Vous êtes sur la page 1sur 6
=a Resolusi Persidangan Malls Profesor Negara “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia |. NEGARA WW AV FUE tS) PROFESOR Malls Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri ‘Aras 3, No. 2, Menara 2, Jalan PSV6, Presint 5 62200 WP. Putrajaya RESOLUSI PERSIDANGAN MAILIS PROFESOR NEGARA “DILEMA NEGARA: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia” pada 15 & 16 Disember 2014 Hotel Renaissance Kuala Lumpur diserahkan kepada YB. Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia PENDAHULUAN BAHAWA Majlis Profesor Negara (MPN) telah mengadakan persidangan “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia, pada 15 dan 16 Disember 2014, bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. BAHAWA persidangan ini telah disertai oleh kira-kira 250 orang tenaga akademik, pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (Polis Diraja Malaysia & Jabatan Imigresen Malaysia), Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Tenaga Kerja), Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perangkaan Malaysia, kesatuan pekerja (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia -- MTUC dan Kesatuan Jururawat Malaysia - MNU), Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pekilang- Resolusi Persidangan Malls Profesor Negara "Dilema Negara: su dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia |2, Pekilang Malaysia (FMM), The Incorporated Society of Planters, rakan-rakan media cetak dan elektronik, dan lain-lain. SENARIO DAN FAKTA BAHAWA Persidangan ini telah mendengar ucap utama yang bertajuk “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia” yang dibentang oleh pakar bidang, iaitu YBhg Prof. Dr. Azizah Kassim. BAHAWA Persidangan ini membincangkan isu pekerja asing dalam tiga sidang panel, dengan tajuk: 1. Dimensi Ekonomi dan Politik, 2. Dimensi Sosio-Budaya dan Pendidikan, dan 3. Dimensi Keselamatan, Penguatkuasaan dan Governans. PENEMUAN DAN PENDIRIAN PERSIDANGAN BAHAWA setelah mendengar ucap utama, pembentang ahli panel, dan perbincangan dalam sesi soal-jawab maka Persidangan ini menetapkan pendirian seperti berikut: 1. BAHAWA Malaysia mendapat manfaat besar dari segi ekonomi, daripada tenaga dan titik-peluh pekerja asing walaupun pengaliran keluar wang ke negara-negara pembekal tenaga kerja asing ini adalah besar dan semakin meningkat; 2. BAHAWA ekonomi Malaysia, terutama sektor ekonomi yang bersifat intensif buruh seperti sektor pembuatan, sektor perladangan, sektor pertanian, sektor perkhidmatan dan lain-lain, akan terus bergantung pada tenaga pekerja asing; 3. BAHAWA pekerja asing yang berstatus bekerja dengan izin yang sah, berdasarkan undang-undang Malaysia, tidak dianggap sebagai dilema Negara, malah perlu dianggap sebagai “pekerja tamu” di mana kepentingan dan kebajikan mereka akan terus dilindungi oleh undang- undang Malaysia; Resolsl Persidangan Malls Profesor Negara “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia |3 4, BAHAWA kewujudan bilangan pekerja asing tanpa izin yang sangat ramai di Malaysia, adalah disebabkan sistem rekrutmen dan penggajian yang tidak berpihak kepada kepentingan dan kebajikan pekerja tersebut, malah telah memerangkap mereka ke dalam satu ikatan eksploitasi dan hutang yang membelenggu kehidupan ekonomi dan sosial mereka. Menjadi pekerja asing tanpa izin adalah jalan keluar yang tidak dapat dielakkan oleh sebahagian besar pekerja asing ini; 5. BAHAWA ikatan eksploitasi dan hutang yang dialami oleh sebahagian besar pekerja asing ini adalah disebabkan oleh karenah agensi pembekal pekerja asing di negara-negara pembekal atau sumber tertentu dan di Malaysia sendiri; 6. BAHAWA karenah agensi pembekal pekerja asing di negara pembekal dan di Malaysia ini juga menyebabkan sebahagian besar majikan terpaksa menanggung kos yang sangat tinggi untuk mendapatkan tenaga kerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mereka berdasarkan yuran perkhidmatan yang sangat tinggi yang dikenakan oleh agensi berkenaan; 7. BAHAWA langkah untuk menangani dilema kewujudan pekerja asing tanpa izin ini perlu dilaksanakan secara berganding tenaga antara Kerajaan Malaysia dengan pihak Kerajaan negara-negara pembekal tenaga kerja; 8. BAHAWA dilema kewujudan “pekerja asing tanpa izin” ini semakin dikusutkan oleh kewujudan “pendatang asing tanpa izin”, yang mungkin pada asalnya datang sebagai pelancong atau pelajar asing di pusat pengajian tinggi yang tidak berwibawa, sehingga mencetuskan peningkatan peristiwa jenayah, gangsterisme dan keganasan yang terbukti melibatkan golongan ini; BAHAWA langkah menangani isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin ini perlu dilaksanakan menurut apa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara, tetapi mematuhi prinsip berkaitan hak asasi manusia, demokrasi dan garis panduan yang telah Resolusi Persidangan Mas Profesor Negara, “bilema Negara: su dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia | 4 digubal oleh agensi-agensi antarabangsa yang berwibawa menerusi konvensyen yang dianggotai oleh Malaysia; 10.BAHAWA sistem undang-undang dan governans yang lebih mantap untuk menangani isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin perlu dibangunkan dan perlu mendapat sokongan padu semua pihak yang relevan dan tidak bertolak ansur terhadap keperluan mempertahankan sistem governans yang berprinsip mulia, beretika dan berintegriti; 11.BAHAWA sebarang langkah yang diambil untuk menangani isu pekerja asing dan pendatang tanpa izin hendaklah dilaksanakan menurut kesahan undang-undang negara tanpa menggugat kepentingan dan kedaulatan negara; dan 12. BAHAWA jika tidak ditangani dengan segera, kewujudan pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin yang tidak terkawal ini akan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara dengan serius. CADANGAN PERSIDANGAN BAHAWA berdasarkan pendirian di atas, Persidangan ini mencadangkan perkara berikut: 1. BAHAWA sektor ekonomi yang berintensif buruh yang menggaji tenaga kerja asing dengan izin perlu diberikan segala bentuk bantuan oleh pihak berkuasa dan relevan supaya dapat memberikan layanan yang berkualiti kepada tenaga kerja asing di bawah kawalan mereka, selari dengan garis panduan dan Tatacara Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) dan badan-badan dunia lain yang berwibawa; 2. BAHAWA setiap pihak yang relevan (majikan, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Imigresen Malaysia) perlu menyusun strategi supaya pekerja asing yang berstatus bekerja dengan izin dan sah dari segi undang- undang, tidak berubah statusnya menjadi pekerja asing tanpa izin; Resolus Persidangan Malis Profesor Negara “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia [5 . BAHAWA langkah “pemutihan” pekerja asing tanpa izin perlulah dilaksanakan tanpa membebani mereka dari segi kewangan memandangkan bahawa mereka adalah golongan yang tidak berkemampuan; BAHAWA mana-mana majikan yang menggaji pekerja asing tanpa izin hendaklah membantu pekerja berkenaan terlibat dengan proses “pemutihan”. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman yang sewajarnya; . BAHAWA bank data yang kemas kini dan komprehensif tentang status kesahan pekerja dan pendatang asing perlu dibangunkan secara bersepadu, termasuk menggunakan data Jabatan Imigresen, data perbankan khusus untuk kesemua pekerja dan pendatang asing (akaun bank dan transaksi kewangan); BAHAWA Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu diberikan kuasa, menerusi penggubalan akta baharu, bagi membolehkannya berperanan sebagai badan berwibawa yang menangani isu pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin, merentasi sempadan kuasa pelbagai kementerian dan jabatan Kerajaan, dan boleh diharapkan untuk melaksanakan pelan tindakan “pemutihan”, pengawalan pekerja dan pendatang asing; . BAHAWA Akta Kerja (Pindaan) 2012 perlu diperhalusi, dan diperbaiki jika perlu, dengan tujuan menjadi alat undang-undang bagi menangani isu pekerja asing tanpa izin; . BAHAWA Akta Perhubungan Perusahaan 1959 perlu diperhalusi dan diperbaiki jika perlu, dengan tujuan untuk membolehkan pekerja asing dengan izin dan sah dari segi undang-undang, boleh menjadi ahli kesatuan sekerja yang relevan; . BAHAWA anak-anak pekerja dan pendatang asing perlu diberikan kemudahan pendidikan dan kesihatan, atas dasar kemanusiaan, dengan syarat ibu bapa mereka telah menjalani proses “pemutihan” dan berstatus pekerja asing dengan dengan izin; Resolus Persidangan Malis Profesor Negara “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia |6 10.BAHAWA kajian perlu dibuat terhadap senario kumpulan “pelarian” yang bermastautin di Malaysia dengan status “pendatang tanpa izin”, tetapi memegang kad pengenalan UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees) supaya satu dasar yang pragmatik boleh dibuat berkaitan kemungkinan mereka menjadi pekerja asing dengan izin memandangkan Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951; 11.BAHAWA satu pusat kajian pekerja asing di peringkat kebangsaan ditubuhkan untuk berperanan sebagai penasihat strategik kepada pihak Kerajaan dan pihak lain yang relevan; 12.BAHAWA peruntukan bagi agensi penguatkuasa ditambah untuk membolehkan langkah pengurusan pekerja asing ini ditangani dengan berkesan. 13.BAHAWA sikap positif terhadap tenaga kerja asing dengan izin tidak sepatutnya menjejaskan kepentingan ekonomi dan peluang pekerjaan yang baik bagi pekerja tempatan; BAHAWA resolusi persidangan “Dilema Negara: Isu dan Cabaran Pekerja Asing di Malaysia” ini, dengan penuh takzim, diserahkan kepada YB. Dato’ Seri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, pada 16 Disember 2014, di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Vous aimerez peut-être aussi