Vous êtes sur la page 1sur 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN


( KOHOT 3 )

TUGASAN KURSUS 30%


HBQE 3203
TAJUK :
TOKOH TAFSIR MODEN MALAYSIA
NAMA
NO. KAD PENGENALAN
SEMESTER
NO.KAD MATRIK

: HURUL AIN ZAHRA BT HJ MOHD HALIM


: 730107-01-5902
: JANUARI 2010
: 730107015902002

PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN NORMAH BT IDRIS


TANDA TANGAN : ____________________________________

TARIKH HANTAR : 6 MAC 2010

HBQE 3203
FAKULTI :
PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
KOHOT 3
UNIVERSITI :
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Isi Kandungan

muka surat

1.

HALAMAN PENGAKUAN
4

2.

PENGHARGAAN
5

3.

PENGENALAN

4.

TOKOH TAFSIR MODEN

5.

METODOLOGI KITAB TAFSIR


10

6.

TAFSIR SURAH AL-MAUN


13

7.
18

BIBLIOGRAFI

HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN
DAN RINGKASAN YANG TIAP-TIAP SATUNYA TELAH DIJELASKAN SUMBERNYA.

TANDA TANGAN :
NAMA PENULIS : HURUL AIN ZAHRA BT HJ MOHD HALIM
TARIKH : 6 MAC 2010

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah di atas segala limpahan nikmat dan
kurniaan kasih sayangNya. Dengan izinNya jua, saya dapat menyiapkan dan
menyempurnakan tugasan kursus yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak
OUM kepada saya untuk sesi Januari 2010 ini.
Sepanjang saya menyempurnakan tugasan kursus ini, saya telah diberi tunjuk
ajar daripada pensyarah, mendapat bantuan, sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak terutamanya untuk rakan-rakan sekelas SMP sesi Januari 2010 .
Selain daripada bersama-sama mencari dan mendapatkan bahan rujukan untu
tugasan ini, kami juga sering berbincang dan bertukar-tukar pandangan bagi
mencari idea-idea yang lebih berkesan agar tugasan kursus yang perlu disiapkan
ini dapat diselesaikan dengan lengkap dan sempurna memenuhi keperluan dan
kehendak soalan.
Penghargaan setinggi-tingginya buat Puan Normah bt Idris
yang telah
memberikan tunjuk ajar serta mencetuskan idea bagi menyudahkan tugasan
kursus ini.
Sekalung terima kasih juga tidak lupa diberikan kepada suami tercinta dan
anak-anak tersayang yang telah memberikan sokongan dan semangat yang
tinggi agar saya berusaha dengan lebih gigih dan menghasilkan hasilan yang
terbaik.
Semoga tugasan kerja kursus ini dapat menjadikan rujukan utama saya demi
meningkatkan perkembangan secara menyeluruh, dari aspek pengetahuan,
kemahiran ikhtisas serta amalan nilai-nilai murni keguruan pendidikan Malaysia
yang cukup berkesan. Di samping itu kemahiran yang saya pelajari ini mampu
saya gunakan apabila saya tamat pengajian kelak.

Nama : Hurul Ain Zahra bt Hj Mohd Halim


Sarjana Muda Pengajaran (KOHOT 3 )
Universiti Terbuka Malaysia

1. PENGENALAN

Tafsir dari sudut bahasa ialah keterangan dan kenyataan. Dari segi istilah ialah ilmu
yang membicarakan perihal al-Qur'an berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan
Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengah ulama memberikan
pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan
kalam Allah yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang
berhubung dengan sesuatu hukum.
Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu kejadian itu
berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah
mengandungi sususan ilmu bacaan (al-qiraat), yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang
melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya.

Pengajian Islam di dalam bidang tafsir di Tanah Melayu telah bermula sejak kurun ke
17 Masihi. Penulisan terawal ialah terjemahan kitab tafsir al-Baydawi yang telah ditulis oleh
Tok Pulau Manis. Bermula daripada itu bidang pengajian al-Quran mempunyai sejarahnya
tersendiri di dalam perkembangannya di Tanah Melayu ini. Antara karya terkenal di dalam
bidang ini yang sering digunakan oleh masyarakat di Malaysia ini ialah kitab Tafsir Pimpinan
ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran.

2. TOKOH TAFSIR MODEN

Soalan : Pilih seorang tokoh tafsir moden (Malaysia) yang telah banyak menyumbang
kepada perkembangan Islam dan ilmu pengetahuan dalam masyarakat. Huraikan biodata dan
sumbangan tokoh tersebut dengan mengutarakan sumber rujukan yang anda gunakan.

2.1 Biodata Sheikh Abdullah Basmeih


2.1.1 Latar belakang
Nama penuh beliau ialah Sheikh Abdullah Basmeih bin Sheikh Muhammad Basmeih.
Beliau berketurunan Arab di kedua-dua belah pihak ibu dan ayah beliau. Ayah beliau
bernama Syeikh Muhammad Basmeih bin Salleh Basmeih yang berasal dari Hadramawt di
Yaman, manakala ibu beliau bernama Aisyah binti Abdullah bin Hammad yang berasal dari
wilayah Bishah Arab Saudi. Basmeih adalah gelaran bagi keturunan beliau.
Syeikh Abdullah Basmeih telah dilahirkan pada 29 Disember 1913. Dalam catatan
lain beliau dikatakan dilahirkan pada tahun 1915 kerana umur beliau sewaktu berhijrah ke
Tanah Melayu pada tahun 1927 ialah 12 tahun. Beliau dilahirkan di kawasan bernama
Maabdah yang terletak berhampiran dengan Mekah. Beliau dibesarkan di bumi Mekah alMukarramah sehinggalah berhijrah ke Tanah Melayu selepas itu kerana mengikut bapa
beliau.
Syeikh Abdullah Basmeih telah menjadi yatim semasa berumur kurang dari dua tahun
sewaktu ibu beliau Aisyah meninggal dunia. Selepas itu beliau dijaga dan dibesarkan oleh
ibu saudara beliau Khadijah Hammad.
Sheikh Abdullah Basmeih hanya mempunyai dua orang adik beradik lelaki sebapa
iaitu Sheikh Said dan Sheikh Salim. Kedua-duanya adalah hasil daripada perkongsian hidup
Sheikh Muhammad Basmeih dengan wanita Melayu yang bernama Yang Chik binti Haji
Kesah yang berasal dari Kampung Sungai Kertah Pengkalan Balak Melaka.
Sheikh telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 1996 di rumah beliau yang terletak
di Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat. Pada ketika itu beliau berumur 84 tahun.
2.1.2 Pendidikan
Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang tokoh ilmuwan terulung namun sejarah
pendidikannya tidaklah sepertimana kebanyakan ulama lain.

Pendidikan awal Sheikh bermula semasa beliau kecil lagi iaitu semasa berada di
Mekah al-Mukarramah. Semasa di sana beliau telah sempat belajar di Suq al-Layl. Beliau
telah dihantar oleh ayah beliau untuk belajar agama di masjid Mekah semasa berumur 7
tahun. Pembelajaran beliau ini hanyalah sekejap sahaja kerana semasa beliau berumur 12
tahun ayah beliau telah membawa beliau bersama berhijrah ke Malaysia di Pengkalan Balak
Melaka. Bermula dari perpindahan itu, beliau telah dididik mengikut suasana masyarakat
tempatan pada masa itu.
Beliau telah dimasukkan ke sekolah Melayu Pengkalan Balak Melaka dan telah
belajar sehingga lulus darjah 5. Hasil daripada persekolahan dan persekitaran telah
membolehkan beliau untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Selepas daripada itu beliau tidak dapat meneruskan pengajian beliau ke peringkat
lebih tinggi disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun beliau tetap gigih menimba
ilmu dengan berusaha membaca sendiri antaranya Majalah Guru, hasil-hasil karangan pendita
Zaaba dan sebagainya. Beliau sendiri turut menyebut bahawa guru beliau adalah buku-buku
dan kemahuan, hanya Allah sahaja yang mengetahui kegigihan beliau dalam menuntut ilmu.

2.1.3 Pekerjaan
Sheikh Abdullah Basmeih adalah seorang yang gigih. Sejak kematian ayah beliau,
beliau telah bertanggungjawab untuk berusaha mencari rezeki bagi meringankan beban ibu
tiri beliau walaupun pada masa itu beliau masih bersekolah. Beliau pernah menjual nasi
lemak, menoreh getah, bersawah, menjual buah dan ikan.
Selain daripada itu, Sheikh juga pernah bekerja sebagai buruh di Triang Pahang,
sebagai pembantu tukang masak di kantin Sekolah Inggeris Bandar Hilir Melaka, sebagai
buruh di kilang getah Belanda di Pasir Panjang, peniaga kain dan pembuat dan penjual rojak.
Semasa beliau berniaga rojak beliau telah berjinak-jinak dengan dunia penulisan.
Artikel beliau pernah tersiar dalam akhbar Warta Malaya. Kebolehan beliau ini disedari oleh
pengarang akhbar Utusan Melayu Haji Mohammad Dahlan Masood (Hamdan). Beliau telah
memberi kepercayaan kepada Sheikh untuk menterjemah rencana-rencana agama daripada
Majalah al-Musawwar untuk dimuatkan ke dalam Utusan Melayu.
8

Selepas itu beliau terus serius berkecimpung di dalam dunia penulisan dan
penterjemahan. Beliau pernah bekerja dengan Syarikat Qalam Press dan Syarikat Utusan
Melayu. Beliau juga pernah bekerja sebagai penulis dan penterjemah bebas.

2.2 Sumbangan Syeikh Abdullah Basmeih

Sepanjang penglibatan Sheikh di dalam bidang penulisan, beliau telah banyak


menghasilkan karya-karya yang amat berharga. Antaranya ialah :

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman


Pengertian Ayat-ayat al-Quran ( naskhah jawi dan naskhah rumi )
Mukadimah Mastika Hadisiv. Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( iman- tauhid
Mastika Hadith Rasulullah s.a.w ( sembahyang )
Khutbah Haji Wada- Khutbah Rasulullah
Panduan Mengurus Jenazah
Kedudukan Masjid Dalam Islam
Sejarah Hidup Siti Aisyah (1950)
Sejarah Hidup Abu Bakar al-Siddik (1951)
Sejarah Hidup Nabi Muhammad ( 1952-1953 )
Panduan Kanak-kanak Sembahyang
Muqaddam al-Quran
Hikayat Salahuddin al-Ayyubi

3. METODOLOGI KITAB TAFSIR

Soalan : Bincangkan metodologi yang digunakan oleh tokoh tersebut dalam tafsirnya.

3. 1 Pengenalan Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman


Tafsir Pimpinan ar-Rahman adalah sebuah kitab terjemahan alQuran sekaligus merupakan kitab tafsir al-Quran yang telah
dihasilkan oleh Sheikh Abdullah Basmeih. Kitab tafsir ini
digunapakai secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia
malahan ianya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai sebuah kitab
tafsir yang sewajarnya dirujuk oleh masyarakat Islam di sini.
Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran ini telah mula
diusahakan penterjemahan dan penulisannya semasa kepimpinan Perdana Menteri Malaysia
yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Keputusan untuk menterjemah alQuran ini telah diputuskan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 13 Jun
1963.
Pada awalnya sebuah majlis jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan
penterjemahan

ini

sebagaimana

yang

telah

diputuskan

oleh

Majlis

Raja-Raja.

Walaubagaimanapun terdapat banyak kesulitan di dalam perjalanan pentadbiran majlis


jawatankuasa ini. Pada bulan Oktober 1963, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah
bertindak memindahkan kerja-kerja terjemahan ini dengan meletakkannya di bawah
kemanterian beliau sendiri iaitu di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Setelah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman telah
melantik Ustaz Faisal bin Haji Othman sebagai penterjemah al-Quran. Beliau telah
melakukan usaha-usaha penterjemahan untuk tempoh beberapa bulan sahaja. Selepas itu
beliau telah meletakkan jawatan. Selepas perletakan jawatan beliau maka Sheikh Abdullah
Basmeih telah diminta untuk meneruskan kerja-kerja terjemahan al-Quran ke bahasa Melayu
ini.

Bermula dari situ Sheikh telah gigih berusaha secara berperingkat-peringkat sehingga
beliau berjaya menterjemah al-Quran ke bahasa Melayu dalam tulisan jawi pada peringkat
awalnya, kemudian dalam tulisan rumi sebagaimana yang dapat kita lihat sekarang ini.

10

Usaha-usaha gigih beliau ini telah mengambil masa yang lama di bawah kepimpinan empat
orang Perdana Menteri Malaysia.
3.2 Metodologi Pentafsiran Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Secara keseluruhannya, Sheikh Abdullah Basmeih tidak menentukan format khusus


untuk menterjemah dan mentafsir al-Quran. Beliau merujuk kepada kitab-kitab muktabar
kemudian menterjemah ayat-ayat al-Quran dengan gaya terjemahan beliau sendiri tanpa
terikut dengan mana-mana penterjemah.
Beliau menterjemah dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami
bukannya menterjemah mengikut huruf (harfiah). Mana-mana ayat yang memerlukan huraian
dibuat huraiannya di tempat nota kaki. Huraian-huraian ini merupakan intipati kepada bacaan
beliau terhadap kitab-kitab rujukan yang digunakan. Kata-kata dari ulama seperti almarhum
Dato Haji Muhammad Noor turut dimasukkan pada tempat-tempat tertentu. Perlu difahami
di sini bahawa beliau tidak mentafsir ataupun membuat huraian pada semua ayat al-Quran,
hanya ayat-ayat tertentu sahaja yang diberi huraian dan penjelasan. Selebihnya hanyalah
terjemahan ayat. Oleh kerana itu kitab tafsir ini sebenarnya adalah lebih merupakan
terjemahan kepada ayat-ayat al-Quran.
Sebagai kesimpulannya metodologi pentafsiran beliau boleh dibahagikan kepada
bahagian-bahagian berikut :

i. Tafsir al-Quran dengan al-Quran


Pada ayat-ayat tertentu beliau memberikan penjelasan dengan menyebut nombor ayat
dan nama Surah yang menyokong dan menjelaskan ayat al-Quran yang dihurai. Contohnya
pada ayat 37 surah al-Baqarah. Pada bahagian nota kaki ayat ini beliau menyatakan
sebagaimana

berikut

(23) kalimah-kalimah pengakuan taubat yang telah diilhamkan oleh Allah Taala kepada
Nabi Adam (dan isterinya Hawa) itu ialah yang tersebut di dalam ayat 23 surah al-Araf
iaitu

11

ii. Tafsir al-Quran dengan hadis


Pada sesetengah ayat Sheikh turut menghurai ayat tersebut dengan hadis Nabi s.a.w.
Walaubagaimanapun Sheikh tidak menyatakan matan hadis tersebut. Begitu juga tidak
dinyatakan perawi hadis tersebut. Kekadang beliau menyebut dari sumber mana hadis
tersebut diambil contohnya pada ayat 6 surah al-Fatihah. Kekadang beliau hanya menyebut
tentang mafhum hadis sahaja sepertimana dalam ayat 54 dan 55 surah Ali Imran.
iii. Sebab Penurunan Ayat
Syeikh turut menyatakan tentang sebab penurunan ayat (sabab al-Nuzul) di dalam
kitab tafsirnya ini, tetapi tidak semua ayat yang mempunyai sabab al-Nuzul dinyatakan
beliau. Antara ayat yang diterangkan sebab penurunannya ialah ayat 1 surah al-Nahl. Selain
itu ada juga keterangan yang bersifat sebab penurunan ayat tetapi tidak dinyatakan oleh
beliau sebagai sebab penurunan ayat tersebut walaupun disebut pada kitab-kitab tafsir lain.
Contohnya pada ayat 1 surah al-Munafiqun.
iv. Huruf muqattaah
Syeikh tidak menghurai huruf-huruf muqattaah bahkan beliau menyatakan bahawa
Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf yang terletak pada permulaan
setengah-setengah surah al-Quran seperti . . ( Alif Lam Mim) ini.
v. Munasabah ayat
Dalam kitab tafsir ini juga sheikh turut menyatakan tentang hubungan dan kaitan
(munasabah) antara ayat dengan ayat. Contohnya pada ayat 3 surah al-Nahl.
Walaubagaimanapun beliau tidak memberi huraian tentang munasabah antara surah dengan
surah.
vi. Ayat-ayat hukum
Sheikh juga telah memberi penekanan pentafsiran kepada ayat-ayat hukum, tetapi
tidak semua ayat hukum dijelaskan oleh beliau. Antara contoh yang dapat dilihat adalah pada
penjelasan tentang hukum mewarisi wanita pada zaman jahiliyah yang telah diterangkan oleh

12

Allah Taala dalam firmanNya pada surah al-Nisa ayat 19. Begitu juga pada hukum haram
membunuh seseorang manusia yang dinyatakan pada surah al-Isra ayat 33.
vii. Kisah-kisah Nabi dan umat terdahulu
Sheikh juga banyak memberikan perhatian terhadap ayat-ayat berkenaan kisah-kisah
Nabi dan umat terdahulu. Antara contoh yang dapat dilihat ialah pada kisah Nabi Ibrahim a.s.
Kisah tersebut dihuraikan oleh beliau pada nota kaki ayat-ayat berkenaan. Contohnya pada
ayat 71 surah Hud.
viii. Penjelasan istilah-istilah
Antara ciri-ciri pentafsiran Sheikh yang lain ialah beliau turut menghuraikan istilahistilah tertentu yang dirasakan oleh beliau penting untuk dihuraikan. Contohnya istilah Allah,
al-Rahman, al-Rahim pada surah al-Fatihah.
Daripada penjelasan di atas dapat difahami bahawa Sheikh telah memberi tumpuan
kepada aspek-aspek tersebut di dalam kitab tafsir beliau ini. Namun jika ianya dibandingkan
dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain masih ada beberapa aspek yang tidak disentuh
oleh beliau iaitu penerangan tentang masalah nahu, masalah qiraat dan sebagainya.

4. TAFSIR SURAH AL-MAUN

Soalan : Pilih satu surah dari surah-surah pendek (ayat-ayat lazim) dan secara analisis, bincangkan
tafsiran tokoh tersebut dalam surah yang anda pilih berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
a. Tafsir yang digunakan seperti tafsir Bi al-Mathur, Bi al-rayi, Isyari dan Israiliyyat.
Para ulama telah membahagikan tafsir kepada bahagian mengikut aliran yang wujud dalam
perkembangan tafsir al-Quran iaitu:

i) Tafsir Bi al-Mathur ialah tafsir yang merujuk kepada al-Quran, as-Sunnah dan pendapat
para sahabat untuk menjelaskan atau menghuraikan maksud ayat al-Quran.

13

ii) Tafsir Bi al-Rayi ialah tafsir yang menggunakan akal fikiran untuk berijtihad mencari
sesuatu maksud ayat al-Quran al-Karim.
iii)

Tafsir Sufi atau Isyari bermaksud mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dengan tidak

berpandukan kepada kenyataan-kenyataan zahir ayat, disebabkan terdapat tanda-tanda


tersembunyi yang hanya diketahui oleh ahli tasawuf dan pentakwilan ini mempunyai titik
pertemuan dengan maksud zahir ayat.
Nama Surah

Kedudukan Surah :

SURAH AL- MAUN


Ke 107










: Terjemahan ayat
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama ( meliputi hari Pembalasan ) ?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.
3. Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang
miskin.
4. ( Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan
agama ) , maka kecelakaan besar bagi ahli-ahli sembahyang.
14

5. ( Iaitu ) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.


6. ( Juga bagi ) orang-orang yang berkeadaan riak ( dalam ibadat dan bawaannya).
7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan ( kepada orang yang berhak
mendapatnya ).

Analisis Surah Al- Maun.


Dalam surah al-Maun Syeikh Abdullah Basmeih tidak mengutarakan ketiga-tiga
bahagian tafsir di atas.

Beliau hanya mentafsir

sesetengah ayat dari surah al-Maun

berdasarkan tafsir bi al-mathur sahaja. Manakala ayat-ayat lain diterjemahkan mengikut


terjemahan biasa.
Sheikh Abdullah Basmeih memulakan tafsirnya dengan muqaddimah surah . Dalam
muqaddimah , beliau telah menyatakan tempat diturunkan dan kandungan ayat. Bagi beliau,
nama surah al-Maun diambil dari perkataan al-Maun di akhir surah ini yang membawa
maksud pertolongan iaitu Allah swt menjanjikan seburuk-buruk balasan kepada orang-orang
yang tidak memberi sedikit pertolongan kepada orang yang berhak menerimanya.
Beliau memberikan intisari ayat secara ringkas tentang sifat-sifat orang yang
mendustakan agama dan hari pembalasan. Lalu ditegaskan bahawa orang-orang itu ialah yang
menindas serta berlaku kasar kepada anak yatim dan ia pula tidak menggalakkan untuk
memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Kemudia beliau menegaskan
juga bahawa orang-orang ahli sembahyang , yang keadaan mereka lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya , maka mereka akan ditimpa kecelakaan yang besar.
Demikian juga halnya dengan orang-orang yang berkeadaan riak ( dalam ibadat dan
bawaannya ), dan orang orang yang tidak memberi sedikit pertolongan ( kepada orang yang
berhak mendapatnya ). Dalam surah al-Maun ini beliau ada mendatangkan hujah daripada
hadis Nabi Muhammad s.a.w bagi ayat ke lima dan ke enam . Dalam ayat yang kelima :

15

Mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.


Sesungguhnya sembahyang yang sempurna ialah tiang penegak agama , dengan ketiadaanya
segala amal ibadat yang lain akan menjadi sia-sia disebabkan tidak ada asasnya. Dalam satu
hadis Rasulullah saw ada menerangkan : bahawa perkara yang mula-mula sekali dihisabkan
pada hari qiamat dari amal seseorang yang berkenaan dengan hak Tuhan ialah sembahyang ;
jika didapati sembahyangnya sempurna maka segala yang lain diringankan hisabnya, kalau
tidak maka beratlah hisabnya.

Dalam ayat yang ke enam pula iaitu :


(Juga bagi ) orang-orang yang berkeadaan riak ( dalam ibadat dan bawaannya )
Beliau menafsirkan bahawa keadaan riak ialah tiap-tiap amal ibadat yang dikerjakan
bukan kerana Allah bahkan kerana sesuatu tujuan yang lain. Dalam satu hadis , Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya : sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku
takuti terhadap kamu ialah perbuatan syirik yang kecil. Sahabat-sahabat baginda bertanya :
Apa dia syirik kecil itu, Ya Rasulullah ?. Baginda menjawab : Ialah perbuatan riak; pada
hari qiamat tegas baginda lagi Allah Taala berfirman ketika ia membalas amalan
hambaNya : Pergilah kamu hai orang-orang yang riak kepada orang-orang yang kerananya
kamu mengerjakan amal dan mintalah kepada mereka balasan amal kamu.
Dalam satu hadis yang lain , baginda bersabda maksudnya : Allah Taala berfirman:
sesiapa yang mengerjakan amal untukku dengan menyekutukan orang lain denganku dalam
amal itu, maka semua amal yang demikian untuk orang itu sahaja , tidak kena mengena
langsung denganku; dan sebenarnya akulah yang tidak berhajat sama sekali kepada sebarang
sekutu.

5. ULASAN / PENUTUP
16

Soalan: Nyatakan ulasan anda terhadap kitab tafsir karangan tokoh tersebut.
Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Antaranya kerana ia adalah satu-satunya kitab tafsir lengkap 30 juzuk yang diterbitkan dalam
bahasa Malaysia yang mudah difahami. Selain itu penulis kitab ini iaitu Sheikh Abdullah
Basmeih telah menggunakan kitab-kitab yang muktabar sebagai rujukan kepada pentafsiran
kitab ini. Kitab ini juga istimewa kerana selain daripada ditafsir oleh seorang ilmuwan yang
dipercayai ia juga disemak oleh Dato Haji Muhammad Noor mufti negeri Kelantan yang
memang tidak diragui keilmuwan dan kealimannya. Kitab ini juga mendapat perhatian
kerajaan Malaysia dengan diadakan Lujnah Tashih yang khusus bagi kitab ini. Kitab ini
menjadi lebih penting kerana diterbitkan dalam dua versi tulisan iaitu tulisan jawi dan rumi
sekaligus membolehkan golongan tua dan muda menggunakannya mengikut keselesaan
masing-masing.
Di samping keistimewaannya terdapat juga kelemahan kitab tafsir ini. Antaranya
ialah:
i. Masih terdapat kesalahan cetakan pada ayat-ayat al-Quran. Contohnya pada cetakan
keenam (1995), dan kesembilan (1998) edisi rumi terdapat kesalahan pada pengulangan
perkataan iaitu ma pada ayat 50 surah al-Nahl. Kesalahan ini meskipun dinyatakan ralat pada
bahagian hadapan kitab tafsir ini tetapi pastinya ramai yang tidak menyedari dan
menghiraukannya. Justeru ia tidak boleh dipandang ringan.
ii. Tidak terdapat keselarasan antara kitab tafsir versi jawi dan rumi. Antaranya pada
versi jawi dimasukkan petunjuk ayat sebagai ruangan tambahan tetapi pada versi rumi tidak
dimasukkan. Begitu juga pada bahagian atas di setiap halaman versi rumi tidak dimasukkan
nombor surah sedangkan pada versi jawi dimasukkan.
Walau bagaimana pun Kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman ini merupakan satu kitab
tafsir yang amat penting kepada masyarakat Islam di Malaysia. Sumbangan Sheikh Abdullah
Basmeih terhadap umat Islam di Malaysia khususnya melalui penghasilan kitab tafsir ini
adalah amat wajar dihargai. Seterusnya hasil usaha beliau ini patut d dicontohi oleh generasi
muda masa kini.

17

6. RUJUKAN

Al-Quran al-Karim Rasm Uthmani


Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih. (1997). Tafsir Pimpinan ar-Rahman
Kepada Penegrtian al-Quran 30 Juzuk. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Dr Fauzi Deraman & Mustaffa Abdullah. (2001). Pengantar Usul Tafsir. Akademi
Pengajian Islan UM & Intel Multimedia and Publication.
Mohd Sukki Othman. (2009). HBQE3203 Ilmu Tafsir. Open University Malaysia.
http://abusyakirin.wordpress.com/2008/09/09/tafsir-pimpinan-al-rahman-oleh-syeikhabdullah-basmeih/

http://www.scribd.com/doc/17282329/Pengajian-Islam-2Tafsir-BiAlmathur

18

Vous aimerez peut-être aussi