Vous êtes sur la page 1sur 25

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN...................................................................2
2.0 PENGENALAN....................................................................... 3
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN......................................4
3.1 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO........................................10
4.0 PETA MINDA....................................................................... 13
5.0 KESIMPULAN......................................................................15
6.0 RUJUKAN............................................................................ 16
7.0 LAMPIRAN.......................................................................... 18

1.0 PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
Pendidikan Moral, Ustadz Mohd Lutfi bin Ahmad dan Ustazah Fatihah binti Shafie atas
tunjuk ajar dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja
kursus ini. Tanpa tunjuk ajar pensyarah sebagai pembimbing, tidak mungkin kerja kursus ini
dapat disiapkan dengan jayanya.
Selain itu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penulis-penulis
buku kerana menulis buku yang telah menjadi bahan rujukan yang berguna kepada saya.
Sesungguhnya segala maklumat yang diperoleh dalam buku-buku tersebut amat penting
dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Tambahan, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan
sokongan moral. Sesungguhnya tanpa restu dan dorongan daripada kedua ibu bapa, segala
usaha ini menjadi sia-sia.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang begitu
banyak memberi sumbangan yang berbentuk idea untuk menyempurnakan lagi kerja kursus
ini. Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
membantu secara langsung atau tidak langsung. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak
mungkin saya mampu menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Sesungguhnya segala
bantuan yang telah diberikan amatlah dihargai.

2.0 PENGENALAN
Di Malaysia satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan
ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

telah diolah dengan baik melalui mata pelajaran

Pendidikan Moral. Tujuan Pendidikan Moral adalah untuk membentuk individu yang
berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan,penghayatan,

dan amalan

nilai murni masayarakat Malaysia.


Pada peringkat awal saya telah diberi tugasan untuk menyediakan satu Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral bagi tahun 5. Tema yang telah ditetapkan bagi Tahun 5
ialah Masyarakat Setempat yang telah memberikan penekanan kepada 14 nilai, iaitu
kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi,
hormat,

kasih

sayang,

keadilan,

keberanian,

kejujuran,

kerajinan,

kerjasama,

kesederhanaan, dan toleransi. Kemudian, saya telah mendapat tajuk Kerajinan dalam unit
4 di dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Pendidikan Moral Tahun 5.
Tujuan persediaan Rancangan Pengajaran Harian ialah supaya ia dapat menjadi
satu panduan kepada guru-guru tentang topik yang hendak disampaikan. Selain itu, ia dapat
mengelakkan guru terpesong atau terkeluar dari tajuk yang hendak diajar.Bahkan ia juga,
dapat membantu guru menentukan pendekatan strategi, kaedah dan teknik Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang sesuai dengan objektif,pengalaman murid, kehendak sukatan dan
resos P&P. Secara tidak lansung ia juga membantu guru seperti saya menyediakan bahan
dan alat bantu mengajar.
Penekanan dalam P&P diberikan kepada objektif pembelajaran berdasarkan
standard pembelajaran pembelajaran yang dipilih. Objektif pembelajaran dilihat dari segi
kognitif, afektif dan perubahan tingkah laku yang berlaku pada murid.

3.0

RANCANG
AN
PENGAJAR
AN
HARIAN

Kerajinan

PENGENALAN
Nilai KERAJINAN adalah Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat
dalam melakukan sesuatu perkara bagi meningkatkan kualiti kehidupan dan mampu
meringankan beban orang lain serta membahagiakan mereka. Nilai KERAJINAN ini harus
diamalkan oleh setiap insan untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing
seklai gus dapat meningkatkan tahap intelek dan membentuh sahsiah diri murid. Ia juga
selaras dengan hasrat merealisasikan 1 Malaysia di samping memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

STANDARD
KANDUNGAN
11. Kerajinan
Usaha yang
berterusan,
bersungguh-sungguh
dan bersemangat
dalam melakukan
sesuatu perkara
11.1 Menunjukkan
sikap rajin
dalam
masyarakat
setempat

TAHAP PENGUASAAN

STANDARD
PEMBELAJARAN

11.1.1 Mengilustrasikan
perlakuan rajin dalam
masyarakat setempat

Murid menggambarkan cara


bersikap rajin dalam
masyarakat setempat.

Murid menceritakan
kepentingan bersikap rajin
dalam masyarakat setempat

Murid menunjukkan cara


bersikap rajinl dalam
masyarakat setempat dalam
sesuatu situasi dengan
bimbingan

11.1.2 Menjelaskan
kepentingan bersikap rajin
dalam masyarakat
setempat
11.1.3 Mengutarakan
perasaan apabila bersikap
rajin dalam masyarakat
setempat
11.1.4 Mempraktikkan
sikap rajin dalam
masyarakat setempat

Murid menunjukkan cara


bersikap rajin dalam
masyarakat setempat dalam
pelbagai situasi
Murid mengamalkan sikap
rajin dalam masyarakat
setempat dalam kehidupan
seharian
Murid mengamalkan sikap
rajin dalam masyarakat
setempat dalam kehidupan
seharian dan boleh dicontohi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Kelas

: 5 CEMPAKA

Bilangan murid

: 20 murid

Masa

: 8.45pg 9.45pagi (60 minit)

Nilai Utama

:Kerajinan

Nilai sampingan

: Bertanggungjawab, bekerjasama dan tolong-menolong

Tajuk

: Hero Masyarakat

Standard Kandungan

: 11.1 Menunjukkan sikap rajin dalam masyarakat setempat .

Standard Pembelajaran

: 11.1.1, 11.1.2, 11.1.3 dan 11.1.4

Objektif Pembelajaran

: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat;

1. Penaakulan

:Menyenaraikan tiga jenis akiviti membantu masyarakat

setempat .
2. Perasaan

: Menceritakan perasaan apabila rajin membantu masyarakat

setempat .
3. Perlakuan

: Mendemontrasikan cara melakukan membantu masyarakat

setempat dengan cara kaedah lakonan.


EMK

: Kreatif dan Inovatif TMK

BBM

: Video
Kad Gambar
Lembaran Kerja

Kaedah dan Strategi

: Simulasi dan Kemahiran Berfikir

Pendekatan Pendidikan Moral : Penjelasan Nilai


Penilaian

: Lembaran Kerja (individu) dan Pembentangan (kumpulan)

LANGKAH P&P:

LANGKAH PENGAJARAN /

PENERAPAN /

MASA

ELEMEN

Set Induksi (5 minit)

Kemahiran
Berfikir

Guru membuat gimik pengajaran dengan menjatuhkan fail-fail

Murid menonton tayangan video/gambar situasi bergotong-royong,


yang ditunjukkan oleh guru.

Murid mengenalpasti nilai yang terkandung dalam video/gambar


tersebut.

Guru menyoal dan mengaitkan isi pelajaran/ nilai yang akan


dipelajari.

Contoh soalan:
1. Apakah yang kamu dapat lihat/tonton dalam gambar/video ini?
2. Apakah sifat-sifat yang ada dalam video yang ditayangkan?
3. Adakah kamu mengamalkan nilai tersebut dalam aktiviti harian
anda?

Langkah 1

Kemahiran

( 10 minit )

Berfikir

Guru menerangkan nilai kerajinan dan mengaitkan dengan


masyarakat setempat.

Berbahasa

Murid diminta untuk berkongsi cita-cita mereka kepada rakan


sekelas.

Kemahiran

Murid berkongsi pendapat mereka tentang cara untuk membantu


masyarakat mereka melalui cita-cita mereka.

Objektif : 1 & 2

Langkah 2
(15 minit)

Guru mengagihkan murid kepada kumpulan mengikiut cita-cita


mereka.

Kemahiran
Berfikir
Kemahiran

Setiap kumpulan perlu melakonkan situasi tentang cara-cara

Berbahasa

membantu masyarakat setempat berdasarkan situasi diberikan


mengikut cita-cita mereka.

Objektif : 1 & 2

Contoh Situasi:
1. Doktor merawat orang sakit.
2. Polis menangkap penjenayah.

Langkah 3

Kemahiran

(10 minit)

Berfikir

Guru memberi penerangan dan arahan berkaitan aktiviti ( Peta Alir

Kemahiran

Cara Mencapai Cita-Cita) mengikut kumpulan.

Berbahasa

Guru memberikan satu kertas manila kad kepada setiap kumpulan.

Murid membuat satu Peta Alir mengenai cara mencapai cita-cita


mereka.

Contoh Aktiviti:

Murid mengaplikasi carta alir dengan menyenaraikan caracara mencapai cita-cita mereka..

Guru membuat pentaksiran/penilaian

Objektif : 1, 2 &
3

Aktiviti Pengukuhan / Pengayaan / Pemulihan


(10 minit)

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

Murid menjawab lembaran yang diedarkan.

Guru menilai hasil kerja murid.

Penutup/ Rumusan:
(5 minit)

Murid melihat tanyangan video nyanyian.

Murid menyanyikan lagu yang sama dengan video tersebut.

3.1 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO


NAMA : SITTI KHADIJAH BINTI BACHO
NO KAD PENGENALAN : 940914-12-6444

Kekuatan yang amat ketara dalam pengajaran mikro kali ini ialah dari segi pemilihan
video yang menarik bagi sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada kali ini. Melalui
tayangan video tersebut, murid-murid dapat memahami dengan mudah tentang tajuk yang
hendak saya ajarkan. Isi di dalam video yang saya pilih juga jelas dapat menyampaikan
objektif pengajaran saya. Selain itu, rasional saya untuk memilih menayangkan video bagi
set induksi ialah kerana ingin menerapkan kemudahan Teknologi Maklumat kerana melalui
video ini, saya mampu menarik perhatian murid saya. Dengan menggunakan video
tersebut, murid-murid saya dapat mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan
cergas sekaligus menepis tanggapan yang menyatakan bahawa proses pembelajaran dan
pengajaran Pendidikan Moral adalah membosankan kerana hanya bergantung kepada
papan tulis dan kertas semata-mata. Oleh yang demikian, murid telah melibatkan diri
secara aktif dan dapat mewujudkan interaksi dua hala yang sudah semestinya mampu
melancarkan lagi proses pengajaran guru.
Seterusnya, kekuatan kaedah pengajaran saya juga ialah saya mengetengahkan
penghayatan nilai-nilai murni terhadap murid-murid saya. Sebelum menyayangkan video,
saya telah membuat gimik dengan menjatuhkan fail dan kertas-kertas saya. Di sini, saya
ingin menguji sikap murid-murid saya yang ringan tulang untuk membantu saya mengutip
semula fail dan kertas-kertas tersebut. Alhamdulillah, terdapat ramai murid yang tampil
untuk membantu. Secara tersiratnya melalui gimik tersebut, saya

ingin pelajar saya

menghayati erti kerajinan melalui gimik yang mereka dapat lihat sendiri bahkan dapat
meneladani sikap murid yang rajin membantu tersebut. Tambahan, saya juga telah memberi
peneguhan positif berbentuk pujian kepada murid saya yang sudi mengutip fail dan kertas
yang terjatuh supaya mereka mengekalkan tingkah laku positif itu. Kemudian, saya juga
telah mengemukakan beberapa soalan untuk menguji penghayatan nilai-nilai kerajinan
dalam diri mereka dengan meminta mereka memberikan contoh sikap kerajinan yang
mereka telah lakukan.

Kekuatan pengajaran mikro yang berikutnya adalah dari aspek kelantangan suara
saya berinteraksi dengan murid-murid. Saya berupaya mengemukakan soalan dengan jelas
dan respon murid juga agak menggalakkan. Soalan yang saya kemukakan dapat didengar
dengan jelas dan ini memudahkan proses pengajaran diteruskan tanpa perlu membuat
pengulangan langkah pengajaran. Kelantangan suara ini jelas menunjukkan bahawa saya
optimis dalam menyampaikan isi pelajaran. Lantaran itu, murid telah memberi perhatian
yang sepenuhnya dan ini memudahkan pencapaian objektif pembelajaran yang saya telah
rancangkan dengan rapi.

Murid-murid juga tidak bertindak mengganggu rakan lain

sepanjang proses pengajaran mikro ini. Keadaan ini juga memperlihatkan sikap murid-murid
yang hormat kepada guru sebagai seorang pendidik yang menyampaikan ilmu
pengetahuan.
Setiap kekuatan pasti ada kekurangan yang dan tidak dapat dinafikan bahawa
pengajaran mikro ini mempunyai kelemahan yang tersendiri. Setelah habis sesi pengajaran
saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan murid. Kelemahan ini memberi sedikit
cacat celanya kepada kekuatan pengajaran mikro ini. Antara kelemahan yang dikenal pasti
semasa menjalankan mikro ini ialah masalah dalam pemantauan kelas. Saya hanya berada
di hadapan kelas sahaja tanpa memantau murid di bahagian belakang kelas. Saya
seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat
mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat
membantu murid dengan lebih dekat.
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro ini, penambahbaikan yang perlu saya lakukan
ialah saya harus memperbaiki pemantauan kelas dalam sesi P&P akan datang. Saya tidak
seharusnya berdiri di hadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya saya
perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu
saya mengawal disiplin murid di dalam kelas sama ada mengawal tingkah laku murid atau
membantu ke tidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta.
Secara keseluruhan pengajaran mikro saya agak berjaya untuk menarik minat murid
sebelum ke satu langkah pengajaran yang seterusnya. Penghayatan nilai moral kerajinan
yang jelas dapat disampaikan hanya melalui video pada set induksi amat berkesan. Nilainilai yang terdapat di dalam video itu juga dapat memberikan idea kepada murid tentang
pembelajaran mereka ketika itu. Langkah mencungkil idea ini adalah salah satu langkah

yang sangat penting sebelum pembelajaran di mulakan bagi mencungkil pengetahuan sedia
ada dan minat murid.

ULASAN GURU PEMBIMBING :


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

4.0 PETA MINDA


STRATEGI
KONSTRUKTIVIS
ME

NILAI
KERAJINAN
Pendekatan
Pemupukan
Nilai

TEKNIK

1. Menentukan nilai yang akan dipupuk.

2. Mengenalpasti taraf penghayatan yang dikehendaki.

Cerita

-Murid menceritakan cara


untuk menolong masyarakat
melalui cita-cita mereka.

3. Menentukan objektif-objektif pelajaran.

4. Memilih teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran


yang sesuai:

Lakonan

-Murid melakonkan situasi


mereka menolong masyarakat
berdasarkan cita-cita mereka.

5. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

6. Menilai pengajaran pembelajaran

Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada penerapan nilai budi pekerti yang baik
pada diri kanak-kanak. Oleh sebab pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar,
maka ia menjadi pendekatan paling luas yang digunakan dalam pengajaran moral sekolah
rendah. Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai tertentu yang dianggap baik
dan patut dimiliki oleh murid-murid. Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada
pelajar memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan menghayati nilai
tersebut yang berlandaskan kepada prinsip moral.
Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan cara mengambil contoh
teladan daripada tokoh-tokoh tempatan atau luar negara, pengukuhan positif apabila
perlakuan yang baik ditunjukkan dan dendaan yang sesuai apabila berlakunya tingkah laku
negatif serta memberi penjelasan atau memanipulasi pengalaman yang dialami oleh muridmurid untuk menerima dengan baik suatu nilai yang dikehendaki.

5.0 KESIMPULAN
Untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka guru perlu
menentukan tajuk atau topik yang hendak disampaikan. Persediaan Rancangan Pengajaran
Harian merupakan satu tugas wajib seorang guru. Langkah ini bukan sesuatu bebanan
tetapi membantu guru menyusun dan mementukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
P&P yang sesuai dengan

objektif yang hendak dicapai, pengalaman sedia ada murid,

kehendak sukatan dan juga sumber P&P.


Malahan dengan kecanggihan yang ada sekarang, guru boleh menyediakan bahan
multimedia yang dapat membantu guru mengajar dengan baik dan murid belajar sesuai
mengikut zaman dan keperluan murid. Pada pendapat saya, apapun bahan atau alat yang
digunakan, guru perlu sentiasa berusaha untuk memastikan perancangan P&P yang dibuat
adalah berkesan dan sesuai mengikut tahap murid.

6.0 RUJUKAN
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan moral. Teori etika dan amalan moral. Serdang:
University Putra Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurukulum Standard Sekolah


Rendah Pendidikan Moral Tahun 5, Kuala Lum[ur : Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan kurikulum (2013). Draf Dokumen Standard dan
Prestasi Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 5, Putrajaya :
Kementerin Pelajaran Malaysia
Chang Lee Hoon (2001). Penggunaan vignette dalam kajian penaakulan moral di kalangan
pelajar tingkatan empat. Dalam Marohaini Yusoff (ed.). Penyelidikan kualitatif:
pengalaman kerja lapangan kajian (m.s. 155 187). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Dr

Chan

Lee

Hoon,

Pendekatan

Dalam

Pendidikan

Moral,http://pendidikanmoral.um.edu.my
/uploads/rujukan/pendekatan%20pendidikan%20moral.pdf di muat
turun pada 15 Ogos 2015
Instituit Pendidikan Guru (2012) Modul ELM3102 Kurikulum dan kaedah
Pengajaran Pendidikan Moral,

Cyberjaya : Kementerian Pelajaran

Malaysia .
Kaladevi, Mageswari, Vishalache & Abdullah (2010). Pendidikan Moral
Tahun 1, Sekolah Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nucci, L. P. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.
Prillaman, A.R., Eaker, D.J. & Kendrick, D.M. (eds.) (1994). The tapestry of caring:
education as nurturance. Norwood, N.J.: Ablex Publishing Corporation.

Pusat

Perkembangan

kurikulum

(2001).

Pembelajaran

Secara

Konstruktivisme, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahmad Sukor Bin Abd Ab Samad (2009) (OUM) HBME1103Pengenalan


Pendidikan Moral, Universiti Terbuka Malaysia
Rest, J., Narvaez, D, Bebeau, M., Thoma, S. (1999). Postconventional moral thinkihg: A
neo-Kohlbegian approach. Mahwah: NJ, Erlbaum.

Shanmugan Velu, Mohd Zaki( 2013). Pendidikan Moral Tahun 4 Sekolah


Kebangsaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

7.0
LAMPIR
AN

BAHAN BANTU BELAJAR


(BBB):
1. VIDEO DAN SLAID
POWERPOINT

BAHAN BANTU BELAJAR


(BBB):
2. KERTAS MANILA KAD

CARA MENCAPAI
CITA-CITA

Latihan 1:
Nama:
Tarikh:
1.Bulatkan pada binatang-binatang yang
bersikap rajin.

2. Senaraikan amalan-amalan yang rajin:


a. __________________________________________________
b. ___________________________________________________
c. ___________________________________________________
d. ___________________________________________________
e. ___________________________________________________

3.Carikan perkataan yang tersembunyi:

rajin

tekun

gigih usaha

4. Tuliskan nilai-nilai kerajinan yang pernah anda lakukan pada


badan hero di bawah.

Latihan 2 ( Pengayaan) :
Nama : __________________________
Unit 4 : Kerajinan
A. Pengorbanan Demi Kejayaan
Arahan : Tulis [RAJIN] bagi individu yang sanggup berkorban demi kejayaan dan [MALAS]
bagi sebaliknya.

No.

CONTOH SITUASI

RAJIN /
MALAS

1.

1.

Shafiq suka menolong bapanya memetik lada di kebun.

2.

Hisham menonton televisyen setiap malam tanpa mengulang kaji


pelajarannya.

2.

3.

Suzy berjaya memasuki universiti apabila memperolehi 10 A dalam


ujian SPM hasil usaha gigihnya belajar.

3.

4.

Ong suka ponteng kelas tambahan yang diadakan di sekolah.

4.

5.

Aidil sering bertanya kepada guru tentang masalah Matematik yang


tidak difahaminya.

5.

6.

Encik Halim melakukan dua pekerjaan dalam sehari untuk


menambahkan pendapatan keluarganya.

6.

7.

Ah Meng tidak mahu menolong ibunya menjaga kedai semasa ibunya


sedang sakit.

7.

8.

Siva membiarkan kasut sekolahnya kotor dan tidak mahu mencucinya.

8.

9.

Siti menggosok baju sekolahnya sendiri sebelum turun ke sekolah.

RAJIN

10.

Nani asyik berkaraoke dengan kawan-kawannya dan mengabaikan


kerja rumah yang diberi oleh guru.

10

11.

Hafiz berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan


nyanyian itu.

Vous aimerez peut-être aussi