Vous êtes sur la page 1sur 1

Dalam inkuiri pengesahan murid-murid disediakan dengan

persoalan dan prosedur (kaedah). Jika keputusan sudah


dikenalpasti terlebih dahulu, dapatan murid hanya untuk
tujuan pengesahan keputusan tersebut. Inkuiri
pengesahan berguna untuk mengukuhkan idea yang
dimuridi sebelum ini. Murid didedahkan kepada proses
penyiasatan dan mengamalkan kemahiran siasatan
tertentu seperti mengumpul dan merekodkan data.
Dalam inkuiri berstruktur, murid disediakan dengan
persoalan dan prosedur (kaedah). Hasil siasatan ini
adalah untuk menjana penjelasan yang disokong oleh
bukti-bukti yang dikumpul dalam prosedur.
Dalam inkuiri berpandu, murid disediakan hanya soalan
penyelidikan dan tugas mereka adalah untuk mereka
bentuk prosedur (kaedah) serta menguji soalan dan
penjelasan yang dihasilkan. Jenis inkuiri ini lebih terbuka
berbanding inkuiri pengesahan atau berstruktur. Murid
mempunyai banyak peluang untuk belajar dan
mengamalkan cara yang berbeza bagi merancang
eksperimen dan merekod data.
Dalam inkuiri terbuka, murid membentuk soalan, prosedur
dan reka bentuk untuk menjalankan siasatan, dan
memperoleh keputusan mereka.

Vous aimerez peut-être aussi