Vous êtes sur la page 1sur 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2011

HBML4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

PUSAT PEMBELAJARAN

: PP WILAYAH SARAWAK
KANDUNGAN

ABSTRAK

iii

1.0.

PENGENALAN

2.0.

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKUPAYAAN BAHASA MELAYU


BERSAING DENGAN BAHASA-BAHASA LAIN
2.1.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(Information and Communication Technology) atau ICT
1

2.2.

Dasar pendidikan

2.3.

Rakyat tidak yakin bahasa kebangsaan mampu sampaikan ilmu

2.4.

Gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa di tempat awam

2.5.

Malu bertutur bahasa Melayu

2.6.

Tanggapan bahawa bahasa Melayu tiada nilai ekonomi

2.7.

Kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada


Bahasa Kebangsaan yang secara relatifnya rendah dan lambat

2.8.

Peminggiran penggunaannya dalam urusan rasmi di sektor awam


dan swasta

2.9.

Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


termasuk di institusi-institusi pendidikan tinggi

2.10.
3.0.

Penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di televisyen dan radio 7

PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL DALAM USAHA


MEMPERKASAKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI

4.0.

BAHASA MELAYU

PENUTUP

10

RUJUKAN

12

ABSTRAK

Tugasan ini menyatakan secara ringkas sejarah perkembangan bahasa


Melayu di zaman Melayu Melaka. Perubahan zaman dan tuntutan
semasa mempengaruhi perkembangan penggunaan bahasa Melayu di
Malaysia. Dibincangkan secara umum faktor-faktor yang menyebabkan
Bahasa Melayu hilang upaya bersaing dengan bahasa-bahasa lain di
dunia. Berdasarkan kupasan faktor-faktor tersebut dirumuskan bahawa
terdapat sepuluh sebab yang menyebabkan Bahasa Melayu hilang upaya
bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Namun begitu, di sebalik
faktor-faktor yang merangsang perubahan senario penggunaan bahasa
Melayu di kalangan masyarakat Malaysia di jelaskan juga peranan
golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui
bahasa Melayu. Sehubungan dengan hal ini tugasan ini menyimpulkan
bahawa peranan semua rakyat Malaysia amat penting untuk
memertabatkan bahasa Melayu agar Bahasa Melayu terus gah gemilang
bersaing di persada antarabangsa.

1.0.

PENGENALAN
Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat perhubungan

berbilang bangsa dan menjadi bahasa antarabangsa apabila pemerintah Kerajaan Melayu zaman
dahulu terutama raja dan sultan tetap tegas menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan. Ia
termasuk dalam soal diplomatik antara pedagang atau kuasa asing seperti Portugis, Belanda,
Inggeris dan Perancis. Sepertimana yang dipaparkan dalam karya agung Tun Sri Lanang
menerusi Sejarah Melayu yang menggambarkan kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Melayu
Melaka. Melalui bukti-bukti kukuh antaranya dalam Sulalatus al-Salatin atau Sejarah Melayu
oleh Tun Sri Lanang dan Hikayat Raja Pasai antara abad ke-14 hingga ke-17 jelas menunjukkan
pemerintah tidak berkompromi dalam soal bahasa.
Namun malangnya, pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu di zaman moden ini
seakan-akan terkubur dari zaman kegemilangannya walaupun suatu ketika dahulu pernah
menjadi bahasa sarwajagat terhebat di Nusantara. Dalam zaman siber ini penggunaan bahasa
Melayu atau bahasa Malaysia yang mengikut tatabahasa mahupun nahunya semakin dihakis oleh
bahasa slanga dalam sistem pesanan ringkas. Laman sosial yang semakin ramai ahlinya turut
terkena tempias ribuan bahasa ringkas hingga ada pihak yang sanggup mempermainkan bahasa
Melayu semata-mata ingin mempersendakan orang lain. Sedar atau tidak, bahasa Melayu telah
menerima tamparan hebat sejak 20-30 tahun dahulu. Era digital dan globalisasi tanpa sempadan
menyaksikan bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasa
Inggeris.
Selain itu, tuntutan ekonomi telah menghanyutkan perjuangan nasionalisme sehingga ada
Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang suatu ketika dahulu dilihat memertabatkan bahasa
Melayu kini dilihat sama seperti institusi tinggi lain di Malaysia. Manakala aplikasi dasar
liberalisasi sekitar 1980-an menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan
bahasa Melayu pula seolah-olah perlu bersedia untuk diturunkan ke liang lahad.
Sehubungan itu, tugasan ini akan membincangkan faktor-faktor yang menjadi isu dan
cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era ini. Pengupasan dan
penghuraian yang dibuat oleh penulis merupakan satu bentuk pandangan secara umum kepada
masyarakat yang berbahasa Melayu.

2.0.

FAKTOR-FAKTOR KETIDAKUPAYAAN BAHASA MELAYU BERSAING


DENGAN BAHASA-BAHASA LAIN
1

Antara faktor-faktor yang menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan
penggunaan bahasa Melayu dalam era ini adalah seperti berikut:

2.1.

Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and


Communication Technology) atau ICT
Melalui kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, tiada sempadan yang dapat

memisahkan sesebuah negara. Setiap negara di dunia semakin saling bergantung antara satu
dengan yang lain. Suasana ini telah mendatangkan kesan negatif kepada kedudukan bahasa
Melayu menjadikannya semakin tergugat oleh bahasa-bahasa lain di dunia. Dalam konteks ini
ICT merupakan saluran kepada penjajahan bahasa di peringkat maya oleh bahasa yang
mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa seperti Bahasa Inggeris. Fenomena ini
memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan
masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam kehidupan seharian
mereka.
Masyarakat umum iaitu Cina, India dan golongan elit Melayu mengagung-agungkan
kehebatan bahasa Inggeris. Penekanan mereka terhadap bahasa Inggeris amat keterlaluan.
Mereka menggunakannya dalam semua aspek kehidupan. Dalam perbualan sesama ahli keluarga,
bahasa Inggeris yang digunakan. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak yakin terhadap
kemampuan bahasa Melayu. Mereka menolak hakikat sejarah negara ini yang berpangkal
daripada politik Melayu dan lebih senang menerima bahasa Inggeris. Ancaman seperti ini tidak
boleh dipandang ringan.
Pengaruh ICT juga jelas menular dalam kehidupan moden hari ini dengan berjaya
merubah paradigma sosiobudaya dan bahasa contohnya bahasa komunikasi. Seperkara yang
menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan
chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak
menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja.
Wujud juga bahasa rojak akibat daripada perkembangan teknologi. Bahasa rojak
digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus
membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Ini secara tidak
langsung boleh mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan
bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain. Bahasa yang tercemar itu boleh
mempengaruhi orang lain terutama sekali orang bukan melayu begitu juga kanak-kanak sekolah
dari semua kaum yang terdedah kepada bahasa yang buruk itu sehinggakan ada kemungkinan
2

mereka akan meniru bahasa yang buruk dan menganggapnya sebagai Bahasa Melayu yang betul.
Jika kita lihat pada situasi sekeliling, apa yang paling ketara penggunaan bahasa rojak atau
bahasa yang dicampur aduk antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sudah menjadi
kelaziman bagi kebanyakan kita hari ini. Sedar atau tidak, sebahagian besar dalam kalangan kita
menjadikan ayat rojak ini sebagai suatu kebiasaan sehari-hari tanpa merasakan ia suatu yang
serius khususnya bila ia `menular menjadi bahasa baru dalam kalangan generasi muda.
2.2.

Dasar pendidikan
Dalam sistem pendidikan, telah berlaku penurunan martabat dan peranan bahasa Melayu

sebagai bahasa ilmu apabila dilakukan tindakan yang jelas oleh kerajaan dengan mengurangkan
peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan. Dalam dasar
tersebut kuliah sains dan teknologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris
dan mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris
(PPSMI). Kesan daripada penarikan semula dasar bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
utama menjadikan proses bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa moden akan terhenti.
Sebaliknya bahasa Melayu akan terperosok sebagai bahasa pasar sahaja. Malah kedudukan
bahasa Melayu dalam semua bidang, terutama dalam bidang ilmu dan perniagaan di negara
bertuah Malaysia ini akan jatuh ke nombor tiga di bawah bahasa Inggeris dan Mandarin. Selain
itu, pelaksanaan dasar ini menjadikan peranan Bahasa Melayu dalam bidang ilmu Sains dan
teknologi akan tersekat terus dan terbantut. Dalam konteks ini juga kedudukan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmiah juga semakin mengecil khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Tindakan kerajaan ini seolah-olah meminggirkan kedudukan dan fungsi penting bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan menghalang perkembangannya menjadi bahasa ilmu
moden pada masa akan datang. Penafian bahasa seperti ini boleh ditafsirkan sebagai melakukan
diskriminasi songsang (reverse discrimination) dan pembunuhan bahasa (linguicide) bukan
sahaja terhadap bahasa kebangsaan negara, tetapi juga terhadap tradisi dan tamadun orang
Melayu yang telah berzaman-zaman lamanya berkembang melalui bahasa Melayu. Apakah
hanya dengan cara ini, dan tidak ada cara lain lagi yang mampu difikirkan untuk mencapai tujuan
memaju dan meningkatkan daya saing Malaysia?
2.3.

Rakyat tidak yakin bahasa kebangsaan mampu sampaikan ilmu


Sikap tidak yakin sesetengah rakyat, khususnya golongan elit yang berpandangan bahawa

bahasa Melayu tidak mampu untuk memajukan bangsa dan negara Malaysia. Golongan ini mahu
diberi pilihan untuk anak mereka supaya dapat terus mempelajari Sains dan Matematik dalam
3

bahasa Inggeris. Mereka mahu keistimewaan ini diberikan dan membandingkan penggunaan
bahasa Inggeris di beberapa sekolah yang akan dipilih khas, dengan sekolah vernakular yang
diberi kebenaran untuk mengendalikan dua mata pelajaran itu dalam bahasa etnik masingmasing.
Sikap golongan elit ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu tidak pernah diyakini
sepenuhnya oleh rakyatnya sendiri, sejak dinobatkan sebagai bahasa negara pada 1957. Untuk
sekian lama, ia dibelenggu pelbagai persoalan kemasyarakatan yang semuanya ditimbulkan
rakyat Malaysia sendiri, sering kali pula oleh orang Melayu sebagai penutur natifnya. Pelbagai
komen yang memperlihat sikap negatif daripada orang Melayu sendiri terhadap kemampuan
bahasa Melayu sebagai penyampai ilmu, bukan saja amat dikesali tetapi yang lebih mudarat lagi
adalah ia boleh memberi implikasi tidak baik kepada orang bukan Melayu untuk terus
menghormati bahasa Melayu, apatah lagi menyanjunginya!
2.4.

Gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa di tempat awam


Faktor pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutama pada papan

tanda dan paparan iklan premis perniagaan. Lihat saja papan tanda, mengapa perlu ada bahasa
lain. Mengapa tidak digunakan bahasa Melayu saja. Kita sudah ada konsep 1Malaysia, jadi
mengapa perlu ada banyak bahasa pada papan tanda itu. Malah, semakin tidak nyata semangat
cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan asas jati diri negara
apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di
kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa
asing misalnya precinct, parcel dan boulevard.
2.5.

Malu bertutur bahasa Melayu


Segelintir rakyat di negara ini masih malu, rendah diri dan tidak fasih berkomunikasi

dalam bahasa Melayu. Lebih parah, orang Melayu sendiri bukan saja segan bercakap dalam
bahasa Malaysia, malah lebih selesa mengagungkan bahasa Inggeris dalam pelbagai urusan
rasmi, mesyuarat dan aktiviti lain. Apa akan jadi jika senario itu berterusan terutama kepada
generasi kini yang banyak terdedah kepada bahasa penjajah itu.
Sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu
dalam majlis-majlis kerajaan menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri. Hal
ini amat membimbangkan, seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana
masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

Mengapa kita harus malu bertutur bahasa Melayu yang sudah sampai ke peringkat bahasa
ilmu. Sudah 20 tahun ia menjadi bahasa penghantar utama di sekolah rendah hingga ke peringkat
universiti. Jika masyarakat mengambil sikap sambil lewa berkaitan isu ini, tidak mustahil ia akan
pupus atau mati dengan sendirinya.
2.6.

Tanggapan bahawa bahasa Melayu tiada nilai ekonomi


Masih ada pihak khususnya mereka yang terbabit dalam dunia perniagaan percaya

dongeng bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tidak mempunyai nilai
ekonomi. Justeru, ia tidak digunakan bagi tujuan urusan perniagaan atau perdagangan, sama ada
pada peringkat dalaman mahupun antarabangsa.
Nilai ekonomi bahasa Inggeris jauh mengatasi nilai ekonomi bahasa Melayu. Bahasa
Inggeris menjadi penting dalam usaha mencari pekerjaan. Syarat bahasa Inggeris tertera dalam
iklan-iklan jawatan kosong. Orang yang fasih dan lancar dalam bahasa Inggeris mudah mendapat
kerja. Sebaliknya, golongan yang lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris disingkirkan.
Akibatnya suatu kejutan rakyat Malaysia mempelajari dan mengagung-agungkan bahasa Inggeris
sehingga bahasa Melayu seakan hilang martabatnya.
2.7.

Kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan


yang secara relatifnya rendah dan lambat.
Bahasa Melayu tidak menjadi bahasa ilmu sebelum ini kerana ilmu dalam bahasa lain

tidak diterjemahkan secara konsisten kepada bahasa Melayu. Kalau kedai-kedai buku besar di
Kuala Lumpur boleh dijadikan satu penanda aras terjemahan kita, carilah buku-buku ilmu dalam
bahasa Melayu. Buku dalam bahasa Melayu hanya berada di sudut yang tercorot, jumlahnya
kecil berbanding lambakan buku bahasa Inggeris dan Cina. Adakah senario ini memperlihatkan
kedai buku besar ini tidak memberi laluan kepada buku ilmu dalam bahasa Melayu atau
sememangnya tidak banyak buku terjemahan kepada bahasa Melayu?
2.8.

Peminggiran penggunaannya dalam urusan rasmi di sektor awam dan swasta


Apa yang dilihat senario penggunaan bahasa Melayu pada masa ini tidak menyeluruh

termasuk dalam urusan rasmi sektor awam dan swasta. Walaupun perkembangan terkini
menunjukkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu dan bukan Melayu
bertambah baik, ia masih kurang mendapat tempat di syarikat-syarikat awam dan swasta
termasuk di majlis-majlis rasmi kerajaan. Perubahan dan tuntutan semasa juga telah
menyebabkan sesetengah pihak seakan-akan terpaksa memberi penghormatan kepada pihak luar
5

dengan bertutur dalam bahasa asing walaupun jumlah orang luar pada ketika itu adalah sedikit.
Malahan pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan, lebih suka bercakap bahasa Inggeris
serta mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris terutama ketika
berkomunikasi. Lebih malang, ramai kalangan pemimpin negara Malaysia sendiri yang
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Kepemimpinan melalui teladan tidak diterap
di situ, bagaimana orang bawahan akan mengikut. Oleh itu, kita tidak mempunyai masalah atau
berdepan dengan isu bahasa, sebaliknya hanya sekumpulan masyarakat tertentu yang sudah
merosakkannya.
2.9.

Kemerosotan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, termasuk di


institusi-institusi pendidikan tinggi
Isu bahasa Melayu juga masih pincang pada peringkat pengajian tinggi. Misalannya,

penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian swasta juga semakin
meluas. Banyak kolej swasta menjalankan program berkembar bersama-sama dengan universiti
luar negara. Kolej-kolej swasta ini disyaratkan memasukkan pengajaran bahasa Melayu dalam
rancangan pembelajaran mereka. Malangnya, pihak kolej sekadar melepaskan batuk di tangga
sahaja. Bahasa pengantar tetap bahasa Inggeris. Akibatnya, peranan bahasa kebangsaan kita
sebagai bahasa ilmiah terabai. Kita memang menyedari keperluan penggunaan bahasa Inggeris
pada alaf ini. Natijahnya, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar semakin
terpinggir dan sudah pasti untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah juga semakin
sukar apabila semakin dipinggirkan di dalam institusi ilmu.
2.10.

Penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di televisyen dan radio.


Kecenderungan iklan di media elektronik menggunakan lebih daripada satu bahasa selain

bahasa Melayu sebagai tidak wajar. Malaysia sudah mengakui Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan iklan untuk paparan rakyat negara ini, sewajarnya menggunakan Bahasa Melayu
sepenuhnya. Tidak perlu menggunakan pelbagai bahasa untuk menjelaskan apa yang ingin
disampaikan berhubung sesuatu perkara.
Membenarkan penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan atau menghadirkan
bahasa-bahasa lain di samping bahasa kebangsaan dalam iklan dan program TV serta radio, jelas
satu tindakan kurang sopan dan membelakangkan peruntukan dalam perlembagaan serta
merendah-rendahkan

kedudukan

bahasa

kebangsaan.

Malah,

lebih

memalukan

telah

memperlekehkan kemampuan rakyat berbilang kaum di negara ini dalam menguasai bahasa

kebangsaan. Jika benar kita mahu menghayati erti kemerdekaan negara dan semangat 1Malaysia,
tidak kira sama ada warna kulitnya sawo matang, kuning langsat atau hitam si tampuk manggis
mestilah bersama-sama membudayakan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan dalam
segenap urusan hidup seharian tidak terkecuali dalam bidang pengiklanan, penyiaran dan
hiburan.
Inilah antara faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat memandang ringan dan
mengabaikan bahasa kebangsaan sehinggakan kedudukannya masih tidak menentu walaupun
lebih 53 tahun negara kita merdeka. Kita harus bersikap jujur dan sedar bahawa bahasa Melayu
kini beransur-ansur hilang status dan wibawanya di negara ini. Setelah dikenalpasti tentang
faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasabahasa lain, tumpuan dialih pula kepada

peranan golongan intelektual dalam usaha

memperkasakan bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu.

3.0.

PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL DALAM USAHA


MEMPERKASAKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI BAHASA MELAYU
Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah ingat bahawa orang lain, iaitu bangsa lain tidak

akan menyebarkan bahasa Melayu ke serantau dunia, kecuali kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita
hendaklah mempunyai iltizam untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa
terpenting pada suatu hari nanti. Dalam usaha memperkasa bahasa Melayu, ianya memerlukan
kerjasama oleh pelbagai pihak dan golongan masyarakat, khususnya para intelektual. Golongan
intelek bangsa Malaysia, yang kebanyakannya daripada kelas menengah terdiri daripada
profesional, ikhtisas seperti peguam, doktor, pentadbir dan seumpamanya; agensi rasmi
perancangan bahasa iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); persatuan-persatuan seperti
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA),
Persatuan Penulis Nasional (PENA), pertubuhan awam, pendidikan, dan keguruan memainkan
peranan yang amat penting dalam usaha untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa
Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa negara yang prihatin akan survival bangsanya begitu lantang
mengutarakan pandangan mereka supaya bahasa Melayu dikembalikan kedudukannya sebagai
bahasa pengantar yang utama dalam sistem pendidikan negara. Hal ini termasuklah dalam

pengajaran mata-mata pelajaran utama di sekolah seperti mata pelajaran Matematik dan Sains,
kerana sejarah menunjukkan andai sesuatu bahasa itu tidak lagi menjadi bahasa ilmu, bahasa itu
akan beku dan tidak berkembang. Jika hal ini terjadi, sudah pasti lambat laun kegemilangan
bahasa kita akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Adakah kita tergamak menghancurkan
bahasa sendiri?
Seterusnya, keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO
pada 5 hingga 9 November 2008, mengutarakan kegusaran mereka tentang masa depan bahasa
Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains
dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi
mengangkasakan tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk
menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran
tersebut dalam UPSR 2008.
Selain itu, golongan intelektual juga adalah nadi dalam mewakili rakyat Malaysia
khususnya dalam menyuarakan cadangan serta pandapat tentang nasib bahasa Melayu. Misalnya,
desakan golongan ini kepada kerajaan agar memberikan kuasa mengambil tindakan kepada
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang
selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Golongan ini juga
mengemukakan kertas cadangan pindaan akta untuk dibincangkan di Kementerian Pelajaran dan
akan dibentangkan di Parlimen bagi membolehkan penguatkuasaan hukuman denda
dilaksanakan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 mungkin dipinda bagi
memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendenda sektor awam dan agensinya
yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan ketika mengendalikan mesyuarat,
penyediaan minit mesyuarat dan majlis rasmi.
Golongan pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian
tinggi swasta seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu. Golongan inilah yang berperanan menyebarluas penggunaan bahasa Melayu di
institusi-institusi tertinggi. Penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi penentu
utama berjaya atau tidaknya bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Seterusnya, usaha memperkasa bangsa Malaysia melalui bahasa Melayu oleh para intelek
bukan sekadar di dalam negara sahaja malah boleh berperanan mengantarabangsakan bahasa
Melayu melalui pejabat kedutaan negara kita di luar negara. Di seluruh dunia, terdapat 104 buah

kedutaan Malaysia yang mampu memainkan peranannya untuk menyebarluaskan bahasa


Melayu. Melalui kedutaan tersebut, kita hendaklah mengetengahkan bahasa Melayu di negaranegara asing dalam pelbagai acara atau majlis. Melalui usaha ini, bahasa Melayu akan lebih
dikenali, dipelajari, dihayati dan seterusnya dihormati oleh warga dunia. Pepatah Melayu
mengatakan,"tak kenal maka tak cinta". Sebagai rakyat yang mempunyai semangat `bahasa jiwa
bangsa, kita hendaklah mempunyai iltizam atau kesungguhan untuk mempromosikan bahasa
Melayu walau di mana-mana jua kita berada.
Manakala itu, golongan intelek yang pakar dalam bidang seperti ahli akademik, pakar
bahasa dan sebagainya hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu melalui laman web atau blog
bagi membolehkan masyarakat dunia untuk mendekati dan mempelajari bahasa Melayu. Dalam
era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat di dunia mencari dan memperoleh maklumat melalui
Internet. Oleh itu, kita mestilah mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan bahasa
Melayu. Oleh sebab internet merupakan medium yang paling murah, mudah dan cepat untuk
menyebar maklumat, kita mestilah mengeksploitasi kelebihan ini untuk mengantarabangsakan
bahasa Melayu ke serantau dunia.
Bukan itu sahaja, golongan intelek yang pakar dan berpengalaman dalam perfileman juga
hendaklah mengantarabangsakan bahasa Melayu melalui filem. Jika penerbit filem di negara kita
mampu menghasilkan filem yang bermutu, sudah pasti masyarakat antarabangsa akan menerima
filem kita. Apabila mereka menerima filem kita, hal ini akan memberikan peluang kepada
mereka untuk mendalami dan mempelajari bahasa dan budaya Melayu. Namun, masalah yang
kita hadapi ialah penerbit filem negara kita masih belum mampu menghasilkan filem yang
bertaraf antarabangsa seperti filem yang dihasilkan oleh negara Hongkong, Jepun, Korea ,
Bollywood, dan sebagainya. Jadi, jika kita mahu menggunakan filem sebagai satu cara untuk
menyebarluaskan bahasa Melayu, kita mestilah memartabatkan dan mengantarabangsakan filem
Melayu juga.
Akhir sekali dengan adanya kerjasama yang utuh sesama golongan intelek untuk
memperjuangkan hasrat memperkasa peranan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di
Malaysia, terutama ketika negara sedang mendepani globalisasi amat diharapkan. Selain mereka,
hasrat murni ini memerlukan penyertaan dan komitmen setiap pihak yang prihatin dan
berkepentingan, sama ada individu mahu pun kumpulan dalam kalangan pelajar atau sesiapa
sahaja yang cintakan bahasa Melayu.

4.0.

PENUTUP
Bahasa Melayu sememangnya sudah mencatat kegemilangan apabila telah menjadi

bahasa antarabangsa suatu ketika dahulu meskipun perubahan zaman teknologi maklumat dan
komunikasi telah merubah kedudukan bahasa melayu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia
berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan
bahasa sendiri. Mendaulatkan bahasa Melayu bukan bererti menyisihkan bahasa-bahasa lain dan
menganggapnya sebagai bahasa yang mesti dipinggirkan dalam setiap aspek kehidupan. Sebagai
bahasa yang pernah melalui sejarah gemilang, bahasa Melayu semestinya terus-menerus
digerakkan untuk mengembalikan kegemilangannya. Bahasa Melayu sewajarnya duduk sebaris
dengan bahasa antarabangsa yang lain dan masyarakat antarabangsa sewajarnya diperkenalkan
kepada bahasa Melayu.
Matlamat dan misi untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu akan menjadi satu realiti
jika setiap warganegara Malaysia memainkan peranan masing-masing dalam mendaulatkan dan
mengembangkan bahasa ini bukan sahaja di peringkat dalaman tetapi menyerlah ke peringkat
global. Ringkasnya, peranan kita semua sama ada golongan professional atau masyarakat umum
sebagai rakyat Malaysia amat penting untuk memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua aspek. Pelaksanaan memartabatkan bahasa Melayu
sewajarnya dilaksanakan secara sukarela dan berterusan agar bahasa Melayu terus gah gemilang
bersaing di persada antarabangsa.

( 3131 patah perkataan )

10

RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (1995). Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu: Cabaran dan
Harapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Hassan. (2007). Mengapa Kami Bantah! Penggunaan bahasa Inggeris bagi
mengajar Sains dan Matematik. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia (Malaysian
Translators Association).
Awang Sariyan. (2006). Memartabatkan Bahasa Melayu. Diperolehi 20 Mei 2011
daripada laman sesawang http://rosiah70.blogspot.com/2011/02/peranan-bahasa-melayu-1-asaspembinaan.html
Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi? Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohamed Khaled Nordin. (2010). Bahasa Melayu Boleh di Antarabangsakan. Diperolehi
21 Mei 2011 daripada laman sesawang http://abihulwa.blogspot.com/2010/03/bahasa-melayuboleh-diantarabangsakan.html
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2010). HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Sahbulah Darwi. (2009). Menjadikan Bahasa Melayu Bahasa Dunia. Diperolehi 21 Mei
2011 daripada laman sesawang http://abihulwa.blogspot.com/2009/10/menjadikan-bahasamelayu-bahasa-dunia.html
Salmah Zainal Abidin. (2007). Globalisasi Cabar Bahasa Malaysia. Diperolehi 20 Mei
2011 daripada laman sesawang http://rosiah70.blogspot.com/2011/02/peranan-bahasa-melayu-1asas-pembinaan.html
11

Sharifudin Lubis. (2009). Nasib Bahasa Melayu di Bumi Sendiri. Diperolehi 21 Mei 2011
daripada laman sesawang http://abihulwa.blogspot.com/2009/12/nasib-bahasa-melayu-di-bumisendiri.html
Sidek Baba. (2009). Melayu Perkasa. Selangor: Alaf 21 Grup Buku Karangkraf Sdn.
Bhd.
Yahya Othman, Roselan Baki & Naffi Mat. (2009). Pemerkasaan pendidikan Bahasa
Melayu: dari teori ke praktik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12

Vous aimerez peut-être aussi