Vous êtes sur la page 1sur 5

Pada pendapat anda, adakah rakyat di Malaysia

mengamalkan intergrasi nasional?


Ya. Pada pendapat saya, rakyat di Malaysia mengamalkan
intergrasi nasional tersebut contohnya guru. Kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk mewujudkan Sekolah Wawasan.
Konsep Sekolah Wawasan ialah berusaha untuk melahirkan anak
bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan
menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam
yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk
mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang
sama. Ini bermaksud penggabungan sekolah berkenaan sudah
pasti akan menemukan pelajar kepada satu andaian baru dalam
hidup mereka. Ia bertujuan untuk mengeratkan perpaduan dan
menyatupadukan kaum dalam kalangan pelajar. Walaupun
semangat perpaduan dan integrasi antara kaum telah diberi
penekanan sejak murid berada di sekolah rendah lagi, namun
penubuhan Sekolah Wawasan akan lebih mencapai objektifnya
kerana murid berbilang kaum dipertemukan di bawah satu tapak
persekolahan yang sama.

Nyatakan tahap-tahap intergrasi yang wujud di


Malaysia?
Tahap-tahap intergrasi yang wujud di Malaysia ialah Tahap
Segregasi,Akomodasi,Akulturasi,Asimilasi dan Amalgamasi.

Huraikan, berikan contoh dan formula yang


menunjukkan tahap-tahap tersebut.
Tahap Segregasi
Segregasi adalah merujuk kepada proses atau suasana
pengasingan dan juga pemisahan antara satu kumpulan etnik
dgn kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan &
kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh
undang-undang atau sebaliknya (seperti dasar aparthied di
Afrika).Contohnya. Orang Melayu, cina dan India hidup terpisah
kerana berbeza perkerjaan. Orang Melayu berkerja sebagai
nelayan dan petani, maka tempat tinggal mereke adalah di
kampung-kampung pedalaman dan pesisir pantai . Orang cina
pula berkerja sebagai peniaga dan pedagang serta pelombong
dan kebanyakan mereka tinggal si pinggir bandar dan kawasan
bandar, manakala kebanyakan orang India bekerja sebagai buruh
dan penoreh getah yang tempattinggal mereka kebanyakannya
tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang.Formula bagi
konsep segregasi ini ialah A/B/C yang memperlihatkan adanya
tembok pemisah antara etnik-etnik.

Akomodasi
Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan
setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma &
nilai kumpulan etnik yang lain tetapi pada masa yang sama tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing
(Pluralisme).Dalam konteks negara Malaysia,masyarakat
Melayu,Cina,India,Sikh dan lain lain tetap mengamalkan dan
mempertahankan budaya hidup masing-masing.Formula bagi
konsep ini ialah akomodasi ialah A + B + C = A + B + C

Asimilasi
Proses Asimilasi adalah merupakan satu proses
percantuman dan penyatuan antara kelompok atau individu
yang datang dari etnik dan kebudayaan yang berlainan
supaya menjadi satu dengan etnik yang dominan. Satu
proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok yang
berfikir, berperasaan secara berlainan, akhirnya bersatu dlm
kesatuan sosial serta budaya yang sama. Umumnya
kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah
diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan
anggotanya besar.Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan
tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar
diasimilasikan.Contohnya Di Thailand, orang Melayu
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama,
bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan dengan
amalan & cara hidup orang Thailand.Formula untuk konsep
ini ialah A + B + C = A (dominan).

Amalgamasi
Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi
biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai
kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan
akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini
memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa
generasi. Contoh yang dapat dilihat di Malaysia ialah
perkahwinan campur antara Orang cina dan india, Melayu dan
cina, India dan melayu, Melayu dan orang eropah dan
sebagaunya. Wajah pan asian merupakan ras yang popular di
rantau asia dan Malaysia . Ada juga yang mengaitkan anak hasil
perkahwinan campur mempunyai IQ yang tinggi , cerdik ,
berpenampilan menarik dan sebagainya.Formula bagi konsep
amalgamasi ini ialah A + B + C = D(kelompok baru)

Akulturasi
Suatu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari budaya yang lain . Walaupun
sesuatu kelompok budaya itu menerima unsur-unsur budaya
etnik lain, ia tidak menyebabkan kehiangan identiti asal kaum
atau etnik yang menerimanya. Keadaan ini dapat dilihat dari
segi makanan pakaian dan sebagainya. Contohnya yang
berlaku di Malaysia ialah pemberian duit raya oleh Orang
Melatyu semasa hari raya (budaya pemberian ang oau ialah
buadaya masyarakat cina). Begitu juga budaya pemakaian tali
leher dalam kalangan semua bangsa di Malaysia sedangkan
pemakaian tali leher ialah budaya orang barat. Formula bagi
konsep akulturasi ini ialah Abc + Bac + Cab.

Vous aimerez peut-être aussi