Vous êtes sur la page 1sur 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)

KAMPUS KOTA BHARU,


16109 KOTA BHARU, KELANTAN
KERTAS KERJA
PROGRAM MESRA BAKTI DI PDK
TEMPAT :
PDK Selising,
Klinik Kesihatan Selising,
16800 Pasir Puteh, Kelantan

TARIKH :
21 September 2014 hingga 25 September 2014

ANJURAN :
Guru Pelatih PISMP Pendidikan Khas Semester 6

Ambilan Januari 2012


KERTAS KERJA PROGRAM MESRA BAKTI DI PDK
1.0

TAJUK
Program Mesra Bakti di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

2.0

PENGENALAN
Setiap insan yang lahir ke dunia ciptaan Tuhan mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Namun, kejadian insan itu adalah nikmat kurniaan
Ilahi yang tiada tolak bandingnya. Setiap insan mempunyai hak dan peluang
untuk terus bernafas di bumi ciptaan Allah. Sehubungan dengan itu, pelajar
PISMP Pendidikan Khas Semester 6 dikehendaki untuk mengadakan Program
Mesra Bakti di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) selama seminggu.
Program yang diadakan ini adalah bagi memenuhi proforma kursus yang telah
ditetapkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru (IPG).
Selain itu, program seumpama ini dapat membantu guru pelatih
Pendidikan Khas untuk mengetahui selok belok pengurusan sesebuah PDK dan
dapat melihat sendiri kehidupan sebenar kanak-kanak istimewa tersebut.
Program ini juga, secara tidak langsung dapat membantu mengeratkan
hubungan silaturrahim dalam sesebuah komuniti di samping melatih para guru
pelatih untuk menjadi sebahagian daripada sesebuah kelompok masyarakat
yang berjiwa murni. Semoga dengan program latihan sebegini, akan lahirlah
generasi guru Pendidikan Khas yang mempunyai kesedaran dan keprihatinan
yang tinggi terhadap kanak-kanak istimewa ini.

3.0

OBJEKTIF
3.1
Mengetahui tentang pengurusan dan peranan PDK.
3.2
Menimba pengalaman di Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK).

3.3

Mengeratkan hubungan silaturrahim sekaligus mewujudkan suasana

3.4

kondusif di PDK .
Melahirkan guru pelatih yang berjiwa murni serta mempunyai potensi

3.5
3.6

dalam membantu keberkesanan PDK.


Melaksanakan beberapa projek kemasyarakatan di PDK.
Merealisasikan proforma kursus major iaitu Pendidikan Khas : PKU3123
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

4.0

TARIKH
21 September hingga 25 September 2014, iaitu dari hari Ahad hingga hari
Khamis.

5.0

MASA
8.00 pagi sehingga 2.00 petang

6.0

TEMPAT
PDK Selising, Klinik Kesihatan Selising, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

7.0

PESERTA
7.1
Pensyarah Pembimbing PISMP Pendidikan Khas Semester 6
7.2
Pelajar PISMP Pendidikan Khas Semester 6
*Sila rujuk lampiran A

8.0

PENGANGKUTAN
Kenderaan guru pelatih sendiri

9.0 JAWATANKUASA KERJA


* Sila rujuk lampiran B
10.0

TENTATIF PROGRAM
* Sila rujuk lampiran C

11.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
* Sila rujuk lampiran D

12.0

IMPLIKASI KEWANGAN
Setiap ahli jawatankuasa dikehendaki mencari sumbangan untuk mendapatkan
sumber kewangan.

13.0

PENUTUP

Pihak kami berharap program latihan ini akan berjalan dengan lancar dan
sempurna. Semoga program ini mendapat kerjasama daripada pihak-pihak yang
berkaitan secara langsung ataupun secara tidak langsung demi menyebarkan
ilmu di bumi Allah yang tercinta ini. Semoga program ini dapat mencapai objektifobjektif yang telah ditetapkan agar mendapat kemajuan dalam organisasi dan
dalam pimpinan sebagai seorang bakal guru. Semoga program ini mendapat
keberkatan dan keredhaan oleh Allah S.W.T. InsyaALLAH.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.........................................................
(NUR SYAHMIMI BINTI IBARAHIM)
Setiausaha,
PISMP Pendidikan Khas,
Ambilan Januari 2012,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

(FARAH DILLA BINTI RAMLI)


Pensyarah Pembimbing,
PISMP Pendidikan Khas,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

................................................

(AZHARI BIN MUHAMOOD)


Ketua Jabatan Pendidikan Khas,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu

(HJ HASHIM BIN DERAMAN)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.........................................................
(NUR SYAHMIMI BINTI IBARAHIM)
Setiausaha,
PISMP Pendidikan Khas,
Ambilan Januari 2012,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

(FARAH DILLA BINTI RAMLI)


Pensyarah Pembimbing,
PISMP Pendidikan Khas,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

Disahkan oleh,

Diluluskan oleh,

..

................................................

(AZHARI BIN MUHAMOOD)


Ketua Jabatan Pendidikan Khas,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

(DR. ABDULLAH BIN YUSOFF)


Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu.

Vous aimerez peut-être aussi