Vous êtes sur la page 1sur 5

10 Ajaran Sesat Yang Masih Aktif di Malaysia

Sepuluh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai masih bergerak aktif di seluruh negara perlu
dihapuskan segera kerana dikesan mengamalkan pelbagai amalan yang bercanggah ajaran
Islam dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Amalan itu termasuk mengajar ilmu tasawuf dan tarekat bercorak kebatinan; memperkenalkan
aliran pemikiran lama dan baru; mengamalkan wirid bercorak kebatinan dalam persilatan,
amalan khurafat dan perbomohan.
Kumpulan berkenaan adalah:
1. Syiah
2. Al-Arqam atau Syarikat Rufaqa Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) atau Global
Ikhwan Sdn Bhd
3. Islam Jamaah
4. Ajaran Azhar Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn Bhd)
5. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah
6. Pemuda Kahfi
7. Tarekat Naqsyabandiah Khalidiah Sheikh Nazim
8. Qadiani/Ahmadiah
9. Tarekat Naqsyabandiah Kadirun Yahya

10. Ajaran Aurad Islamiah


Kumpulan diatas adalah sebahagian daripada 95 pergerakan yang difatwakan menyeleweng
daripada ajaran Islam dan pegangan Al-Sunnah Wal-Jamaah sama ada oleh Muzakarah
Jawatankuasa Majli Fatwa Kebangsaan atau Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri di seluruh
negara dalam tempoh 20 tahun lalu.

ajaran Syiah

pengasa al-arqam; Abuya

Islam Jamaah

Ajaran Tarekat Naqsyabandiyah

Pengasas ajaran Qadiani


Mendedahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),
Othman Mustafa, berkata semua kumpulan itu perlu dihapuskan secepat mungkin oleh pihak
berkuasa agama negeri di seluruh negara.
Kita memandang serius terhadap perkara ini kerana ia membabitkan soal akidah umat Islam
serta boleh menjejaskan keamanan di negara ini. Jadi, sepuluh kumpulan ini akan diberi
keutamaan untuk dihapuskan bagi mengelakkan ia terus tersebar dalam negara, katanya.
Othman berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga sedang memantau cubaan
sesetengah pihak yang cuba menyebarkan pelbagai ideologi baru seperti pluralisme dan
fahaman berbentuk ekstremis dengan memperalatkan golongan pelajar dan tenaga pengajar
institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Katanya, fahaman seumpama itu bukan saja merosakkan akidah umat Islam, tetapi turut
mengundang pelbagai masalah lain seperti rusuhan agama dan perang saudara.
Namun, kita terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menangani masalah ini seperti
ketidakseragaman undang-undang syariah di peringkat negeri dan salah faham umat Islam
terhadap isu akidah termasuk ilmu tarekat dan tasawuf.
Keadaan itu memaksa kita meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dan
Jawatankuasa Fatwa Negeri melakukan kajian, sekali gus menyelaras keputusan berhubungan
fatwa pengharaman sesuatu kumpulan ajaran sesat, katanya.

Beliau berkata, Jakim turut menubuhkan unit penyelidikan untuk memantau dan
mengenalpasti mereka yang cuba menyebarkan ajaran sesat dan tarikat yang menyeleweng
menerusi blog, laman web sosial seperti Facebook dan twitter.
"Kita mengakui kumpulan ajaran sesat hari ini sentiasa memanipulasi teknologi baru untuk
mengembangkan fahaman dan merekrut ahli baru, katanya.

Vous aimerez peut-être aussi