Vous êtes sur la page 1sur 12

MAKHAMAH KHAS TENTERA

STRUKTUR MAHKAMAH KHAS TENTERA


1. MAHKAMAH TINGGI TENTERA
. Membicarakan pegawai berpangkat staf sarjan ke atas
. Hakim ialah Leftenan Kolonel dan dua orang pegawai tinggi.
2. MAHKAMAH RENDAH TENTERA
. Membicarakan askar yang pangkatnya di bawah staf sarjan.
. Hakim ialah Yang Dipertuan (Mejar) dan dua orang lain (Kapten/hakim
Peguam)
3.

Pegawai-pegawai yang menganggotai Mahkamah Tentera dilantik oleh Yang


di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Pertahanan.

BIDANG KUASA MAHKAMAH TENTERA


. Sesiapa yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera.
. Askar simpanan yang dipanggil untuk berkhidmat dalam latihan tentera.

Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang bekerja dengan
pihak tentera.
Orang awam yang berada di atas kapal terbang atau tentera laut.
Kes-kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan tentera
HUKUMAN DAN RAYUAN MAHKAMAH TENTERA
Tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera.
Jika melibatkan hukuman mati, pengesahan hendaklah diperoleh
daripada Yang di-Pertuan Agong.
Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
Pemgampunan boleh diperoleh daripada Yang di-pertuan Agong
melalui Lembaga Pengampunan.

MAHKAMAH KHAS
BUMIPUTERA

1. Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sabah dan Sarawak.


Struktur Mahkamah Bumiputera
Mahkamah Bumiputera Sarawak Mahkamah Bumiputera Sabah
Mahkamah Rayuan
Bumiputera
Mahkamah
Bumiputera
Residen
Mahkamah Daerah
Bumiputera
Mahkamah
Pegawai/ ketua
Bumiputera
Mahkamah Ketua
Kampung

Mahkamah Rayuan
Bumiputera
Mahkamah
Pegawai Daerah
Mahkamah
Bumiputera

PERSAMAAN MAHKAMAH
BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK
Jika berlaku apa-apa kes yang berkaitan
dengan perkahwinan atau seks dan
kedua-dua pihak yang terlibat adalah
daripada keturunan yang berbeza, adat
pihak perempuan hendaklah digunakan.
Sebarang pelanggaran adat boleh
dibicarakan di Mahkamah Bumiputera
asalkan salah seorang daripada pihakpihak yang terlibat ialah bumiputera.

STRUKTUR MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK


1. Mahkamah Rayuan Bumiputera
. Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada
I.Hakim Mahkamah Tinggi
II.Setiausaha Hal-ehwal Bumiputera
III. Dua orang pengapit
. Mahkamah ini diadili oleh tiga, lima, atau tujuh orang yang diketuai oleh
Hakim Mahkamah Tinggi.
. Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera
Residen.
2.

Mahkamah Bumiputera Residen


Personel Mahkamah Bumiputera Residen terdiri daripada
I.Residen
II.Ketua Bumiputera
III.dua orang pengapit

Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Bumiputera bawahan.


Residen berkuasa untuk menghentikan atau mengarahkan perbicaraan semula
sesuatu kes di Mahkamah Daerah Bumiputera atau Mahkamah Ketua Bumiputera
jika perbicaraan berkenaan tidak mematuhi undang-undang adat.
3.

Mahkamah Daerah Bumiputera


Personel Mahkamah Daerah Bumiputera terdiri daripada:
I.Majistret
II.Pegawai Bumiputera
III.dua orang pengapit
Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun dan
denda tidak melebihi RM200.

4.

Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera


Personel Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera terdiri daripada:
I.Pegawai/Ketua Bumiputera
II.dua orang pengapit
Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 6 bulan dan
denda tidak melebihi RM100.

5.

Mahkamah Ketua Kampung


Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:
I.Hakim Mahkamah Tinggi
II.dua orang pengapit
Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.
STRUKTUR MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK

1.

Mahkamah Rayuan Bumiputera


Personel Mahkamah Rayuan Bumiputera terdiri daripada:
I.Hakim Mahkamah Tinggi
II.dua orang ketua bumiputera

2.

Mahkamah Pegawai Daerah


Personel Mahkamah Pegawai Daerah terdiri daripada:
I.Pegawai Daerah
II.dua orang pengapit
Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun dan
denda tidak melebihi RM200.

3.

1.

2.

Mahkamah Bumiputera
Personel Mahkamah Ketua Kampung terdiri daripada:
I.Hakim Mahkamah Tinggi
II.dua orang pengapit
Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM50.
BIDANG KUASA MAHKAMAH BUMIPUTERA
Mahkamah Bumiputera berkuasa untuk membicarakan:
Kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak-pihak yang terbabit
ialah bumiputera, contohnya tentang perkahwinan, perkara seks, harta pusaka,
dan tanah.
Kes pelanggaran Undang-undang Adat Sarawak oleh seorang atau
sekumpulan bumiputera.
Kes pelanggaran Undang-undang Adat Melayu bukan Islam.
Kes-kes yang diberi kuasa oleh undang-undang bertulis kepada Mahkamah
bumiputera.
Kes yang melibatkan bumiputera Islam dibicarakan di Mahkamah Syariah
dan hanya akan dibicarakan di Mahkamah Bumiputera jika perkara yang
hendak dibicarakan tidak diliputi dalam undang-undang islam.

MAHKAMAH KHAS PERUSAHAAN


STRUKTUR MAHKAMAH PERUSAHAAN
1.

Presiden Mahkamah Perusahaan ialah ketua organisasi yang bertanggungjawab


terhadap keseluruhan fungsi dan aktiviti mahkamah.
2. Terdapat 21 orang Pengerusi Mahkamah Perusahaan, iaitu 15 orang di Mahkamah
Persekutuan Kuala Lumpur, dua orang di Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang, dua
orang di Mahkamah Perusahaan Cawangan Timur (Sabah dan Sarawak), seorang di
Mahkamah Perusahaan Ipoh, dan seorang di Mahkamah Perusahaan Johor Bahru.
3. Di bawah Yang Dipertua, terdapat Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan 8 orang
Penolong Pendaftar.
4. Yang Dipertua, bertanggungjawab perkara yang berkaitan dengan pentadbiran,
perkhidmatan, personel, kewangan, dan pengurusan pengendalian sebutan dan
pendengaran kes.
5. Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada Mahkamah Pengerusi dan Mahkamah Yand
Dipertua.
6. Mahkamah Pengerusi membicarakan:
. Kes pembuangan kerja pekerja-pekerja dalam sektor swasta.
. Kes pertikaian perusahaan tentang syarat-syarat perkhidmatan.
. Kes-kes sebagaimana yang diarahkan oleh Presiden.

7. Mahkamah Yang Dipertua membicarakan:


. Kes pertikaian tentang interpretasi, variasi, dan ketidakpatuhan keputusan atau
perjanjian kolektif.
. Kes tentang rujukan ke mahkamah tinggi atas persoalan undang-undang
. Kes yang berkaitan dengan writ of certiorari.
KEANGGOTAAN MAHKAMAH PERUSAHAAN
1. Mahkamah Perusahaan dianggotai oleh seorang Presiden dan suatu panel yang
terdiri daripada beberapa orang anggota.
2. Panel tersebut diwakili oleh dua kumpulan, iaitu kumpulan yang mewakili
majikan dan kumpulan yang mewakili pekerja.
3. Anggota-anggota panel dilantik oleh Menteri Sumber Manusia.
4. Presiden Mahkamah Perusahaan dan 2 orang anggota dari setiap kumpulan
dalam panel akan mendengar sesuatu pertikaian perusahaan.
FUNGSI MAHKAMAH PERUSAHAAN
5. Arbitrasi, iaitu proses penyelesaian pertikaian perusahaan melalui 4 peringkat:
a) Rundingan terus antara pihak majikan dengan pekerja swasta.
b) Rundingan damai dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan.

a)

Dalam kes-kes yang tidak mencapai penyelesaian melalui rundingan damai,


pertikaian tersebut akan dirujuk kepada Menteri Sumber Manusia yang akan
memutuskan kes-kes tersebut, sama ada mempunyai merit untuk dirujukkan
kepada Mahkamah Perusahaan.
b) Mahkamah perusahaan akan membicarakan sebarang pertikaian yang telah
dirujuk kepadanya dan membuat atau menurunkan keputusan.
2. Perjanjian Kolektif
Mahkamah perusahaan mendaftarkan dan memberikan pengiktirafan kepada
perjanjian kolektif antara majikan dengan pekerja supaya perjanjian itu sah
dari segi undang-undang Mahkamah Tinggi
Mahkamah Perusahaan
Menteri Sumber Manusia
Jabatan perhubungan
Perusahaan
Pertelingkahan Majikan dengan
pekerja

Peringkat penyelesaian antara majikan dengan pekerja

1.
2.
3.

4.
5.
6.
7.

BIDANG KUASA MAHKAMAH PERUSAHAAN


Memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan,
digantikan, atau dibatalkan.
Mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan
untuk menghadirkan diri di Mahkamah Perusahaan.
Merekodkan kenyataan sesuatu pihak secara angkat sumpah dan
mengarahkan pihak itu mengemukakan buku-buku, surat-surat, dan
dokumen-dokumen sebagai bukti.
Melaksanakan perbicaraan atau mana-mana bahagian daripadanya secara
tertutup.
Memohon bantuan daripada tenaga pakar untuk memberikan pendapat pakar
semasa perbicaraan
Membuat apa-apa yang perlu untuk menyelesaikan kes secara tepat.
Mendengar dan membuat keputusan dalam sesuatu kes walaupun tanpa
penyerahan pernyataan kes atau pernyataan jawapan, atau mendengar kes
secara sebelah pihak (ex-parte) selepas notis-notis atau saman-saman telah
diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian itu.

Vous aimerez peut-être aussi