Vous êtes sur la page 1sur 7

AMALI 3: Keapungan dan Prinsip Archimedes

( Keapungan, timbul dan tenggelam)


Hasil Pembelajaran: Mengkaji keadaan yang utama untuk keapungan, timbul dan
tenggelam.
Aktiviti 1
Masalah:
Bagaimanakah ketumpatan sesuatu cecair dapat mempengaruhi keapungan sesuatu objek?
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah manipulasi: Ketumpatan cecair
Pemboleh ubah bergerak bebas: Keapungan objek dalam cecair
Pemboleh ubah dimalarkan: Saiz objek
Hipotesis:
Telur lebih mudah untuk berapung dalam cecair yang berketumpatan tinggi.
Bahan dan Alat:
Dua silinder penyukat, larutan saline (air masin), air paip dan 2 telur
Prosedur:
1. Dua silinder penyukat diisi penuh dengan air. Satu silinder penyukat diisi penuh dengan
air paip dan satu lagi dengan larutan saline. Satu telur diletakkan ke dalam setiap silinder
penyukat dan pemerhatian dilakukan.
Langkah-langkah berjaga-jaga:
1. Telur diletakkan secara perlahan-lahan ke dalam silinder penyukat yang diisikan cecair
supaya cecair tersebut tidak terpercik keluar daripada silinder penyukat.
2. Pastikan jenis dan saiz telur yang digunakan adalah sama.
3. Pastikan kuantiti air paip dan larutan saline adalah sama.
4. silinder permukaan rata?
Pemerhatian:

Jenis cecair
Air paip

Keadaan telur
Telur tenggelam

Larutan saline

Telur terapung

Inferens
Telur lebih tumpat berbanding
dengan air pili
Larutan saline lebih tumpat
berbanding dengan telur

Perbincangan:
1. Ketumpatan merupakan jisim suatu bahan per unit isipadu bahan itu.
2. Setiap bahan mempunyai nilai ketumpatan tertentu.

3. Larutan saline mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air paip. Garam yang
ditambahkan ke dalam cecair menambah jisim cecair itu. Ketumpatan larutan saline juga
meningkat kerana mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar terus dengan ketumpatan.
4. Telur tenggelam sepenuhnya di dalam air paip kerana telur lebih tumpat berbanding
dengan air paip.
5. Telur terapung pada pemukaan larutan saline kerana ketumpatan larutan saline yang
lebih tinggi berbanding dengan telur.
6. Mengikut Prinsip Archimedes, apabila satu jasad direndamkan separuhnya atau
sepenuhnya ke dalam satu bendalir, jasad itu akan mengalami satu daya tujah ke atas yang
nilainya sama dengan dengan berat bendalir yang disesarkan. Formula berikut diikuti :

7.Telur

Berat jasad > daya julangan, jasad akan tenggelam.


Berat jasad = daya julangan, jasad akan tetap pada kedudukan
Berat jasad < daya julangan, jasad akan separuh tenggelam.
dapat berapung dalam

larutan saline kerana ketumpatan larutan saline

menghasilkan daya tujah air yang lebih kuat untuk mengatasi berat telur.
8. Air paip mempunyai ketumpatan yang kurang dan telur tenggelam kerana daya
tujah air paip tidak mampu mengatasi berat telur.
9. Telur bergerak dengan perlahan-lahan ke bawah kerana berat telur
Kesimpulan:
Hipotesis diterima iaitu telur lebih mudah untuk berapung dalam cecair yang berketumpatan
tinggi.

Aktiviti 2

Masalah:
Adakah bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan objek tersebut di atas
air?
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah manipulasi: Bentuk dan ketinggian sisi bot
Pemboleh ubah bergerak bebas: Keapungan bot yang diperbuat daripada plastisin
Pemboleh ubah dimalarkan: Jisim bola plastisin
Hipotesis:
Bentuk dan ketinggian sisi objek dapat mempengaruhi keapungan objek di atas air.
Bahan dan Alat:
Bekas berbentuk panjang, air paip dan 3 bola plastisin (setiap 50g)
Prosedur:
1. Tiga bola plastisin diambil, setiap satu 50g. Dua bola plastisin dibentuk menjadi bentuk
bot, satu dengan sisi yang rendah dan satu lagi dengan sisi yang tinggi.
2. Satu bola plastisin 50g dan dua bot diletakkan di bekas yang diisi air penuh.
Pemerhatian direkodkan.
Langkah-langkah berjaga-jaga:
1. Pastikan jisim bagi ketiga-tiga bola plastisin adalah sama, iaitu 50g.
2. Pastikan bot plastisin yang dibentuk tidak berlubang kerana air akan mengalir masuk ke
dalam bot dan mengakibatkan bot tenggelam jika bot plastisin terdapat lubang.
3. Kipas dimatikan agar udara daripada kipas tidak memberi kesan kepada air dalam bekas
seterusnya mempengaruhi keapungan bot.
4. Bot plastisin diletakkan secara perlahan-lahan ke dalam air supaya bot tidak terus
tenggelam ke dalam air. Disebabkan?
Pemerhatian:
JENIS BOT

PEMERHATIAN

INFERENS
Bot terapung kerana isipadunya
merendahkan ketumpatan bot.

Bot sisi rendah

Bot terapung

Ketumpatan bot adalah lebih


rendah berbanding dengan
ketumpatan air, bot terapung.
Bot terapung kerana isipadunya
merendahkan ketumpatan bot.

Bot sisi tinggi

Bot terapung

Ketumpatan bot adalah lebih


rendah berbanding dengan
ketumpatan air, bot terapung.

Bola plastisin

Bebola plastisin tenggelam sebaik

Isipadu bola plastisin kecil,

ketumpatannya tinggi
50 g

sahaja diletakkan di atas permukaan

berbanding dengan

air.

ketumpatan air. Bola plastisin


tenggelam.

Perbincangan:
1. Bebola plastisin yang berbentuk sfera terus tenggelam ke dalam air kerana ia lebih
tumpat berbanding dengan air. Ini adalah disebabkan isipadunya rendah.
2. Bot bersisi rendah dan bot bersisi tinggi terapung di permukaan air disebabkan isipadu
bot yang menjadikan ketumpatan bot lebih rendah berbanding dengan ketumpatan air.
3. Merujuk kepada formula ketumpatan, ketumpatan berkadar songsang dengan isipadu.
Jika isipadu objek tersebut besar maka ketumpatan akan menjadi rendah dan membolehkan
objek itu terapung. Jadi, satu objek yang lebih tumpat daripada air boleh terapung di atas air
jikalau isipadu objek tersebut dibesarkan.
Ketumpatan =

Jisim
Isipadu

1. Pengubahsuian bot untuk berapung, perubahan yang dibuat


2. Isipadu bot, kebolehan untuk menapung beban
Kesimpulan:

Hipotesis diterima iaitu bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan
sesuatu objek.

Aktiviti 3
Masalah: Adakah isipadu objek mempengaruhi keapungan objek selepas diletakkan
muatan?
Pemboleh ubah:

Pemboleh ubah manipulasi: Isipadu objek


Pemboleh ubah bergerak bebas: Keapungan objek selepas diletakkan muatan
Pemboleh ubah dimalarkan: Jisim bola plastisin yang diletakkan di bahagian tengah setiap
bot
Hipotesis:
Objek yang mempunyai isipadu yang besar masih berapung selepas diletakkan muatan.
Bahan dan Alat:
Bekas berbentuk panjang, air paip, bot bersisi rendah dan bot bersisi tinggi (dari aktiviti 2)
dan 2 bola plastisin (setiap 50g)
Prosedur:
1. Satu bola plastisin 50g diletakkan secara perlahan-lahan di setiap satu bahagian tengah
bot bersisi rendah dan satu lagi di bahagian tengah bot bersisi tinggi. Pemerhatian
direkodkan.
2. Inferens dinyatakan untuk setiap permerhatian.
3. Satu laporan bagi 3 aktiviti di atas berdasarkan format berikut: mengenal pasti masalah,
membentuk hipotesis, menguji hipotesis, merekod dan menganalisis data dan kesimpulan
ditulis.
Langkah-langkah berjaga-jaga:
1. Pastikan jisim bagi kedua-dua plastisin yang diletakkan pada bahagian tengah setiap bot
adalah sama, iaitu 50g.
2. Pastikan bot plastisin yang dibentuk tidak berlubang kerana air akan mengalir masuk ke
dalam bot dan mengakibatkan bot tenggelam jika bot plastisin terdapat lubang.
3. Kipas dimatikan agar udara daripada kipas tidak memberi kesan kepada air dalam bekas
seterusnya mempengaruhi keapungan bot.
4. Bola plastisin diletakkan secara perlahan-lahan di bahagian tengah setiap bot supaya bot
tidak terus tenggelam ke dalam air. Disebabkan?
Pemerhatian:
Bot sisi

PEMERHATIAN
Bot tenggelam ke dalam

INFERENS
- Bot bersisi rendah tenggelam kerana sisinya tidak

rendah

dasar bekas kerana tebing

dapat menampung atau menghalang air masuk

bot dimasuki air selepas

apabila terdapat muatan yang berat

diletakkan bola plastisin

menyebabkan perahu karam. Sisi bot rendah

50g di bahagian

menyebabkan bot tenggelam walaupun pada

tengahnya
-

awalnya bot terapung di atas air.


Bot bersisi rendah tenggelam kerana isipadunya
yang rendah. Apabila isipadu rendah dan bola
plastisin 50g diletakkan di atas bot,
ketumpatannya menjadi tinggi dan menyebabkan

ketumpatan air lebih rendah berbanding dengan


ketumpatan bot tersebut. Bot bersisi rendah
-

tenggelam.
Bot sisi tinggi masih terapung. Disebabkan sisi
bot yang tinggi, walaupun terdapat muatan yang
dimasukkan, bot masih mampu untuk
menampung berat bebola 50 g. Sisi yang tinggi

Bot sisi tinggi

Bot masih terapung di

menyebabkan bot tidak tenggelam seperti perahu

permukaan air walaupun

sisi rendah kerana sisinya menghalang air

diletakkan bola plastisin

daripada masuk ke dalam bot.


Bot bersisi tinggi terapung kerana isipadunya

50g di bahagian
tengahnya.

yang tinggi. Apabila isipadu tinggi dan bola


plastisin 50g diletakkan di atas bot, ketumpatan
bot masih rendah dan menyebabkan ketumpatan
air lebih tinggi berbanding dengan ketumpatan
bot. Bot bersisi tinggi terapung.

Perbincangan:
1. Apabila perahu ditambah dengan jisim yang sama iaitu 50 g lagi, perahu bersisi rendah
telah tenggelam manakala perahu bersisi tinggi masih lagi terapung di permukaan air.
2. Bot bersisi rendah tenggelam. Sisi bot yang rendah menyebabkan isipadunya rendah.
Apabila bola plastisin 50g diletakkan di atas bot, ketumpatannya menjadi tinggi dan
menyebabkan ketumpatan air lebih rendah berbanding dengan ketumpatan bot tersebut.
Bot bersisi rendah tenggelam.
3. Bot bersisi tinggi terapung. Sisi bot yang tinggi menyebabkan isipadunya tinggi. Apabila
bola plastisin 50g diletakkan di atas bot, ketumpatannya masih rendah dan
menyebabkan ketumpatan air lebih tinggi berbanding dengan ketumpatan bot. Bot
bersisi tinggi terapung.
Kesimpulan :
Objek yang mempunyai isipadu yang besar masih berapung selepas diletakkan muatan.
Hipotesis diterima.

Soalan-soalan:
1. Mengapakah objek timbul atau tenggelam dalam cecair?
Setiap objek mempunyai ketumpatan tertentu. Jika cecair adalah lebih tumpat
berbanding dengan objek, objek akan terapung dalam cecair kerana terdapat
daya tujahan yang bertindak daripada cecair menghasilkan daya tujah air yang lebih
kuat untuk mengatasi berat objek. Jika objek lebih tumpat berbanding dengan

cecair, objek tersebut akan tenggelam dalam cecair kerana daya tujahan cecair
tidak mampu untuk mengatasi berat objek.
2. Bolehkah satu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air?
Terangkan.
Satu objek yang lebih tumpat daripada air boleh terapung di atas air dengan
syarat bentuknya diubah suai. Mengikut konsep ketumpatan, ketumpatan
berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna jika isipadu objek tersebut
besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan membolehkan objek
itu terapung. Jadi, satu objek yang lebih tumpat daripada air boleh terapung di
atas air jikalau isipadu objek tersebut dibesarkan.
3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi keapungan objek.
-

Faktor pertama merupakan bentuk objek. Jika bentuk objek mempunyai isipadu yang
besar, objek tersebut boleh terapung di atas air. Mengikut konsep ketumpatan,
ketumpatan berkadar songsang dengan isipadu. Isipadu objek besar, ketumpatan
menjadi rendah. Jika ketumpatan objek lebih rendah berbanding dengan ketumpatan
cecair, objek akan terapung.

Berat juga mempengaruhi keapungan objek. Objek yang berat menyebabkan ia


mudah untuk tenggelam. Jisim berkadar terus dengan ketumpatan, jisim tinggi,
ketumpatan objek juga tinggi. Jika ketumpatan objek tersebut adalah lebih tinggi
berbanding dengan ketumpatan cecair, maka objek itu akan tenggelam.

Vous aimerez peut-être aussi