Vous êtes sur la page 1sur 9

Asal usul Keluarga Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua
makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”
seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau
akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara
besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini
berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.

Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin,
lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang
digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap
terjaga.’

Keluarga Dajjal, Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya
ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah
daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan
makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam
penjara.Ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. Dulu, mereka menyembah
sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar
patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung
lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala.
Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang
dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau
persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka
korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka
merestui apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar
mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas
seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang
suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.( bapanya adalah hasil
hubungan sumbang mahram dan begitu juga ibunya )

Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala
setiap kali dia menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun turut mencampuri isteri penyembah
berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia
dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan
oleh Allah.
(Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan
ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan
Syaitan)

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan
lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang
memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia
memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika
kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak
banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan
anak perempuan.

Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia
sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh
mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh
diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang
untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.

Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk
melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan.

Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh
melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti melihat manusia melihat filem
X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal lagi. Namun
begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitan tidak tahu apakah anak itu
perempuan atau lelaki tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan
kelahiran anak lelaki.

Perempuan itu pun melahirkan anak lelaki tetapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua
belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun
untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah


mengenai keluarga Dajjal.

“Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya
fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan
kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan
dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu
sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.

Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa
kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah
murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak
lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan.
Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah
memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan
anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur.
Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orang tuanya tidak pernah merasa tenang.
Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan
tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.

Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.”

Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang
tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya.
Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-
akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan
membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan
(Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh
syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu
menghala ke patung lembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung
tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur
dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna
peristiwa yang terjadi itu tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun
memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka
menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan
tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk
sahaja.

Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang
mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan
kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang
cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa
tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu
mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian
memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi.

Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima


kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam
penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi
kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut.

Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di
hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak
ada yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan
pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu
terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari
istana hakim.

Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan
peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah)
Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya.
Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu
pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia.

Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari
badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh,
dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana
menurut hakim syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.

Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut.
Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat
pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua
huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam
kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar.
Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang
kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu
adalah cucu dari Syam.” Tetapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-
kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.

Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan
lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan
dihukum.

Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan
negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain.

Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita,
kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal almutakarrarah yang bermakna
(tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil.

Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya.
Setahun kemudian, iaiitu ketika berumur lima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun
dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang-orang di sekeliling
istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.

Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-
doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat
disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang
Maha Kuasa.

Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang
peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu
melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan
yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali.
Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke
dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang
terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril
telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang
di sebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. ( Dari
Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang
mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal.)

Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi
makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak
tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang
penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas
negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu.

Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi
menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan
berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia
mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang
akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa
tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi
yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir
zaman.

Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu ‘ban ar-rahib we
ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu
tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di
pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter.
Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan
berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan ia menguasai pulau itu. Ular itu adalah
penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang mengarahkannya.

Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi
yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokokpokok
rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang
berfaedah seperti berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal
berwarna kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi
bukan seperti kepala syaitan yang hodoh.

lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan.

Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh
anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak.
Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan
bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan
planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kerana ia telah ditentukan
oleh Yang Maha Kuasa.
Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu
tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu,
kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti
penghuni gua.

Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mula
terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia
hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan
mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga habis
makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu
berdiri, bergerak, dan berfikir.

Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang
terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas.

“Buatlah seperti begini supaya kamu menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada
anak itu.

Anak kecil itu pun berjalan-jalan mengelilingi sekitar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa
kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan
penuh hati-hati.

Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang
buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang
menuju ke sana.

Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang
sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu.
Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham.

Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari
gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa
oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau.
Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap
anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama
mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan
Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha
Esa.”

Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke
arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya
huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat
kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu
tertulis kata-kata:
Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)

Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya)

Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu
mengkhianati janjimu dengan Allah.”

Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”

Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai
dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam
berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang
diwajibkan kepadamu. Allahlah Raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak
pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung.
Dan Allah lah yang Maha Raja.”

Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau
menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”

Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang
Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau
beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan
mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau
adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya
engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua
nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani
dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi
yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin.
Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia
berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan
perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului
Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu
menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan
kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat
melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat
Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau
pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk
dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu
negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi
menyayangi orang-orang yang terusir dari rahmat nya

Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai
Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika
tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun
lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah
seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah
tanah-tanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari
ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat di-isra’ dan dimi’rajkan Nabi dari
bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di
dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang
dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam.

Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud
adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak
boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu
Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia
meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan
Allah Tuhan semesta alam!’

Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-
batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang
indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwat emas berkilat yang digunakan Jibril
untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi.
“Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)

lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu
bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui.
Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu
ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak
itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang
dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia
akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih
menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI
TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan
dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam
manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah
tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja.

Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu
ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali
Allah s.w.t.

Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.

“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke
sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu
bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang
diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini
bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti.
Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah
hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku
diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan
hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang
itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian
setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana
lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu
dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.

Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya.
Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui
oleh semua makhluk. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat--
wasiat dari malaikat Jibril itu.

Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia
bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan
memberitahukannya kepada anak itu.

Vous aimerez peut-être aussi