Vous êtes sur la page 1sur 12

1

1. Pendahuluan.
Akta Pendidikan 1996 merupakan akta yang sedang diguna pakai dalam sistem
pendidikan masa kini. Akta ini menjadi panduan dalam melaksanakan sistem
pendidikan dan menjadikan sistem pendidikan relevan dengan era permodenan ilmu.
Ini boleh dibuktikan dengan menyingkap sejarah perundangan dalam pendidikan
negara serta huraian sebahagian daripada akta-akta yang telah dilaksanakan.

2. Perundangan Dalam Bidang Pendidikan.


Menurut Tie Fatt Hee (2002), kemampuan menyediakan suatu sistem pendidikan
yang berkualiti dalam sesebuah masyarakat majmuk bergantung pada rangka
perundangan pendidikan negara tersebut. Di Malaysia, dasar pendidikan yang
disarankan dalam Akta Pelajaran 1961 berusaha untuk mewujudkan suatu sistem
pendidikan kebangsaan yang boleh memenuhi kehendak Negara dan menggalakkan
perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik.

3. Perubahan Rangka Perundangan Malaysia.


Sebelum Akta Pendidikan 1996 digubal, perundangan pendidikan negar telah melalui
beberapa fasa perkembangan.
Secara umumnya, perkembangan rangka perundangan pendidikan di
Malaysia boleh dibahagikan kepada empat fasa iaitu:
a) fasa pendidikan pada peringkat awal di bawah pentadbiran Inggeris;
b) fasa selepas Perang Dunia Kedua apabila 2 ordinan pelajaran telah digubal
dan diluluskan;
c) fasa perlaksanaan Akta Pelajaran 1961 ; dan
d) fasa perlaksanaan Akta Pendidikan 1996.
(Tie, F. H. 2002)

3.1 Fasa Pentadbiran Inggeris


Pada fasa pertama, pendorong terpenting dalam reformasi pendidikan ialah usaha
pembentukan satu identiti kebangsaan (common nationality). Ini digalakkan melalui
semangat nasionalisme, proses Malaysianisasi, dan kepentingan pendidikan sebagai
suatu alat perpaduan kebangsaan. Ini bermakna, langkah awal untuk mewujudkan
suatu sistem pendidikan yang bersepadu telah bermula. (Tie, F. H. 2002)

3.2 Fasa Selepas Perang Dunia Kedua


Selepas Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme yang semakin membara telah
membawa perubahan dalam arena politik negara. Keadaan ini meninggalkan kesan
tertentu terhadap dasar pendidikan negara.Proses pembentukan semula sistem
pendidikan bermatlamat untuk manyatupadukan ketiga-tiga kaum utama di
Malaysia, iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Sistem pendidikan sebelum Perang
Dunia Kedua yang menekankan pendidikan kepada pelajar berdasarkan kaum telah
membawa kepada satu masalah yang serius kerana dasar tersebut telah mewujudkan
unsur perkauman di sekolah. (Tie, F. H. 2002)
Bagi mengatasi masalah tersebut,pelbagai laporan kajian seperti Laporan
Barnes dan Laporan Fenn-Wu dibentangkan. Cadangan dalam kedua-dua laporan
tersebut telah diterima dan diluluskan oleh kerajaan dan hasilnya, Ordinan Pelajaran
1952 telah diperkenalkan. Walaubagaimanapun, masalah peruntukan kewangan yang
sangat terhad pada masa itu telah menghalang pelaksanaan Ordinan Pelajaran 1952
dengan sepenuhnya. Pada tahun 1957, Cadangan laporan jawatankuasa yang
diketuai oleh Dato Abdul Razak bin Dato Hussein yang juga dikenali sebagai
Laporan Razak telah diterima oleh Majlis Perundangan dan diterbitkan. Akhirnya,
cadangan Laporan Razak telah di luluskan dan diimplimentasikan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957.

3.3 Akta Pelajaran 1961


Dasar pelajaran di negara kita sekarang berasaskan pada pendahuluan kepada Akta
Pelajaran 1961 seperti berikut : Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang
diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan suatu sistem
pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi , dan politiknya : dengan dasar itu ,
dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan
awalan yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepada prinsip am bahawa
murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan ibu bapa mereka. (Hasan, A. F.
2003).
Walaubagaimanapun, selepas 35 tahun sistem pendidikan kebangsaan ditadbir
dibawah peruntukan Akta Pelajaran 1961, ia tidak lagi dipandang relevan bagi
menghadapi proses perubahan yang pesat dan dinamik. Oleh itu Akta Pendidikan
1996 dikuatkuasakan bagi menggantikan Akta Pelajaran 1961.

3.4 Akta Pendidikan 1996


Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang
menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan
peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan
Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan
perundangan mengenai pendidikan.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996 )
Akta Pendidikan 1996 merupakan salah satu daripada akta yang telah
diluluskan oleh Parlimen untuk menstrukturkan semula sistam pendidikan Negara.
Akta ini menyediakan satu rangka perundangan yang sesuai untuk sistem pendidikan
kebangsaan, rangka kurikulum untuk pengajaran dan menetapkan suatu standard
yang sesuai untuk pendidikan guru.
Dasar pendidikan lama seperti yang dinyatakan dalam akta pelajaran 1961 adalah
untuk membentuk sistem pendidikan kebangsaan yang memfokuskan kepada

pembangunan Negara. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula, fokus ini telah bertukar
kepada perkembagan potensi individu. (Tie, F. H. 2002)

4. Perkara Penting Yang Terlaksana Dalam Akta Pendidikan 1996.


Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan
meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke
peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah
kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.
Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak
negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan
1996 wajib diguna oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan
memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang
pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.
Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di
semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi
pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.
Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan
menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di
bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas
yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan


kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains
dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik
dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional
ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian
untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk
program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi
kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi,
sama ada dalam negeri atau luar negeri
Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan
sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara
berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan
adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan
institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh
dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan
Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilainilai murni.
Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan
yang cukup bagi pendidikan tersebut.
Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan
berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin
negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum
dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60
buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh

sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission
dikekalkan.
Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku
kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas
agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan
1996.
(http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html#_Toc456785593)

Menurut Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu (2001), Datuk Dr.Syed


Othman Al-Habshi juga dalam pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk Dasar
dan Perlaksanaan Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan di dalam Kongres
Pendidikan Melayu 2001 telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang
terlaksana dalam Akta Pendidikan 1996 iaitu :
a) Landasan dan wawasan pendidikan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Negara;
b) Sisitem Pendidikan Kebangsaan Didefinisikan secara jelas yang meliputi semua
peringkat termasuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan pasca
menengah dan pendidikan tinggi;
c) Pengukuhan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam
system pendidikan kebangsaan ;
d) Pendidikan swasta dikawal selia melalui akta lain;
e) Kurikulum kebangsaan diperuntukkan;
f) Peruntukan peperiksaan awam perlu dipatuhi;
g) Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib;
h) Peruntukan bahasa Cina, Tamil, dan Bahasa Orang Asli;
i) Tempoh pendidikan rendah antara 5 hingga 7 tahun;
j) Pendidikan lepas menengah;

k) Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan;


l) Peruntukan pendidikan khas;
m) Maktab-maktab perguruan;
n) Pengajaran Agama Islam dan Moral.
Secara kesimpulannya Akta Pendidikan yang dilaksanakan telah memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dinikmati bukan sahaja kepada pelbagai
lapisan masyarakat, tetapi juga kepada semua kaum yang ada di Malaysia.
Kurikulum yang telah diselaraskan juga menjadikan sistem pendidikan negara lebih
sistematik dan seragam. Akta ini juga memberi peluang kepada peningkatan dan
memantapkan program lepasan sekolah seperti di polteknik dan maktab-maktab
perguruan.

5. Akta Pendidikan yang berkaitan dengan Teknik dan Vokasional.


Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2003), menyatakan di dalam Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), akta-akta mengenai Pendidikan Teknik dan Vokasional
boleh didapati di Bahagian IV, Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu:

Bab 4 - Pendidikan Menengah


Seksyen 30. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan menengah.
(1) Hendaklah menjadi kewajipan Menteri untuk mengadakan pendidikan
menengah di sekolah menengah kebangsaan yang berikut:
(a) sekolah menengah akademik;
(b) sekolah menengah teknik; dan
(c) sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh
Menteri dari semasa ke semasa.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh mengadakan
pendidikan menengah atas di mana-mana sekolah menengah kebangsaan.

Bab 6 - Institusi Pendidikan Lain


Seksyen 34. Institusi pendidikan lain.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan
menyenggarakan institusi pendidikan yang berikut:
(a) maktab-maktab, selain daripada maktab-maktab yang bertaraf Universiti
atau Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di
bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
(b) sekolah khas;
(c) politeknik, dan
(d) apa-apa institusi pendidikan lain, yang penubuhan atau
penyenggaraannya tidak diperuntukkan di bawah Akta ini atau Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971.
(3) Menteri boleh memberikan sumbangan bantuan kepada institusi pendidikan,
yang Tidak ditubuhkan olehnya, yang termasuk dalam perenggan (1)(a) atau
(1)(b).
Bab 7Pendidikan Teknik dan Politeknik
Seksyen 35. Pendidikan teknik di sekolah menengah kebangsaan dan institusi
pendidikan lain.
(1) Menteri boleh mengadakan pendidikan teknik di
(a) mana-mana sekolah menengah kebangsaan yang diperihalkan dalam
seksyen 30; atau
(b) institusi pendidikan lain yang diperihalkan dalam perenggan 34(1)(a) atau
(1)(c).
(2) Bagi maksud subseksyen (1), pendidikan teknik termasuklah penyediaan
(a) latihan kemahiran;
(b) latihan khusus yang berhubungan dengan pekerjaan tertentu;

(c) latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada; dan


(d) apa-apa latihan teknik atau vokasional lain yang diluluskan oleh Menteri.

Seksyen 36. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan


kelayakan yang diluluskan oleh Menteri.
Politeknik yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(c) boleh
(a) menawarkan kursus pengajian dan program latihan yang diluluskan oleh
Menteri; dan
(b) menganugerahkan sijil, diploma atau apa-apa kelayakan lain yang
ditetapkan.
Seksyen 37. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam
pendidikan teknik dan vokasional.
(1) Tertakluk kepada kelulusan Menteri, suatu politeknik yang ditubuhkan
di bawah Akta ini boleh, dengan kerjasama mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian, mengendalikan kursus teknik
atau vokasional atau program latihan (termasuklah program pertukaran)
yang disifatkan suaimanfaat oleh Menteri bagi maksud
(a) melaksanakan pemindahan teknologi;
(b) meningkatkan kemahiran teknik dan vokasional guru-guru, pekerjapekerja dan murid-murid politeknik itu; dan
(c) melaksanakan apa-apa program latihan yang dianggap oleh Menteri
sesuai dan bermanfaat bagi politeknik atau murid-muridnya atau
guru-gurunya.
(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) adalah tertakluk
kepada apa-apa Terma dan syarat yang dikenakan oleh Menteri.
Seksyen 38. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang
diberikan oleh universiti, dsb.
(1) Politeknik yang ditubuhkan di bawah Akta ini boleh, dengan kelulusan

10

Menteri, mengendalikan kursus pengajian atau program latihan bagi


diploma, sijil atau pengiktirafan daham bentuk lain bagi kelayakan yang
diberikan oleh mana-mana universiti atau institusi pendidikan tinggi lain
di dalam Malaysia atau di luar Malaysia.
(2) Kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dijadikan
tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Menteri
patut dikenakan.
(3) Menteri tidak boleh memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (1)
melainkan jika dia berpuas hati bahawa politeknik itu telah membuat
segala perkiraan yang perlu dengan universiti atau institusi pendidikan
tinggi lain yang terlibat dengan pengendalian kursus pengajian atau
program latihan itu.

Seksyen 39. Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan politeknik.


Menteri boleh membuat peraturan bagi melaksanakan peruntukan Bab ini dan, tanpa
menjejaskan keluasan kuasa itu, peraturan-peraturan sedemikian boleh mengadakan
peruntukan bagi
(a) penubuhan lembaga atau badan untuk menjalankan pengukuran atau
penilaian atau untuk mengendalikan peperiksaan untuk politeknik;
(b) penubuhan lembaga atau badan untuk menghasilkan, mengawasi dan
mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian dan program latihan
yang ditawarkan oleh politeknik;
(c) penganugerahan sijil atau diploma atau apa-apa kelayakan lain;
(d) disiplin murid;
(e) penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran

11

mana- mana majlis badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar


kurikulum di politeknik; dan
(f) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau
perlu bagi maksud Bab ini.
Kesimpulannya, Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dimantapkan
dengan adanya perlaksanaan Akta Pendidikan 1996. Kementerian telah diberi
tanggungjawab untuk membantu pendidikan teknik dan vokasional di peringkat
sekolah mahupun pasca sekolah. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk sumbangan
kewangan dan juga penubuhan serta penyelenggaraan institusi pendidikan. Menteri
juga diberikuasa untuk meluluskan dan memastikan program yang disediakan oleh
politeknik adalah bersesuaian.

6. Rujukan

Dato Abdul Fatah Hasan, Pengenalan Falsafah Pendidikan, PTS PUBLICATIONS


AND DISTRIBUTOR SDN. BHD. 2003.

Jawatankuasa Kongres Pendidikan Melayu, Laporan Kongres Pendidikan Melayu,


1-2 September 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, 2001.

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) &


Peraturan- peraturan terpilih, International Law Book Services, 2003.

Tie Fatt Hee, Undang-undang Pendidikan di Malaysia, Fajar Bakti SDN. BHD. 2002.

Internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996.

12

http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html#_Toc456785593.

Vous aimerez peut-être aussi