Vous êtes sur la page 1sur 2

UNSUR-UNSUR DRAMA

1. Dalam drama tradisional (khususnya Aristoteles), penceritaan haruslah bermula dari suatu
beginning (permulaan), melalui middle (pertengahan), dan menuju pada ending (akhir).
Dalam teks drama dikenali sebagai eksposisi, komplikasi, dan resolusi.
a. Eksposisi, memberikan informasi kepada penonton yang diperlukan tentang peristiwa
sebelumnya atau memperkenalkan siapa saja watak watak yang akan dikembangkan
dalam bagian utama dari lakon, dan memberikan suatu indikasi mengenai resolusi.
b. Komplikasi, mengandungi tentang konflik-konflik dan pengembangannya. Gangguangangguan, halangan-halangan dalam mencapai tujuan, atau kekeliruan yang dialami
tokoh utamanya. Alam komplikasi inilah dapat diketahui bagaimana watak tokoh utama
(yang menyangkut protagonis dan antagonisnya).
c. Resolusi, adalah bagian klimaks (turning point) dari drama. Resolusi haruslah
berlanagsung secara logis dan memiliki kaitan yang wajar dengan apa-apa yang terjadi
sebelumnya. Akhir dari drama bisa happy-ending atau tragedi
.
2. Watak dan Perwatakan merupakan sumber konflik dan perhubungan antara watak. Dalam
sebuah drama harus ada watak yang bertentangan dengan tokoh lain. Jika dalam drama
karakter tokohnya sama maka tidak akan terjadi perkembangan perwatakan untuk
membentuk suatu peristiwa baru. Peristiwa baru akan muncul sekiranya terdapat watakwatak yang saling bertembung.
3. Dialog merupakan salah satu unsur penting. Terdapat dua perkara yang tidak boleh
diabaikan:
a. Dialog harus wajar(logik), menarik, mencerminkan pemikiran dan perasaan watak
sewaktu beraksi.
b.

Dialog disampaikan haruslah jelas (artikulasi), terang (enunciation) sasaran (projection),


alamiah (naturally), dan tidak dibuat-buat.

UNSUR-UNSUR PEMENTASAN
1. Terdapat 6 unsur utama yang perlu ada dalam persembahan teater:
a. Naskah drama (skrip).- Terdapat pelbagai bentuk/genre spt: Tragedi, Komidi, Realisme,
Simbolisme, Absurdisme, musical dsb.
b. Pengarah.- Pemilih naskah dan penggabung keseluruhan elemen-elemen teater untuk di
koodinasikan.
c. Pelakon-Pentafsir watak untuk disampaikan kepada penonton.

d. Pentas- Terdapat pelbagai bentuk pentas, spt Arena, prosinium, thrust dsb.
e. Kelengkapan panggung/pentas (unsur visual spt: cahaya, makeup, bunyi, busana dsb)
f. Penonton.

Aristotle:
1. Plot
2. Watak dan perwatakan
3. Pemikiran
4. Bahasa
5. Muzik
6. Kekaguman.

Vous aimerez peut-être aussi