Vous êtes sur la page 1sur 4

TAJUK : LULUHAWA

Soalan
a) i. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia ?
( 4 markah )
Cadangan Jawapan :
Luluhawa kimia ialah merupakan proses pemecahan, penguraian, pereputan dan penyepaian
batuan secara insitu yang melibatkan perubahan kimia dalam batuan dan saiz batuan dari
besar kepada kecil akibat tindakan agen geomorfologi seperti perubahan suhu, air hujan, air
mengalir dan suhu (pancaran matahari).
ii. Nyatakan jenis luluhawa kimia yang anda tahu ?
( 3 markah)
Cadangan Jawapan :
Jenis luluhawa kimia ialah
a. larutan
b. pengoksidaan
c. pengkarbonan
d. penghidratan

e. hidrolisis.

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa.


( 8 markah )
Cadangan Isi Jawapan :
1. Kekerasan batuan berbeza mngikut jenis-batu ingeus seperti granit dan gabro adalah batuan keras,
agak sukar terluluhawa- perlu jangka masa yang lama untuk terluluhawa- batuan enapan lebih lembut
mudah terluluhawa dengan kehadiran agen luluhawa .
2. Rekahan Batuan- membantu dan menambah aktifkan luluhawa-merupakan garis kelemahan dan
membenarkan kehadiran air hujan dan udara memasuki batuan.Contoh rekahan pada batu kapurproses pengkarbonan akan berlaku- terbentuk pandang darat karst iaitu pembentukan dolin,gua dan
sungai bawah tanah.

3. Suhu melibatkan unsur cuaca seperti jumlah karpasan,pancaran matahari dan julat suhu harian
sesuatu kawasan- kawasan beriklim khatulistiwa, suhu panas dan lembap sepanjang tahun-jumlah
hujan yang banyak- kehadiran pacaran matahari melebihi 6 jam sehari secara purata- luluhawa kimia
amat berkesan.Kawasan beriklim gurun jumlah kerpasan kurang-julat suhu harian yang tinggimenggalakkan luluhawa fizikal.
4. Bentuk muka bumi kawasan pergunungan bersalji berlaku luluhawa tindakan fros, pemcairan dan
pembekuan berlaku secara berulang-ulang dan luluhawa terjadi.kawasan rendah dan menakung air
tanih menjadi lembap-larutan dan pengembangan batuan terjadi.

5. Tumbuh-tumbuhan tindakan akar akan terbentuk- akar pokok masuk ke celah-celah rekahan batuanrekahan batuan akan membesar luluhawa biologi berlaku.
6. Masa semakin lama terdedah kepada agen luluhawa- semakin jelas pengaruh luluhawa ke atasnyabatu granit akan terluluhawa jika terdedah di permukaan bumi dalam jangka masa yang lama
berbanding dengan batuan granit yang berada di dalam kerak bumi.

7. Tindakan manusia- manusia mendedah batuan dengan agen luluhawa di permukaan bumi- aktiviti
manusia yang terlibat seperti pembalakan, perlombongan dan pertanian.

c) Huraikan lima pengaruh luluhawa terhadap alam sekitar.


Cadangan Isi Jawapan :
1. Pertanian- luluhawa membentuk tanih subur untuk penanamanan hasil pertanian- tanih laterit terbentuk
daripada proses luluhawa pengoksidaan- sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan
tanah pamah yang beralun di kaki bukit.Contoh Jengka di Pahang dan Segamat di Johor.
2. Perindustrian mengwujudkan industri seramik- tanih kaolin hasil daripada proses hidrolisis- membuat
pasu, tembikar dan jubin-Contoh Bidor dan Kuala Kangsar di Perak dan Ayer Hitam di Johar.
3. Pelancongan- pandangan darat karst- luluhawa pengkarbonan- terbentuk gua, stalagmite,stalaktif, tiang
kalsit, dan sungai bawah tanah -merupakan tempat yang menjadi tarikan pelancong- contoh Gua Niah
dan Gua Mulu.
4. Pelombongan struktur batuan yang lemah memudahkan aktiviti perlombongan bijih timah- Lembah
Klang dan Lembah Kinta- bijih timah jenis lanar- di kawasan tanah lanar yang telah mengalami proses
luluhawa sebelum di hakis oleh air di kawasan tersebu.
5. Berlakunya tanah runtuh- di kawasan bercerun telah alami luluhawa- mudah berlaku tanah runtuhmusnah petempatan dan jalan raya di kawasan sekitar kejadian.
6. Berlaku kemiskinan tanih batuan terluluhawa alami proses larut resap yang tinggi mineral tersingkir
dari tanih dengan banyak.

TAJUK : GERAKAN JISIM


Soalan
a) Apakah yang dimaksudkan dengan kesotan tanih dan tanah runtuh
( 4 markah )
Cadangan Jawapan :
1. Kesotan tanih merupakan pergerakan tanih ke bahagian bawah cerun secara perlahan-lahan dan
besar-besaran dan mengambil tempuh masa yang lama disebabkan tarikan graviti, air mengalir
dan hujan untuk dilihat kesannya berlaku pada kecerunan yang landai iaitu antara 2 hingga 4.
2. Tanah runtuh pula merupakan pergerakan tanih ke bahagian bawah cerun yang berlaku secara tibatiba dan besar-besaran dan dalam gerakan yang cepat disebabkan oleh tarikan graviti, air mengalir
dan hujan lebat untuk dilihat kesannya pada cerun yang curam atau hampir tegak disusuli dengan
tarikan graviti yang kuat dan tanih yang tepu dengan air akibat hujan yang lebat.

b)

Nyatakan empat faktor yang menyebabkan berlakunya proses pergerakan jisim.

( 8 markah)
Cadangan Isi Jawapan :
1. Kecerunan berkait dengan tarikan gravity yang amat penting dalam proses ini-kawasan yang landai
iaitu kurang 5 pergerakan jenis perlahan akan berlaku- kawasan anatara 5 hingga 40 berlaku tarikan
gravity yang amat kuat dan pergerakan jenis cepat akan berjadi.
2. Regolit yang tebal proses penyediaan bahan regolith daripada proses luluhawa yang berlaku
dikawasan persekitaran juga mempengaruhi regolit yang kurang akan menyebabkan pergerakan
berlaku dalam skala yang kecil regolith banyak pergerakan akan berlaku dalam skala yang besar.
3. Jumlah hujan kawasan khatulistiwa terutamanya, jumlah hujan banyak melebihi 2000 mm setahuntanih akan tepu dengan air- air bertindak sebagai pelican membatu pergerakan tanih kecerun bukit.
4. Litupan tumbuhan kurangnya litupan tumbuhan meningkatkan lagi pergerakan jisim- tumbuhan
bertindak sebagai penghalang titisan air hujan terus meresapkan dalam tanah- akar bertindak sebagai
pengikat dan mencengkam tanah.
5. Gerakan tektonik letusan gunung berapi dan gempa bumi melonggarkan struktur tanih- mudah
berlaku pergerakan jisim- terutama dicerun yang musnah atau digaris gelinciran.
6. Tindakan manusia aktiviti manusia seperti pertanian,dan pertempatan dicerun bukit gaitkan lagi
pergerakan jisim- penggunaan jentera dan penanaman cerucuk konkrit -tanih terdedah kepada air
hujan - air meresap dan basah - struktur tanih tidak stabil.

c) Huraikan langkah-langkah untuk mengurangkan tanah runtuh di kawasan cerun lebuh raya di Malaysia.
( 10 markah )
Cadangan Isi Jawapan.
1. Penanaman tumbuhan rumput, pokok buluh dan pohon renek ditanam di cerun lebuh raya sebagai
tanaman tutup bumi akar mencengkam tanih- silara menghalang titisan hujan turun ke tanah.
2. Tembok konkrit didirikan di kawasan cerun curam tegak 90- tidak stabil menahan daripada berlaku
tanah runtuh. Konkrit tembok dibina bertingkat-tingkat untukmenghalang dan mengawal tanah runtuh.

.
3. Sistem peparitan paip saliran air dibina- air bertakung di bahagian belakang tembok dapat disalurkan
keluar disalurkan ke tangga - tangga batu menuruni cerun terus ke parit kurang berlaku resapan air
dalam tanah.
4. Sungkupan Plastik bersifat sementara berfungsi menghalang air daripada meresap ke dalam tanahtanah kurang tepu dengan air berat tanih kurang tarikan graviti kurang- kurang kadar hakisan.
5. Kempen kesedaran kepada rakyat terutama pemaju perumahan, pekebun kecil dan pengusaha hotelkempen diberi dari masa ke semasa melalui media cetak dan media elektronik. Juga dimulai dari
peringkat sekolah rendah dan menengah supaya para pelajar mengetahui kepentingan menggekalkan
kestabilan alam sekitar.

Vous aimerez peut-être aussi