabuhan untuk memperdagangan hasil ekonomi tersebut.Pada

masa yang sama dengan adanya penubuhan

negeri-negeri Selat ini dapat

menyebabkan segala potensi ekonomi negeri melayu

terutamanya di pantai barat

dapat dieksploitasi dengan sebaik sebaiknya, oleh itu pengaruh negeri selat keatas
perkembangan negeri-negeri melayu adalah sangat penting.
Pentadbiran British telah menyebabkan semua-negeri selat terutamanya singapura
telah berkembang

menjadi salah sebuah pelabuhan yang maju dan mampu

membekalkan keuntungan yang tinggi kepada penjajah british dan dalam masa yang
singkat juga pelabuhan yang terdapat dinegeri selat ini telah mampu menguasai eksport
dan import negeri-negeri melayu khususnya negeri di pantai barat.Pada masa yang
sama juga telah berlaku penanaman modal oleh pelabur dan juga saudagar yang telah
menyebabkan perkembangan negeri selat berlaku dengan pantas dan lancar. Melalui
perkembangan dan juga kemajuan yang di capai oleh negeri-negeri selat

telah

menyebabkan ia menjadikan negeri selat amat penting kepada pihak British dalam
mempengaruhi

urusan urusan

pentadbiran Negeri-Negeri Melayu yang lain

sehingga membawa kepada campur tangan pihak

British

melalui

pelbagai aspek

terutamanya dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial.Melalui kemajuan yang berlaku
di negeri selat juga telah berjaya menarik perhatian para perdagang dan juga pelabur
asing yang berkehendakkan keuntungan dan melalui perkembangan kegiatan ekonomi
lah telah menyebabkan para pelabur ini telah mendesak pihak british untuk mencampuri
dan menguasai negeri-negeri lain yang memberikan kepentingan kepentingan
ekonomi kepada mereka terutamanya negeri-negeri di pantai barat.

6.0 LAPORAN KAJIAN


Pada penghujung abad ke 19 di dapati bahawa dengan jelasnya banyak syarikatsyarikat yang datangnya dari negeri-negeri selat telah terlibat kedalam kegiatan
ekonomi di negeri-negeri melayu .Dengan kemajuan dan perkembangan yang di capai
dalam kegiatan yang di usahakan oleh para pelabur yang datang melabur ke negeri
negeri melayu, telah menyebabkan mereka mendesak pihak british untuk mencampuri
pergolakan yang berlaku di negeri-negeri melayu yang mempunyai potensi ekonomi ini
bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka dari segi kegiatan ekonomi, desakan
demi desakan telah di keluarkan oleh para pelabur dan perdagang di negeri selat
kepada pihak british

untuk mengamankan keadaan yang berlaku

akibat daripada

perebutan takhta,perang saudara dan juga pertelingkahan kongsi gelap yang berlaku
antara puak Ghee Hin dan juga Hai San.
Campurtangan yang berlaku di Kedah pada 1786, merupakan campurtangan paling
awal yang dilakukan oleh pihak british di negeri-negeri melayu secara tidak
rasmi.Walaubagaimanapun Pulau Pinang tidak memberikan sebarang kepentingan
ekonomi yang baik kepada pihak British tetapi, kependudukan mereka di kawasan
pulau pinang telah membolehkan pihak british untuk menguasai singapura pada tahun
1819 kemudian melaka pada tahun 1824.Penguasaan kuasa british keatas ketiga-tiga
kawasan ini telah menyebabkan kawasan ini telah bertukar dan muncul sebagai
pelabuhan di kawasan tanah melayu yang sangat penting.Keadaan ini berlaku kerana
selepas kedatangan dan pertapakan pihak british di tanah melayu terutamanya di
negeri-negeri selat telah menyebabkan banyak pola perdaganggan di tanah melayu
telah mengalami perubahan yang drastik .
Ini dapat dilihat selepas perjanjian Inggeris Belanda yang telah di meterai telah
menyebabkan perdaganggan tradisional di kepulauan Riau- Lingga telah mengalami

kemorosotan

sebagai pusat

perdaganggan, dan kemerosotan ini di tambah lagi

dengan jalinan ekonomi yang berlaku antara negeri-negeri melayu dengan pelabuhan
pelabuhan di Negeri Selat seperti perdaganggan di Pantai Timur dan negeri seperti
Johor,Negeri Sembilan dan juga Selangor akan berada di bawah kawalan pelabuhan
Singapura.Manakala perdagangan negeri seperti Perlis,Kedah dan juga Perak akan
berada di kawalan pelabuhan Pulau Pinang yang juga akan memainkan peranan
sebagai pelabuhan perantaraan di antara singapura dengan ekonomi negeri-negeri
utara.Melaka pula pada masa tersebut berperanan untuk mengumpulkan hasil yang
datangnya daripada negeri Selangor dan juga Negeri Sembilan.
Melalui perkembangan kegiatan ekonomi yang berlaku di dalam negeri-negeri melayu
telah menyebabkan perhubungan ekonomi antara negeri-negeri melayu sudah wujud
dan faktor penting yang telah mendorong kepada campur tangan british di tanah
melayu adalah kegiatan ekonomi. Untuk mencapai kepentingan tersebut pihak british
telah mula membuka dan membawa masuk pelabur-pelabur yang kebanyakan mereka
terdiri daripada pelabur cina untuk mengambil alih peranan orang melayu yang
dahulunya terkenal dengan perdaganggan dan menjalankan kegiatan ekonomi dengan
kerajaan negeri-negeri melayu yang berada di sekitar negeri-negeri selat.Dalam
kegiatan ekonomi melayu, pihak British lebih memandang kepada tiga cabang iaitu
kegitan perdagangan,pertanian dan juga kegiatan pelombongan dan ketiga ketiga
kegiatan ini merupakan kegiatan yang telah menjadi dorongan utama bagi mereka
untuk campur tangan.
Melalui penubuhan negeri-negeri selat ,pelbagai perubahan yang telah berlaku di mana
singapura pada masa tersebut telah menjadi salah satu pelabuhan yang boleh di
katakan sebagai salah sebuah pelabuhan yang sangat bebas dari segi keluar
masuknya pelabur dan juga perdagang dan keadaan ini telah berjaya menarik peniagapeniaga luar terutamanya dari cina dan juga perdagang dari British sendiri yang
menjadikan Singapura sebagai salah sebuah tempat untuk menyebarkan barang
daganggan ke kawasan Asia Tenggara dan pada masa yang sama juga Singapura juga
telah menjadi tempat untuk mengumpul semua barang dan hasil ekonomi untuk di
hantar ke kawasan negara cina.

Dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh pelabuhan di negeri-negeri selat


tersebut telah membuktikan bahawa pelabuhan yang sedang maju di negeri selat iaitu
sebagai pusat perdagnggan di kepulauan melayu pada awal kurun ke -19 telah berjaya
membuatkan pihak britis lebih menjaga kepentingan mereka di negeri selat dengan
cara mencampuri hal ehwal negeri yang sedang bergolak.Melalui campurtangan yang
di lakukan oleh british telah membolehkan pihak british menjaga hubungan ekonomi
antara negeri-negeri melayu ini kerana perkembangan pelabuhan negeri selat
terutamanya pelabuhan singapura telah menjadi pelabuhan antarabangsa kerana
adanya bekalan bahan mentah dari negeri-negeri melayu dan ini telah menyebabkan
ekonomi negeri melayu yang lain telah menjadikan negeri selat sebagai tempat bagi
mereka memperdagangkan hasil ekonomi.
Penubuhan Negeri-negeri selat sedikit sebanyak telah memberikan beberapa
kepentingan dan juga pengaruh yang sangat besar dari segi sosial kepada pihak british
untuk terus menjalankan campur tangan mereka keatas negeri negeri melayu.Dan
antara kepentingan kepentingan tersebut dari segi sosial ialah dari segi pembentukan
masyarakat yang berbilang kaum dan majmuk,kedua ialah kelangkapan kemudahan
asas dan ke tiga ialah pengenalan pendidikan dari barat.
Pembukaan negeri-negeri selat di tanah melayu merupakan titik tolak dalam pemulaan
kemasukan maasyarakat luar ke atas negeri melayu pada waktu tersebut,walaupun
semasa kerajaan melayu melaka dahulu pernah terdapat kemasukan pedagang dari
luar, namun jumlah kedatangan penghijrah ke atas tanah melayu semakin bertambah
semasa penjajahan pihak british dan bermula di negeri selat kemudian penghijrah
masyarakat luar berkembang ke Negeri perak,selangor dan negeri sembilan, Melalui
keadaan ini dapat lah di katakan dbahawa kelahiran masyarakat majmuk tanah melayu
adalah

kesan

peninggalan

penjajahan

yang

mengalakan

penjajahan

kerana

kepentingan ekonomi dan pada masa yang sama masyarakat majmuk ini wujud adalah
kerana perbezaan yang wujud di kalangan mereka iaitu dari segi budaya,bahasa
,agama dan juga ekonomi mereka.
Kemasukan masyarakat cina ke dalam alam melayu di katakan bermula apabila
kerajaan melaka melakukan perhubungan yang rapat dengan cina namun selepas

kemasukan dan pengambilan british ke atas negeri selat telah menyebabkan


kemasukan tidak dapat dikawal dari segi bilangan mereka.Melalui pembukaan pulau
pinang telah menyebabkan kemasukan penghijrahan cina dikatakan bermula ini kerana
dengan berbekalkan dengan semangat yang bersifat berdaya usaha,

kedatangan

mereka ini telah mendapat galakkan yang sepenuhnya daripada pihak british untuk
mengusahakan kegiatan ekonomi terutamanya kegiatan pertanian.Pemangkin kegiatan
ekonomi pada masa awal kemasukan british ialah kegiatan pertanian dan anatara
tanaman yang di usahakan ialah lada hitam,gambir dan juga ubi kayu dan selain
mengusahakan kegiatan pertanian masyarakat cina juga menjalankan perdagangan
serta perlombongan.Melalui pengamalan kegiatan ekonomi yang bebas telah

di

lakukan oleh british menyebabkan kemasukan orang cina semakin ramai.Dan apabila
perluasan dilakukan oleh pihak pelabur kaya yang terdiri daripada orang british dan
juga cina ke atas negeri melayu lain telah menyebabkan penghijrahan masyarakat telah
menjadi semakin pesat berikutan dengan faktor peluang pekerjaaan di dalam
masyarakat melayu yang semakin luas.pada masa yang sama juga masyarakat cina
selepas kedatangan mereka juga telah di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu di
kawasan perlombongan,kawasan pertanian dan juga di kawasan pelabuhan. Pada
kebiasaan nya kemasukan masyarakat cina ini berdasarkan sistem kontrak dan cara ini
amat popular untuk mengambil pekerja cina di lombong namun di johor cara
pengambilan pekerja cina untuk berkerja di kawasan pertanian pula adalah melalui
sistem Kanggani
Kedatangan masyrakat india juga di katakan bermula secara beramai-ramai ketanah
melayu adalah kerana terdapat faktor ekonomi, di samping itu juga pada mulanya
kerajaan british di India tidak mengalakkan penghijrahan masyarakat india namun apa
yang berlaku ialah selepas perjanjian Inggeris belanda 1824, banduan yang datangnya
daripada india yang di tempatkan di sumetera telah dihantar ketanah melayu sebagai
salah sokongan untuk mengalakan penghijrahan masyarakat india ke tanah melayu.
Kebanyakkan masyarakat india yang datang secara awal ke tanah melayu pada
mulanya di letakan untuk membina bangunan dan jalan raya di sepanjang negerinegeri melayu terutamanya negeri melayu yang berpotensi sebagai kawasan ekonomi.
Namun selepas pengenalan sistem pengambilan masyarakat india secara Sistem

Kanggani dan juga secara kontrak telah menyebabkan masyarakat india kemudiannya
telah di tempatkan di kawasan estet-estet dan juga ladang-ladang yang mengkhusus
dalam bidang pertanian.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya secara dasarnya jika dilihat bahawa penubuhan negeri-negeri selat


merupakan salah satu titik tolak campurtangan pihak british dan juga pengaliran masuk
unsur-unsur british ke atas negeri- negeri melayu yang lain secara tidak rasmi.Melalui
kepentingan dan juga keistimewaan yang terdapat di setiap negeri-negeri melayu ketika
itu tidak kira sama ada dari aspek politik,ekonomi dan juga sosial telah membuka jalan
sepenuhnya kepada pihak british untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri-negeri
melayu termasuk lah ke sabah dan sarawak.Kejadian-kejadian huru-hara yang berlaku
seperti perang saudara,perkelahian antara kongsi-kongsi gelap,kegiatan lanun dan juga
perebutan takhta di istana telah menyebabkan keadaan yang tidak tenteram telah
wujud dan ini telah menganggu perkembangan perusahaan para pelabur barat dan cina
yang datang untuk berniaga di tanah melayu dan keadaan ini telah menyebabkan
kepentingan ekonomi mereka di negeri selat.Sebagai tindak balasnya para pelabur
telah mendesak british untuk

melindungi kegiatan ekonomi mereka daripada

kekacauan yang berlaku di negeri melayu ketika itu.Desakan yang di terima oleh pihak
british daripada pelabur di negeri selat telah menyebabkan pihak british untuk
mengambil tindakan dengan cara mencampuri urusan politik,ekonomi dan juga sosial
negeri negeri melayu yang berdekatan dengan negeri selat agar masalah kekacauan
dapat diatasi dan di tambah lagi pihak british harus mencampuri masalah yang di
hadapi oleh negeri-negeri melayu kerana british berpendapat bahawa dengan
menyelasaikan masalah yang berlaku dapat menyebabkan masalah negeri negeri
selat tidak akan menjadi masalah kepada kerajaan british di london dan di samping itu
juga dengan kepentingan negeri selat yang telah membawa kepada campur tangan
pihak british, ia bukan sahaja dapat membantu pihak british dalam menjaga pelaburan
british malah ia juga telah banyak menyediakan dan membuka peluang pelaburan yang
lebih besar kepada british ke atas negeri-negeri melayu dan sabah sarawak.

BIBLIOGRAFI

A Samad Ahmad, (1985) Kerajaan Johor Riau, Kuala Lumpur ,Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Booney, R,( 1971),In Search For Security And Independence , Kuala Lumpur,Oxford
University.
D.G.E Hall , (1981) ,A History Of South East Asia (Fourth Edition ), ,London:The
Macmillan Press Ltd
.
Emily Sadka, (1970) ,The Protected Malay State 1874-1895, ,Kuala Lumpur,University
Malay Press
Haji Buyong Adil ,(1981), Sejarah Selangor, ,Kuala Lumpur,Dewan Bahas Dan Pustaka.
Jang Aisjah Mutalib , (1972) ,Pemberontakan Pahang 1891-1895, ,Kota Bharu Pustaka
Aman

Vous aimerez peut-être aussi