Vous êtes sur la page 1sur 8

HAK ASASI KANAK-KANAK

Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989


Pengenalan
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov. 1989 dan diterimapakai.

Hak Asasi Kanak-Kanak


Hak boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang adil dan saksama yang boleh dimiliki
atau dilakukan oleh seseorang. Hak asasi adalah perkara dasar atau pokok yang
boleh dilakukan atau dikuasai oleh seseorang kanak-kanak mengikut undangundang, agama, adat istiadat dan lain-lain. Ia meliputi hak sebelum dan selepas
lahir serta kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanakkanak. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan
perlindungan khasnya daripada keluarga. Kanak-kanak pula ialah seseorang yang
berumur di bawah 18 tahun kecuali di bawah undang-undang negara di mana
kedewasaan dicapai lebih awal.
Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang
sesuai untuk kanak-kanak?
Hak Setiap Kanak-Kanak

Untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;

Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;

Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;

Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan
sihat;

Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;

Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;

Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan


bahaya;

Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;

Untuk berupaya mengekspresi pandangan sendiri.


Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1
hingga Perkara 54. Perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan
kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan
Perkara 29.

PERKARA 6
1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai
hak sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan sebanyak mungkin yang
boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.
Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup dan Negara
mempunyai obligasi (kewajiban) untuk memastikan kewujudan dan perkembangan
kanak-kanak itu.
PERKARA 18
1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk
memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai
tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa
atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang,
mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak.
Kepentingan terbaik kanak-kanak perlu menjadi perhatian asas.
Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan anak-anak dan
Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah
memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam

Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya


kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan
tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan
perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk
memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat
faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

PERKARA 27
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup
yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial
kanak-kanak itu.
Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak pada taraf hidup yang mencukupi bagi
perkembangan fizikal, mental, rohani, moral dan pembangunan sosial. Ibu bapa
mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak
mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk
memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara
boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.
2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanakkanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan
dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan
kanak-kanak itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan
mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu
ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk
melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan
material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan,

pakaian dan perumahan.


4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya
untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu
bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanakkanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika
orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal
dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara
Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau
pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.
PERKARA 28
1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak terhadap pendidikan, dan
dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas
dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:
(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma
kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk,
termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka
kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti
memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika
diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiaptiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan
terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di
sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.
Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk
memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan

pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap
kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas
dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan
kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa
untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya
untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras
dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama
antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya
dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di
seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan
kaedah pe ngajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah
diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.
PERKARA 29
1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah
dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak
pada tahap potensi yang paling tinggi;
Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi
prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan,
bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh
kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang
berbeza daripada tamadunnya sendiri;
Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat
yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan
jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan

dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli;


AKTA 308 dan Akta 550
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi
mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan
dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan
perlaksanaan prasekolah di Malaysia?
Pendidikan Prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari
empat hingga enam tahun.
FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.
FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN
TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika
tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan
menyenggarakan tadika.
FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH
SEMUA TADIKA

(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai


Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh
murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum
sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum
melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar
tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.
FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA
Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa
kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika
sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa
kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.
FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab
ini.
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan,
pengendalian atau pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila
melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.


2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum

Vous aimerez peut-être aussi