Vous êtes sur la page 1sur 2

Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu,
dengan izin tuhan, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih
sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita sewajarnya membalas
jasa kedua-dua ibu bapa kita.
Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita
perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah
tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan
anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.
Selain itu, kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah
laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala
nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita
tidak boleh menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh
menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Seterusnya, kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka.
Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan
sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka
yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak,
menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas
kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi
semua keinginan kita. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang
mahal-mahal dan sebagainya.
Akhir sekali, kita tidak seharusnya membandingkan kemampuan ibu bapa kita
dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu mengamalkan prinsip ukur baju
dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu
sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Vous aimerez peut-être aussi