Vous êtes sur la page 1sur 8

ARAK

Arak yang juga dikenali sebagai khamar dalam


bahasa Arab bermaksud minuman yang
memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi
orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam
hukum meminumnya adalah haram .
Tetapi, untuk yang bersara pada wilayah yang
sejuk, umpamanya wilayah Eropah, arak kerap
digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di
samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan
kesihatan.
Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah
mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan
pengambilan arak. Di kebanyakan negara,
penjualannya diharamkan oleh kerajaan kerana ia
memberi amat berbahaya terutamanya kepada
kanak-kanak

DEFINISI ARAK
Definisi arak sebenarnya ialah: Sesuatu yang
mengandungi alkohol yang memabukkan dan dikenali
juga dengan panggilan minuman keras.
Penjelasan di atas tidak boleh diterima kerana semua
arak memanglah mengandungi alkohol dalam kadar
peratus yang berbeza disamping ia juga mengandungi air,
glukos, vitamin dan garam mineral. Semua arak
mengandungi alkohol dari jenis ethyl alkohol atau pun
nama lainnya etanol tetapi etanol semata-mata adalah
bukan arak kerana tidak ada pun arak yang terdiri
semata-mata hanya etanol. Tambahan pula etanol selain
boleh dihasilkan dari proses penapaian ragi / yis , ia juga
boleh dihasilkan di dalam makmal tanpa melibatkan
langsung proses penapaian.

Secara umumnya, arak boleh di kategorikan


kepada:
1. Bir mengandungi 6% alkohol etanol
2. Wain yang mengandungi 10-20% alkohol
etanol
3. Wiski yang mengandungi 35% alkohol etanol
Apa yang diharamkan oleh Islam adalah arak yang mana
arak ini terdiri daripada air, karbohidrat (glukos), mineral,
vitamin dan etanol iaitu sejenis alkohol.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada
Ibn Umar mafhumnya:
Daripada Ibn Umar, sesungguhnya Rasulullah s.a.w.
bersabda; semua yang memabukkan adalah arak, dan
semua yang memabukkan adalah haram.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINUM


ARAK
Minuman keras diambil oleh orang daripada semua
peringkat umur termasuklah remaja. Tabiat minum
minuman keras dalam kalangan ahli masyarakat
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang
mendorong pengambilan minuman beralkohol menurut
adalah minuman tersebut mudah diperolehi di kedai kopi,
kedai runcit, kedai runcit moden yang dibuka 24 jam,
pasar raya dan di ladang-ladang. Syarikat besar yang
menjual minuman keras bertaraf antarabangsa membuat
iklan yang agresif mempromosi minuman tersebut, juga
mempengaruhi peningkatan pengambilan minuman
beralkohol. Di Malaysia, pengiklanan minuman keras
secara langsung tidak dibenarkan dalam media. Namun

pengiklanan dibenarkan di panggung wayang, dalam


kaset video dan media cetak. Penajaan oleh syarikat
pengeluar dan penjual minuman keras dibenarkan dan
terdapat pelbagai taktik yang digunakan oleh industri
minuman keras untuk memasarkan minuman tersebut di
Malaysia. Syarikat pengeluar minuman keras juga
dikatakan menggunakan sukan, movie dan konsert rock
dalam bentuk penajaan untuk memperkenalkan jenama
mereka kepada remaja.

KESAN MINUM ARAK DAN ALKOHOL


Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga
mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya
diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan
racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama
di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan
para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum
alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi
jumlah yang diminum pada satu-satu masa.
Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada
penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka
panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih
kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang
daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul
dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang

singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover


lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain
dalam alkohol dan tindak balas ketagih alkohol.

Tanda-tanda lebihan alkohol termasuklah sakit kepala,


loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan
menggeletar selama 8 12 jam kemudian Kesan jangka
panjang akan dirasai selepas meminumnya selama
beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti
sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi
ini berlaku mereka akan kurang selera makan,
kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau
kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap
pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada
sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser,
keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan
dan pembunuhan diri.

CARA UNTUK MENGATASI PENGAMBILAN ARAK

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam


memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerakgeri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa
hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti
masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut.
Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak
mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai
kedudukan moral yang baik. Selain itu ibu bapa
hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan
memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain
itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama,
nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan,
prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. kepada.
Selain itu cara untuk mengatasi masalah minum arak
ialah dengan menangani tekanan dan masalah yang di
hadapi. Biasanya peminum arak mengambil jalan yang
pintas untuk melepaskan tekanan, bagi mereka dengan
minum arak masalah dan tekanan yang dihadapi dapat
diselesaikan. Pada hakikatnya dengan minum arak
masalah tidak dapat diselesaikan, malahan akan
bertambah lagi masalah yang di hadapi.
Mengamalkan cara hidup yang sihat seperti mengadakan

aktiviti kemasyarakatan dan riadah dapat membantu


masalah minum arak dengan mengadakan aktiviti
kemasyarakatan seperti menjadi sukarelawan di rumah
anak yatim atau rumah kebaikan dapat memenuhi masa
yang terluang daripada melakukan aktiviti yang tidak
sihat.
Pihak berkuasa perlu mengadakan kempen membanteras
minum arak di kalangan masyarakat di negara ini.
Kempen dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
tentang kesan negatif pengambilan arak berlebihan.
Pihak berkuasa perlu mengehadkan penjualan arak di
kawasan yang terbuka seperti kedai runcit, pasar raya,
kedai kopi dan sebagainya bagi mengurangkan
pengambilan minuman arak. Dengan kerjasama pihak
berkuasa masalah gejala minum arak dalam masyarakat
kita dapat di kurangkan. Kerajaan juga perlu
menguatkuasakan undang-undang dengan mengadakan
denda yang tinggi kepada masyarakat yang minum arak
di kawasan terbuka.
KESIMPULAN
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi
apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan
peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi gejala
minum arak dengan memberi didikan agama yang
secukupnya dan mendedahkan kepada anak-aak tentang
keburukan pengambilan arak. Arak memberi anyak
memberi kesan yang negetif kepada peminum. Jauhilah
daripada pengambilan minum arak.

Vous aimerez peut-être aussi