Vous êtes sur la page 1sur 2

Sila jawab soalan-soalan di bawah.

Set Satu
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini. Kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.
Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama merantau
di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena pada
tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan
Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang.
Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha
Azlan yang tidak berputus asa, beliau akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.
Peribahasa: ....
Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya.
Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan
yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan
rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri
daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun,
segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.
Peribahasa :

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya
itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia
sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya
pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya
seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia
akan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang
telah berlaku.
Peribahasa :

Set Dua
Nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
1. Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan kata-kata
ibunya itu.
Peribahasa :

2.

Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak dilakukannya
dengan bersungguh-sungguh.

Peribahasa :

3. Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah lakunya


yang buruk tidak disedarinya.
Peribahasa :

4. Di sebaliknya perbuatannya berbaik-baik dengan Tuan Haji Ismail, Haikal mempunyai


tujuan yang tertentu.
Peribahasa :
5. Televisyen yang cuba dibaiki oleh Syazrul bukannya bertambah elok malahan bertambah
rosak.
Peribahasa :

6. Walaupun Tengku Jalil anak orang bangsawan, beliau tidak kekok bercampur gaul
dengan orang kebanyakan.
Peribahasa :

7. Disebabkan segelintir penyokong pasukan bola sepak sekolah itu bertindak liar, nama
sekolah tersebut telah tercemar.
Peribahasa :

8. Sally berasa tersisih dalam kumpulannya dan beranggapan bahawa sama ada dia ada
atau tiada tidak memberikan sebarang kesan.
Peribahasa :

Vous aimerez peut-être aussi