Vous êtes sur la page 1sur 20

SOALAN

ISI KANDUNGAN:

MUKA SURAT

1.

BIODATA DIRI

2.

SOALAN

2
3.

ISI KANDUNGAN

4.

TUGASAN 1

3
4

- 13
-

PENULISAN ESEI
TAJUK: BINCANGKAN AKAUNTABILITI GURU
TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA BAGI
MENJAMIN KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
MASYARAKAT DAN NEGARA SEPERTI YANG
DIGARISKAN DALAM KOD ETIKA KEGURUAN

5.

TUGASAN 2

14

- 20
6.

ULASAN JURNAL / ARTIKEL


TAJUK : GURU

RUJUKAN
21

TAJUK:
BINCANGKAN AKAUNTABILITI GURU TERHADAP
MASYARAKAT DAN NEGARA BAGI MENJAMIN
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN
NEGARA SEPERTI YANG DIGARISKAN DALAM KOD
ETIKA KEGURUAN

PENGENALAN
Profesion perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan manusia yang
sempurna dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan
seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi
mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu
Negara mencapai kemajuan.
Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat mulia dan amat penting dalam
proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Di zaman teknologi yang serba maju
dan canggih ini, peranan dan tanggungjawab guru semakin mencabar. Guru memainkan
peranan penting untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta
hubungannya dengan Tuhan. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan
agama kerana guru yang baik adalah seorang guru yang mempunyai sahsiah yang baik juga
ialah guru yang mengamalkan etika keguruan yang standard.
Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada tiga perkara

yang

menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari aspek agama, nilai dan etika.
Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai
ibadah dengan matlamat membangunkan INSAN. Guru berperanan dan bertanggungjawab
dalam membina Negara berlandaskan etika. Dimana etika menurut dewan Bahasa dan Pustaka
etika membawa maksud Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan.Manakala etika dalam kamus Oxford bermaksud prinsip moral atau set prinsip
moral. Secara umumnya tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion
terhadap masyarakat. Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul
berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga ketakwaan pada Allah. Guru bertanggungjawab
mematuhi etika profesional dan mempraktikan semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan
nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Etika profesional mencakupi sebahagian besar ahli professional kecuali hal- yang benar-benar
peribadi seperti mencuci kereta dan menanam bunga. Dalam islam, etika ialah akhlak yang
diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Selain etika professional
guru juga perlu memahami etika perguruan dimana etika perguruan membawa maksud satu
4

set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara,pelajar,rakan
sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru juga perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana Kod etika
menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku dalam profesion perguruan.Kod etika
perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah
dalam bidang pendidikan.
DEFINISI ETIKA
Definisi etika dari segi bahasa , berasal daripada Bahasa Inggeris Ethics dan bahasa
Greek Ethos yang membawa maksud nilai-nilai, norma-norma atau perkara yang berkaitan
dengan sikap yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan.
Menurut Kamus Dewan (2010) Etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan). Menurut
pengertian dari sudut Islam pula, etika adalah akhlak . Ianya merujuk kepada tingkahlaku yang
baik yang dituntut oleh syarak.
Kamus Oxford (1994) mendefinisikan etika sebagai prinsip moral atau set prinsip moral.
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan
pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar
para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika
perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah : Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan. Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak

tanduk dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama
pelajar dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan
agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa
tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia.
Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu
bapa mendidik anak-anak mereka.
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya
maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan : Etika ini adalah
melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah
terutamanya yang melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan
mendidik, ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan
sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur,
berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat kecuaian juga
boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa berhubung kewangan terhadap
guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk mengamanahkan anak mereka kepada seorang
guru yang tidak jujur dan lalai.
Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur : Ini
bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan pelajar, guru
hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat
ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi
perlindungan kepada pelajar dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan
hubungan baiknya untuk kesenangan peribadinya.
Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau
persendirian. Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru
membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak
persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama perlu guru
dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk
melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu
guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu
agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.

Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap


muridnya tak mengira bangsa, agama dan kepercayaannya. Guru mestilah tidak
mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama mengikut keselesaannya.
Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka
Cikgu Azman mengajar dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana
berpendapat beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum
lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini
boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar
bangsa Cina dan India.
Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah
laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat : sebaik sahaja pelajar
melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan orang paling tua dan orang yang
paling diharapkan untuk menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu
persekolahan, ibu bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian
pada anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya
seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati kasih
sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di rumah.
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid
tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain : guru mesti melayan dan menyempurnakan
tugasnya sama rata. Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata
tanpa mengira status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu
pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka
datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan
membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan lain-lain : semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah
individu

yang

berbeza

antara

satu

sama

lain

dari

segi

pembelajaran

dan

pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada
yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan potensinya.
Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri
murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan : guru sebagai
seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi
7

pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama
sekali terutama jika maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan
seterusnya tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat negara.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna : melengkapkan pelajar
dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan
warganegara yang baik dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara.
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan
keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya : guru harus menjaga dan menyusun
katanya dengan baik agar apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti
dan menimbulkan rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh
menjatuhkan maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model'
kepada muridnya : guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai
murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga
adalah untuk menjaga nama baik guru dan professionnya.
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan : tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang
mahu guru lakukan adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan
prestasi dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar
waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah
dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian : menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi
mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain
guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak
menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling.

Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian


terhadap muridnya : sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya
adalah bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa
mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru
harus berada di pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan
memilih kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya
boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.
Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab
yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada
ibu bapa mahupun masyarakat.
Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini bermaksud bahawa dalam
pergaulan juga guru harus menjaga nama baik sesama rakan setugas agar nama baik
dan maruah guru tidak tercalar di kalangan pelajar.
Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk
tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan : guru sentiasa mengemaskini
kecekapan dan cara bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri
dan taraf pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan
cara mengampu pentadbir sekolah.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya
untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan : tugas guru yang
utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar
berbanding dirinya. Adalah dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan
berlumba-lumba menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar
bukan untuk kebaikan dirinya.
KEPENTINGAN KOD ETIKA GURU
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
9

pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab
guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan atnara ahli dalam organisasi.
KONSEP KEGURUAN
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan
melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh
memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah
sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan
ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru.
KONSEP AKAUNTABILITI
Mengikut

Kamus

Dwibahasa

perkataan

akauntabiliti

di

huraikan

sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri
Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan
penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk
mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu

10

keputusan yang telah diambil.


AKAUNTABILITI KEGURUAN
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri
guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita
dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru
hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu
guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh
merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap
pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping
itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara
guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima
oleh masyarakat .

11

PENUTUP
Dengan

dapat

memahami

prinsip

akauntabiliti

guru

dapat

memahami

tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya


kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya
dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru
merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan
akan

dapat

ditingkatkan

sekiranya

seseorang

guru

itu

benar-benar

menjalankan

tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang


tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan
bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap
kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih
bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan
akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di
jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

12

TAJUK:
GURU

13

Pendahuluan
Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah
dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara.
Pelaksanaan tersebut telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan
usaha kerajaan tersebut meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan,
pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan
pembangunan Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila
terhasilnya Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain lain lagi yang
bertujuan ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah
diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.
Jurnal / artikel yang ingin diulas untuk subjek Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesional Guru ialah Guru. Artikel ini ditulis oleh penulis dari Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia iaitu Mohd Akmal bin Masud dan Nor
Raihana bt Mamat
Tajuk Kajian
Tajuk jurnal ini ialah Guru. Melalui tajuk yang dipilih untuk jurnal ini, dapat dilihat bahawa
penulis telah meletakkan tajuk yang sesuai untuk para pembaca memahami apakah isi
kandungan yang ingin disampaikan nanti. Pembaca juga akan mendapat gambaran awal
mengenai isu dan topik apa yang ingin dibincangkan. Jurnal ini juga dituliskan khas buat
pendidik-pendidik sebagai satu titik permulaan untuk membincangkan beberapa peranan yang
dianggapkan penting dan relevan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme mengajar
yang dapat menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sesebuah sekolah.
Penulis juga menyatakan tentang siapa guru, peranan guru, sahsiah guru dan etika
profesional guru serta guru dan masyarakat merupakan faktor utama kepada penghasilan
modal insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan negara. Peranan guru adalah amat
penting dalam pembentukan modal insan cemerlang yang dapat membawa kepada perubahan
negara. Sehubungan dengan itu, yang diberi keutamaan adalah pembentukan modal insan
dengan hasrat guru dapat menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan baik.

14

Perkembangan
Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada daya
usaha semua gurunya kerana tugas guru adalah untuk membangunkan insan dan membimbing
pelajar dari segi sosial, budaya dan akhlak. Semua guru sentiasa komited dengan tugas yang
diberikan sama ada dalam kurikulum mahu pun kokurikulum. Semua guru berfungsi sebagai
guru disiplin serta memiliki akhlak dan sahsiah yang tinggi yang akan menjadi contoh dan
teladan kepada setiap pelajar
Bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, transformasi
dalam bidang pendidikan perlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal
insan yang holistik yang mampu mengharungi segala cabaran sama ada di peringkat domestik
atau global. Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada
pembangunan negara. Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan
guru sering dijadikan fokus utama. Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari
pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebih penting dapat melahirkan pelajar yang
holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fizikal dan berkeupayaan menyesuaikan diri
dalam apa sahaja situasi dan keadaan.
Kemahiran atau memiliki ilmu dalam berbagai aspek akan dapat membantu guru dalam
melaksanakan tugas dengan lancar.

Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan

menguruskan pelajar secara berkesan akan dapat membantu mencapai matlamat sekolah
dengan cepat. Guru merupakan aset penting kepada sekolah. Peranan guru adalah penting
bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan warga
negara yang kompetensif, bertanggungjawab dan sedia menghadapi cabaran masa depan.
Sebelum mengupas peranan guru sebagai penyumbang kepada kejayaan sesebuah
sekolah, lihat dulu penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencerminkan
kepelbagaian matlamat kekeberkesanan pendidikan. FPN memberi penekanan kepada
usaha sekolah untuk mempamirkan kecemerlangan
....melahirkan

insan

yang

cemerlang

yang

seimbang

dan

harmonis

dari segi

intelek,rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak
mulia,bertanggungjawab

dan

berupayaan

mencapai

kesejahteraan

diri

serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


15

Melihat persoalan di atas tidak keterlaluan menyatakan bahawa kecemerlangan


sesebuah sekolah dilihat dari sudut untuk melahirkan manusia yang seimbang dari aspek itelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah kunci matlamat
untuk menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,peranan yang
dimainkan oleh guru, bagaimana caranya untuk mencapai matlamat itu sangatlah penting.
Pendidikan merupakan asas pembangunan insan dan tamadun, wadah keamanan,
kesejahteraan dan kemakmuran. Pendidikan juga adalah satu bidang yang dinamik dan penuh
cabaran. Ia menuntut perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, perbelanjaan yang besar
serta jentera pelaksanaan yang cekap. Pendidikan juga sentiasa terdedah dan dipengaruhi oleh
tuntutan perubahan selaras dengan perkembangan semasa dan negara. Justeru, sistem
pendidikan dikaji dan direview supaya sentiasa relevan untuk melahirkan sumber tenaga yang
diperlukan. Yang pasti, negara akan hilang daya saing, ketinggalan dan terpinggir dari
kemajuan global jika bidang pendidikan tidak menjadi keutamaan atau tidak diuruskan secara
cekap dan berkesan. Hakikat yang tidak dapat kita nafikan, sehebat manapun sistem
pendidikan yang dilaksanakan, Guru merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang
dalam merealisasikan kejayaan sistem pendidikan.
Perguruan bukan sekadar kerjaya atau profesion. Walaupun seseorang guru
memperoleh gaji seperti lain-lain kerjaya dan profesion, tetapi perguruan lebih daripada suatu
pekerjaan. Sebagai profesion, guru mempunyai nilai dan etikanya tersendiri. Mereka juga
terlatih dan sentiasa mempertingkatkan kemahiran masing-masing berdasarkan perkembangan
masyarakat yang berubah mengikut zaman. Walaupun guru merupakan manusia biasa yang
mempunyai masalah dan harapan seperti orang lain, tetapi profesion perguruan menjadikan
mereka istimewa. Kita percaya keistimewaan terletak pada idealism pendidikan yang dituntut
daripada guru. Seseorang guru boleh menganggap profesion mereka hanya sebagai kerjaya
biasa. Mereka mengajar seperti yang diarahkan dan kemudian pulang seperti orang lain juga.
Ini bukan suatu yang istimewa. Tetapi keistimewaannya terletak pada guru-guru yang
menggalas tugasnya dengan penuh keikhlasan dan dedikasi. Merekalah yang membuat
perbezaan dalam profesion perguruan. Dengan mempertahankan idealisme pendidikan, guruguru ini merupakan wira masyarakat.
Keperluan dan kepentingan pendidikan, menuntut minat dan kecintaan yang mendalam
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru. Seorang guru yang berjaya adalah guru yang
amanah dalam mendidik anak bangsa. Amanah di sini membawa maksud menjalankan tugas
dengan penuh Keikhlasan. Guru yang ikhlas berbakti kerana Allah dan demi anak bangsa akan
menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi moral dan rohani.
16

Hanya guru-guru yang benar-benar menjiwai tugasnya dengan ikhlas sahaja akan merasa
gembira dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh komited dan
dedikasi walau seberat dan sepayah manapun tugasan tersebut. Guru-guru yang ikhlas dalam
menyampaikan ilmu mendapat ganjaran kerana akan didoakan Malaikat, makhluk Allah
Subhanahu Wata'ala di daratan dan lautan. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam dalam sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah Ta'ala, Malaikat-Nya,
penghuni langit dan bumi hatta semut di sarangnya dan ikan di lautan berselawat kepada orang
yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Guru yang ikhlas, mempunyai pengaruh yang hebat. Aura positif terpancar dan
memantulkan kewibawaan yang cukup berkuasa, yang dapat dirasa oleh pelajarnya, sehingga
menjadikan penyampaian tugas dan pengajarannya lebih bernilai dan berkesan di jiwa para
pelajarnya. Mereka menjadi guru yang digalati, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, menjadi
seorang yang bijak mengurus dan mengasuh pelajar serta menjadikan ilmu pengetahuan
diajarkannya bermanfaat menyinari kehidupan masa depan para pelajar.
Atas dasar memikul tanggungjawab dengan penuh amanah, guru seumpama ini
bersedia berkorban masa, kesenangan, keselesaan, malah ada kalanya kewangan demi
meningkatkan pencapaian pelajarnya. Tanpa mengenal letih dan jemu, mereka berusaha
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, kreatif, efektif dan menyeronokkan. Sebagai
impaknya, pelajar mencapai hasil pembelajaran yang luar biasa atau sekurang-kurangnya
meningkatkan pencapaian pelajar daripada biasa. Guru seumpama ini akan bertakhta dalam
ingatan pelajarnya. Walaupun mungkin ada kalanya kita merasa apa yang kita lakukan tidak
berbaloi atau setimpal dengan imbalan material, tetapi Allah akan membalasnya dengan cara
lain. Keyakinan serta rasa passionate kepada profesion ini yang mungkin menjadikan guru di
masa lampau dipandang lebih berwibawa.
Guru adalah ibu bapa kedua penting dalam kehidupan pelajar. Peranan ini semakin
penting apabila terdapat pelajar yang datang daripada latar belakang yang kurang
menggalakkan. Arus kemajuan dan kederasan perubahan global sedikit sebanyak telah
merubah fabrik keluarga, yang jika tidak diurus dengan bijaksana boleh menimbulkan pelbagai
masalah. Pelajar daripada keluarga sedemikian mungkin tidak mendapat perhatian dan kasih
sayang sewajarnya dan akan berpaling kepada guru sebagai pengganti ibu bapa atau penjaga
mereka. Keprihatinan dan kepekaan guru terhadap pelajar daripada keluarga bermasalah akan
membantu mereka menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang memahami
situasi sebegini akan memberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha mewujudkan
persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif. Dengan ini, kerunsingan dan
17

kerisauan

pelajar

tentang

dunia

luar

sekolah

berkurangan.

Sebagai

guru

yang

bertanggungjawab, tugas kita adalah untuk memastikan mereka berasa selamat dan yakin
untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan
aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan
modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara
yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara. Modal
insan ini juga adalah generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat membuatkan
kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut mempunyai telah dilengkapi dan
disediakan dengan ciri-ciri professional seorang guru. Guru yang profesional mempunyai
akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi. Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika
guru yang baik. Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh
seorang guru yang profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan
beliau dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam sekolah
sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan membawa perubahan dalam
masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012), sebagai agen perubahan guru perlu
membawa

ilmu

pengetahuan

dan

mengajarkannya

kepada

masyarakat.

Guru

yang

berakauntabiliti terhadap masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan


memberikan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat
dalam kehidupan harian mereka.
Rumusan
Guru yang mempunyai ciri-ciri profesional, beretika dan berakauntabiliti amat penting
kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang
berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat,
semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan
profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya
sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-penyelidikan yang dibuat
terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini. Warga pendidik yang
kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan yang cemerlang adalah
hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang
cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan sebagainya. Profesion
keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan negara.
18

RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang (2004), Pengantar Pendidikan TERAS,Kumpulan Budiman Sdn
Bhd, Subang Jaya

Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi


pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd. Fuad Razali (2008) 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP Pendidik Bil 44/Jan
2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.
Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah
Pembangunan Bangsa dan Negara Utusan Publication & Distribution Sdn.
Bhd.
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.

19

20

Vous aimerez peut-être aussi