Vous êtes sur la page 1sur 9

LAPORAN PROJEK INOVASI

BILIK PEMULIHAN DAN LINUS

NAMA
NO MATRIK
SEKOLAH
NAMA PENYELIA

: ROBEAH BINTI SALMAN


: J43809
: SJK (T) KAJANG
: EN. OMAR MAMAT

1. Nama Inovasi
Bilik Pemulihan dan Linus

2. Pendahuluan

Bilik Pemulihan dan LINUS ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif . Untuk menjadikan pelajar suka akan ilmu, guru harus bijak memainkan
peranan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan sesuai untuk
pelajar pemulihan lebih berminat untuk belajar. Untuk itu, aspek kebersihan, keceriaan, dan
keselamatan di sekolah harus juga dititikberatkan. Guru perlulah kreatif dalam
memotivasikan murid untuk belajar di sekolah. Misalnya, guru boleh menyediakan bilik
darjah yang ceria dengan bahan-bahan ABM atau BBM yang berwarna-warni serta menarik,
suasana sosioemosi kelas yang mesra dan ceria serta persekitaran yang ideal untuk murid
menimba ilmu. Dengan ini, pdp yang bermakna dan berkesan dapat diwujudkan.

3. Objektif projek inovasi

4. Memupuk kesedaran dan minat murid terhadap subjek bahasa Malaysia melalui kaedah,
strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
5. Penggunaan Bilik Pemulihan yang optimum dalam kalangan warga SJK (T) Kajang dapat
mendedahkan dan meminati Bahasa Melayus.
6. Membentuk suasana bilik pemulihan yang ceria dan selesa untuk kemudahan warga SJK
(T) Kajang.

7. Dapat melahirkan murid yang cintakan serta dapat memartabatkan Bahasa Melayu.
8. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sesuai untuk murid pemulihan SJK (T)
Kajang menimba ilmu.
9. Memupuk keyakinan murid untuk belajar.

3. Matlamat
Memastikan Bilik Pemulihan dan Linus sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria
serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Melayu supaya
murid dapat memanfaatkan bilik yang disediakan.

4. Strategi yang digunakan/Kumpulan sasaran


4.1 Murid-murid Pemulihan dan LINUS SJK (T) Kajang.
5. Pelan tindakan yang diambil/tatacara kerja
5.1 Pembentangan kertas kerja kepada Guru Besar dan juga pentadbir sekolah yang lain.
Lulus pada 27 Mac 2015.
5.2 Mengadakan mesyuarat penyebaran kertas kerja kepada kakitangan sekolah
terutamanya guru mengenai tujuan utama dan juga informasi mengenai Bilik
Pemulihan pada 01 April 2015.
5.3 Membahagikan tugas tugas kepada ahli jawatankuasa pada tarikh yang sama iaitu
01 April 2015.
5.4 Memulakan projek dengan mengecat BILIK Pemulihan pada 04 April 2015.

5.5 Mencari dan menyusun meja pada 04 April 2015.


5.6 Menceriakan bilik 13 hingga 28 April 2015.

6. Output
Dari projek inovasi yang telah dilaksanakan, murid-murid pemulihan kelihatan amat
seronok dan teruja apabila bilik pemulihan ini wujud. Guru pemulihan dan guru yang
mengajar murid-murid PROTIM Tahun 4 juga sering membawa para pelajar untuk
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik ini. Dengan adanya bilik
pemulihan ini, murid pemulihan dapat belajar dengan lebih baik.

7. Outcome
7.1 Kos
Anggaran perbelanjaan kos untuk menghias dan menceriakan projek inovasi.
BIL

1.

PERKARA

Papan kenyataan

KUANTIT

ANGGARAN

HARGA

2 keping

RM 150.00

CATATAN

Guna

papan

kenyataan
sekolah
2.

Meja

12 buah

Guna
sekolah

meja

3.

Cat

5 liter

4.

Tikar

8 gulung

RM 80.00

Sumbangan
Sumbangan
Guru Pemulihan

5.

Kertas A4 (Pelbagai warna)

6.

Langsir

6 pek

RM 30.00
-

Sumbangan

8. Aplikasi Ilmu
Melalui projek ini, pelbagai manfaat telah penulis perolehi, Antara yang paling penting
penulis rasakan adalah murid berasa sangat teruja dengan keceriaan Bilik Pemulihan dan
merupakan satu suasana yang baharu bagi mereka semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Penulis juga berpuas hati apabila murid mula suka berada di
Bilik Pemulihan itu dan memberikan manfaat kepada mereka untuk belajar.
9. Kreativiti
Pelbagai perkongsian ilmu dan juga cadangan dari guru-guru lain telah diterima
terutamanya mengenai bahan yang ingin dihias dan ditampal pada Bilik Pemulihan
tersebut. Antara idea kreatif yang dikongsikan ialah membuat pelbagai kad bacaan suku
kata dan ayat dalam pelbagai bentuk yang menarik. Cadangan yang diberi telah pun
penulis ikuti bagi melengkapkan lagi Bilik Pemulihan ini.
10. Inovasi
Boleh dikatakan bahawa projek inovasi ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada
pihak sekolah terutamanya bagi warga SJK (T) Kajang. Dari sebuah bilik yang kosong

kini menjadi semakin ceria dan murid mula menunjukkan sikap menjaga kebersihan dan
keceriaan bersama untuk memastikan Bilik Pemulihan ini sentiasa bersih dan cantik.
Selain itu, murid mula bebas belajar membaca di dalam bilik ini semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid boleh membaca pelbagai bahan bacaan di
dalam bilik ini.
11. Lampiran
BILIK SEBELUM

BILIK YANG TELAH DI INOVASIKAN

Laporan Disediakan oleh;


.
ROBEAH BINTI SALMAN
J43809

Vous aimerez peut-être aussi