Vous êtes sur la page 1sur 7

1.

0 APRESIASI KARYA SENIMAN TANAH AIR


Biodata Amron Omar
Amron

Omar,

54,

merupakan

seorang seniman yang telah lebih 30 tahun


bergelumang dalam dunia seni visual tanah
air. Beliau telah banyak melahirkan karya
catan, lukisan dan sketsa yang mempunyai
kualiti visual yang amat terpuji. Daya visual
karya-karya beliau amat tajam dan tuntas
dari aspek persembahannya.
Amron Omar juga merupakan artis figura manusia yang hebat dan
terkenal dengan karya-karya yang bertemakan Silat Melayu. Tema pertarungan
atau seni silat telah membentuk karya-karya lukisan beliau sejak menceburi
bidang ini pada tahun 80-an dan aktif sebagai pelukis dan pensyarah sambilan
bermula tahun 90-an.
Beliau dibesarkan di Alor Setar, Kedah. Beliau melanjutkan pengajian di
Institut Teknologi Mara dan merupakan bekas pensyarah Fakulti Seni Halus,
Universiti Teknologi Mara (UITM) dan kini merupakan pelukis sepenuh masa.
Kebanyakan karya-karya beliau menggunakan bahan cat minyak di atas
permukaan kanvas. Karya figuranya amat teliti dan sering menarik perhatian
sehinggalah ada cerita-cerita mistik yang dikaitkan dengan karya beliau seperti
ada yang pernah melihat lukisan figuranya seperti bernyawa dan hidup pada
waktu malam.

HASIL KARYA 1

Tajuk karya: Self Potrait / 'Potret Diri' (1982)


Jenis karya : 2D
Aliran karya : Realisme
Teknik : Cat minyak atas kanvas

Catan Amron Omar yang bertajuk Potret Diri (1982) sekarang berada
dalam

himpunan

Balai

Seni

Lukis

Negara

(BSLN).

Catan

tersebut

menggambarkan seorang pemuda yang tidak berbaju dan hanya memakai kain
pelekat sedang duduk di atas kerusi rehat rotan.
Aliran catan 'Potret Diri' adalah realisme. Realisme merupakan aliran yang
memandang dunia tanpa ilusi. Mereka menggunakan penghayatan untuk
menemukan dunia. Catan yang dihasilkan ini begitu teliti dari segi pewarnaan,
kadar banding dan pencahayaan yang baik. Kita boleh melihat semua aspek
asas seni reka di dalam karya ini dengan jelas dan baik. Satu aspek yang saya
rasa paling hebat pada setiap karya beliau adalah setiap inci anatomi figura yang

dilukis dikaji dengan baik dari segi bentuk ataupun fungsinya bagi menampakkan
pergerakan anggota yang baik.
Figura manusia tidak mudah dilukis kerana memerlukan kefahaman
menyeluruh mengenai anatomi dan struktur tubuh manusia iaitu dari kedudukan
tulang-temulang, kedudukan dan geliat daging (muscles) hinggalah kepada
kadar-banding dan tentu sekali ketrampilan atau kemahiran teknik dalam
menggunakan bahan dan bahantara.
Warna dalam catan ini dapat memberikan unsur kekuatan untuk
menonjolkan objek yang sedang dilukis. Penggunaan warna dalam potret ini
tidak keterlaluan, iaitu kelihatan kemas dan ringkas tetapi mampu menghasilkan
satu hasil yang indah dipandang. Kesan kontra diwujudkan di antara objek utama
dan sampingan. Penggunaan warna pada karya ini kebanyakan warna gelap dan
cerah. Ia menggunakan warna seperti coklat dan gelap. Warna yang digunapakai
ini lebih ke arah yang gelap walaupun terdapat sedikit cerah pada cahaya pada
badan lelaki tersebut.
Penggunaan garisan dalam lukisan ini dapat dilihat pada bahagian kerusi
malas

rotan

seperti

garisan

melintang,

garisan

melengkung

dan

garisan menegak. Garisan berserabut pula dapat dilihat di bahagian rambutnya.


Garisan melintang pada bahagian badan dan tangan dapat menunjukkan
keadaan objek yang sedang bergerak dan tidak stabil.
Catan ini menekankan nilai ton yang lebih rendah iaitu daripada
sederhana ke hitam untuk mengetahui dari mana sumber cahaya dipancarkan di
dalam lukisan ini. Seperti dalam potret beliau, terdapat beberapa petunjuk yang
berkait rapat dengan sumber pencahayaan iaitu bayang-bayang yang berada di
belakang serta sudut yang dihasilkan oleh bayang-bayang itu menunjukkan
sumber cahaya adalah pada bahagian atas yang mmbelakangi beliau.
Potret Amron ini merupakan satu drama diri yang handal serta
menegaskan identiti Melayu yang sifat lemah lembutnya langsung tidak ditutup
oleh cara agresif dia duduk di atas kerusi malas rotan. Lutut kaki kiri naik, kaki
kanan mencecah lantai, bersedia untuk berhadapan dengan musuh. Kepala

menjenguk ke depan, siku kiri sedia menangkis, tangan kanan menanti untuk
menampar. Potret ini dirakam dari atas, nampak dahi, tulang hidung, satu mata,
dan sedikit mulut.
Selanjutnya, dalam diri figura itu sendiri tertanam sifat lembut dan sifat
kasar, sifat rendah diri dan sifat kurang ajar, sifat tenang dan sifat amuk, timbang
menimbangi dan nyaris-nyaris bergeseran. Kerusi malas juga disusun letak
demikian sehingga limpahan cahaya itu jatuh ke atas lipatan kain, dada sebelah
kanan, jari-jari, ibu jari kaki yang terangkat. Gelap yang memudar tepi cahaya di
lantai adalah reka corak sarung yang diperbesarkan untuk membahagi ruang.

Hasil Karya 2

Tajuk karya: Pertarungan III (1980)


Jenis karya : 2D
Aliran karya : Impressionisme
Teknik : Cat minyak atas kanvas
Saiz: 164 x 182 cm

'Pertarungan III' merupakan karya Amron Omar yang terkenal. Karya ini
dihasilkan menggunakan cat minyak dengan menonjolkan objek melalui sudut
pandangan dari atas. Teknik yang digunakan adalah teknik kilatan kerana
terdapat kesan lutsinar pada figura lelaki. Aliran yang digunakan ialah aliran
impressionisme kerana karya ini dilihat seperti berkarya sambil menonton
pertarungan.
Catan ini memaparkan 2 figura lelaki yang bertubuh sasa, tidak berbaju
dan berseluar panjang yang sedang bersilat. Mereka cukup lengkap dengan sifat
manusia sehingga menampakkan otot-otot tubuh dan cengkaman jari-jari tangan
pada tubuh figura. Kedua-dua lelaki yang sedang mencangkung menunjukkan
langkah pembukaan silat sebelum memulakan pertarungan. Gambaran imej
begitu ringkas tetapi begitu realistik di mana wujudnya unsur pergerakan yang
sangat jelas. Tubuh yang sasa dan raut wajah yang agak menumpu memberi
makna bahawa seorang pesilat perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan minda
yang sasa sama seperti tubuhnya.
Asas seni reka yang digunakan dalam karya ini termasuk warna. Kita
dapat lihat warna gelap dan cerah yang menunjukkan objek wujud sebagai
bentuk. Warna latar dipalitkan dengan warna coklat kekuningan untuk
menggambarkan cahaya yang tertumpu pada kedua-dua lelaki yang sedang
beraksi. Pemerhati seolah-olah berada pada suatu tempat yang tinggi seperti di
atas sebuah rumah. Dengan pengamatan yang mendalam, kita dapat merasai
sendiri semua pergerakan seni silat yang dipersembahkan.
Jalinan pula dapat dilihat pada kain pelikat. Dalam karya yang dihasilkan
ini, terdapat juga jalinan tampak. Untuk menghidupkan jalinan tampak pada
karya ini, Amron Omar telah menggunakan teknik sapuan lembut. Tujuannya
adalah untuk mewujudkan pertarungan budaya Melayu yang penuh dengan nilainilai kebudayaan.
Selain itu, ruang kanvas tidak dikawal langsung kerana Amron Omar
membiarkan imej manusia itu bergerak dengan bebas agar kelihatan tidak kaku.
Hal ini jelas kelihatan pada tubuh manusia yang terhasil pada kanvas tersebut.
Walaupun gambar ini hanya dilukis di atas kanvas, namun kita masih dapat

merasai keindahan langkah demi langkah dan bunga-bunga silat yang


dipersembahkan itu. Ruang yang digunakan dalam catan ini ialah ruang dalam di
mana ia tidak nampak garisan kaki langit dan dilihat dari atas ke bawah iaitu
pandangan aras bawah mata.
Amron Omar telah menggunakan kepelbagaian warna untuk menimbulkan
keadaan yang lembut. Beliau juga bermain dengan warna dalam karyanya bagi
menampakkan

pencahayaan

serta

menghasilkan

bayang

pada

figura.

Penggunaan sapuan warna yang lembut menampakkan prinsip irama dan


pergerakan dalam karyanya. Dalam pada itu, penggunaan warna merah pada
kain yang melilit pada pinggang figura menampakkan penegasan dalam karya
ini.
Melalui lukisan ini, Amron Omar cuba menyampaikan kepentingankepentingan silat yang merupakan salah satu adat dan tradisi orang Melayu yang
penuh bermakna dalam dunia Melayu yang kaya dengan unsur tradisinya. Seni
silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu yang
diamalkan sejak berkurun yang lampau. Melalui karya ini, ia telah menunjukkan
semangat beliau dalam menyampaikan mesej keindahan dan kekuatan seni silat
di dalam adat dan tradisi orang Melayu.
Palitan warna-warna coklat kekuningan seperti warna senja dari cat
minyak sesuai dengan tema yang dibawa iaitu kesenian silat Melayu di mana
warna ini melambangkan kekuatan dan semangat yang berkobar-kobar untuk
mencapai kemenangan dalam pertarungan menentang pihak lawan. Pertarungan
merupakan manifestasi bentuk-bentuk yang mewakili tenaga yang bergerak di
dalam ruang.
Karya Pertarungan III adalah contoh di mana kemahiran Amron Omar
melahirkan pergerakan bentuk badan dalam cahaya semula jadi terserlah
dengan jelas. Karya yang dihasilkan merupakan satu olahan yang mampu
mencuri mata kita untuk tidak leka melihat setiap langkah pergerakan silat. Ia
dihasilkan dalam bentuk seni visual supaya seni persilatan yang diwarisi dari
satu generasi ke satu genarasi tidak terkubur begitu sahaja.

Vous aimerez peut-être aussi