Vous êtes sur la page 1sur 8

Ibu Bapa Pendidik Terbaik

Oleh:Wong Mei TI
Slogan pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negarasering diuar-uarkan
pada masa ini.Slogan ini bermaksud golongan remaja merupakan aset afdal dan
tonggak negara pada masa depan. Malangnya, gejala sosial dalam halakah anak
kesuma bangsa menjadi semakin kritikal.Kemelut yang wujud dan semakin
berkembang dalam masyarakat ini ibarat duri dalam daging dalam kehidupan
kita.Setiap perkara berlaku nescaya mempunyai alasannya,persis kata tak
tumbuh,tak melata,tak sungguh orang tak kata. Kelalaian ibu bapa dalam mendidik
anak-anak merupakan sebab yang terbesar yang mencetuskan berlakunya kancah
sosial dalam halakah anak kesuma bangsa.Ibu bapa seyogianya mengubah sikap
mereka yang mementigkan diri,persis kata,seperti enau dalam belukar,melepaskan
pucuk masing-masing. Hal ini demikian kerana anak adalah anugerah Allah yang
tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.Mereka yang mempunyai anak
seyogianya mempunyai sikap obligasi untuk mendidik anak-anaknya supaya tidak
terbabit dalam heterogen kancah sosial yang boleh merosakkan masa depan
mereka. Sehubungan dengan itu, anak- anak akan seimbang dari segi intelek,
jasmani, emosi dan rohani. Ibu bapa yang memainkan peranan sebagai pendidik
terbaik boleh menjamin kejayaan anak-anak pada masa depan.
Ibu bapa haruslah menjadi uswah yang baik kepada anak-anak. Hal ini
demikian kerana anak-anak yang belum dapat berfikir dengan matang akan terikutikut perangai ibu bapa tanpa mengira sama ada perangai tersebut betul atau salah
dari sisi undang-undang, persis kata bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sebagai
tamsilnya,ibu bapa yang merokok nescaya akan menzahirkan anak-anak yang

merokok. Sejajar dengan itu,ibu bapa harus menghidari diri daripada segala
tindakan yang boleh menjejaskan masa depan anak-anak sebaliknya ibu bapa harus
melakukan tindakan yang bermoral supaya boleh menzahirkan anak-anak yang
berguna. Jika ibu bapa sentiasa beramal ibadah anak-anak tentu melakukannya
dengan mudah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak meninggalkan solat berjemaah
akan diikuti oleh anak-anak di rumah. Setiap ibu bapa yang bijaksana dapat
mendidik anak-anaknya ke arah kecemerlangan akal budinya.Menurut
Hamachek(1995): pembentukkan perlakuan anak bermula dari rumah. Pendek
kata,ibu bapa yang merupakan idola anak-anak perlu menunjukkan ikon yang
terbaik kepada anak-anak.
Ibu bapa seyogianya memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak
sejak kecil lagi,mengikut kata-kata orang tua: melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sebagai seorang pendidik terbaik,ibu bapa bukan sahaja perlu mendidik
anak-anak dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani.Menurut Al-Ghazali dan Ibnu
Sina (dalam Mohamad Kamil, 1990), dalam Islam, ibu bapa perlu mendidik dan
mengasuh anak dengan ilmu keagamaan yang cukup agar mengelakkan dari
kepincangan sosialisasi.Hal ini demikian kerana agama sebagai nakhoda kapal
dalam kehidupan anak-anak yang penuh dengan ranjau. Agama dapat
mengelakkan setiap penganut daripada melakukan perkara yang boleh menjejeskan
masa depan mereka. Sebagai tamsilnya,seseorang yang menganuti agama tidak
mudah terpengaruh oleh pengaruh negatif jika dibandingkan dengan seseorang
yang tidak menganuti agama.Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan
anak-anak.Sehubungan dengan itu,didikan agama dan moral yang diberikan oleh
ibu bapa tentu mudah diterima oleh anak-anak jika berbanding dengan pihak-pihak
yang lain.Tindakan ibu bapa yang memberi didikan agama kepada anak-anak bukan

sahaja boleh membantu anak- anak mempunyai pedoman hidup tetapi juga boleh
mengelakkan anak-anak daripada terumbang-ambing,persis kata serampang dua
mata. Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan pendidik baik nescaya dapat
melahirkan anak-anak yang seimbang dari segi fizikal dan rohani.
Selain itu,ibu bapa merupakan orang yang paling signifikan dalam didikan
anak-anak mereka. Selain guru di alma mater,ibu bapa juga dapat memberi
pendidikan kepada anak secara tidak langsung dalam rumah.Pendidikan ini juga
dikenali sebagai pendidikan secara tidak formal.Ibu bapa yang mengajar anak-anak
mereka berkomunikasi dengan sopan dan lemah lembut nescaya dapat
menzahirkan anak yang bersopan santun. Ibu bapa juga perlu menyemai benihbenih tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam sanubari anak-anak sejak kecil
lagi.Anak-anak mudah menerima apa yang diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi jika
berbanding dengan apa yang diajar pada peringkat remaja.Menurut Nabi
Muhammad s.a.w: Sesungguhnya anak-anak umpama sehelai kain putih,dilahirkan
dalam keadaan bersih,kedua-dua ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada
menjadi Yahudi, Majusi, Nusrani dan pelbagai lagi.Sebagai tamsilnya,ibu bapa yang
mendirikan mini perpustakaan dalam rumah nescaya dapat menzahirkan anak-anak
yang suka membaca.Hal ini demikian kerana minat membaca akan disemai dalam
sanubari anak-anak secara tidak langsung.Jadi,ibu bapa memainkan peranan untuk
membentuk seorang anak yang cermelang dalam variasi bidang.
Ibu bapa ialah pendidik terbaik kerana mereka merupakan orang yang
membentuk sahsiah anak-anak.Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan
anak-anak.Sehubungan dengan itu,ibu bapa haruslah sentiasa berkomunikasi
dengan anak-anak supaya anak-anak berasa mereka dibesarkan oleh ibu bapa
dengan penuh kasih sayang,bak kata pepatah, menatang minyak yang

penuh.Berinteraksi dengan anak-anak juga merupakan salah satu modus operandi


ibu bapa untuk mendidik anak-anak.Ibu bapa haruslah berkomunikasi dengan baik
dengan anak-anak.Ibu bapa mesti bijak menegur kesalahan anak-anak dan
bukannya dengan menengking atau mengherdik mereka.Ibu bapa bukan sahaja
perlu meluangkan masa untuk berinteraksi dengan ank-anak tetapi juga perlu
bersabar apabila berkomunikasi dengan anak-anak.Hal ini demikian kerana anakanak akan berkongsi suka duka mereka dengan ibu bapa melalui komunikasi.Melalui
komunikasi dengan ibu bapa,anak-anak akan mempelajari cara untuk berkomunikasi
baik dengan orang lain secara tidak langsung.Sebagai tamsilnya,anak-anak akan
berfikir dahulu sebelum cakap dan menerima pendapat orang lain dengan hati
terbuka.Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak bahawa komunikasi merupakan
cara terbaik untuk menyelesaikan permasalahan antara kawan-kawan. Sejajar
dengan itu,anak-anak akan mengadakan muzawarah dengan kawan-kawan apabila
sesuatu konflik tercetus kerana mereka sedar akan perbincangan merupakan cara
terbaik utnuk menyelesaikan konflik,bak kata pepatah bulat air kerana
pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa ibu bapa yang
sebagai pendidik terbaik dapat mendidik anak-anak supaya berinteraksi baik dengan
orang lain.
Di samping itu, ibu bapa adalah pendidik terbaik kerana ibu bapa dapat
membekalkan pengalaman mereka yang berguna kepada anak-anak supaya anakanak dapat berhati-hati dalam setiap tingkah laku mereka.Hal ini demikian kerana
ibu bapa yang lebih tua mempunyai seribu satu pengalaman jika berbanding dengan
anak-anak yang belum dapat berfikir dengan matang. Pada era pascakemerdekaan
ini, anak-anak akan menghadapi kehidupan yang penuh dengan ranjau.Menurut
Azizi, et. al. : sekiranya ibu bapa gagal memberi pengalaman sosialisasi yang

berkesan, maka akan menimbulkan pelbagai perlakuan dan aktiviti sosial yang tidak
sihat. Ibu bapa yang lebih berpengalaman dapat memberi nasihat yang terbaik
kepada anak-anak. Nasihat ibu bapa ialah pelita hidup dalam kehidupan ank-anak.
Sehubungan dengan itu,anak-anak tidak mudah terjerumus dalam gejala
sosial.Anak-anak tidak akan menjadikan nasihat ibu bapa sebagai mencurahkan air
ke daun keladi.Hal ini disebabkan oleh mereka menjadikan pengalaman ibu bapa
sebagai iktibar supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut,persis kata pisang tidak
berbuah duan kali.Anak umpama pokok bunga yang tumbuh di taman ,yang
menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa.Lantaran itu,nasihat dan pengalaman ibu
bapa adalah baja yang terbaik yang dapat membantu anak-anak daripada
terpengaruh oleh pengaruh negatif.Secara tuntasnya,pengalaman ibu bapa boleh
dijadikan iktibar anak-anak supaya membantu anak-anak menghadapi kehidupan
yang penuh dengan ranjau.
Ibu bapa adalah pendidik terbaik kerana mereka menerapkan norma-norma
murni dalam sanubari anak-anak.Menurut At-Tarmizi: tiada satu anugerah yang
lebih mulia yang diberikan oleh seorang ayah kepada anaknya selain daripada
tunjuk ajar dan budi pekerti yang baik. Sebagai contohnya,ibu bapa boleh
menerapkan nilai bertanggungjawab,nilai kasih sayang dan nilai seumpamanya
dalam sanubari anak-anak.Hal ini demikian kerana norma-norma yang diterapkan
oleh ibu bapa dijadikan batu loncatan anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam
kehidupan.Seseorang yang bermoral juga mudah diterima oleh rakan,masyarakat
dan negara.Jika ibu bapa menerapkan nilai harga diri dalam sanubari anak-anak
,anak-anak tidak akan terpengaruh oleh pengaruh rakan sebaya untuk melakukan
sesuatu yang salah dari sisi undang-undang. Hal ini demikian kerana mereka akan
mengamalkan prinsip yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempena

dalam kehidupan mereka seharian.Melalui norma-norma murni yang diterapkan oleh


ibu bapa, anak-anak juga akan bersopan santun terhadap orang-orang yang lebih
tua. Konklusinya,ibu bapa yang membekalkan norma-norma kepada anak-anak
nescaya dapat membantu anak-anak untuk menjamin masa depan yang cerah.
Walhasilnya,ibu bapa haruslah memikul obligasi mereka iaitu sebagai
pendidik terbaik kepada anak-anak supaya sekumpulan anak kesuma bangsa yang
cemerlang dalam setiap bidang dapat dizahirkan.Lantaran itu,negara kita dapat
berdiri sama tinggi,duduk sama sama rendah dengan negara-negara yang
asing.Walaupun ibu bapa sebagai pendidik terbaik kepada anak-anak tetapi semua
pihak masih perlu menggemblengkan tenaga untuk mengatasi masalah sosial dalam
halakah remaja.Kita janganlah menuding jadi ke arah ibu bapa manakala semua
pihak berganding pundak bagai aur dengan tebing supaya masalah sosial dapat
diselesaikan ke akar umbinya.Negara kita akan aman,harmoni dan Wawasan 2020
dapat direalisasikan.
(1305 patah
perkataan)

Bibliografi
.http://salizahamzah.blogspot.com/2011/10/ibu-bapa-sebagai-pendidik-no1.html
http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1402-menghayati-tugaskeibubapaan-sebagai-profesion.html
http://eprints.utm.my/10373/1/28.9_PERANAN_IBU_BAPA.pdf
http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/186.html
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Ibubapateladanterbaik/Article
/index_htmlhttp://www.kisahwanita.com/peranan-ibu-bapa-dalam-mendidik-anakanak

Vous aimerez peut-être aussi