Vous êtes sur la page 1sur 29

ASBABUN NUZUL

DAN
KEPENTINGANNYA

DISEDIAKAN OLEH:
NORAINI BINTI AHMAD
NOR HAZWANI BINTI MOHD AB
GHAFAR

ASBABU
N NUZUL

TAKRIF
USLUB

KEPENTINGA
N

TAKRIF AL-QURAN
Al-Quran - Merupakan kitab Allah S.W.T / kalam
Allah yang diwahyukan kepada NabiMuhammad
S.A.W. melalui perantaraan Malaikat Jibrail ,sebagai
panduan dan pedoman kepada sekalian umat
manusia, bermula dari surah Al-Fatihah dan diakhiri
surah An-Naas,kitab terakhir yang diturunkan
selepas kitab samawi yang sebelumnya iaitu
Injil,Taurat, dan Zabur.

DEFINISI ASBABUN NUZUL


Penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku
atau menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada Nabi
atau memberi penjelasan hukum terhadap sesuatu peristiwa
yang berlaku, seperti firman Allah SWT dalam surah
Maryam: 77-80.
Untuk menjawab pertanyaan para sahabat kepada Nabi
Muhammad SAW tentang hukum syarak atau meminta
penjelasan tentang perkara-perkara agama, seoerti firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 189).

USLUB-USLUB ASBAB AL-NUZUL

Ulama menggunakan uslub berbeza-beza untuk menunjukkan


sebab nuzul. Kadang-kadang digunakan :

1-Uslub yang secara terang menggunakan kata sebab, misalnya


dikatakan sebab nuzul ayat ini begini dan begini. Uslub seperti
ini adalah teks yang jelas dalam menyatakan sebab dan tidak
mengandungi gambaran-gambaran lain.

2-Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas tetapi


digunakan kata fa yang termasuk ayat yang turun setelah
menjelaskan sesuatu peristiwa.

3- Pada masa lain Rasulullah S.A.W ditanya , lalu wahyu turun dan

beliau menjawab pertanyaan itu dengan wahyu tersebut tanpa ada uslub
yang mengandungi kata sebab dan tanpa ada kata fa. tetapi makna
sebab dapat difahami daripada konteks ayat itu.
4-Kadang-kadang tidak digunakan uslub yang secara jelas
mengandungi kata sebab, tidak disertai dengan kata fa dan juga tidak
berkaitan dengan jawapan terhadap soalan yang ditujukan kepada
Rasulullah tetapi dikatakan ; Ayat ini turun mengenai masalah ini
(misalnya). Uslub seperti ini tidak merupakan uslub yang secara jelas
menunjukkan sebab nuzul tetapi mungkin menunjukkannya dan
mungkin juga menunjukkan yang lain, iaitu penjelasan kandungan
hukumnya dan pengertiannya. Hanya petanda-petanda yang ada yang
menegaskan mana di antara dua kemungkinan itu yang paling tepat dan
kuat.

Dari sini kita dapat ketahui bahawa apabila terdapat dua uslub
mengenai ayat yang sama iaitu:I. yang pertama secara jelas menunjukkan sebab nuzul ayat atau
beberapa ayat dan yang kedua pula tidak menunjukkan secara jelas.
Maka yang jelas itulah yang kita ambil sebagai sebab nuzul.
II. Manakala yang tidak menunjukkannya secara jelas, kita
fahaminya sebagai penjelasan terhadap kandungan ayat yang
berkaitan kerana yang menunjukkan sebab secara jelas lebih kuat
daripada yang tidak jelas.
Misalnya: Riwayat yang ditakhrij oleh Imam Muslim dari Jabir
katanya : Kaum Yahudi mengatakan , Siapa yang menyutubuhi
isterinya dari arah belakang ke dalam (qubul), maka anaknya akan
juling (matanya).

Allah SWT menurunkan firman-Nya dalam surah al-Baqarah


ayat 223 yang bermaksud :

Maksudnya:

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman

kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang
kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri
kamu;

dan

bertaqwalah

kepada

Allah

serta

ketahuilah

Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak)


dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad kepada orang-orang
Yang beriman.
(Surah Al-Baqarah ,223)

Dalam riwayat yang ditakhrij oleh Imam Bukhari dari Ibnu Umar
katanya: Ayat di atas diturunkan berkenaan masalah menyetubuhi
isteri melalui duburnya.

Ayat yang digunakan ketika menjelaskan sebab nuzul ayat itu


adalah riwayat Jabir kerana secara terang menunjukkan sebab
nuzul. Manakala riwayat Ibnu Umar diertikan sebagai penjelasan
tentang hukum menyutubuhi isteri melalui dubur adalah haram
kerana mengambil daripada pengertian itu.

Apabila perbezaan terjadi atau beberapa riwayat yang tidak


memiliki uslub jelas walaupun sedikit, misalnya sebahagian mufassir
mengatakan : Ayat ini turun mengenai hal ini sedang yang lain
mengatakan: Ayat ini turun mengenai hal ini , juga tidak ada
indikator yang menunjukkan salah satunya kepada makna sebab
nuzul.
Maka kedua riwayat itu difahami sebagai penjelasan

kandungan

hukum ayat yang bersangkutan dan tidak ada alasan sedikit pun untuk
memahami salah satunya sebagai yang menunjukkan makna sebab.

PEMBAHAGIAN NUZUL ALQURAN


Penurunan dan sebab turun al-Quran secara umumnya dapat
dibahagikan kepada dua jenis:

1-

Penurunan al-Quran Tanpa Sebab

2- Penurunan al-Quran Bersebab

PEMBAHAGIAN NUZUL AL-QURAN

TANPA SEBAB

1- Penurunan semata-

mata untuk memberi


panduan ke jalan yang
benar
2- Menceritakan tentang
umat dahulu
,menenangkan serta
menghibur Nabi

BERSEBAB

1- Jelas sesuatu hukum

2- Menjawab pertanyaan
yang diaju kepada
Rasulullah
3- Apabila nabi ditanya
sesuatu perkara
4- Apabila berlaku sesuatu
peristiwa

1-PENURUNAN AL-QURAN TANPA SEBAB


Wahyu dan ayat yang diturunkan tanpa sebab pada umumnya
memperkatakan tentang perkara dan soal penghidupan harian
atau perkara yang sering berlaku.
Selain itu juga, menyatakan tentang perkara yang telah diketahui
maklumatnya seperti akhlak mulia.
Wahyu dan al-Quran ini diturunkan untuk memberi maklumat
tambahan, penjelasan yang kurang, serta membetulkan kekeliruan.
+Wahyu jenis ini banyak berlaku dan jumlahnya terdapat dalam alQuran yang melebihi jumlah ayat yang diturunkan tanpa sebab
iaitu:

Pertama: Penurunannya semata-mata untuk memberi panduan


ke jalan yang benar, tanpa menjelaskan peristiwa atau
pertanyaan .
Kedua : Penurunannya untuk menceritakan tentang umat
terdahulu, menenangkan serta menghiburkan Nabi serta
sahabat. Contohnya wahyu dan ayat menceritakan tentang Nabi
Yusuf dan saudara-saudaranya. Sebagaimana firman Allah :-

Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindahindah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini,
padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah
dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya. (ingatlah
peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta
bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah Engkau ceritakan
mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana Aku khuatir mereka
akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.
Sesungguhnya Syaitan adalah musuh Yang nyata bagi manusia.
(Surah Yusuf : 3-5)

Huraian ayat :
Ayat ini menceritakan tentang mimpi nabi Yusuf.
Nabi Yusuf telah menceritakan mimpinya kepada nabi Ibrahim.
Beliau bermimpi mengenai sebelas bintang,matahari dan bulan
yang sujud padanya.
Nabi Ibrahim tidak membenarkannya untuk menceritakan mimpi
itu kepada saudaranya yang lain.
Ayahnya khuatir saudara-saudaranya akan membuat rancangan
jahat kepadanya.

2. PENURUNAN AL-QURAN BERSEBAB


Sebagaimana dimaklumi, penurunan al-Quran itu ada yang
bersebab dan ada yang tidak bersebab. Antara contoh penurunan
wahyu dan al-Quran dengan bersebab ialah:
Pertama : Sebab Nuzul untuk menjelaskan sesuatu hukum
dan membetulkan kesilapan. Sebagaimana firman Allah :



Maksudnya:Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu
hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam
keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa
Yang kamu katakan.
( Surah al-Nisa ayat 43)

SAMBUNGAN
Ayat tersebut turun disebabkan ada sahabat yang sembahyang
dalam keadaan mabuk, menyebabkan beliau tersilap ketika
membaca Surah al-Kafirun ( ) . Ayat dan wahyu tersebut
diturunkan untuk menjelaskan supaya jangan sembahyang dalam
keadaan mabuk.

Kedua: Penurunan wahyu dan al-Quran untuk menjawab


pertanyaan yang diajukan kepada Baginda. Sebagaimana
firman Allah S.W.T:
Maksudnya: dan mereka bertanya kepadamu (Wahai
Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah: "Aku akan
bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan)
sedikit tentang perihalnya".
(Surah al-Kahfi ayat 83)
Ayat tersebut diturunkan kerana ada orang Yahudi yang
bertanya kepada Nabi tentang kisah Zul Qarnain.

Ketiga : Penurunan wahyu apabila Nabi ditanya tentang


sesuatu perkara, maka turunlah ayat yang menerangkan
hukumnya.
Contohnya ialah : Khaulah Binti Thalabah telah diziharkan oleh
suaminya Aus Ibn Samit. Lalu Khaulah datang menemui Rasulullah
dan mengadu tentang perkara tersebut.
Sebagaimana hadis daripada Aisyah yang diriwayatkan oleh Ibn
Majah dan Ibn Abi Hatim.
Aisyah berkata yang bermaksud: Maha Suci Allah yang mana
pendengaran- Nya meliputi segalanya. Aku mendengar ucapan
dan aduan Khaulah Binti Thalabah itu, meskipun tidak semuanya.

Ia mengadu tentang suaminya kepada Rasulullah, dengan


katanya: Wahai Rasulullah! Suamiku telah lama hidup
bersamaku dan aku juga telah beberapa kali mengandung
kerananya tetapi sekarang setelah aku tua dan tidak beranak
lagi, dia telah mengziharkan daku.
Ya Allah sesungguhnya daku mengadu kepada-Mu . Aisyah
berkata : Tiba-tiba malaikat Jibril turun membawa ayat. :

Sebagaimana firman-Nya :
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan
memperkenan) aduan perempuan Yang bersoal jawab
denganmu

(Wahai

Muhammad)

mengenai

suaminya,

sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara


Yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar
perbincangan kamu berdua. ..
(Surah
Mujadalah ayat 1)

al-

Keempat : Penurunan wahyu dan al-Quran apabila berlaku


sesuatu peristiwa. Hal ini sebagaimana hadis daripada Bukhari
dan Muslim yang mana Ibn Abbas berkata yang bermaksud:
Ketika turunnya ayat 214 Surah al-Syuara yang bermaksud :
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu
yang dekat.
Nabi telah pergi menaiki bukit Safa, lalu baginda berseru:
Wahai kaumku sekalian! Maka mereka semua berkumpul
berhampiran dengan nabi.
Baginda berseru lagi: Bagaimana pendapat kamu apabila aku
memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini ada
sepasukan berkuda yang akan menyerang kamu,Percayakah
kamu dengan kata-kataku ini?

Mereka menjawab: Kami belum pernah mendapati kamu


berdusta
. Lantaran itu nabi menyambung kata-katanya. Aku
memperingatkan kepada kamu tentang azab yang pedih.
Maka ketika itu Abu Lahab bangun lantas berkata: Celakalah
engkau: Apakah engkau mengumpulkan kami ini hanya untuk
urusan ini? Maka turunlah Surah al-Masad. Sebagaimana
firman Allah:

Maksudnya:
1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia
bersama!
2. hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat
menolongnya.
3. ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak
menjulang.
4. dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu
api.
5. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal.

KEPENTINGAN
Mengetahui hukum Allah secara tertentu terhadap
apa yang disyariatkan.
Menjadi penolong dalam memahami makna ayat
dalam menghilngkan kemusykilan di sekitar ayat itu.
Ibnu Taimiyah berkata:


.
Mengetahui sebab nuzul menolong untuk memahami
ayat, sesungguhnya mengetahui sebab menghasilkan
pengetahuan tentang yang disebabkan (akibat).

Abu Fath Al Qusyairi berkata:


.
- Menerangkan sebab nuzul, adalah jalan yang kuat dala
memahami makna-makna al-Quran. Hal itu adalah suatu
urusan yang diperoleh pada sahabat kerana qarinahqarinah yang mengelilingi kejadian-kejadian itu.


:Muhammad Ali Ash Shabuny menerangkan bahawa
Mengetahui dari segi hikmah yang mendorong
dilaksanakannya suatu hukum.
Mengkhususkan hukum (takhsis) dengan adanya sebab
menurut orang yang berpendapat bahawa ibadah itu
ditanyakan berdasarkan sebab khusus.
Menghindarkan prasangka yang menyatakan erti hasyr
dalam suatu ayat yang zahirnya hashr.
Mengetahui siapa orangnya yang menjadi sebab turunnya
ayat serta memberikan ketegasan bila terdapat keraguan.

SEKIAN, TERIMA
KASIH.

Vous aimerez peut-être aussi